Thursday, April 17, 2008

PEMBAZIRAN ADALAH SAUDARA SYAITAN

PEMBAZIRAN HALANG AGIHAN KEKAYAAN DUNIA.

Sebuah hadith Nabi riwayat Abu Daud daripada Anas RA menjelaskan:

Pada satu hari, Rasulullah keluar berjalan bersama seorang sahabat (Anas), tiba-tiba Nabi terpandang sebuah rumah yang di atasnya terbina sebuah kubah, lalu baginda bertanya: “Rumah siapa itu?” Sahabat meberitahu bahawa rumah itu kepunyaan si polan daripada kaum Ansar. Nabi diam tidak berkata apa-apa, tetapi memendamkan perkara itu di dalam hatinya.

Kemudian pada satu ketika, sahabat yang mempunyai kubah itu bersua dengan Rasulullah lalu memberi salam, tetapi Nabi tidak menjawab dan memalingkan mukanya dengan wajah yang masam. Peristiwa ini sangat mendukacitakan sahabat Ansar berkenaan, sahingga satu waktu Anas menceritakan bahawa beliau pernah berjalan bersama Rasulullah dan terpandang kubah yang dibina di atas rumah sahabat itu, lalu Nabi bertanyakan rumah kepunyaan siapa tiu?.



Sahabat Ansar itu faham bahawa Nabi tidak suka di kalangan sahabatnya yang membuat kerja-kerja membazir seperti pembinaan kubah kerana ianya hanyalah perhiasan dan bukannya keperluan. Sahabat Ansar itu segera pulang kerumahnya dan memecahkan kubah tersebut sehingga tiada kelihatan lagi.

Mungkin ada banyak alasan yang boleh diberikan tentang kubah atau binaan seumpamanya. Konon hendak menimbulkan ciri-ciri binaan Islam, sebagai menggambarkan tamaddun Islam yang dianggap unggul. Sebenarnya tidak ujud apa apa yang dikatakan binaan Islam, tiada hujah ilmiah yang dapat menguatkan anggapan tersebut.

Selepas kejadian itu, Rasulullah bersabda di hadapan para sahabat: “Ingatlah! bahawa setiap binaan yang kamu dirikan itu akan menjadi bala kepada kamu, kecuali binaan rumah yang menjadi keperluan.”

Kubah yang dibina oleh sahabat Ansar itu merupakan satu contoh pembaziran yang dibenci oleh Allah dan RasulNya. Lantaran Nabi memalingkan muka daripada sahabat berkenaan sebagi tazkirah dan amaran agar setiap orang yang mengaku dirinya beriman tidak sekali-kali melakukan kerja-kerja yang tergolong dalam pembaziran.

Allah berfirman dalam surah Al Isra ayat 27. maksudnya,

“Sesungguhnya orang-orang Yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk Yang sangat kufur kepada Tuhannya.”

Pembaziran bukan sahaja dimusuhi oleh Islam, tetapi dibenci oleh semua tamadun manusia. Pembaziran boleh menjejaskan pengagihan kekayaan harta dunia yang dikurniakan Allah, yang sepatutnya boleh dinikmati oleh setiap warga makluk.

Pembaziran terus dilakukan oleh kebanyakan negara serta para pengasa dan pemerintah negara yang mengenepikan syariat Allah. Mereka melaksanakan
sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat seperti membina tugu atau pintu gerbang dan projek-projek lain yang membazir. Pembinaan padang golf dan seumpamanya yang menggunakan wang rakyat atau harta negara.

Semua pembaziran ini akan mengakibatkan kepincangan dalam pengagihan harta atau kekayaan, khususnya dalam kalangan rakyat miskin. Jika padang-padang golf yang dibina begitu banyak bagi membela rakyat yang berpendapatan rendah, nascaya tidak wujud apa yang dinamakan penoraka bandar yang hidup bersesak-sesak di kawasan setinggan tanpa sebarang kemudahan awam.

Pembaziran ternyata berlaku dikalangan hartawan, khususnya dalam perlumbaan membina rumah bukan sebagai keperluan sebenar, malah lebih bersifat untuk kebanggaan dan menunjuk-nunjuk kemampuan kewangan masing-masing.

Allah menjamin rezki kepada setiap yang melata di muka bumi ini, sama ada manusia atau haiwan seperti firmanNya dalam surah Hud ayat 6: maksudnya:

“dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk Yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah Yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. semuanya itu tersurat di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz) Yang nyata (kepada malaikat-malaikat Yang berkenaan).”

Kebanyakan manusia, terutama pihak para penguasa lebih mengutamakan projek pembaziran, maka wujud krisis eknomi dalam kalangan orang-orang miskin.

Kita dapati penguasa negara mengadakan projek untuk menguasai angkasa lepas, sayangnya; ketika mereka menabur wang di angkasa , mereka lupa bahawa ramai rakyat nya di muka bumi yang kelaparan dan tidak berumah.

Pemimpin yang mabuk kuasa sibuk membongkar rahsia penciptaan senjata-senjata maut kerana ingin menjadi super power di dunia, tetapi dia lupa bahawa masih ramai rakyat mereka menyelongkar tong-tong sampah mencari sisa-sisa makanan.

Selain pemimpin banyak melakuan penyelewengan dengan membazirkan harta negara, masyarakt awam juga banyak melakuan pembaziran harta samada secara sedar atau tidak. Seperti berbelanja berlebihan di bulan ramadhan yang sepatutnya berjimat, menukar rim kenderaan sedangkan rim yang sedia ada masih selamat digunakan dan lain-lain jutaan pembaziran. Jangan membazirkan harta dan waktu, kerana orang yang membazir itu adalah sahabat setia kepada syaitan – jauh dari rahmat Allah.











Type the rest of the article here (body).

No comments: