Thursday, January 10, 2008

Fahami Nama-nama Surah Al Fatihah

Nama-nama Surah Al Fatihah

1. Al Fatihah atau Fatihatul kitab.
Bermaksud, pembuka kitab.

2. UMMUL KITAB
Bermaksud Induk kitab iaitu mengandungi semua persoalan yang terdapat dalam al quran. Seperti Ketuhanan, Alam, Akhirat, Ibadat dan sejarah.

3. UMMUL QURAN.
Kandungannya dianggap sebagai ringkasan dari isi seluruh al quran.

4. AL QURAN AL AZHIM
Bacaan agong kerana mengadungi mengenai masalah masalah yang amat besar dan agong.

5. AS SAB’UL MATSANY.
Tujuh yang berulang-ulang kerana terdiri atas 7 ayat dan dikatakan berulang-ulang kerana ayat-ayatnya dibaca berulang-ulang terutama di dalam solat. Matsany itu berarti 2 bahagian iaitu satu bahagian untuk Tuhan dan sebahagian lagi untuk manusia. Matsany juga boleh bermaksud Sanjungan kerana setiap ayat al fatihah itu berisi sanjungan atau pujian terhadap Allah.

6. AL WAFIAH.
Bermaksud mencakup kerana isinya mencakup seluruh isi Al Quran dan meliputi keterangan keterangan tentang Tuhan dan keterangan tentang manusia.

7. AL WAQIAH.
Menjaga kerana dapat menjaga pembacanya daripada berbagai bahaya dan penyakit. Hadith: “Siapa yang membaca al fatihah dan ayat Kursi di rumahnya tidak dapat menimpa kepadanya penyakit ‘ain dari manusia atau jin di hari itu”.

8. AL KANZU.
Perbendaharaan atau tempat yang penuh dengan barang-barang berharga. Hadith : “Allah berkata bahawa al Fatihah adalah satu perbendaharaan dari perbendaharaan- perbendaharaan ArasKu”

9. AL KAFIAH.
Memadai, kerana al Fatihah ini mencakupi semua ayat-ayat dalam Al Quran dan ayat-ayat lain tidak mencakupi akan isi al Fatihah ini. Hadith: “Ummul quran dapat ganti lainnya, tetapi lainnya tidak dapat menganti kannya”

10. AL ASAS
Sendi atau dasar kerana ayat BISMILLAHHIR-RAHMAANIR-RAHIIM dianggap sebagai dasar dari al Fatihah.

11. FATIHATUL QURAN.
Pembuka Al Quran kerana letaknya di permulaan Al Quran atau pintu masuk ke Al Quran.


12. SURATUL NUUR
Surah cahaya kerana banyak membawa penerangan kepada manusia.

13. SURAHTUL HAMDI.
Surah pujian kerana isinya penuh dengan pujian kepada Allah.

14. SURAHTUL SYUKRI
Surah syukur kerana isinya penuh dengan syukur kepada Allah.

15. SURHTUL HAMDUL ULA
Surah pujian pertama.

16. SURAHTUL HAMDIL QASHWA.
Surah pujian terakhir.

17. SURAHTUL RUQYAH
Surah jampi atau obat, kerana Allah jadikan surah ini dapat menyembuhkan berbagai-bagai penyakit.

18. SURAHTUL SYIFA’
Surah yang mengandong kesembuhan.

19. SURAHTUL SYAFIYAH
Surah yang menyembuhkan.

20. SURAHTUL SHALAH
Surah yang dibaca tiap rakaat solah

21. SURAHTUD DO’A
Surah yang berisi doa. Tiap kali kita membacanya berarti kita berdo’a.

22. SURAHTUL THALAB
Surah berisi tuntutan (permintaan)

23. SURAHTUL SU’AL
Surah yang berisi permintaan

24. SURAHTU TA’MIL MASALAH
Surah yang mengajar cara berdoa kerana dimulai dengan memuji kebesaran Allah.

25. SURAHTUL MUNAJAT
Surah yang berisi bisikan terhadap Allah

26. SURAHTUT TAFWIDH
Surah yang berisi penyerahan diri kepada Allah

27. SURAHTUL MUKAFAAH
Surah imbangan yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sebagai imbangan terhadap hertabenda orang lain.

28. AFDHALU SUWARIL QURAN
Surah yang terbaik dalam quran.

29. A’ZHAMU SUWARIL QURAN
Surah terbesar dalam quran.

30. AKHIRU SUWAARIL QURAN
Surah penutup dari quran.

31. SURAHTUL MINNAH
Surah yang mengandungi cita cita

32. SURAHTUL MUJZIYAH
Surah yang memberi balasan.

33. SURAHTUL MUNJIYAH
Surah yang dapat membebaskan manusia dari berbagai kesulitan.

34. SURAHTUS TSAQALAIN
Surah jin dan manusia

35. SURAHTU MAJMA’IL ASMA’.
Surah yang mengandung Nama-nama Tuahn

4 comments:

eim said...

SubhanaAllah, byknyer name al-fatihah..xpenah tau pun...

iman said...

allahuakbar..kalau boleh abah tulis skali kitab rujukan abah dapatkan sumber ni.supaya pembaca boleh rujuk untuk ketahui lebih lanjut.

Mohd Nor said...

Assalamualaikum Iman

Rujuklah kitab Bey Arifin bertajuk "Samudera Al Fatihah" disana terdapat keterangan yang lebih lanjut dan mendalam.

Banyakan membaca tambahkan ilmu serikan amal dengan ikhlas kepada Allah.

CresceNet said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my site, it is about the CresceNet, I hope you enjoy. The address is http://www.provedorcrescenet.com . A hug.