Tuesday, January 29, 2008

KALIMAH BERHIKMAH

Fikir-fikirkanlah.

1. Menurut Socrates, fator-faktor yang membawa sesaorang itu kejurang kecelakaan dan kesusahan adalah berpunca pada perasaan tamak haloba yang tidak seimbang dengan kebolehan dan tenaga yang ada padanya. Setiap manusia, baik siapa pun, adalah mempunyai tenaga dan kebolahan yang terbatas. Semua orang mahukan berbagai-bagai perkara yang tidak habis-habis, tetapi apabila mereka tampir untuk melaksanakannya, maka barulah mereka bertembung dengan kenyataan yang pahit dan kitaka itu timbulah kecelakaan menimpa dirinya. Tegasnya kecelakaan dan kesusahan itu adalah akibat dari tidak adanya pembatasan kehendak dan cita-cita. Sebaliknya apabila sesaorang itu dapat membataskan kehendak-kehendak dan cita-citanya seimbang dengan kebolehan dan tenaga yang ada padanya, maka sudah tentu dia akan hidup tenang dan bahagia.
DR. ABDUL HALIM MAHMUD





2. Islam membentangkan kepada manusia satu pengertian yang sumpurna terhadap hidup manusia samada berupa orang persaorang atau masyarakat. Di dalam masyarakat yang beriman dangan agama Islam sudah pada tempatnya kehidupan angkatan mudanya nerdasarkan nilai-nilai dan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Islam. Seluruh pejuang reformasi masyarakat , pengarang dan pihak-pihak yang bertanggungjawab telah sepakat menyedari bahawa kebanyakan problem-problem ekonomi, masyarakat dan pentadbiran yang menghalang kemajuan bukan kerana tidak kemasnya peraturan-peraturan, malah yang banyaknya ialah berpunca dari faktor-faktor runtuhnya akhlak dan pincangnya masyarakat. Oleh sebab itu tanamlah kesedaran dan pengetahuan menerusia jentera penerangan umum, persekolahan dan pengajian universiti wajiblah disertakan dengan pendidikan agama Islam.
DR. KAMAL ABU AL-MAJID

3. Kemasyhuran yang dinikmati oleh tokoh-tokoh terkemuka terutama tokoh-tokoh politik khususnya mempunyai ciri-ciri subur dan kurus. Hidup dan mati adalah seperti ciri-ciri badan manusia juga. Andainya badan subur dengan makanan-makanan yang sihat, Kemasyhuran subur dengan jasa-jasa baru, kelakukan-kelakuan dan tindakan-tindakan yang wajar dan bijaksana. Andainya badan mengurus dengan penyakit dan kense, maka Kemasyhuran mengurus dengan penyakit-penyakit angkuh , lupa daratan, rasuah, gila kuasa, diktator dan maksiat-maksiat yagn dikutuki Allah.
Yang menjadi tikik perbezaan ialah kekurusan badan dapat dilihat dengan mata kasar, sedangkan kekurusan Kemasyhuran hanya dapat dilihat dengan matahati dan sering berlaku di luar kesedaran.
Hubungan Kemasyhuran dengan sesaorang tokoh itu hampir-hampir sama dengan perhubungan seorang bapa dengan anaknya. Jika ada yang anaknya mati sebelum bapanya, maka ada Kemasyhuran yang mati sebelum kematian tuannya. Jika ada bapa yang mati sebelum kematian anaknya, maka adalah tokoh-tokoh yang mati sebelum mati Kemasyhuran nya.
Tokoh yang paling malang di dunia adalah tokoh yang kematian Kemasyhuran nya sebelum ia meninggal dunia, sedangkan tokoh yang paling bahagia ialah tokoh yang mati sebelum Kemasyhuran nya meninggal dunia.
DR. YUSUF ZAKI YAAKUB.

4. Di sebalik kemajuan yang begitu pesat di bidang rekaan dan perusahaan, dunia hari ini sedang mengalami kerugian besar di bidang rohani dan moral. Andainya dunia rohaniah dan dunia material sama-sama meningkat maju, sudah tentu pertarongan antara bangsa-bangsa manusia tidak timbul dan tidak berlaku peperangan-peperangan dan tidak ada bom-bom neclear yang mengerikan itu.
DR. AHAMAD AMIN

5. Sebaik-baik benteng pertahanan melawan kritikan ialah akhlak anda sendiri, iaitu anda mesti selalu menunjukkan standard akhlak yang tinggi, berhati nurani yang bersih, berterusterang tanpa berpura-pura dan berdusta.
NORMAN VINCENT PEAL

6. Pengaruh asing yang memerangi Islam dengan menimbulkan keraguan terhadap fikiran Islam, sebenarnya mempunyai perancangan jangka panjang yang teratur. Di saat yang amat genting ini kita perlu mendapatkan faktor-faktor kebebasan dan kekuatan positif dari lembaran sejarah kita, dan berusaha memperteguhkan ikatan persaudaraan sesama umat Islam seluruhnya tanpa menghidupkan pertikian-pertikian yang lama telah berkubur, untuk menghadapi bahaya ancaman kuasa-kuasa luar yang terus menerus cuba menundukkan dunia Islam sejak zaman peperangan Salib dulu lagi.
ANUAR AL-JANDI, Pujangga Islam.

7. Kajian dan penyiasatan menunjuk bahawa daripada orang-orang yang menganggap wang sebagai faktor yang penting kepada kebagiaan. Sebaliknya orang-orang yang menggulungkan mereka berbahagia ialah orang-orang yang menganggap cinta, keluarga dan kebijaksanaan lebih penting daripada perhetongan wang yang banyak. Kebanyakan orang tidak pernah belajar untuk meyelaraskan hidup dengan pendapatannya, walaupun sebanyak mana wang yang mereka dapati. Menguruskan dengan bijaksana wang yang kita perolehi lebih penting kepada ketenangan fikiran kita daripada sebanyak mana wang yang kita perolehi.
JOHN E. GIBSON



[Read more...]

Friday, January 25, 2008

Biodata Sayyid Abul A'la Maududi


Biodata

Sayyid Abul A'la Maududi, merujuk kepada Maulana Maududi) (25 September, 1903 – 22 September, 1979)[1] merupakan salah seorang ulama abad ke-20 dan pengasas Jamaat-e-Islami (Parti Islam) . Maulana Maududi merupakan seorang ahli falsafah, sasterawan, dan aktivis yang aktif dalam pergerakan dan perjuangan Islam di seluruh dunia. . Maulana Maududi mendapat ilham daripada perjuangan Sayyid Qutb di Mesir iaitu Jamiat al-Ikhwan al-Muslimun . Sebagaimana Qutb,Maududi merupakan tokoh pembangunan dan perjuangan Islam seluruh dunia.

Maulana Maududi, lahir pada 3 Rejab, 1321 AH (25 September , 1903 AD) di Aurangabad bandar Hyderabad (sekarang Maharashtra) negeri, India.
Beliau merupakan seorang sayyid, yang berketurunan Nabi Muhamad. Beliau seorang pemimpin spiritual bertaraf wali / Sufi. Bapa Maulana Maududi ialah Ahmad Hasan yang lahir pada 1855 AD , seorang peguam. Maulana Maududi anak bungsu dari 3 beradik lelaki.




Masa kecil

Maulana Maududi mendapat pendidikan di Madrasah Furqaniyah, sebuah sekolah tinggi terkenal di Hyderabad yang dipanggil "Madrassah", bukan sekolah Islam tradisional . Kemudian melanjutkan pelajaran di Darul Uloom di Hyderabad sekejap sahaja kerana bapanya sakit. Mahir berbahasa Arab, bahasa Farsi, bahasa Inggeris,dan bahasa ibunda Urdu .

Tahun 1918 ,ketika usia 15, mula bekerja sebagai wartawan dalam surat khabar berbahasa Urdu untuk menyara kehidupannya.Tahun 1920, menyandang jawatan editor surat khabar Taj, yang diterbitkan di bandar Jabalpore sekarang negeri Madhya Pradesh , India.

Tahun 1921, Maulana Maududi pindah ke Delhi bekerja sebagai editor surat khabar Muslim (1921-1923), dan kemudian editor al-Jam’iyat (1925-1928), yang diterbitkan oleh Jam’iyat-i ‘Ulama-i Hind,sebuah pertubuhan politik Deoband. Hasil kepimpinannya sebagai editor , al-Jam’iyatmenjadi surat khabar utama untuk orang Islam di Asia Selatan ( India, Pakistan, Bangladesh , Sri Langka dan Maldive). ' Maulana Maududi terlibat membentuk Pergerakan Khilafah dan Tahrik-e Hijrat, iaitu Pertubuhan Asia Selatan yang menentang penjajahan kolonial British.

Beliau menggesa Muslim India berhijrah ke Afghanistan untuk mengelak pemerintahan British. Zaman itu ,Maulana Maududi mula menterjemahkan buku berbahasa Arab dan bahasa Inggeris ke bahasa Urdu. Beliau juga telah menulis buku bertajuk al-Jihad fi al-Islam ("Jihad dalam Islam") diterbit secara bersiri dengan nama al-Jam’iyat tahun 1927 dan dijilid sebagai buku tahun 1930. Al-Jihad fi al-Islam merupakan karya termasyhur beliau.

Tahun 1933, Maulana Maududi menjadi editor majalah bulanan Tarjuman al-Qur'an ("Tafsiran al Qur'an"). Bidang penulisan beliau ialah tentang Islam , konflik antara Islam dengan Imperialisme dan modenisasi. Beliau mengemukakan penyelesaian Islam dan Islam ada jawapan bagi setiap permasalahan masyarakat Islam yang dijajah.
Bersama dengan ahli filasuf dan ulama Muhammad Iqbal, Maulana Maududi mengasaskan pusat pendidikan Darul-Islam di bandar Pathankot di wilayah Punjab .Matlamat pusat pendidikan ini ialah melahirkan pelajar yang mempunyai falsafah politik Islam. Maulana Maududi mengkritik habis konsep-konsep Barat seperti nationalisme, pluralisme and feminisme di mana semua idea ini adalah alat Barat untuk menjajah umat Islam.
Beliau mencadangkan dunia Islam berdikari , jihad ("berjuang") sehingga berjaya menegakkan negara Islam yang syumul. Maududi telah menterjemah dan mentafsir Qur'an kebahasa Urdu dan menulis banyak artikel berkenaan udang-undang Islam dan kebudayaan masyarakat Islam.

Tindakan Politik

Tahun 1941, Maulana Maududi mengasaskan pertubuhan Jamaat-e-Islami untuk mengembangkan Islam sebagai satu cara hidup di Asia Selatan.Beliau terpilih sebagai Presiden Jamaat dan sekali lagi terpilih sehingga 1972 dan bersara dengan alasan kesihatan.

Maududi tidak menyokong idea penubuhan negara Pakistan sebuah negara Islam yang terpisah daripada India. Tapi selepas Pakistan merdeka 1947 dari India , Maulana Maududi berhijrah ke Pakistan. Beliau mula membina negara dan masyarakat Islam yang ideal sebagaimana wawasannya dahulu. Beliau tidak senang dengan dasar sekular dan mahu pemimpin Pakistan yang komited Islamik.

Maka Maulana Maududi ditahan dan dipenjarakan berikutan ucapan dan tulisannya yang mahukan Islam tulen. Tahun 1953, risalah Maulana Maududi disebarkan yang mengkritik Ahmadiah sebagai tidak Islamik . Akhirnya menimbulkan rusuhan dan tunjuk perasaan di Pakistan.

Mahkamah tentera menjatuhi hukuman mati ke atas beliau . Beliau enggan merayu dan rela menerima ketentuan daripada Allah.Sebaliknya merayu dibebaskan berucap . Namun kemudian kerajaan tentera tidak melaksanakan hukuman mati ke atas beliau.
Maulana Maududi mahu melaksanakan dasar-dasar Islam yang syumul, Islam sebagai cara hidup dan menolak cara hidup Barat. Islam adalah satu agama lengkap untuk umat Islam.Umat Islam mestilah menjadikan al Quran sebagai rujukan dan mengikut semua aspek kehidupan Nabi Muhamad.

Konsep ini merupakan alasan utama beliau menentang perpisahan Pakistan daripada India. Baginya Islam boleh hidup, berkembang dan berkreasi di mana sahaja.
Maulana Maududi mentafsir agama sebagai satu cara hidup dan ruang lingkup yang sempurna untuk semua aktiviti manusia. Tiada pemisahan antara dunia dan akhirat, antara orang Islam dengan bukan Islam.Beliau menentang konsep agama adalah milik peribadi , satu dasar sekular.Baginya agama adalah refleksi daripada masyarakat. Beliau mahu undang-undang Syariah dilaksanakan bagi semua rakyat , menggantikan undang-undang sivil yang tidak Islamik dan melaksanakan undang-undang jenayah hudud.
Maulana Maududi mengembara pada 1956 dan 1974 untuk mengembangkan Islam ke seluruh dunia. Ucapan inspirasi beliau tersebar ke seluruh dunia Islam seperti di Cairo, Damascus, Amman, Mekah, Madinah, Jeddah, Kuwait, Rabat, Istanbul, London, New York, Toronto dan banyak negara lain. Beliau mengerjakan haji dan membuat penyelidikan di Saudi Arabia, Jordan (termasuk Jerusalem), Syria dan Mesir antara 1959-1960 dan menggesa al Quran diangkat sebagai panduan utama.

Pada 22 September, 1979, Maulana Maududi meninggal dunia pada usia 76 tahun di Buffalo, New York. Jenazahnya dikebumikan Ichra, Lahore oleh pengikut setianya.

Falsafah

• Maulana Maududi menerima konsep yang dibawa oleh Shah Waliullah bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna, dan merupakan agama tamadun yang universal. Ini adalah asas perbezaan antara Islam dengan Jahiliah.

• Beliau menyatakan umat Islam hendaklah berjihad sebagai satu strategi pembangunan umat.

• Maulana Maududi mahu konsep perpaduan ummah dan Islam satu cara hidup difahami benar-benar.Al Quran dan Sunnah hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan 100 %.

• Baginya , dalam sejarah Islam, tidak semua perjuangan dimenangi oleh Islam. Tetapi jika umat Islam mengamalkan Islam, kemenangan adalah pasti .

Pencapaian

Maulana Maududi menulis lebih 120 buah buku dan risalah dan lebih 1000 ucapan (700 ucapan telah dirakam dan disebarkan). Tumpuannya ialah (Tafsir), etika, kajian sosial dan permasalahan perjuangan Islam. Karya termasyhur beliau dalam bahasa Urdu ialah analisis terhadap , Tafhim al-Qur'an (“Ke arah Memamahi Qur'an”), mengambil masa 30 tahun untuk siap. [1] . Tafhim al-Qur'an telah diterjemah kebahasa Arab, English, bahasa Turki, bahasa Farsi, Hindi, bahasa Perancis, bahasa Jerman, Swahili, bahasa Tamil, bahasa Bengali, Malayalam dan Kannada.

Hasil karya

• The Meaning of the Qur'an (Arabic: Tafhim al-Qur'an)
• Islamic Way of Life
• Khutabat: Fundamentals of Islam
• Caliphs and Kings (Arabic: Khilafat wa Mulukiyyat)
• Human Rights in Islam
• Al-Hijab
• Economic System of Islam
• Human Rights in Islam
• Introduction of Islam
• Rights of Non Muslims in Islamic State
• Social System of Islam
• System of Government under the Holy Prophet
• Economic Problem of Man and its Islamic Solution
• Islamic Law and its Introduction in Pakistan
• Qadiani Problem
• Towards Understanding Islam
• Towards Understanding the Qur'an



[Read more...]

Thursday, January 24, 2008

PERAYAAN KRISMAS, EASTER, VALENTINE DAY DAN HALLOWEEN DIMANA ASASNYA?.

PERAYAAN KRISMAS, EASTER, VALENTINE DAY DAN HALLOWEEN DIMANA ASASNYA?.

Ibu bapa muslim sangat berharap agar unsur-unsur budaya dan agama asing tidak lagi menjadi amalan anak-anak mereka khususnya dan orang-orang Islam Melayu amnya.

Kebudayaan Pagan (bermaksud kebudayaan orang purba – orang jahil - yang tidak mempunyai sebarang agama) yang telah menyerap masuk dan diterima sebahagian daripada kebudayaan Kristian, walaupun Bible mengharamkan penganut-penganutnya mempelajari apalagi mengamalkan budaya ini dalam kehidupan yang berhubung dengan ketuhanan. Berikut dinyatakan amalan orang-orang Kristian yang berasal dari amalan orang-orang Pagan ini.


Perayaan Krismas.

Dari segi sejarah, krismas telah dirayakan sejak 2000 tahun dahulu sabelum lahirnya Isa, iaitu sebagai penghormatan kepada tuhan-tuhan orang-orang Pagan. Ia bermula ketika Namrud raja Babylion yang zalim itu mengasaskan kepercayaan Mithras yang menghormati dan memuja matahari bertujuan untuk meneguhkan takthanya. Kononnya dia adalah penjelmaan tuhan matahari. Akidah ini menimbulkan kepercayaan di kalangan rakyat jelata walaupun hal ini sukar dilaksanakan sebelumnya.

Biasanya matahari menghilangkan diri hingga sampai 25 Disember, oleh itu orang-orang Pagan merayakan “Hari Kelahiran Kembali” tuhan matahari mereka. Serentak itu pula pokok-pokok daun tirus dijadikan simbul persembahan kepada tuhan mereka.

Apabila matinya raja Namrud, mereka diajar pula bahawa roh Namrud akan datang semula pada tiap-tiap 25 Disember sebagai “Santa Claus” untuk meletakkan hadiah-hadiah diatas pokok tirus itu. Panggilan Santa ini sebenarnya adalah nama kepada “tuhan wira’ di Asia kecil.

Apabila impayer Rom mulai berkembang, mereka menerima amalan-amalan Pagan dari daerah yang ditaklukinya, termasuk tuhan-tuhannya sekali. Julius Caesar lalu menamakan perayaan pada 25 Disember itu “Brumalia”. Dari tanggal 17 hingga 25 disember mereka merayakan “Saturnalia”. Bila agama kristian muncul kemudian lahirlah guru-guru Pagan di Rom yang tagehkan kehormatan dan kekuasaan. Mereka menyaksikan pengaruh Kristian kian meluas, tanpa lengah-lengah lagi mereka mengistiharkan ajaran Kristian dengan ajaran amalan mereka sendiri. Ini menyebabkan penganut-penganut Paganisma tertarik untuk memeluk agama “Paduan” itu yang akhirnya merebak keseluruh empayer Rom.

Demikianlah akar umbi perayaan krismas. Sebenarnya bukan tidak ada pihak yang membantah kristian paduan itu, tetapi tentangan mereka selalunya gagal hingga kehari ini. Umpamanya pada abad ke 4 Masehi telah ada protes terhadapnya. Beberapa orang pope tidak merestuinya, malah perlimen England pernah mengumumkan bahawa cuti krismas adalah tidak sah.

Sebenarnya hari krismas tidaklah merupakan tarikh lahirnya Isa, melainkan berupa lanjutan dari amalan paganisma sejak 2000 tahun sebelum kelahirannya. Beliau tidak lahir 2008 tahun yang lalu sebagaimana yang dipercayai umum, tetapi pada tahun 4 sebelum masehi diawal musim buah, bukannya di musim dingin. Selain dari itu hari dan bulan tidak ada siapa yang dapat menentukannya.

Perayaan Easter

Sebagaimana juga perayaan krismas, hari easter telah pun dirayakan oleh orang Pagan Babylion semenjak 4000 tahun dahaulu lagi. Easter diambil dari perayaan German purba yang kemudiannya dikristiankan menjadi “Easter” beberapa tahun setelah kematian Paulus. Mereka mengatakan ia adalah suatu musim kelahiran kembali matahari pada musiam bungan sebelah timur.

Menurut kepercayaan orang-orang kristian, hari easter jatuh pada hari ahad iaitu hari penjelmaan kembali Jusus setelah ditanam pada hari Jumaat. Sebenarnya kepercayaan seperti ini tidakmunasabah berdasarkan nukilan-nukilan dari bible sendiri. Pernah Jusus berkata “selepas tiga hari aku akan bangkit semula” (St. Mathewa 27:63). Tiga hari bermakna 72 jam, ini adalah terlalu singkat jika Jusus ditanam diwaktu terbenam matahari di hari Jumaat kemudian hidup semula di pagi Ahad (Easter Sunrise) seperti difahami masa kini.

Bagaimana caranya easter pagan itu meresap kedalam akidah kristian ?. Menurut sejarah, kepercayaan itu berlaku atas kehendak raja Konstintine selaku berlangsung Konsili Nicaea tahun 325 masehi supaya ia menjadi perayaan resmi rakyat empayer Rom., iaitu pada hari ahad musim bunga. Kehendaknya dipersetujui memandangkan adanya saru masaalah besar untuk mendaulatkan agama kristian tanpa mengharukan upacara-upacara Pagan.

Bila sebenarnya pengkebumian Jesus dan kebangkitan kembali ?. Menurut Herbert W. Armstrong, Jesus ditanam pada pukul 3.00 petang hari rabu. Pada petang sabtu barulah dia bangkit kembali. Dengan itu, kepercayaan orang-orang kristian bahawa Jesus hidup semula pada pagi ahad tidak berasas, kerana bible sendiri yang mengatakan pada pagi ahad itu dia sudah lama hidup kembali.

Seperti perayaan-perayaan lain juga hari easter disambut dengan pakaian-pakaian cantik. Kira-kira pada pukul 5.00 pagi hari ahad satu perhimpunan untuk sembahyang diadakan ditempat khas yang dikenalkan dengan
Easter Sunrise Service. Disitulah para padri dengan kehalusan suaranya berkhatubah tentang kebangkitan kembali Jesus. Setelah lama menunggu, muncullah cahaya matahari pagi disebelah timur yang menjadikan hadirin tunduk tafakur. Pada pagi itu setiap rumah akan dimariahkan dengan telor-telor yang beranika warna dan sudah tentu menyukakan hati kanak-kanak mengutip, membaling dan memakannya. Sebenarnya telor merupakan simbul kesuburan kepada adat-adat Pagan. Begitu juga tentang perbarisan dipadi hari itu.

St Valentine Day.

Hari valentine yang disambut pada tiap-tiap 14 Febuari di Barat sana adalah juga berasalkan amalan-amalan Pagan. Kisahnya bermula dengan kelahiran pemburu serigala Lupercus pada 6 Januari. Sambutan perayaan untuk Lupercus jatuh pada 15 Febuari itu menurut adat purba yang menjadiamalan mereka.

Lupercus juga bermaksud Cupid bererti “Yang diingini” pernah dikesahkan bagaimana ibunya sendiri Samiramas telah jatuh hati dan bernafsu sekali apabila melihat anaknya yang sedang membesar, dan akhirnya dia bernikah dengan anaknya. Apabila Lupercus telah dewasa , dia menjadi hero kecil “yang diingini” oleh wanita. Ini menyebabkan dia dianggap sebagai sebagai “tuhan cinta”. Sebagai kenangan-kenagan terhadapnya , mereka saling hadiah menghadiahkan ‘tanda cinta’ kepada sesama mereka yang melambangkan simbul cinta terhadap Lupercus. Perayaan ini dinamakan “Lupercalia”.

Ketika raja Konstintine mencadangkan agama kristian sebagai agama resmi empire Rom, dia menghadapi masalah mengenai perayaan Lupercalia itu hendak di kekalkan atau di basmikan, tetapi penghapusan Lupercalia akan menimbulkan berbagai kesulitan. Dengan itu terpaksa dikekalkan walaupun dengan nama dan tujuan yang lain. Pada tahun 496 masehi pope Gelasius 1 telah mengkeristiankan Lupercalia dengan nama baru “St Valentine’s Day”.

Sebab diambil nama St Valentine adalah untuk meperingati bisop yang enggan mematuhi undang-undang maharaja Claudius. Pada tahun270 masehi beliou ditangkap dan dipenggal lehirnya. Jadi untuk menghormatinya itulah diambil namanya untuk menggantikan nama Lupercalia dan tarikhnya didahulukan sehari menjadi 14 Fabuari .

Walaupun demikian, penukaran nama dan tujuan itunditentang juga oleh penganut-penganut kristian protestant. Lantaran itu amalan-amalan “bergandingan” antara lelaki dan perempuan dihidupkan semula; itulah sebabnya Enclopedia Americana bila meperkatakan hari St Valentine ditegaskan bahawa perbuatan bergandingan antara lelaki perempuan yang berlaku hari ini bukanlah merupakan gejala dunia morden, malah lanjutan dari perayaan Lupercalia.

Perayaan Halloween.

Perayaan ini biasanya disambut pada tiap-tiap 1 November. Caranya dengan memakai pakaian dan topeng yang menyeramkan untuk menakutkan orang. Bersama bmereka dibawa makanan-makanan dan hadiah-hadiah. Dikebanyakan temat di Britain dibuat unggun api yang besar pada malam halloween itu untuk menjauhkan diri dari gangguan roh-roh jahat.

Menurut Profeser Ralph Linton halloween yang pertama telah dirayakan oleh orang Driuds sebagai menghormati tuhan Saman iaitu pada 1 November. Orang-orang Drius mempercayai, pada malam tersebut tuhan bernama Saman akan memanggil semua roh-roh jahat yang telah dihukum 12 bulan lalu supaya mendiami dalam badan-badan binatang.

Pada malam itulah juga roh-roh orang mati akan kembali semula kerumah mereka utnuk mejamah makanan yang disajikan. Orang-orang yang tidak menyediakan makanan tetnu akan dicelakakan oleh roh-roh itu. Pada malam itulah roh-roh dari pelbagai jenis makhlok mempunyai kebebas merayau-rayau kemana saja. Wales roh-roh itu dipercayai boleh dilihat pada tengah malam di setiap jalan.

Demikianlah empat amalan Pagan yang hingga kini telah meresap kedalam agama kristian. Bible menegaskan; “tuhan berfirman kita mesti menyembahnya dengan roh dan keyakinan- tidak menerusi bidaah orang jahilliah”. ( St John 24:4)

Menyertai apa lagi merayakan perayaan tersebut di atas adalah bertentangan dengan kebenaran Ilahi. Jauhkan supaya anda selamat dunia akhirat.


Siar kembali dengan ihsan http://kalamlurus.wordpress.com

[Read more...]

Tuesday, January 22, 2008

Surat Balasan Maududi kepada Maryam Jamilah

Lahore, 19 Mei 1961
Puan Margarte Marcus .
Assalamu'alaikum warahmatullah,

Telah saya teriina surat puan tertanggal 12 April dan lagi-lagi saya harus minta maaf karena terlambat menjawabnya. Alasannya, seperti yang telah puan ketahui, adalah buruknya kesihatan saya dan banyak kerja. Setelah sakit yang berkepanjangan, saya akhirnya diberi pengobatan dengan penyinaran sinar X yang kuat dan alhamdulillah, saya sudah hampir sembuh. Tinggal rasa lemah saja yang saya rasakan.

Telah saya baca dengan penuh rasa tertarik guntingan majalah The Islamic Review yang memuat cerita-pendek dari novel puan yang puan lampirkan dalam surat yang lalu. Telah puan lukiskan dengan tepat sekali pengaruh materialisme Barat pada orang-orang Arab Islam. Telah saya saksikan dengan mata kepala sendiri pengaruh-pengaruh yang serupa pada kehidupan bangsa Arab ketika saya berkunjung ke sana. Dan telah saya membincangkan maasalah ini dengan para cendiakawan dan reformer yang cinta Islam.


Komentar-komentar yang puan terima tentang cerita puan tidak terlalu memeranjatkan saya. Orang-orang Islam yang ikhlas sekali pun khawatir bahwa orang-orang Barat dan orang Islam modern akan memberikan reaksi berupa penolakan bila gambaran "kemunduran" Islam ditampilkan kepada mereka. Reaksi pertama puan menghadapi pendapat yang menentang ini secara alami akan bercampur dengan keputus asaaan, tetapi puan harus mencoba untuk memahami semuanya ini. Bila puan tekun lagi sabar dalam melakukan dakwah Islam, akhirnya puan sungguh akan berhasil dalam segala upaya puan dan akan menghasilkan pemeluk-pemeluk Islam yang baru.

Saya nasehatkan puan agar jangan mencoba untuk meyakinkan setiap orang, khususnya orang-orang yang tidak mau mendengarkan atau yang p puan ngannya secara total pertentangan dengan p puan ngan puan, walaupun mereka adalah kedua orang tua puan sekalipun.
Allah telah berfirman: "Berilah peringatan bila peringatan itu bermanfaat."
Puan harus selalu berusaha untuk mendapatkan jiwa-jiwa yang sanggup melampaui pemikiran materialistik dan menghargai nilai-nilai ruhaniah dan moral yang lebih tinggi. Jika puan tidak berhasil mendapatkan orang-orang seperti ini, puan akan merasa sendirian dan terasing di tengah kebuasaan materialisme, persangkaan dan perdebatan terus-menerus dengan orang-orang yang bermusuhan. Pertengkaran dan perbalahan dengan orang-orang yang sentiasa berseteru dengan puan itu meungkin menubuhkan perasaan pesimis dalam jiwa puan .

Tentunya merupakan sesuatu yang biasa apabila negara-negara yang disebut-sebut sebagai "membangun" berusaha mengakhiri kemundurannya secepat-cepatnya dan mengejar negara-negara Barat dalam perlombaan meraih kemajuan material. Tetapi yang tragidi adalah bahwa bantuan dari negara-negara kaya membawa bersamanya kebudayaan Barat yang merupakan tantangan maut terhadap agama, moral, peradaban dan kebudayaan kita, ringkasnya, segala sesuatu yang dekat dengan kita dan membuat kehidupan kita berharga. Lagi pula kepemimpinan di negara-negara Islam masih berada di tangan orang-orang yang berjiwa kalah sekalah-kalahnya dan yang berusaha mengtafsirkan kembali hukum-hukum syari'ah dengan ilmu mereka yang sekelumit dan pengetahuan mereka terlalu cetek dalam hal ini.

Situasi seperti ini menimbulkan bahaya dua kali ganda . Hal ini tidak hanya merupakan tekanan bagi pola-pola pemikiran dan perilaku Islam, tetapi juga membuka kemungkinan bagi negara-negara Islam untuk jatuh ke pangkuan Komunisme. Bila umat Islam menyaksikan nilai-nilai kehidupannya yang luhur diinjak-injak sehingga hanya gagasan-gagasan materialistik saja yang tinggal sebagai wadah menjalani hidup dan mati mereka, maka pastilah dunia Islam akan menjadi tanah yang subur bagi propaganda , penyusupan dan permusuhan rahasia Komunis.

Saya pikir, politik luar negeri Amerika telah tersasul dan tidak akan dapat diperbaiki lagi. Ia akan menemui nasib yang sama seperti yang pernah dialami di negeri Cina, dan seluruh bantuan mereka berupa uang maupun barang jatuh ke tangan musuh. Buruk sangka yang berakar dalam terhadap Islam dan kebencian terhadap muslim di antara orang-orang Amerika dan Eropa telah membutakan mereka dari akibat yang merugikan mereka sendiri.

Pertanyaan yang dikemukakan di akhir surat puan yang lalu adalah benar-benar suatu pertanyaan yang penting, persis serupa dengan pertanyaan yang telah saya coba pecahkan sejak tiga puluh lima tahun yang lalu. Saya mulai upaya saya ketika saya masih remaja berumur dua puluh tiga tahun, dan sejak itu, saya baktikan seluruh kehidupan saya untuk tugas ini.

Saya tidak percaya dengan taktik bertahan ataupun menjaga garis belakang belaka. Telah saya lancarkan ofensif tiga cabang. Pertama, saya serang habis-habisan dasar-dasar ideologi kebudayaan Barat, kemudian saya sebarkan sejelas-jelasnya pokok-pokok ideologi Islam. Mengenai hal ini, saya terangkan dengan panjang lebar apa yang dimaksud dengan pandangan hidup Islam dan betapa ia lebih unggul dalam segala hal dari kebudayaan Barat.

Ketiga, saya tawarkan jawaban Islam yang praktis terhadap masalah-masalah penting yang di zaman sebelumnya seorang Islam yang taat sekali pun tidak punya pilihan lain kecuali harus mengikuti Barat. Sebagai hasil dari upaya ini, berjuta-juta orang Islam Pakistan dan India ikut bersemangat untuk menegakkan sistem hidup Islam dengan saya.
Kira-kira dua puluh lima buku saya yang berbahasa Urdu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan sebagian besar masyarakat Islam di negara berbahasa Arab menghargai dan bersimpati pada gagasan-gagasan saya. Saya tundukkan kepala di hadapan Allah dan memuji-Nya atas semua ini. Sayang sekali, baru sedikit karya-karya saya yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris. Bila puan boleh berbahasa Urdu, saya pikir, buku-buku saya ini akan membantu puan dalam memperjuangkan Islam di Amerika.
Tahukah puan bahwa sejak tahun 1941, suatu organisasi Jama'at-e-Islami telah bergiat di anak benua India Pakistan. Jama'at-e-Islami berjuang untuk menyebarkan dan menerapkan ideologi yang. telah saya paparkan dalam karya-karya saya.

Setelah pemisahan Pakistan dan India di tahun 1947, organisasi ini pecah menjadi dua partai Jema'at-e-Islami Pakistan dan Jama'at-e-Islami India. Yang di Pakistan telah diharamkan bersama dengan partai politik yang lain tatkala diberlakukannya Undang-undang Darurat oleh Presiden Ayub Khan tahun 1958; yang di India masih hidup di bawah kepemimpinannya sendiri yang independen.

Saya ceritakan hal ini kepada puan untuk menarik perhatian puan akan kenyataan bahwa, agar puan bisa meraih hasil yang positif, diperlukan perjuangan dengan sabar selama bertahun-tahun. Lagi pula, agar bisa meraih keberhasilan, seseorang perlu diperlengkapi dengan kemampuan intelektual yang cukup di samping kemampuan moral.
Memang sulit melakukan perjuangan habis-habisan tanpa berhenti. Saya menyadari sepenuhnya betapa sulit dan melelahkannya bagi seorang gadis muda yang belum berumah tangga dan baru memeluk Islam untuk melakukan perjuangan demi Islam di negara seperti Amerika. Tetapi, setelah puan peluk Islam dan fahami kewajiban yang dibebankan olehnya, mesti puan cari pertolongan Allah Yang Maha Kuasa dan berusaha memikul tanggung jawab yang telah la pilihkan untuk puan .

Makin serius dan ikhlas puan berjuang, makin bertambah banyaklah bantuan yang puan terima dari Allah, yang akan datang dari arah dan dengan cara yang tidak puan dan saya duga sebelumnya.

Harus saya akui bahwa dengan terganggunya kesihatan saya, saya harus memaksa diri untuk melakukan berbagai-bagai pekerjaan. Setiap hari saya harus banyak membaca dan menulis, dan tiap hari banyak orang menyurati dan mengunjungi saya. Karena itu, bila saya terlambat membalas surat puan , harap jangan ambil hati dan teruslah memberi kabar kepada saya tentang kegiatan dan kesejahteraan puan.

Sungguh saya sangat tertarik kepada perjuangan puan untuk menegakkan Islam. Juga ingin saya terbitkan di dalam majalah bulanan saya yang berbahasa Urdu, Turjumanul Qur'an, ikhtisar surat-surat dan esai-esai puan , tentunya dengan menghilangkan rinci-rinci masalah pribadi.

Saya harap puan tidak berkeberatan. Bolehkah saya bertanya, sudahkah puan memakai nama Islam?

Setinggi salam hormat.
Yang Tulus
Abul A'la

[Read more...]

Sunday, January 20, 2008

Surat kiriman mengubah sejarah

Surat kiriman merubah sejarah.

Surat di bawah ini di antara dua tokoh terkemuka; Maulana Al Maududi dari Pakistan dan Puan Margaret Marcus (Mariam Jamilah – sebelum menganut Islam) dari New York, Amerika.

New York
12 April 1961

Yang mulia Maulana Al Maududi.

Saya terperanjat apabila mengetahu tuan tidak dapat meneruskan persafiran ke Afrika kerana gangguan kesihatan yang tenat dan mengidap kesakitan hampir dua bulan lamanya. Satu-satunya harapan saya ialah semuga doktor-doktor dapat menemui satu rawatan yang berkesan untuk meringankan penderitaan tuan. Dengan kesakitan seperti itu sudah tentu tuan memerlukan tenaga yang banyak untuk menulis surat yang terperinci itu kepada saya dan untuk memberikan jawapan yang memusakan kepada semua pertanyaan saya.

Masa ini nampaknya radio, TV, dan akhbar-akhbar tidak berhenti-henti melancarkan kempen terhadap perlunya usaha-usaha peningkatan taraf hidup dan pembangunan ekonomi di dalam negara-negara yang kurang maju. Untuk melaksanakan cita-cita itu, maka bantuan luar dalam jumlah yang besar dari Amerika Utara dan Russia amatlah diperlukan.


Kebudayaan Barat

Apa yang dikatakan pembangunan ekonomi untuk negara-negara yang kurang maju itu merupakan perkara yang mengelirukan. Pembangunan ekonomi untuk negara-negara yang kurang maju telah diertikan dengan rancangan –rancangan perbandaran (Urbanisasi), perindustrian dan pertanian dengan menggunakan jentera. Dari segi amalan, selogan pembangunan ekonomi itu hanyalah suatu alat untuk menyebarkan budaya barat (westernization) dan perosak secara besar-besaran terhadap kebudayaan-kebudayaan asli umat Asia dan Afrika. Persoalan perlunya dihapuskan buta huruf dan disebarkan pelajaran sentiasa dititik beratkan tetapi selalunya dihubungkan dengan kontek ini, iaitu pendidikan dimaksudkan dengan pendidik morden yang secular ala pendidikan Barat yang menegakkan teknologi, sedangkan cara-cara amalan Islam untuk melaksanakan keadilan social dan pembahagian kekayaan yang lebih adil seperti zakat, undang-undang pusaka, yayasan-yayasan wakaf dan pengharaman riba adalah diabaikan semuanya.

Objektif

Satu-satunya gerakan Islam zaman kebelakangan – sejarah yang saya tahu – cuba memperjuangkan keadilan sosial mengikut cara Islam ialah pertubuhan Ikhwan Muslimim yang diasakan dalam tahun 1928 oeh Syekh Ahasan Al Bana.

Dalam usia rumaja, saya sangat tertrik dengan badan-badan pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu seperti UNISCO, kerana saya berjiwa antarabangsa dan berminat dalam usaha-usaha memajukan pertukaran kebudayaan dan saling mengerti di antara berbagai-bagai bangsa di dunia, tetapi selepas itu saya mulai memandang kecil kepada UNISCO. Saya telah membaca semua penerbitan badan itu sejak mula ia ditubuhkan ketika saya masaih kanak-kanak dalam usia 12 tahun iaitu pada tahun 1946. Sepatutnya penerbitan itu bersifat objektif dan adil dalam kajiannya, tetapi sayangnya ia juga berprasangka terhadap cara hidup Islam sama seperti penerbitan-penerbitan berkala Barat yang lain.

Mundur.

Sebetulnya saya terpaksa memandang bahan-bahan pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai satu lagi sumber dari sumber-sumber untukmengembangkan kebudayaan Barat dan Meteralistik morden. Pengarah pertama UNISCO ialah Sir Julian Huxley, cucu kepada ahli kajihayat Inggeris yang terkemuka Sir Thomsa Huxley dan pengarang kepada buku-buku yang terkenal mengandungi faham tidak bertuhan dan fahaman kebendaan.

Cipta terakhir dari novel saya Ahmad Hailil – Riwayat hidup seorang pelarian Arab Pelastain adalah disiar dalam bentuk cerita pendek di majalah Islamic Review keluaran bulan March 1961 dan dalam majalah Ramadhan terbitan tahunan Mauslim Diagest dari Durban. Sejak terbitnya tulisan-tulisan itu saya telah menerima beberapa pucuk surat dari orang-orang Islam. Mereka membantah tulisan saya, kerana memberikan satu gambaran yang penuh sempati terhadap car-cara hidup Arab yang tradisi yang diwarisi zaman pertengahan seperti pakaian asli Arab, makan bersama-sama dengan tangan dalam satu talam, tidur di atas lantai dengan beralaskan permaidani atau tikar. Menurut meraka saya telah merosakkan perjuangan Arab, kerana mengambarkan watak-watak novel saya bergerak dalam gaya hidup yang mundur. Apa fikiran tuan ?.

Imferiority Complex

Merurut hemat saya gulongan atasan yang berpendidikan morden yang memerintah Asia dan Afrika hari ini adalah begitu terkongkong dan tergila-gila dengan hasrat untuk memajukan negeri mereka masing-masing, tetapi hasrat itu bukanlah sebenarnya didorong kerana mereka benar-benar mengambil berat terhadap kebajikan peribadi rakyat yang miskin, malah yang sebenarnya kerana mereka malu mempunyai rakyat yang miskin sedemikian rupa. Mereka mengeletar dengan perasaan Imferiority Complex yang hebat setiap kali negeri mereka dicop sebagai “Negeri Mundor”. Begitu juga saya fikir kegilaan mereka kepada kemajuan perindustrian bukanlah lahir kerana mereka mengharapkan keuntungan keuntungan positive yang hakiki yang bakal dicapai oleh negera mereka, malah kerana kilang-kilang yang besar, empangan-empangan raksaksa dan loji-loji tenaga letrik boleh menambahkan perbawa dan rasa hormat dari negeri-negeri yang maju terhadap mkereka.

Al Quran.

Negara-negara juga sama seperti induvidu-individu berkerja dengan penuh tenaga untukmengumpul sebanyak kekayaan semata-mata untuk membolehkan mereka berbangga dan bermega-megah dengan kekayaan itu. Al Quran dengan indah sekali menggulungkan sikap seperti itu dalam ayatnya bermaksud: “Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan hiburan yang melalaikan, perhiasan berbangga-banga antara kamu dan perlumbaan membanyakkan harta dan anak”. Penggambaran Al Quran ini lebih tepat lagi dengan keadaan hidup di hari ini dari keadaan hidup di zaman Rasulullah.

Kini barulah saya mengerti mengapa kepercayaan kepada hari akhirat merupakan salah satu rukun Iman yang pokok di dalam Islam dan mengapa hari akhirat itu ditekankan hampir pada setiap surah di dalam Al Quran. Andainya sesaorang itu mulai percaya kepada hari akhirat, maka nilai duniawi yang dianggap tinggi itu dengan segera menjadi enting.

Akhlak.

Kepercayaan kepada hari akhirat akan memberi kepada orang-orang yang mengimaninya satu pandangan hidup yang betul, dimana ia dapat membezakan apa yang benar-benar penting dan apa yang tidak.Ketika itu ia akan mulai mencintai sesuatu yang baik yang bersifat abadi dan bukan kerana mencintaan semata objeck kebendaan yang tidak lami akan lesap tanpa meninggalkan suatu kesan.

Kepercayaan kepada ujudnya pengadilan Ilahi di hari akhirat merupakan satu pengawal yang aktif di belakang undang-undang akhlak. Tanpa hari akhirat agama tidak mempunyai apa-apa erti lagi.

Andainya kepercayaan kepada hari akhirat itu merupakan satu kepercayaan kepada akhlak, maka kepercayaan itu bukanlah hasil dari pemikiran khayali seperti yang pernah dikatakan oleh orang-orang meraguinya, malah kepercayaan itu merupakan satu kenyataan yang objecktive.

Meragui

Saya telah pun memberikan kepada tuan betapa terpencilnya perasaanku dari orang-orang yang boleh mengikuti cara pemikiran kita. Di kota New York hanya terdapat satu masyarakat Islam yang kecil yang dapat saya jumpaai setiap minggu di masjid apabila saya pergi kesana untuk mengambil kursus pelajaran bahasa Arab. Sementara pada hari Jumaat pula saya berkunjung ke universiti Colombia unutk menemui sekumpulan pelajar-pelajar Islam dari berbagai negara termasuk Pakistan, di mana kita berhimpun untuk menunaikan fardhu jumaat, kemudian makan sambil berdiskusi, tetapi presis seperti berduskusi dengan ibu bapa saya. Pandangan mereka selalu bercangah dengan pandangan saya hampir-hampir dalam setiap persoalan. Mereka berpegang teguah bahawa Islam mesti berdamai dengan temadun Barat yang miorden. Idea-idea dan amalan-amalan Islam harus di sesuaikan mengikut temadun barat. Ramai di antara mereka yang meragui hadith Rasulullah. Walaupun saya telah menghabiskan segala daya upaya memperlihatkan sopan santun dan segala kebijaksanaan, namun saya tidak dapat menyakinkan mereka dan mereka juga tidak dapat menyakinkan saya.

Berdoa.

Guru bahasa Arab saya di masjid itu adalah seorang bumiputra Kahirah. Beliou telah menerangkan kepada saya beliou berpendapat bahawa menjadi seorang Mesir sama pentingnya dengan menjadi seorang muslim. Terlepas dari pemikiran yang diimport dari barat, ia menegaskan bahawa semagat nationalisma tiu adalah perasaan semula jadi yang tertanam di setiap hati manusia di mana-mana.

Kini saya bertanya kepada tuan apakah yang harus kita buat terhadap persoalan ini ?. Walaupun sejak bulan November 1959 saya telah menulis beberapa artikal untuk mempertahankan pendapat saya itu dan telah disiar di dalam berbagai majalah Islam berbahasa Inggeris, tetapi tulisan saya tidak cukup, malah disamping tulisan-tulisan, saya merasa terhutang budi andainya tuan boleh menjelaskan apakah langkah-langkah praktis untuk memecahkan persoalan ini yang telah dan sedang tuan lakukan.

Saya berdoa agar kesihatan tuan bertambah baik dan akhirnya terimlah salam dari saya kepada tuan dan keluarga tuan.

Yang benar.

Magritte Marcos

(Jawapan surat ini akan menyusul seketika. Insya Allah...)

LATARBELAKANG MARGARET MARCUS – MARIAM JAMILAH.

Bayangkan bagaimana seorang remaja yang berumur 14 tahun tetapi mampu untuk menulis sebuah novel bermutu tentang sebuah negara lain yang dia tak pernah kunjungi, juga tentang sebuah agama selain agamanya? Banyak anak di negara kita umur 14 tahun aktivitinya hanyalah bergaul, berpacaran, menonton TV atau menagih dadah! Dan banyak yang tidak tertarik pada agamanya apalagi agama orang lain. Sementara seorang tokoh muslimah terkenal, Maryam Jamilah menulis novel bermutu, “Di Tepian Jalur Gaza“, pada usia 14 tahun dalam keadaan di atas. Ia belum pernah ke Palestin dan ia masih beragama Yahudi tapi novelnya mengkritik orang Yahudi dan membela orang Islam Palestin.

Maryam Jamilah dilahirkan di Westchester, New York pada tahun 1934. Ia dilahirkan dengan nama Margaret Marcus. Gadis yang berasal dari suatu keluarga Yahudi yang mukim di New York, ini memang lain sejak awalnya.

Juga, berbeza dengan remaja-remaja New York sebayanya, Margaret, gadis ini, mengharamkan bagi dirinya segala sesuatu yang disebut sebagai “sumber kenikmatan hidup”, seperti pergaulan bebas, pesta-pora, minuman keras, merokok, justeru di masa-masa yang sering disebut sebagai “masa-masa yang paling membahagiakan” dalam kehidupan seseorang. Dan sebagai gantinya, ia bersungguh dalam mempelajari buku-buku yang “berat” bagi kebanyakan manusia, apalagi bagi remaja seumurnya, seperti: agama, falsafah, psikologi dan sebangsanya. Margaret mula tertarik pada Islam ketika ia berumur 10 tahun. Pada umur itu ia mengikuti Sekolah yang diadakan oleh seorang Yahudi Reformis. Ia sangat kagum dengan hubungan sejarah antara Arab-Yahudi.

Dari buku-buku teks Yahudi, Margaret mempelajari bahawa Ibrahim adalah nenek moyang bangsa Arab sekaligus bangsa Yahudi. Margaret membaca bahawa pada beberapa abad setelah Ibrahim wafat iaitu pada abad pertengahan di Eropah, umat Kristian tidak mempunyai toleransi terhadap umat Yahudi. Umat Kristian juga menyiksa, membunuh umat Yahudi. Hal ini berbeza dengan yang terjadi di negara Islam Sepanyol Andalusia. Di sana umat Islam ‘welcome’ terhadap umat Yahudi.

Toleransi dari umat Islam dan negara Islam sangat mengagumkan dalam sejarah. Umat Yahudi boleh bekerja bebas dalam perdagangan atau bahkan di jajaran pemerintahan. Di mata Margaret, ini adalah keluhuran budi dan peradaban yang tinggi. Dalam sejarah diketahui bahawa peradaban Islam mengalami kejayaan tertinggi pada masa negara Islam Sepanyol Andalusia ini. Dan hebatnya kejayaan tertinggi peradaban Yahudi juga terjadi di Sepanyol pada masa ini.

Negara Islam bukan cuma tidak membunuhi umat Yahudi akan tetapi justeru merangsang tumbuhnya kebudayaan dan peradaban Yahudi sehingga pada tingkat pencapaian yang tertinggi dan mencapai puncaknya. Kenyataan ini membuat Margaret terkagum-kagum pada Islam.
Margaret berpikir bahawa Yahudi “pulang” ke Palestin untuk memperkuat ikatan keluarga mereka dengan sepupu dekatnya iaitu bangsa Arab. Hal ini wajar malahan bagus menurut Margaret, kerana mereka keluarga dekat dalam agama dan budaya. Margaret meyakini bahawa Yahudi dan Arab akan bekerja sama guna mencapai masa kejayaan yang berikut seperti yang terjadi di negara Islam Sepanyol Andalusia. Masa kejayaan kedua peradaban itu, yang kali ini menurut keyakinan Margaret akan diwujudkan di Timur Tengah. Keyakinan ini membuat Margaret semakin kagum pada Islam dan hubungan bersejarah Arab-Yahudi.

Pada masa ini Margaret mengidentifikasikan dirinya secara kuat dengan orang-orang Yahudi di Eropah. Kemudian terjadilah pembunuhan besar-besaran terhadap Yahudi oleh Nazi. Margaret sangat terkejut, Dan ia sangat marah ketika tak seorangpun anggota masyarakat Yahudi bertindak terhadap persoalan ini. Menurut keyakinan Margaret masalah persaudaraan Yahudi ini adalah masalah agama yang sangat penting. Ternyata tak seorangpun peduli.

Ternyata memang masyarakat Yahudi di lingkungan sekitar Margaret tidak peduli pada agamanya apalagi taat. Misalnya pada acara keagamaan di Sinagog, anak-anak malah membaca komik yang disembunyikan di balik kitab suci. Anak-anak juga tertawa-tawa mengejek dan mencemoh ketika ritual agama berlangsung. Anak-anak sebaya Margaret sangat ribut dan tidak patuh kepada guru. Apalagi kalau para guru itu tidak mampu mendisiplinkan dan mengatur kelas. Di rumah Margaret suasana mempelajari dan mengamalkan agama Yahudi juga lebih tidak menyenangkan. Kakak perempuan Margaret sangat membenci “Sekolah Minggu”. Apalagi “Sekolah Minggu” dianggap mengganggu waktu tidur dan santainya di hari libur. Ibu Margaret benar-benar menyeret sang kakak dari tempat tidur pada pagi hari, setelah mengguncang-guncang badannya begitu keras. Sang kakak selalu bangun dengan sumpah serapah dan menangis menjerit-jerit. Akhirnya, orang tua Margaret letih menghadapi sang kakak dan membiarkannya berhenti dari “Sekolah Minggu”.

Pada hari raya Yahudi di Sinagog dan puasa Yom Kippur, Margaret dan kakaknya bengong dan kabur. Mereka malah piknik lalu pesta makan-makan di restoran. Ketika orang tuanya yakin bahawa Margaret dan kakaknya sangat parah di “Sekolah Minggu”, masuk ke organisasi agnostik (humanis dan kemanusiaan) Yahudi. Mereka juga memindahkan kedua anaknya ke “Sekolah Minggu” milik organisasi ini. Organisasi ini dikenal luas sebagai organisasi humanis dengan nama “The Ethical Culture Movement” (Gerakan Kebudayaan Etis).

“The Ethical Culture Movement” didirikan pada akhir abad ke-19 oleh Felix Adler. Ketika belajar menjadi Rabbi, Felix Adler tumbuh keyakinannya akan ibadah agama. Ibadah agama dan nilai-nilai etika, menurut Adler, adalah relatif dan buatan manusia belaka. Penyembahan kepada Tuhan atau Dewa serta supranaturalisme atau Theologi, tidaklah relevan lagi, menurutnya. Agama sudah tidak pantas lagi dalam dunia moden menurut Adler.

Margaret mengikuti “Sekolah Minggu” versi Adler ini, lengkap dengan ajaran-ajaran Adler. Setiap minggu Margaret dengan rajinnya mengikuti sekolah ini, berbeza dengan “Sekolah Minggu” sebelumnya. Margaret pun akhirnya lulus dari sekolah ini pada umur 11 tahun. Di “Sekolah Minggu” ini Margaret tumbuh dengan persetujuan tanpa syarat kepada ide-ide gerakan Adler ini. Sejak saat itu Margaret meremehkan dan mencemohkan upacara-upacara tradisional, penyembahan-penyembahan, peribadatan-peribadatan, dan agama yang terorganisasi.

Pada masa remaja inilah Margaret sangat terpengaruh oleh falsafah humanistik. Ia juga menjadi atheis. Apalagi pada masa itu seorang atheis dianggap sebagai seorang yang terdidik. Ketika masa-masa atheis ini iaitu pada umur 12 tahun, petualangan Margaret sangat hebat di dunia intelektual. Banyak buku dan terutama ensiklopedi yang dibacanya. Ia juga membaca buku tentang dunia Arab dan Islam. Ia membaca buku The Lance of Kanana karya Harry W. French, sebuah buku yang menceritakan seorang anak Badui.

Ia juga membaca buku Boy of The Desert karangan Eunice Tietjiena yang menceritakan seorang anak yang bernama Abdul Aziz. Ia juga membaca buku Camel Bells: A Boy from Baghdad yang bertutur tentang seorang anak Irak yang diangkat oleh keluarga Badui. Cerita-cerita inilah yang mengilhami Margaret untuk membuat cerita tentang kehidupan seorang anak di desa kecil di kamp pelarian Palestin “Ahmad Khalil” yang diterjemahkan dengan judul “Di Tepian Jalur Gaza”. Buku ini dikarang pada usia 14 tahun.

Sejalan dengan kedewasaan dan kematangan Margaret secara intelektual, ia mulai tidak puas dengan atheisme. Ia merasa ada sesuatu yang kurang. Ia memulai pencarian baru. Ia mulai kembali mencari identitas diri. Iapun memasuki kelompok Baha’iyah atau Baha’i di New York. Kelompok ini bernama “The Caravan of East and West” (Karavan Timur dan Barat). Kelompok ini dipimpin oleh seorang Persia yang bernama Mirza Ahmed Sohrab. Sohrab pun memberitahu Margaret bahawa ia pernah menjadi sekretaris Abdul Baha, sang pendirti Baha’i.

Pada awalnya Margaret tertarik pada Baha’i kerana keaslian Islamnya menurut Margaret. Ia juga tertarik dengan ajarannya tentang kesatuan umat manusia (ummatan wahidatan). Tetapi kemudian Mrgret menemukan betapa buruk pengamalan ide-ide Baha’i oleh penganutnya.
Pada umur 18 tahun Margaret menjadi anggota cabang gerakan keagamaan zionis remaja. Gerakan ini dikenal dengan nama Mizrachi Hatzair. Beberapa bulan kemudian ketika Margaret mengetahui seperti apa Zionisme sebenarnya, Margaret keluar dengan muak dan jijik. Ia yang selama ini menyangka bahawa Zionisme adalah gerakan persaudaraan dan kerja sama Arab-Yahudi menjadi marah, kaget, dan kecewa. Ia akhirnya mengetahui borok Zionisme yang hanya membuat-buat dan mencari-cari permusuhan dan peperangan dengan bangsa Arab.
Pada umur 20 tahun Margaret kuliah di Universitas New York. Salah satu mata kuliahnya adalah “Judaisme in Islam” (Ajaran Yahudi dalam Islam). Dosen Margaret Rabbi Abraham Issac Katsh, Ketua Jurusan Sudi-studi Hebrew tidak perlu meyakinkan mahasiswanya bahawa Islam itu mencedok dari Yahudi. Mayoritas mahasiswanya yang ingin menjadi Rabbi langsung menyetujuinya. Buku teks di kuliah itu yang ditulis olehnya yang berjudul “Took each verse from the Qur-an” sungguh-sungguh menyatakan tanpa bukti bahawa ayat-ayat Qur-an bersumber dari ajaran-ajaran Yahudi.

Meskipun maksud Profesor sebenarnya ingin membuktikan kepada mahasiswa kelebihan Yahudi atas Islam, Margaret malah menjadi yakin akan hal yang sebaliknya. Justeru agama Islam dan Yahudi bersumber dari Tuhan yang sama. Dan kerana agama Islam lahir belakangan maka ia merevisi ajaran-ajaran Yahudi. Orang Yahudilah yang harus mengikuti agama Islam, demikian menurut Margaret.

Usaha-usaha Zionisme yang menyuruh orang-orang Yahudi berpindah ke Palestin adalah antara kekuatan politik dengan pengusaha-pengusaha real estate, demikian menurut Margaret. Tidak ada landasannya dalam kitab Talmud, menurutnya lagi.

Fusi antara nasionalisme Yahudi dengan agama ternyata malah memiskinkan orang-orang Yahudi secara spiritual, menurut Margaret lagi. Eksklusivitas yang rigid dari Yahudi juga menjadi penyebab pembunuhan umat lain terhadap umat Yahudi. Menurut Margaret kalau orang-orang Yahudi inklusif dan toleran pasti mereka tidak akan dibubuh sepanjang sejarah umat manusia. Margaret pun menjadi sedar bahawa zionisme adalah kombinasi antara rasisme, Tribalisme Yahudi, dan nasionalisme sekuler moden.

Melihat ketidakadilan yang dilakukan oleh PBB dalam mengatasi hubungan Arab-Yahudi di Palestin hati Margaret menjadi tambah tidak yakin dengan agama Yahudi. Ia tidak gembira dan tidak kuat lagi mengaku sebagai orang Yahudi. Ia melihat kecurangan-kecurangan PBB yang disogok gerakan Zionisme melalui Lobby Yahudi Amerika. Ia menjadi sangat malu sebagai orang Yahudi. Semakin Margaret mengikuti kuliah Profesor Katsh, semakin Margaret tidak meyakini agama Yahudi. Semakin Margaret merasa agama Yahudi banyak cacatnya. Apalagi sudah beberapa bulan Margaret membaca Al Qur-an dan Hadits. Margaret membandingkan AL Qur-an dengan Talmud. Ia merasa AL Qur-an lebih sempurna, lebih logis, dan lebih argumentatif daripada Talmud. Dan pada pagi hari di bulan November 1954, Margaret masuk Islam.

Keluarga Margaret menghalang-halangi keinginan Margaret masuk Islam. Dengan banyak argumen mereka menyuruh Margaret keluar dari agama Islam. Keluarga Margret memperingatkan bahawa Islam akan menyulitkan hidup Margaret. Mereka berpendapat bahawa Islam tidak seperti Yahudi dan Kristian yang menjadi bagian sejak Amerika berdiri. Mereka memberi tahu bahawa Islam akan membuatnya terasing. Terasing dari keluarga dan terasing dari masyarakat.

Pada masa itu keyakinan Margaret akan agama Islam belum terlalu kuat. Iapun tidak tahan terhadap tekanan-tekanan dari keluarga dan masyarakat sekitarnyanya. Sebagai hasil dari kekacauan dalam diri Margaret, ia mnenjadi terganggu jiwa dan pikirannya. Dalam keputus asaan sejak tahun 1957-1959 orang tua Margaret memasukkan Margaret ke rumah sakit jiwa pemerintah dan Swasta. Di sini Margaret berjanji apabila ia benar-benar sembuh dan dipulangkan ia akan memeluk agama Islam dengan yakin seyakin-yakinnya.

Orang tua Margaret tetaplah orang tua. Mereka sangat menyayangi anaknya. Mereka tidak ingin anaknya tambah parah sakitnya. Mereka ingin anaknya cepat sembuh. Mereka tidak melarang Margaret untuk masuk Islam. Mereka pun berjanji kepada Margaret, kalau Margaret benar-benar sembuh, ia akan dibolehkan masuk Islam. Limpahan kasih sayang dari orang tua Margaret sangat efektif menyembuhkan sakit jiwa yang diderita Margaret. Iapun akhirnya dibolehkan pulang pada tahun 1959.

Setelah Margaret pulang, ia mencari-cari peluang untuk bertemu kaum muslimin di New York. Iapun terus berdoa selain berusaha. Doa Margaret dikabulkan oleh Allah Yang Maha Penyayang terutama kepada hambanya yang mau menepati janjinya ketika di alam ruh. Iapun berhasil mempunyai kenalan muslimin dan muslimah yang telah memberikan harapan untuk bertemu dengannya. “Mereka adalah orang-orang yang paling baik”, demikian pendapat Margaret.
Pada tahun 1961 di ulang tahunnya yang ke-27 Margaret masuk Islam lagi. Ia bersyahadat disaksikan oleh Syekh Daud Ahmad Faisal dan berganti nama menjadi Maryam Jamilah.

Maryam juga mulai menulis banyak artikel untuk akhbar Islam di Amerika. Sebelum berkenalan dengan tokoh-tokoh Islam, Maryam selalu menderita. Kalimat perpisahan pada deritanya baru boleh ia ucapkan setelah dikenalnya Sayyid Abul A’la al-Maududi, seorang imam besar umat yang tinggal di Pakistan. Mulai dari surat-menyurat yang mengharukan antara seorang bapak dengan putrinya, antara seorang muslimah intelektual dengan ulama besar yang ternyata sama sekali bersesuaian pendapat ini, akhirnya mentaslah dari gadis ini seorang Maryam Jamilah yang segar imannya.

Ternyata sebelum mereka mengemukakan pendapat mereka masing-masing cara berfikir mereka sudah sama. Dalam surat pertama Maududi kepada Margaret yang merupakan surat balasan, Maududi menulis: “Ketika saya membaca surat dan artikel anda, saya merasa membaca ide-ide saya sendiri. Saya harap perasaan anda akan sama ketika anda mempunyai kesempatan mempelajari bahasa Urdu dan membaca buku-buku saya. Walaupun dalam kenyataannya kita belum pernah berkenalan sama sekali. Kebulatan suara satu sama lain dari kita dalam pemikiran boleh disimpulkan langsung. Faktanya adalah bahawa kita berdua mempunyai sumber inspirasi yang sama dan satu: Islam”.

Berkat ketekunan dan semangatnya dan hidayah Allah swt, sebentar saja namanya telah boleh disejajarkan dengan ulama-ulama besar terkemuka di dunia Islam, seperti: Marmaduke Pickthall, Muhammad Asad, T.B. Irving dan lain-lain.

Sebelum masuk Islam pun Maryam sudah merasa bahawa integritas keagamaan di dunia kontemporer mempunyai ancaman yang sangat besar. Ancaman ini disebut gerakan modenisasi Barat. Gerakan ini bermaksud mencampur pengajaran agama dengan reformasi dan falsafah buatan manusia.

Ketika kecil dan remaja ia mengalaminya sendiri. Keluarganya yang kurang taat pada agama Yahudi semakin hancur keyakinannya kerana modenisasi Barat. Mereka akhirnya hanya Yahudi pak turut saja. Malah organisasi inilah yang membuatnya menjadi atheis.

Ketika masuk Islam, Margaret yang mengganti namanya menjadi Maryam Jamilah terkejut pula melihat kenyataan banyak sarjana muslim didikan Barat yang ragu-ragu dengan ajaran Islam. Antara lain mereka mengatakan bahawa ajaran Islam meniru dari ajaran Yahudi. Iapun ingin memerangi ini melalui tulisan. Abul A’la AL Maududipun sangat mendukung rencana Maryam ini.

Maryam menulis banyak artikel di majalah The Islamic Review dan The Muslim Digest. Di antara artikel itu terdapat tulisan berjudul “Sebuah Kritikan terhadap buku Islam in Moden History” (buku itu dikarang oleh Wilfred Cantwell Smith). Artikel lain berjudul “Kritik terhadap buku Reinterpretation of Islam” berisi kritik terhadap buku karangan Asaf A. Fyzee (wakil rektor Universitas Kashmir). Buku ini berbicara tentang Islam yang diungkapkan menjadi etika kosong yang tidak memberi empak kepada pembentukan masyarakat dan kebudayaan (terbit tahun 1960).

Sama seperti Maududi, Maryam juga mengkritik Sosiolog Turki Ziya Gokalp. Di Indonesia Buya Mohammad Natsir juga mengkritik Ziya Gokalp dalam polemik dengan Soekarno. Memang pemikiran Ziya banyak yang mengkritik? Ziya mengatakan bahawa nasionalisme dan sekularisme sesuai dengan Islam. Sudah pasti tokoh-tokoh Islam di atas tidak setuju. Maryam juga membantah pendapat Sir Sayyid Ahmad Khan yang sangat mengagung-agungkan ilmu pengetahuan dan falsafah Eropah. Ia juga mengkritik para pembaru Mesir seperti Muhammad Abduh dan Taha Husain. Ia menentang pula Presiden Tunisia Habib Bourguiba (memerintah 1957-1987) yang menyatakan bahawa puasa Ramadhan merupakan penghalang pembangunan ekonomi Tunisia.

Pada tahun 1962, atas tawaran Al Maududi Maryam Jamilah pindah ke Pakistan dan menetap di Lahore sebagai anggota keluarga Al Maududi. Setahun kemudian ia menikah dengan Yusuf Khan, seorang pengurus harian Jami’at Islami, gerakan kader Islam yang didirikan Maududi pada tahun 1941.

Maryam menjadi penulis terkemuka di dunia antarabangsa. Penanya sangat tajam menusuk, membenah, dan melawan peradaban Barat yang berlawanan dengan peradaban Islam.


[Read more...]

Friday, January 18, 2008

Nasihat dalam Pantun

Pantun Othman Johari

1 Senja kala pasang pelita
Tambah cahaya bulan mengembang
Ilmu amal mesti diusaha
Dalam kubor terang benderang

2. Tentera bergajah datang menyerang,
Burong ababil sebagai penentang,
Dalam lihad berguling seorang,
Iman taqwa sebagai penghalang.


3. Pergi kehutan mencari rotan
Rotan diraut serta disirat,
Tingkatkan azam 2008,
Menggandakan amalan bekalan akhirat

4. Bermaaf-maafan antara kita
Terhadap perbuatan dan kata2
Samada sembunyi atau nyata
Agar kalbu tidak menderita.

5. Siti Hajar tinggal dengan kesabaran
Ismail menagis air terpancar
Dahului denganniat keikhlasan
Segala amalanpahala mengalir.

6. Belakang masjid kampong Benggali
Tok ketua nama Razali
Terima kasih daun keladi
Kalau boleh tolonglah lagi.

7. Membuat rumah gunakan paku
Paku dipukul diketok ketok
Anugerah Allah dmendapat cucu
Bertambah seri digelar datok

8. Puchuk raja dibuat ulam
Makan nasi menambah selira
Renong diri di hari silam
Yang ditangguh taubat segera.

9. Suami isteri mesti berfakat
Rumah tangga membawa berkat
Hidup di dunia masanya singkat
Bawalah sebanyak bekalan akhirat.





Jawapan:

1. Mewah diri lemahkan jiwa
Susah hidup cerdaskan fikiran
Muhasabah diri tidak dicela
Syukur hidup nikmat limpahan

2. Islam lawa ajaran mudah
Pengalaman pahit terasa puas
Salam taqwa kerana Allah
Kubor sempit jadi luas.

3. Umor bertambah kubor mendekat
Dunia fana akan ditinggalkan
Dosa bertambah cepat bertaubat
Semuga syurga kekal diidamkan

4. Kini di Bintulu menabur bakti
Bakti ditabur kerana khidmat
Berjaya interview limpahkan rezki
Rezki luhur jiwa selamat

5. Hari Jumaat penghulu hari
Sujud tilawah bersolat subuh
Dua rakaat pendahulu pagi
Sebar dakwah maufakat tembuh

6. Solat hajat membina wadah
Dibina wadah kerana Allah
Infak jihad menegak daulah
Dasar daulah hukuman Allah.


7. Tutur di surga bahasa Arab
Di lubang lihad kerja malaikat
Rosak warga nailai akrab
Kumandang jihad tidak melekat.

8. Quran dibaca dengan tajwid
Nun mati penentu harakat
Datuk tua peluang berwirid
Bekalan mati amalan berkat.

9. Satu muharam cucu bertamabh
Semuga generasi faham agama
Bayi perempuan lahirlah sudah
Semuga menjadi insan berguna.

10. Nabi Daud lunak suara
Murni akhlak Nabi Yusuf
Ajaran quran rapatkan saudara
Doa mutlak di hari Ukuf

11. Amalan satu semuga pahala
Diakhirat jua rahmat meleleh
Ayah ibu kita di pusara
Menantikan doa anak soleh.





[Read more...]

Thursday, January 10, 2008

Fahami Nama-nama Surah Al Fatihah

Nama-nama Surah Al Fatihah

1. Al Fatihah atau Fatihatul kitab.
Bermaksud, pembuka kitab.

2. UMMUL KITAB
Bermaksud Induk kitab iaitu mengandungi semua persoalan yang terdapat dalam al quran. Seperti Ketuhanan, Alam, Akhirat, Ibadat dan sejarah.

3. UMMUL QURAN.
Kandungannya dianggap sebagai ringkasan dari isi seluruh al quran.

4. AL QURAN AL AZHIM
Bacaan agong kerana mengadungi mengenai masalah masalah yang amat besar dan agong.

5. AS SAB’UL MATSANY.
Tujuh yang berulang-ulang kerana terdiri atas 7 ayat dan dikatakan berulang-ulang kerana ayat-ayatnya dibaca berulang-ulang terutama di dalam solat. Matsany itu berarti 2 bahagian iaitu satu bahagian untuk Tuhan dan sebahagian lagi untuk manusia. Matsany juga boleh bermaksud Sanjungan kerana setiap ayat al fatihah itu berisi sanjungan atau pujian terhadap Allah.

6. AL WAFIAH.
Bermaksud mencakup kerana isinya mencakup seluruh isi Al Quran dan meliputi keterangan keterangan tentang Tuhan dan keterangan tentang manusia.

7. AL WAQIAH.
Menjaga kerana dapat menjaga pembacanya daripada berbagai bahaya dan penyakit. Hadith: “Siapa yang membaca al fatihah dan ayat Kursi di rumahnya tidak dapat menimpa kepadanya penyakit ‘ain dari manusia atau jin di hari itu”.

8. AL KANZU.
Perbendaharaan atau tempat yang penuh dengan barang-barang berharga. Hadith : “Allah berkata bahawa al Fatihah adalah satu perbendaharaan dari perbendaharaan- perbendaharaan ArasKu”

9. AL KAFIAH.
Memadai, kerana al Fatihah ini mencakupi semua ayat-ayat dalam Al Quran dan ayat-ayat lain tidak mencakupi akan isi al Fatihah ini. Hadith: “Ummul quran dapat ganti lainnya, tetapi lainnya tidak dapat menganti kannya”

10. AL ASAS
Sendi atau dasar kerana ayat BISMILLAHHIR-RAHMAANIR-RAHIIM dianggap sebagai dasar dari al Fatihah.

11. FATIHATUL QURAN.
Pembuka Al Quran kerana letaknya di permulaan Al Quran atau pintu masuk ke Al Quran.


12. SURATUL NUUR
Surah cahaya kerana banyak membawa penerangan kepada manusia.

13. SURAHTUL HAMDI.
Surah pujian kerana isinya penuh dengan pujian kepada Allah.

14. SURAHTUL SYUKRI
Surah syukur kerana isinya penuh dengan syukur kepada Allah.

15. SURHTUL HAMDUL ULA
Surah pujian pertama.

16. SURAHTUL HAMDIL QASHWA.
Surah pujian terakhir.

17. SURAHTUL RUQYAH
Surah jampi atau obat, kerana Allah jadikan surah ini dapat menyembuhkan berbagai-bagai penyakit.

18. SURAHTUL SYIFA’
Surah yang mengandong kesembuhan.

19. SURAHTUL SYAFIYAH
Surah yang menyembuhkan.

20. SURAHTUL SHALAH
Surah yang dibaca tiap rakaat solah

21. SURAHTUD DO’A
Surah yang berisi doa. Tiap kali kita membacanya berarti kita berdo’a.

22. SURAHTUL THALAB
Surah berisi tuntutan (permintaan)

23. SURAHTUL SU’AL
Surah yang berisi permintaan

24. SURAHTU TA’MIL MASALAH
Surah yang mengajar cara berdoa kerana dimulai dengan memuji kebesaran Allah.

25. SURAHTUL MUNAJAT
Surah yang berisi bisikan terhadap Allah

26. SURAHTUT TAFWIDH
Surah yang berisi penyerahan diri kepada Allah

27. SURAHTUL MUKAFAAH
Surah imbangan yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sebagai imbangan terhadap hertabenda orang lain.

28. AFDHALU SUWARIL QURAN
Surah yang terbaik dalam quran.

29. A’ZHAMU SUWARIL QURAN
Surah terbesar dalam quran.

30. AKHIRU SUWAARIL QURAN
Surah penutup dari quran.

31. SURAHTUL MINNAH
Surah yang mengandungi cita cita

32. SURAHTUL MUJZIYAH
Surah yang memberi balasan.

33. SURAHTUL MUNJIYAH
Surah yang dapat membebaskan manusia dari berbagai kesulitan.

34. SURAHTUS TSAQALAIN
Surah jin dan manusia

35. SURAHTU MAJMA’IL ASMA’.
Surah yang mengandung Nama-nama Tuahn

[Read more...]