Wednesday, April 16, 2008

Seni hiburan dalam Islam

Hiburan dan seni menurut Al Quran..

Segala puji bagi Allah , selawat dan salam semuga tetap atas Rasulullah, keluarga dan para sahabat serta orang–orang yang berjuang di dalam menegakkan syari’at Allah Ta’ala di muka bumi ini hingga hari penghabisan.

Adalah satu kesalahan jika ada orang mengatakan bahawa Islam itu suatu kehidupan yang melarang senyum bagi setiap bibir, melarang hati siapa sahaja yang bersukaria, melarang perhiasan di mana sahaja dia berada dan melarang merasakan keindahan pada gambar apa jua bentuknya.




Jika ungkapan dan rasa ada mempunyai semangat seni dan keindahannya maka Islam adalah ugama yang paling agung yang menanamkan rasa cinta keindahan di lubuk hati setiap muslim.

Orang yang membaca Al Quran tetnu merasakan kebenaran ini dengan jelas lagi terang. Al Quran menghendaki agar orang mukmin memandang keindahan yang tersebar di seluruh alam, di layar Tuhan maha pencipta yang sangat baik lagi agung, telah menciptakan segala sesuatu dengan sebaik-baik ciptaan.

Allah berfirman dalan Surah As Sajadah ayat 7:

“...Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya”.

Allah berfirman dalan Surah Al Mulk ayat 3:

Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang”

Allah berfirman dalan Surah An Naml ayat 88

(Begitulah)Perbuatan Allah yang membuat segala sesuatu dengan kukuh.

Al Quran mengarahkan pandangan dan memperingatkan akal berserta hati agar memandang keindahan khususnya yang berada di setiap penjuru alam ini.

Islam menghidupkan cita rasa keindahan dan mengukuhkan seni keindahan, tetapi dengan syarat-syarat tertentu yang membawa kemaslahan dan tidak mendatangkan kerosakan.

Islam telah menghidupkan berbagai jenis seni sesuai dengan kemajuan ilmu pengetahuannya dan sekaligus membezakan dari perkembangan ilmu pengetahuan yang lain, seperti seni khat dan seni ukir sebagaimana didapati di Masjid, rumah, pedang, kerusi dan lain-lainya.

Islam juga memperhatikan seni sastera seperti yang diperhatikan oleh bangsa Arab sebelum Islam di mana mereka sangat pandai dalam hal ini, termasuk dalam hal ilmu pengetahuan yang diambil dari bangsa lain. Al Quran datang memberikan contoh puncak seni sastera yang tertinggi, sebab membaca dan mendengarkannya bagi orang yang berakal dan berfikir menjadi makanan jiwa dan perasaan yang tidak ada bandingnya. Ini bukan hanya ditinjau dari aspek isi dan kandunagan, melainkan juga dipandang dari segi cara penyampaian, bacaannya yang baik secara tartil, mujawwad, mahupun tahbir yang dapati dinikmati pendengaran dan menyenagkan hati terutama sekali bila dibacakan oleh qari yang memiliki suara yang sedap didengar.

Atas dasar ini Rasulullah bersabda kepada Abu Musa:

Kamu telah dikurniakan sebahagian dari seruling keluarga Nabi Daud”. (HR Al Bukhari dan At- Turmizi)

Tidak diragukan lagi bahawa masaalah seni adalah masalah yang penting kerana berhubungan dengan naluri dan perasaan orang serta berfungsi membentuk bakat, perasaan dan idealisma peribadi dengan berbagai alat yang sangat berkesan, samaada yang boleh didengar, dibaca, dilihat, dirasakan atau pun difikirkan.

Tidak diragukan lagi bahawa seni mirip dengan ilmu pengetahuan yang dapat dipergunakan untuk kebaikan dan pembangunan atau boleh juga untuk kejahatan dan kerosakan. Seni merupakan media untuk mencapai sesuatu tujuan yang status hukumnya seiringan dengan tujuan itu sendiri. Jika digunakan dalam urusan halal, maka halal hukumnya dan jika digunakan dalam urusan haram, maka haramlah hukumnya.

Semuga anda ceria dan berbahagia dalam nikmat Allah.


1 comment:

Ditaur said...

Attention! See Please Here