Friday, January 25, 2008

Biodata Sayyid Abul A'la Maududi


Biodata

Sayyid Abul A'la Maududi, merujuk kepada Maulana Maududi) (25 September, 1903 – 22 September, 1979)[1] merupakan salah seorang ulama abad ke-20 dan pengasas Jamaat-e-Islami (Parti Islam) . Maulana Maududi merupakan seorang ahli falsafah, sasterawan, dan aktivis yang aktif dalam pergerakan dan perjuangan Islam di seluruh dunia. . Maulana Maududi mendapat ilham daripada perjuangan Sayyid Qutb di Mesir iaitu Jamiat al-Ikhwan al-Muslimun . Sebagaimana Qutb,Maududi merupakan tokoh pembangunan dan perjuangan Islam seluruh dunia.

Maulana Maududi, lahir pada 3 Rejab, 1321 AH (25 September , 1903 AD) di Aurangabad bandar Hyderabad (sekarang Maharashtra) negeri, India.
Beliau merupakan seorang sayyid, yang berketurunan Nabi Muhamad. Beliau seorang pemimpin spiritual bertaraf wali / Sufi. Bapa Maulana Maududi ialah Ahmad Hasan yang lahir pada 1855 AD , seorang peguam. Maulana Maududi anak bungsu dari 3 beradik lelaki.




Masa kecil

Maulana Maududi mendapat pendidikan di Madrasah Furqaniyah, sebuah sekolah tinggi terkenal di Hyderabad yang dipanggil "Madrassah", bukan sekolah Islam tradisional . Kemudian melanjutkan pelajaran di Darul Uloom di Hyderabad sekejap sahaja kerana bapanya sakit. Mahir berbahasa Arab, bahasa Farsi, bahasa Inggeris,dan bahasa ibunda Urdu .

Tahun 1918 ,ketika usia 15, mula bekerja sebagai wartawan dalam surat khabar berbahasa Urdu untuk menyara kehidupannya.Tahun 1920, menyandang jawatan editor surat khabar Taj, yang diterbitkan di bandar Jabalpore sekarang negeri Madhya Pradesh , India.

Tahun 1921, Maulana Maududi pindah ke Delhi bekerja sebagai editor surat khabar Muslim (1921-1923), dan kemudian editor al-Jam’iyat (1925-1928), yang diterbitkan oleh Jam’iyat-i ‘Ulama-i Hind,sebuah pertubuhan politik Deoband. Hasil kepimpinannya sebagai editor , al-Jam’iyatmenjadi surat khabar utama untuk orang Islam di Asia Selatan ( India, Pakistan, Bangladesh , Sri Langka dan Maldive). ' Maulana Maududi terlibat membentuk Pergerakan Khilafah dan Tahrik-e Hijrat, iaitu Pertubuhan Asia Selatan yang menentang penjajahan kolonial British.

Beliau menggesa Muslim India berhijrah ke Afghanistan untuk mengelak pemerintahan British. Zaman itu ,Maulana Maududi mula menterjemahkan buku berbahasa Arab dan bahasa Inggeris ke bahasa Urdu. Beliau juga telah menulis buku bertajuk al-Jihad fi al-Islam ("Jihad dalam Islam") diterbit secara bersiri dengan nama al-Jam’iyat tahun 1927 dan dijilid sebagai buku tahun 1930. Al-Jihad fi al-Islam merupakan karya termasyhur beliau.

Tahun 1933, Maulana Maududi menjadi editor majalah bulanan Tarjuman al-Qur'an ("Tafsiran al Qur'an"). Bidang penulisan beliau ialah tentang Islam , konflik antara Islam dengan Imperialisme dan modenisasi. Beliau mengemukakan penyelesaian Islam dan Islam ada jawapan bagi setiap permasalahan masyarakat Islam yang dijajah.
Bersama dengan ahli filasuf dan ulama Muhammad Iqbal, Maulana Maududi mengasaskan pusat pendidikan Darul-Islam di bandar Pathankot di wilayah Punjab .Matlamat pusat pendidikan ini ialah melahirkan pelajar yang mempunyai falsafah politik Islam. Maulana Maududi mengkritik habis konsep-konsep Barat seperti nationalisme, pluralisme and feminisme di mana semua idea ini adalah alat Barat untuk menjajah umat Islam.
Beliau mencadangkan dunia Islam berdikari , jihad ("berjuang") sehingga berjaya menegakkan negara Islam yang syumul. Maududi telah menterjemah dan mentafsir Qur'an kebahasa Urdu dan menulis banyak artikel berkenaan udang-undang Islam dan kebudayaan masyarakat Islam.

Tindakan Politik

Tahun 1941, Maulana Maududi mengasaskan pertubuhan Jamaat-e-Islami untuk mengembangkan Islam sebagai satu cara hidup di Asia Selatan.Beliau terpilih sebagai Presiden Jamaat dan sekali lagi terpilih sehingga 1972 dan bersara dengan alasan kesihatan.

Maududi tidak menyokong idea penubuhan negara Pakistan sebuah negara Islam yang terpisah daripada India. Tapi selepas Pakistan merdeka 1947 dari India , Maulana Maududi berhijrah ke Pakistan. Beliau mula membina negara dan masyarakat Islam yang ideal sebagaimana wawasannya dahulu. Beliau tidak senang dengan dasar sekular dan mahu pemimpin Pakistan yang komited Islamik.

Maka Maulana Maududi ditahan dan dipenjarakan berikutan ucapan dan tulisannya yang mahukan Islam tulen. Tahun 1953, risalah Maulana Maududi disebarkan yang mengkritik Ahmadiah sebagai tidak Islamik . Akhirnya menimbulkan rusuhan dan tunjuk perasaan di Pakistan.

Mahkamah tentera menjatuhi hukuman mati ke atas beliau . Beliau enggan merayu dan rela menerima ketentuan daripada Allah.Sebaliknya merayu dibebaskan berucap . Namun kemudian kerajaan tentera tidak melaksanakan hukuman mati ke atas beliau.
Maulana Maududi mahu melaksanakan dasar-dasar Islam yang syumul, Islam sebagai cara hidup dan menolak cara hidup Barat. Islam adalah satu agama lengkap untuk umat Islam.Umat Islam mestilah menjadikan al Quran sebagai rujukan dan mengikut semua aspek kehidupan Nabi Muhamad.

Konsep ini merupakan alasan utama beliau menentang perpisahan Pakistan daripada India. Baginya Islam boleh hidup, berkembang dan berkreasi di mana sahaja.
Maulana Maududi mentafsir agama sebagai satu cara hidup dan ruang lingkup yang sempurna untuk semua aktiviti manusia. Tiada pemisahan antara dunia dan akhirat, antara orang Islam dengan bukan Islam.Beliau menentang konsep agama adalah milik peribadi , satu dasar sekular.Baginya agama adalah refleksi daripada masyarakat. Beliau mahu undang-undang Syariah dilaksanakan bagi semua rakyat , menggantikan undang-undang sivil yang tidak Islamik dan melaksanakan undang-undang jenayah hudud.
Maulana Maududi mengembara pada 1956 dan 1974 untuk mengembangkan Islam ke seluruh dunia. Ucapan inspirasi beliau tersebar ke seluruh dunia Islam seperti di Cairo, Damascus, Amman, Mekah, Madinah, Jeddah, Kuwait, Rabat, Istanbul, London, New York, Toronto dan banyak negara lain. Beliau mengerjakan haji dan membuat penyelidikan di Saudi Arabia, Jordan (termasuk Jerusalem), Syria dan Mesir antara 1959-1960 dan menggesa al Quran diangkat sebagai panduan utama.

Pada 22 September, 1979, Maulana Maududi meninggal dunia pada usia 76 tahun di Buffalo, New York. Jenazahnya dikebumikan Ichra, Lahore oleh pengikut setianya.

Falsafah

• Maulana Maududi menerima konsep yang dibawa oleh Shah Waliullah bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna, dan merupakan agama tamadun yang universal. Ini adalah asas perbezaan antara Islam dengan Jahiliah.

• Beliau menyatakan umat Islam hendaklah berjihad sebagai satu strategi pembangunan umat.

• Maulana Maududi mahu konsep perpaduan ummah dan Islam satu cara hidup difahami benar-benar.Al Quran dan Sunnah hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan 100 %.

• Baginya , dalam sejarah Islam, tidak semua perjuangan dimenangi oleh Islam. Tetapi jika umat Islam mengamalkan Islam, kemenangan adalah pasti .

Pencapaian

Maulana Maududi menulis lebih 120 buah buku dan risalah dan lebih 1000 ucapan (700 ucapan telah dirakam dan disebarkan). Tumpuannya ialah (Tafsir), etika, kajian sosial dan permasalahan perjuangan Islam. Karya termasyhur beliau dalam bahasa Urdu ialah analisis terhadap , Tafhim al-Qur'an (“Ke arah Memamahi Qur'an”), mengambil masa 30 tahun untuk siap. [1] . Tafhim al-Qur'an telah diterjemah kebahasa Arab, English, bahasa Turki, bahasa Farsi, Hindi, bahasa Perancis, bahasa Jerman, Swahili, bahasa Tamil, bahasa Bengali, Malayalam dan Kannada.

Hasil karya

• The Meaning of the Qur'an (Arabic: Tafhim al-Qur'an)
• Islamic Way of Life
• Khutabat: Fundamentals of Islam
• Caliphs and Kings (Arabic: Khilafat wa Mulukiyyat)
• Human Rights in Islam
• Al-Hijab
• Economic System of Islam
• Human Rights in Islam
• Introduction of Islam
• Rights of Non Muslims in Islamic State
• Social System of Islam
• System of Government under the Holy Prophet
• Economic Problem of Man and its Islamic Solution
• Islamic Law and its Introduction in Pakistan
• Qadiani Problem
• Towards Understanding Islam
• Towards Understanding the Qur'an



No comments: