Friday, January 18, 2008

Nasihat dalam Pantun

Pantun Othman Johari

1 Senja kala pasang pelita
Tambah cahaya bulan mengembang
Ilmu amal mesti diusaha
Dalam kubor terang benderang

2. Tentera bergajah datang menyerang,
Burong ababil sebagai penentang,
Dalam lihad berguling seorang,
Iman taqwa sebagai penghalang.


3. Pergi kehutan mencari rotan
Rotan diraut serta disirat,
Tingkatkan azam 2008,
Menggandakan amalan bekalan akhirat

4. Bermaaf-maafan antara kita
Terhadap perbuatan dan kata2
Samada sembunyi atau nyata
Agar kalbu tidak menderita.

5. Siti Hajar tinggal dengan kesabaran
Ismail menagis air terpancar
Dahului denganniat keikhlasan
Segala amalanpahala mengalir.

6. Belakang masjid kampong Benggali
Tok ketua nama Razali
Terima kasih daun keladi
Kalau boleh tolonglah lagi.

7. Membuat rumah gunakan paku
Paku dipukul diketok ketok
Anugerah Allah dmendapat cucu
Bertambah seri digelar datok

8. Puchuk raja dibuat ulam
Makan nasi menambah selira
Renong diri di hari silam
Yang ditangguh taubat segera.

9. Suami isteri mesti berfakat
Rumah tangga membawa berkat
Hidup di dunia masanya singkat
Bawalah sebanyak bekalan akhirat.





Jawapan:

1. Mewah diri lemahkan jiwa
Susah hidup cerdaskan fikiran
Muhasabah diri tidak dicela
Syukur hidup nikmat limpahan

2. Islam lawa ajaran mudah
Pengalaman pahit terasa puas
Salam taqwa kerana Allah
Kubor sempit jadi luas.

3. Umor bertambah kubor mendekat
Dunia fana akan ditinggalkan
Dosa bertambah cepat bertaubat
Semuga syurga kekal diidamkan

4. Kini di Bintulu menabur bakti
Bakti ditabur kerana khidmat
Berjaya interview limpahkan rezki
Rezki luhur jiwa selamat

5. Hari Jumaat penghulu hari
Sujud tilawah bersolat subuh
Dua rakaat pendahulu pagi
Sebar dakwah maufakat tembuh

6. Solat hajat membina wadah
Dibina wadah kerana Allah
Infak jihad menegak daulah
Dasar daulah hukuman Allah.


7. Tutur di surga bahasa Arab
Di lubang lihad kerja malaikat
Rosak warga nailai akrab
Kumandang jihad tidak melekat.

8. Quran dibaca dengan tajwid
Nun mati penentu harakat
Datuk tua peluang berwirid
Bekalan mati amalan berkat.

9. Satu muharam cucu bertamabh
Semuga generasi faham agama
Bayi perempuan lahirlah sudah
Semuga menjadi insan berguna.

10. Nabi Daud lunak suara
Murni akhlak Nabi Yusuf
Ajaran quran rapatkan saudara
Doa mutlak di hari Ukuf

11. Amalan satu semuga pahala
Diakhirat jua rahmat meleleh
Ayah ibu kita di pusara
Menantikan doa anak soleh.





No comments: