Wednesday, June 4, 2008

TIDOR YANG BERKAT

Seorang muslim yang inginkan sepanjang umornya diberkati Allah, sewajarnya lah dia mengikut sistem hidup sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam, iaitu setiap orang Islam dikehendaki tidur awal dan bangun awal. Ia hendaklah bangun sebelum fajar meningsing, atau sekurang-kurang nya hendaklah sebelum terbitnya matahari, supaya di pagi hari yang sepi dan di saat udaranya masih bersih dia dapat memulakan hidupnya dengan beribadat kepada Allah lebeh awal sebelum udara dicemari oleh gulungan yang berdosa, kerana gulungan ini tidak akan bangun dari tidur kecuali setelah matahari naik menggalah.



Setiap muslim yang sentiasa bangun awal di setiap pagi akan memperolehi barkat, mengikut apa yang telah didoakan oleh Rasulullah:

“Ya Allah! Berikanlah keberkatan kepada umatku yang berpagi-pagi”.

Orang – orang Islam yang menghadapi ujian dari Allah ialah orang-orang yang tidak patuh kepada peraturan Islam. Mereka berjaga di waktu malam dan tidur jauh-jauh malam, hatta luput waktu solat subuh. Setengah ulama ada berkata: “Aku hairan terhadap mereka yang solat subuh satelah terbitnya matahari, bagaimana dia memporlehi rezki?

Sabda Rasulullah:

Syaitan mengikat di tengkok seseorang kamu apabila dia tidur dengan tiga simpul. Dia menjaga ketiga-tiga simpul ikatyan itu. Di waktu malam yang panjang hendaklah kamu tidur. Berikutnya apabila orang yang tidur ini bangun dari tidurnya dengan menyebut nama Allah, dengan serta merta terungkai satu simpul ikatan. Seterusnya apabila ia mengambil wudhu’ terungkai lagi simpur kedua. Akhirnya , apabila dia solat, terungkai pula ikatan simpul yang ketiga, hingga jadilah dia cergas dan jiwanya tenteram. Sebaliknya jika dia tidak bertindak demikian, jiwanya menjadi kotor serta pemalas!.”

Perbezaan antara Muslim yang bangun di waktu pagi dengan mereka yang bangun lewat adalah besar. Dimana orang yang bangun awal, dia terlepas dari ikatan syaitan. Dia menyambut kedatangan pagi harinya dengan berzikir kepada Allah, bersuci dan bersolat. Selepas itu dia terus keluar untuk melaksanakan tugasnya dengan cergas, jiwa yang bersih dan dada yang lapang. Ini jauh beza dengan orang yang selalu tengkoknya digari oleh syaitan. Yang mana orang ini bangun di waktu matahari sudah bergalah tingginya, dia berjalan dengan tidak bermaya, jiwanya sugul, semua anggota badannya terasa berat dan malas.



No comments: