GEJALA BURUK PADA KANAK-KANAK
1. Berdusta.
2. Mencuri.
3. Mencela dan memaki.
4. Tidak berkeperibadian serta longgar pegangan.
1. Gejala Berdusta.
Mengenai fenomena berdusta, ia merupakan fenomena yang paling buruk pada pandangan Islam. Wajib ke atas para pendidik memberikan perhatian sewajarnya, serta berusaha sebaik-baiknya supaya anak-anak menjauhkan diri mereka darinya, membencikannya dan mengelakkan perangkapnya serta keburukan sifat nifaq.
Gejala bohong sudah cukup buruk serta terkeji, sehingga agama Islam telah menganggapnya salah satu sifat nifaq...
PENDIDIKAN AKHLAK
Apa yang kita maksudkan dengan pendidikan akhlak ialah prinsip-prinsip akhlak serta kelebihan tingkahlaku dan perasaan yang patut diajarkan kepada kanak-kanak di samping menjadikannya sebagai adat kebiasaan sejak ia membesar, berakal, hingga baligh, bertanggungjawab dan hingga menjadi pemuda yang menceburkan diri dalam kesibukan hidup.
Tidak syak lagi bahawa kelebihan-kelebihan akhlak, tingkahlaku dan perasaan merupakan salah satu buah keimanan yang kuat serta pendidikan mengikut agama sebenarnya.
Jika kanak-kanak dari kecil lagi dibesarkan dengan beriman kepada Allah, dididik dengan takut akan Allah, menjaga-Nya, bergantung kepada-Nya, mengharapkan pertolongan-Nya dan menyerah kepada-Nya dalam segala apa yang menakutkan atau ditimpa ke atasnya, ia akan mempunyai naluri fitrah serta tindak balas perasaan bagi menerima setiap fadilat dan kelebihan. la juga akan biasa dengan setiap tingkahlaku yang utama serta mulia, Ini kerana pendorong agama telah mendalami jiwanya, sifat menjaga Allah telah bertapak dalam lubuk hatinya dan menghitung diri sendiri telah menguasai fikiran serta perasaannya. Semua ini telah menjadi penghalang antara kanak-kanak itu dengan sifat-sifat buruk serta adat-adat jahat dan terkeji. Sambutannya terhadap kebaikan merupakan salah satu adat dari adat-adatnya dan kesukaaannya kepada kemuliaan serta kelebihan menjadi akhlak semula jadi yang amat menonjol dari akhlak serta sifat-sifatnya.
Apa yang boleh menguatkan ini semua ialah kerana kejayaan percubaan yang telah dilakukan oleh ramai daripada bapa yang berpegang kuat dengan agama terhadap anak-anak mereka, serta oleh para pemimpin dan pendidik terhadap pengikut-pengikut dan murid-murid mereka. Percubaan ini telah diketahui dalam sejarah orang-orang dahulu dan kehidupan sebenar. Kita lihat bahawa jiwa yang telah pulih menjadi salih dengan kesan pendidikan yang telah diberi dengan menjaga Allah, takut kepada-Nya dan bergantung kepada-Nya. lanya dengan meneruskan mengulang-ulang zahir dan batin, sedang ia ketika ada orang atau berseorangan: "Allah denganku, Allah melihatku dan Allah saksiku".
Apabila pendidikan kanak-kanak menjadi jauh dari akidah Islam, disisih dari ajaran agama serta hubungan dengan Allah Azza wa Jalla, pasti kanak-kanak itu akan membesar dalam keadaan biasa, kejahatan serta terbuka, ia juga akan dibela dengan kesesatan dan ilhad (tanpa agama). Bahkan, ia akan mengikut hawa nafsunya dan pendorong-pendorong nafsu yang menggalakkan perbuatan jahat dan juga was-was syaitan, mengikut keinginannya, hawanya serta harapan-harapan yang mendatang.
Dan jika kebiasaan badannya dari jenis lembut, pendiam serta sukakan kemewahan, pasti ia akan hidup dalam dunia; terleka, bodoh, hidup seperti orang yang sudah mati, ada seperti orang yang hilang, tidak ada sesiapa yang merasai yang ia sedang hidup, dan apabila ia mati tidak ada kekosongan yang ditinggalkan. Moga-moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh penyair yang berkata,
ertinya:
Itulah yang jika ia hidup tidak ada sesiapa mendapat manfaat darinya, dan jika ia mati tidak ada sesiapa dari keluarganya akan menangisinya.
Dan jika bahagian kebinatangan menguasai jiwanya, ia pasti mengejar syahwat serta kesedapan, ia boleh merempuh segala apa yang haram semata-mata untuk mencapainya, ia juga boleh berusaha dengan apa cara sekali pun tanpa segan atau situ yang boleh menghalangnya atau perasaan yang boleh mencegahnya atau akal yang boleh memberhentikannya. Ia boleh berkata apa yang telah dikatakan oleh Abu Nawas, yang bererti:
Sesungguhnya dunia ini hanya makanan dan minuman serta berteman-teman meminum arak. Jika kamu terlepas itu semua, habislah, kamu tidak dapat apa-apa dari dunia ini.
Jika kebiasaan badannya dari jenis pemanas ia akan menjadi melampau dalam segalanya di bumi serta sombong dengan orang, suka menunjuk-nunjuk kekuasaan serta kekuatan mengancam nyawa orang, serta bermegah-megah dengan kata-kata dan perbuatannya. Itu tidak susah baginya, jika dalam usaha mencapai kehendaknya ia membina istana dengan tengkorak-tengkorak manusia dan dihiasinya dengan darah orang yang tidak bersalah, pegangannya ialah apa yang telah dikatakan oleh penyair Jahili yang bermaksud:
Dunia ini dengan segala apa yang atasnya ialah untuk kita, dan bila kita menyerang, kita menyerang dengan cara orang yang berkuasa. Kita bersifat melampau dan zalim, sedangkan tidak pernah dizalimi, tetapi kita akan mula menzalimkan sesiapa, Kalaulah bayi kita sampai ke umur berhenti susu, pasti orang-orang gagah, kuat akan sujud hormat kepadanya.
Jika bahagian sifat syaitan kuat padanya, pasti ia akan menyiapkan pelan-pelan usaha jahat. la berusaha memisahkan orang yang berkasih sayang, ia meletakkan "bom-bom masa" bagi menghancurkan, ia meracunkan perigi-perigi bagi membunuh, ia mengeruhkan air bagi menangguk, ia menghiaskan dosa, ia menggalakkan kejahatan, ia menyebarkan kejahatan serta kebencian antara manusia dan berkata penyair Arab yang bererti:
Jika kamu tidak memberi manfaat, berilah kemudaratan, sesungguhnya, pemuda boleh diharap jika ia boleh memudaratkan atau memanfaatkan,
Begitulah setiap orang dari kumpulan yang telah disebut tadi bertindak mengikut jenis jiwanya yang memerintah dan bergerak mengikut keinginannya yang menyeleweng dan juga turut kepada hawanya. Sesungguhnya hawa itu boleh membuta serta memekakkan seseorang sehingga ia seakan tuhan yang disembah.
Firman Allah:
Maksudnya:
Dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya
dengan tidak berdasarkan hidayah pertunjuk dari Allah, (al-Qasas: 50)
Kesimpulannya, selepas apa yang telah dibentangkan sebelum
ini iaitu pendidikan mengenai iman, dialah yang boleh membetulkan kebiasaan badan yang menyeleweng dan boleh menegakkan segala yang bengkok, dan juga memulihkan jiwa manusia. Tanpa adanya pendidikan ini tidak boleh tercapai pemulihan dan tidak boleh sempurna ketenangan dan juga tidak akan lurus akhlak.
Di sini di bawakan sekumpulan dari ajaran serta pendapat mereka:-
• Ahli falsafah, Fikhtah berkata: "Akhlak tanpa agama merupakan perkara
sia-sia".
• Pemimpin India yang terkenal, Ghandi berkata, "Sesungguhnya agama dan akhlak yang mulia merupakan perkara yang sama, tidak boleh dipisah, tidak boleh renggang satu dari yang lain, kedua-duanya merupakan satu kesatuan yang tidak boleh dibahagi-bahagikan. Sesungguhnya agama seperti roh kepada akhlak dan akhlak seperti suasana kepara roh; dengan kata yang lain, agama menguatkan, meningkatkan dan menyegarkan akhlak seperti mana air boleh menguatkan serta menjiruskan tanam-tanaman".
• Hakim British, Dining memberi komen mengenai kejahatan seorang bekas menteri British dalam hubungan akhlak dengan berkata; "Tanpa agama tidak akan ada akhlak. Dan tanpa akhlak tidak akan ada undang-undang. Sesungguhnya agama ialah sumber istimewa yang terpelihara yang dengannya sahaja boleh diketahui akhlak yang baik dari akhlak yang buruk. Agamalah yang boleh menghubungkan manusia dengan contoh yang paling baik yang boleh dituju serta diamalkannya. Agamalah yang boleh mengawal perasaan, mengutamakan diri dan menahan melampaunya naluri-naluri serta menguasai adat-adatnya di samping menundukkannya kepada tujuan-tujuannya dan contoh teladannya. Agama juga boleh menjaga perasaan tanggungjawab yang selalu hidup dan berasaskan dengannya akan meningkat akhlak.."
Ahli falsafah, Kant: "Akhlak tidak akan ada tanpa adanya tiga kepercayaan: adanya Allah, kekalnya roh dan perhitungan selepas mati".
Tidak hairanlah, kita dapati syariat Islam amat memberikan perhatiannya kepada pendidikan anak-anak dari hal akhlak dan memberikan tunjuk ajar yang amat berharga dalam membentuk anak dengan fadilat-fadilat serta kelebihan dan juga mendidiknya mengikut akhlak yang paling baik serta adat-adat yang paling mulia.
Kita bawakan di sini pesanan-pesanan serta tunjuk ajar yang terpenting dalam pendidikan anak-anak dari hal akhlak dan tindak-tanduk mereka.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Tidak ada sesuatu yang telah diberi oleh seorang bapa kepada anaknya lebih baik dari pendidikan yang terpuji. (Riwayat al-Tirmizi)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Bermurah-murah hati dengan anak-anak kamu, dan didiklah mereka dengan peradaban yang baik (terpuji). (Riwayat Ibnu Majah)
Abdul Razak dan Said Ibn Mansur dan lain-lain telah menterjemahkan dari hadith Ali r.a. yang ertinya:
"Ajarlah anak-anak kamu serta keluarga kamu segala kebaikan dan didiklah mereka",
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Antara hak seorang bapa terhadap anaknya ialah menyempurnakan didikannya dan menamakannyadengan nama yang baik.(Riwayat al-Baihaqi)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Pada hari ketujuh kelahiran seorang anak, disembelih untuknya aqiqah, diberi nama, dan kepalanya dicukur. Jika ia mencapai umur enam tahun dididik, Jika ia mencapai umur sembilan tahun dipisahkan tempat tidurnya. Jika ia mencapai umur tiga belas tahun, dipukul kalau meninggalkan sembahyang atau puasa. Jika ia mencapai umur enam belas tahun, dikahwinkan oleh bapanya, kemudian dipegang tangannya sambil berkata; Sesungguhnya saya telah mendidikmu, mengajarmu dan menegahkanmu, saya berlindung dengan Allah dari fitnah-mu (kesesatanmu) di dunia, serta keseksaanmu di akhirat. (Riwayat Ibnu Hibban)
Dari kumpulan hadith mengenai pendidikan, kita boleh mendapati bahawa para pendidik khususnya ibu bapa, mempunyai tanggungjawab yang besar mendidik anak-anak melakukan kebaikan serta mengasuh mereka berdasarkan prinsip-prinsip akhlak.
Tanggungjawab mereka dalam bidang ini merapakan tanggungjawab yang syumul, meliputi setiap apa yang berhubung dengan pemulihan jiwa mereka, pembetulan segala penyelewengan mereka, usaha menjauhkan diri dari segala sifat buruk mereka dan layanan yang baik yang boleh diberi oleh mereka kepada orang lain.
Mereka bertanggungjawab mengasuh anak-anak dari kecil lagi dengan akhlak, bercakap benar, amanah, lurus, sifat tidak mementingkan diri, menolong orang yang memerlukan pertolongan, menghormati orang yang lebih tua, melayan tetamu dengan baik, bermurah hati dengannya, berbuat baik kepada jiran dan mengasihi orang lain.
Mereka bertanggungjawab menjauhkan lidah-lidah anak-anak mereka dari memaki hamun, perkataan-perkataan yang tidak bersopan dan dari segala apa yang boleh menunjukkan kerosakan akhlak atau pendidikan yang tidak baik.
Mereka bertanggungjawab menjauhkan anak-anak raereka dari perkara-perkara hina, adat-adat buruk, akhlak-akhlak jahat, serta segala perkara yang menjejaskan maruah, kemuliaan, kebersihan dan kesucian.
Mereka juga bertanggungjawab membiasakan anak-anak perasaan peri kemanusiaan serta kemuliaan, perasaan beias kasihan yang murni, seperti membantu anak-anak yatim, menolong fakir miskin dan berkasihan belas kepada janda-janda serta orang miskin dan lain-lain tanggungjawab yang besar dan berat berhubung dengan pendidikan dan berkait dengan akhlak.
Dan jika pendidikan yang mulia, mengikut pandangan Islam, berdasarkan dalam peringkat pertama ke atas kekuatan perhatian serta penjagaan, maka sepatutnya para ibu bapa serta para guru dan setiap orang yang bertanggungjawab mengenai pendidikan dan akhlak memberikan perhatian mereka kepada empat fenomena yang boleh terdapat pada anak-anak dan mereka wajib memberikan penjagaan serta pemeliharaan yang istimewa, memandangkan ia merupakan perbuatan paling buruk, akhlak paling hina serta buruk dan sifat paling keji.

Gejala bohong sudah cukup buruk serta terkeji, sehingga agama Islam telah menganggapnya salah satu sifat nifaq.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ada empat sifat, jika seseorang itu mempunyai keempat-empat Itu nescaya ia seorang munafiq tulen, dan jika ia mempunyai salah satu darinya, nescaya ia mempunyai salah satu sifat dan sifat-sifat nifaq, sehingga ia meninggalkannya: Jika diamanahkan sesuatu dia mengkhianati, jika ia bercakap ia membohong, jika ia berjanji ia mungkiri dan jika ia marah seseorang ia 'melampaui. (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan lain-lain)
Sifat bohong amat tidak baik dan dikeji, sehingga seseorang yang melakukannya boleh terjerumus ke dalam kemurkaan serta keseksaan Allah:
Sabda Ravsulullah s.a.w.:
Tiga golongan yang tidak akan ditegur oleh Allah pada hari kiamat kelak, tidak akan disokong, tidak akan dipandang dan akan diazab sengsarakan dengan azab yang amat pedih, mereka ialah: orang tua yang berzina, raja (pemerintah) yang membohong dan orang yang bertanggungjawab (ketua keluarga) yang menyombong, (Riwayat Muslim dan lain-lain)
Gejala bohong amat buruk serta tidak baik, dikeji sehingga orang yang selalu dan biasa melakukannya ditulis oleh Allah dari golongan orang yang pembohong.
SabdaRasulullah s.a.w.:
Berwaspadalah dari sifat bohong, sesungguhnya sifat bohong boleh membawa kepada perbuatan jahat, dan perbuatan jahat itu boleh membawa kepada neraka. Seseorang itu akan meneruskan amalan membohong sehingga dituliskan oleh Allah dari golongan orang yang pembohong.
(Riwayat al-Shaiklian dan lain-lain)
Gejala bohong amat dibenci serta amat dikeji sehingga Rasulullah s.a.w. sudah menganggapnya sebagai pengkhianatan besar.
SabdaRasulullah s.a.w,:
Jika kamu bercakap dengan saudaramu percakapan yang ia mempercayanya, sedangkan kamu membohonginya, sesungguhnya perbuatan ini merupakan pengkhianatan besar. (Riwayat Abu Daud)
Jika beginilah keadaan sifat bohong serta orang pembohong maka, wajiblah ke atas para pendidik menjauhkan anak-anak mereka darinya, melarang mereka dari melakukannya, mengingatkan mereka mengenai kesan-kesannya dan menunjukkan mereka kemudaratannya serta bahaya-bahayanya, supaya mereka jangan terjerumus dalam perangkapnya atau terjatuh ke dalam lumpurnya dan terlajak dalam kegelapannya.

Pendidikan yang baik pada pandangan para pendidik berasaskan contoh teladan yang baik. Dengan ini sudah menjadi wajib ke atas setiap pendidik supaya jangan bohongkan anak-anak dengan alasan untuk mendiamkan mereka dari menangis atau memujuk mereka atau pun menahan mereka dari sesuatu kemarahan. Sesungguhnya jika mereka membohongkan anak-anak, seakan-akan sudah membiasakan mereka walau dengan cara tidak langsung dan sebagai contoh ikutan yang buruk, adat yang paling buruk, serta akhlak yang paling dikeji, iaitu gejala bohong. Di samping itu pasti anak-anak akan kehilangan kepercayaan terhadap apa sahaja yang dikatakannya dan juga segala nasihat serta tunjuk ajar akan kurang mendapat sambutan atau kesan.
Kerana itulah kita dapati pendidik utama dan guru yang penuh berpengalaman Muhammad s.a.w. mengingatkan para ibu bapa serta para pendidik dari berbohong sedangkan mereka berhadapan dengan anak-anak mereka sama ada dengan tujuan melekakan atau mempengaruhkan atau pun bergurau, supaya jangan ditulis oleh Allah sebagai satu pembohongan. Abu Daud dan al-Baihaqi telah meriwayatkan dari Abdullah Ibni Umar r.a. yang berkata: "Pada suatu hari ibu saya telah memanggilku, sedangkan Rasulullah s.a.w. berada di rumah kita". Ibu saya berkata: "Marilah saya mahu memberikanmu sesuatu". Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya: "Apakah yang hendak diberi?" Ibu menjawab: "Saya hendak memberikannya buah tamar,"
Rasululullah s.a.w. terus bersabda:
Sesungguhnya jika kamu tidak memberikannya sesuatu, pasti ini akan ditulis untukmu satu perbuatan bohong.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Sesiapa yang berkata kepada budak: (mari, ambillah ini), kemudian ia tidak memberikannya apa-apa, boleh dikira perbuatan bohong,
(Riwayat Ahmad dan Ibnu Abi al-Dunia)
Antara cerita aneh yang telah diriwayatkan dari kisah-kisah para salaf (orang-orang dahulu) tentang membiasakan anak-anak mereka bercakap benar dan memenuhi perjanjian ialah kisah berikut:
Alim Rabbani Syiekh Abdul Kadir al-Kilani r.a. berkata "Saya telah membesar dengan sifat berkata benar. Apabila saya keluar dari Mekah ke Negeri Baghdad untuk menuntut ilmu. Ibu saya telah memberikan saya empat puluh dinar untuk perbelanjaan, dia berpesan kepadaku: Selalulah berkata benar. Apabila kami sampai ke tanah Hamadan, satu kumpulan perompak menahan kami dan mengambil segala apa yang berada dengan rombongan kami. Salah seorang dari mereka bertanya kepada saya: Apakah yang engkau miliki? Saya menjawab: Empat puluh dinar. Dia menyangka saya cuba memainkan dia, kemudian dia meninggalkan saya. Seorang yang lain pula melihat saya, dan bertanyakan: Apakah yang engkau miliki? Saya menjawab lagi: Empat puluh dinar. Dia terus membawa saya kepada ketua mereka yang bertanya lagi dan saya jawabkan kepadanya jawapan yang sama. Kemudian ia bertanya: Apakah yang memaksamu bercakap benar? Saya menjawab: Saya telah berjanji dengan ibu saya, supaya sentiasa bercakap benar, dan saya takut mengkhianati perjanjiannya!!!. Ketakutan, menguasai ketua perompak lalu terus menjerit dan mengoyakkan bajunya sambil berkata: Kamu takut mengkhianati perjanjian ibumu, dan saya tidak takut mengkhianati perjanjian Allah?!!! Kemudian dia memerintahkan supaya mengembalikan segala apa yang telah diambil dari rombongan itu dan berkata: Saya bertaubat kepada Allah dan kamulah saksiku. Pengikut bersamanya terus berkata pula: Sesungguhnya kamulah ketua kami dalam kerja rompak merompak, dan pada hari ini, kamu juga ketua kami dalam taubat. Jadi mereka semua bertaubat kerana bercakap benar.
2. Gejala Mencuri.
Mengenai fenomena mencuri pula, la tidak kurang bahaya dari fenomena membohong dan ia amat tersebar dalam masyarakat mundur yang tidak berpegang teguh dengan akhlak Islam, serta tidak dididik mengikut prinsip-prinsip pendidikan dan keimanan.
Dan mengikut apa yang diketahui bahawa kanak-kanak sejak kecil lagi, jika tidak dibiasakan menjaga Allah serta takut dengan-Nya, dan jika tidak dibiasakan dengan sifat amanah serta menunaikan hak-hak, pasti anak itu akan biasa menipu, mencuri, mengkhianat, mengambil harta orang tanpa hak. Bahkan, ia akan menjadi penjahat, seluruh masyarakat meminta perlindungan darinya begitu juga seluruh manusia takut serta menjauhkan diri masing-masing dari keburukannya.
Kerana itulah para ibu bapa serta para pendidik wajib menyemaikan dalam jiwa anak-anak mereka, kepercayaan menjaga Allah dan takut akan-Nya, dan mengenalkan kepada mereka akibat-akibat buruk yang terdapat pada perbuatan mencuri. Keadaan bertambah buruk dengan penipuan serta pengkhianatan. Mereka juga wajib memberi tahu anak-anak mengenai apa yang telah disediakan oleh Allah kepada mereka yang jahat serta menyeleweng dari balasan yang seburuk perbuatan mereka, dan azab yang amat sangat pada hari Kiamat kelak.
Apa yang menyedihkan serta menyakitkan perasaan ialah ramai ibu-ibu dan bapa-bapa tidak menjaga anak-anak mereka dengan jagaan yang cukup dan memuaskan, mengenai barang-barang atau duit yang ada pada anak-anak mereka yang mendakwa bahawa ia telah terjumpa barang-barang itu tengah jalan, atau kawannya telah memberikannya, mereka begitu mudah mempercayai dan memegang kata-kata yang bohong itu, tanpa diselidik atau diperiksa. Sudah tentu jika anak itu mencuri ia tidak akan mengakuinya dan akan memberi seribu macam alasan serta dakwaan yang timbul dari ketakutannya dan kebimbangannya dari tuduhan itu, Dalam keadaan sede-mikian sudah tentu anak itu akan meneruskan perbuatan jahatnya itu khususnya jika ia tidak mendapat apa-apa perhatian atau penyelidikan yang halus dan terperinci.
Apa yang lebih buruk lagi, jika anak itu mendapat galakan dari salah seorang ibu bapanya yang mendorongnya mencuri serta memberanikannya melakukan perbuatan terkutuk itu. Jadi sesungguhnya sifat jahat akan lebih berakar umbi dan anak itu akan meneruskan penyelewengan serta usahanya untuk mencuri.
Amat tepatlah apa yang telah dikata oleh penyair Arab yang bererti:
"Adakah kita boleh harapkan sesuatu kebaikan dari anak-anak yang telah menyusu dari perempuan-perempuan jahat". Salah sebuah mahkamah syariah telah menghukum potong tangan ke atas seorang pencuri, apabila sampai masa menjalankan hukuman; dia berkata dengan suara yang tinggi: Sebelum memotong tangan saya, potonglah lidah ibuku. Sesungguhnya bila saya mencuri buat kali pertama, sebiji telur dari jiran kami, dia tidak memarahi saya, dan tidak menyuruh saya mengembalikan telur itu, bahkan dia bersorak gembira sambil berkata: Syukur al-hamdulillah, anakku sudah menjadi lelaki dewasa. Kalau bukan kerana lidah ibuku yang bersorak gembira dan menggalakkan itu nescaya saya tidak akan menjadi seorang pencuri dalam masyarakat.
Kepada kamu, wahai kaum ibu dan bapa, inilah sebilangan contoh lurusnya anak-anak salaf yang salih (orang dahulu), bagaimana mereka begitu menjaga pelaksanaan hak-hak, serta berpegang teguh dengan akhlak, amanah dan penjagaan mereka kepada Allah Azza wa Jalla dalam keadaan diam, bergerak serta zahir batin.
Sayidina Umar r.a. telah mengeluarkan satu undang-undang melarang penipuan susu dicampur dengan air. Tetapi adakah undang-undang boleh melihat setiap orang yang menyalahi dan menangkap setiap pengkhianat dan setiap penipu.
Sesungguhnya undang-undang amat tidak berkuasa dalam hal itu. Keimanan hanya kepada Allah serta penjagaan adanya Allah sahaja yang akan mengawasi hal itu.
Di sini kita bawakan cerita yang terkenal iaitu cerita ibu dan anak. Seorang ibu mahu mencampurkan susu itu kerana hendak mendapatkan keuntungan yang lebih. Tetapi anak perempuannya yang beriman cuba mengingatkan ibunya dengan larangan Umar (Amir al-Mu'minin). Anak menjawab dengan jawapan yang begitu berkesan dan mendalam : "Sesungguhnya jika Amir al-Mu'minin tidak melihat kita, Tuhan Amir al-Mu'minin melihat kita".
Abdullah Ibn Dinar berkata: "Saya telah keluar dengan Umar Ibni al-Khatab r.a. ke Mekah. Kami terjumpa satu pengembala turun dari bukit. Kemudian Umar mengujinya dengan meminta: "Wahai pengembala, jualkan untuk saya seekor kambing". Pengembala itu menjawab: "Sesungguhnya saya hanya hamba (pekerja)". Umar berkata: "Katalah dengan tuanmu, seekor kambing telah dimakan oleh serigala".
Pengembala itu menjawab kepada Umar: "Di mana-kah Allah?" Umar r.a. terus menangis dan pergi kepada hamba itu. Kemudian membelinya dan membebaskannya sambil berkata dengannya: "Kata-katamu telah mem-bebaskanmu di dunia, semoga ia membebaskanmu di akhirat".
3. Gejala Mencela dan Memaki.
Mengenai fenomena memaki hamun, sebenarnya ia merupakan gejala yang paling buruk yang tersebar di kalangan anak-anak dan juga tersebar di kalangan masyarakat yang tidak sampai kepadanya hidayat al-Quran serta pendidikan Islam.
Hal itu disebabkan oleh dua faktor utama:
1: Contoh teladan yang buruk.
Apabila seorang anak mendengar dari ibu bapanya kata-kata buruk, maki hamun serta kata-kata mungkar, pasti anak itu akan mengikutinya dan akan biasa menyebut lafaz-lafaz itu. Akhirnya dia tidak akan bercakap melainkan kata-kata yang buruk serta kata-kata mungkar,
2: Pergaulan buruk.
Anak yang dibiarkan ke tengah jalan dan dilepaskan kepada kawan-kawan jahat serta teman-teman yang buruk akhlak mereka, sudah pasti dia akan mendapat dari mereka kata-kata yang paling hina, adat-adat serta akhlak yang paling buruk dan akan membesar dengan pendidikan yang tidak baik dan akhlak yang buruk.
Kerana itu semua, wajiblah ke atas semua ibu bapa dan para pendidik menjadi contoh yang baik kepada anak-anak dari hal bercakap yang baik, lidah yang bersopan dan kata-kata yang molek. Di samping itu wajib juga ke atas mereka mengelakkan dan melarang anak-anak dari bermain di jalan serta berkawan dengan kawan-kawan yang jahat dan teman-teman yang buruk akhlak supaya anak itu tidak mendapat kesan-kesan buruk dari mereka itu dan dijangkiti oleh adat-adat jahat. Ibu bapa serta para pendidik juga wajib menjelaskan kepada anak-anak mereka kesan-kesan penyakit lidah serta akibat-akibat mengeluarkan kata-kata buruk yang boleh mem-hawa kehancuran peribadi seseorung, hilangnya penghormatan dan boleh menyebarkan kebencian serta perasaan dengki mendengki antara anggota masyarakat.
Akhirnya, para pendidik juga wajib mengajar kepada anak-anak mereka hadith-hadith yang memerintahkan kita supaya berwaspada dari memaki-maki dan menghamun dan juga hadith yang menjelaskan apa yang telah disediakan oleh Allah kepada orang yang suka mengeluarkan kata-kata yang tidak baik dan memaki, tentang dosa yang besar serta azab keseksaan yang amat sangat, dengan harapan mereka menjauhkan diri dari perbuatan tersebut dan mendapat kesan dari ajaran serta teladan yang diberi.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang melarang memaki hamun serta mengingatkan kita supaya menjauhkan diri dari perbuatan itu.
Perbuatan memaki hamun seorang mukmin merupakan perkara fusuq dan perbuatan memeranginya merupakan perkara kekufuran. (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan lain-lain)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Antara dosa besar ialah sesiapa yang melaknati ibu bapanya. Kemudian seorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: Bagaimanakah seseorang boleh melaknati ibu bapanya? la menjawab: Seorang itu memaki bapa seorang yang lain, orang yang lain itu pula memaki bapanya kembali. Kemudian dia memaki ibunya dan orang itu memaki balik ibunya. (Riwayat al-Bukhari dan Ahmad)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Sesungguhnya seorang hamba Allah mengucapkan satu perkataan yang dibenci Allah ia tidak ambil hirau, menyebabkan dia terjerumus ke dalam api neraka (jahanam). (Riwayat al-Bukhari)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Tidak ada sesuatu yang menjerumuskan manusia dalam api neraka kecuali dosa-dosa percakapan kotor dan jahat. (Riwayat Ahli Sunnah dan Ahmad)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Seseorang mukmin bukan seorang yang suka mencaci atau suka melaknat orang lain dan ia juga tidak bersifat jahat di samping ia tidak bersifat buruk.
(Riwayat al-Tirmizi)
Amat cantiklah anak itu apabila ia mengucapkan kata-kata yang molek dan manis. Amat dipujilah dia apabila dia dididik berasaskan logik yang benar, kukuh serta ucapan yang menarik. Amat moleklah di apabila ia membenci segala apa yang ia mendengar dari kata-kata cacian, keburukan serta makian, Pasti ia akan menjadi perhiasan kepada keluarga serta mendapat pujian di kalangan manusia.
Di sini kita bawakan contoh yang boleh menunjukkan bagaimana keadaan anak-anak orang dahulu (salaf) yang bersifat sopan santun, berkata dengan baik dan menggunakan kata-kata yang molek. Bagi kamu, wahai ibubapa, mengetahui keadaan anak-anak serta bagaimana cara mereka berucap dan bercakap di masa lampau,
Pada masa pemerintahan Hisyam Ibn Abdul Malik, padang pasir menjadi kering kontang, kabilah-kabilah telah mendatangi Hisyam, di antara mereka ialah Derwas Ibn Habib, pada masa itu ia berumur empat belas tahun. Bila puak-puak itu sampai berhadapan dengan Hisyam, mereka menjadi tidak berani dan takut bercakap.
Hisyam terlihat Derwas yang dianggap terlalu muda untuk berjumpa dengannya, lalu berkata kepada penjaganya: "Sesiapa sahaja ingin berjumpa dengan saya dibenarkan, sehingga kanak-kanak lelaki pun boleh!"
Derwas mengetahui bahawa Hisyam mahu bercakap dengannya. la terus berkata: "Wahai Amir al-Mukminin: Sesungguhnya kedatangan saya menemuimu tidak langsung menjejaskan keadaan dan sesungguhnya kedatangan ini telah memberikan saya kehormatan serta kemuliaan. Sebenarnya puak ini datang menemui Amir al-Mukminin kerana satu perkara, tetapi mereka tidak berani dan takut, sesungguhnya bercakap itu merupakan pelancaran, tetapi berdiam itu seperti menggulung. Kata-kata tidak akan diketahui kecuali dengan pelancaran".
Hisyam berkata: "Baiklah sabarlah kata-kata kamu". la amat tertarik dengan percakapan. Derwas terus berkata: "Wahai Amir al-Mukminin! Sudah berlalu tiga tahun; satu tahun telah melarutkan lemak-lemak kita, tahun kedua telah memakan daging kita, dan tahun ketiga pula telah membersihkan tulang-tulang kita, sedangkan di tanganmu harta yang berlebihan. Jika ia harta Allah bahagi-bahagilah ia kepada hamba-hamba Allah yang memerlukannya. Jika ia harta hamba Allah, kenapa kamu menahan-nahannya dari mereka, dan Jika ia harta kamu, bersedekahlah kepada mereka, sesungguhnya Allah membalas mereka yang bersedekah sebaik-baik balasan, serta tidak akan menghilangkan pahala-pahala mereka yang membuat baik. Ketahuilah wahai Amir al-Mukminin bahawa pemerintah dengan rakyat seperti roh kepada badan. Badan tidak akan bernyawa kecuali dengannya".
Hisyam terus berkata: "Budak lelaki ini tidak melepaskan walau satu keuzuran dari tiga-tiga perkara yang disebut". Kemudian ia memerintahkan supaya satu ratus ribu dirham dibahagi-bahagi kepada kebilah kabilah itu dan satu ratus ribu kepada Derwas. Derwas berkata: "Wabai Amir al-Mukminin! Ambillah kembali pemberianmu ini dan berilah ia kepada puak-puakku, kerana saya bimbung apa yang telah diperintahkan oleh Amir al-Mukminin kepada mereka tidak mencukupi". Amir al-Mukminin bertanya kepadanya: "Apakah keperluanmu yang boleh kamu meminta denganku?" Jawab Derwas: "Saya tidak memerlukan apa-apa kecuali apa yang diperlukan oleh orang Islam umumnya."
4. Gejala Tidak Berkeperibadian dan Lemah Pegangan
Fenomena tidak berkeperibadian serta tanpa pegangan merupakan gejala paling buruk yang telah tersebar di kalangan anak-anak orang Islam dalam kurun kedua puluh ini. Di mana sahaja kamu perhatikan ramai muda mudi yang sedang dalam lingkungan umur remaja terikut ikut meniru buta. Mereka juga tenggelam timbul dalam kejahatan serta keburukan, tanpa penghalang dari agama atau tanggungjawab. Seakan-akan pada pandangan mereka hidup ini merupakan keseronokan dan syahwat yang mendatang dan juga kelazatan yang haram. Jika mereka tertinggal semua itu pasti tidak akan dapat apa-apa dari dunia ini.
Sebahagian mereka yang berakal kosong menyangka bahawa kemuncak kemajuan adalah dalam tari menari tanpa kesopanan, atau pergaulan yang buruk sebagai tanda kemajuan ataupun meniru secara membuta tuli merupakan pengukur pembaharuan. Sesungguhnya mereka ini telah kalah dengan diri sendiri dan kemahuan mereka sendiri, sebelum mereka kalah dalam bidang-bidang perjuangan dan jihad.
Kamu boleh lihat mereka tidak mengambil berat kecuali memakai pakaian berbentuk hippis, berjalan berlenggang-lenggok, bermanja-manja dalam sebutan kata-katanya dan mencari perempuan yang tidak baik serta menghampir-hampirkan diri kepadanya. Beginilah ia berpindah dari satu keburukan ke satu keburukan, dari satu kejahatan ke satu kejahatan yang lain, sampai akhirnya dia terjerumus ke lembah kehancuran.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh penyair yang berkata yang ertinya:
"Orang yang patut dihancurkan dahulu ialah setiap orang yang telah mencuaikan peribadinya. Setiap orang yang meniru-niru kehidupan orang asing, tidak akan terlihat keperibadiannya sepanjang zaman".
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah meletakkan kepada para ibu bapa, mereka yang bertanggungjawab serta para pendidik, metodologi yang amali serta prinsip-prinsip yang betul bagi menjalankan usaha pendidikan anak dengan akhlak yang baik dan keperibadian muslim yang tersendiri.
Dasar-dasar untuk Memelihara Keperibadian dan Akhlak.
Perkara-perkara penting dalam metodologi ini serta prinsip-prinsip yang terkemuka:
1. Mencegah dari bertaqlid secara buta tuli.
Sabda Rasulullah s.a.w.
Lakukanlah lain dari apa yang dilakukan oleh orang musyrikin, buanglah misai dan panjangkanlah janggut. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat Muslim:
Buanglah misai, panjangkanlah janggut dan lakukanlah lain dari apa yang dilakukan oleh orang Majusi.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Bukanlah dari golongan kami sesiapa yang suka meniru orang lain; janganlah mencontohi orang Yahudi dan orang Nasrani. (Riwayat al-Tirmizi)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Sesiapa yang mencontohi satu kaum, nescaya dia dari golongan mereka.
(Riwayat Abu Daud)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Janganlah setiap kamu menjadi tanpa pendirian peribadi dan berkata: Saya dengan orang, jika mereka berbuat baik, neseaya saya berbuat baik, Dan jika mereka berbuat jahat, nescaya saya berbuat jahat. Tetapi biasakan diri kamu, jika orang berbuat baik, berbuatlah baik, dan jika mereka berbuat jahat, elakkanlah kejahatan mereka. (Riwayat al-Tirmizi)
Patut dibezakan antara dua perkara daripada apa yang patut kita ambil dan apa yang patut kita tinggalkan:
Pertama:Yang harus iaitu mengambil ilmu yang memberi faedah serta tamadun yang bermanfaat seperti ilmu perubatan, kejuruteraan, fizik, kimia, cara-cara berperang, hakikat benda-benda, rahsia-rahsia atom dan lain-lain mengenai pembangunan, tamadun serta ilmu-ilmu yang bermanfaat, memandangkan ia tennasuk dakim kefahaman.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Menuntut ilmu merupakan satu kewaijipan ke atas setiap muslim.
(Riwayat Ibnu Majah)
Dan tergolong dalam apa yang dimak.sudkan oleh sabda Rasulullah s.a.w.:
Ilmu pengetahuan merupakan perkara yang cari cari oleh setiap orang yang mempunyai hikmah jika ia mendapatinya nescaya ia yang lebih berhak mengambilnya.
Dan juga dalam erti yang menyeluruh. Firman Allah S.W.T:
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jemis kekuatan yang dapat kamu sediakan. (al-Anfal: 60)
Kedua: Yang haram iaitu dari hal meniru tingkahlaku, akhlak, adat resam dan seluruh fenomena yang asing dari kita, serta keadaan-keadaan yang bertentangan dari sifat-sifat umat kita dan nilai-nilai akhlak kita. Ini memandangkan perbuatan sedemikian boleh menyebabkan kehilangan keperibadian, kehancuran pendirian, kekalahan rohani serta semangat.
2. Melarang tenggelam dalam kemewahan.
Dalam Al-Sahihain dari Umar Ibn al-Khattab r.a., bahawa ia telah menulis kepada orang Islam yang tinggal di negeri Parsi yang ertinya: "Jauhkan diri serta berwaspadalah dari bersedap-sedapan dan pakaian puak-puak syirik".
Sabda Rasulullah s.a.w.;
Tinggalkanlah kesedapan(tengelam timbul dalam kesedapan) dan pakaian orang ajam (bukan Arab), (Riwayat Imam Ahmud)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Jaga-jagalah, jauhkanlah dari kesedapan, sesungguhnya hamba Allah(yang sebenar)bukan dari golongan yang tenggelam timbul dalam kesedapan.
(Riwayat Imam Ahmad dan Abu Na'im)
Apa yang dimaksudkan dengan bersedap-sedapan ialah tenggelam timbul yang berlebihan dalam kesedapan dan kelazatan serta sentiasa hidup dalam bersenang-senangan dan keindahan yang berlebihan dalam keduniaan. Amat jelaslah apa yang berlaku dalam keadaan sedemikian dari suasana kerehatan yang boleh menyebabkan kemalasan dari melaksanakan kewajipan berdakwah serta berjihad dan boleh terlajak dalam kegelapan hidup, tidak berperibadian serta leka tanpa pegangan. Dan juga menjadi sebab tersebarnya berbagai kelemahan serta penyakit.
3. Melarang mendengar muzik serta lagu-lagu yang tidak sopan.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah mengutusku sebagai pembawa rahmat dan hidayat kepada seluruh alam, la telah memerintahku supaya menghapuskan segala serunai-serunai, segala alat muzik dan arak serta berhala-berhala yang disembah semasa jahiliah.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Pasti akan ada, di antara umatku puak-puak yang menghalalkan zina, sutera, arak dan alat-alat muzik.
Ibnu Asakir telah meriwayatkan dalam kitab sejarahnya dan Ibn Sasari dalam Amalih dari Anas Ibn Malik r.a. yang berkata; ertinya: "Sesiapa yang duduk mendengar qainah (sejenis alat muzik) sesungguhnya Allah akan tuangkan timah hitam yang telah dicairkan ke dalam telinga pada Hari Kiamat kelak.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Sesiapa yang mendengar bunyi lagu (nyanyian) di dunia tidak akan dibenarkan mendengar bunyi-bunyi rohani di synrga. (Riwayat al-Tirmizi)
Amat jelas kepada setiap orang yang mempunyai akal fikiran serta timbang rasa, akan kesan amalan mendengar perkara-perkara haram ini ke atas akhlak anak serta mengheret-heret anak itu ke lembah kemungkaran dan pencabulan, (anak) ia juga akan terjerumus dalam kegelapan keinginan syahwat dan kelazatan yang haram.
Dengan ini eloklah kita bawakan sepatah dua kata mengenai hukum hakam Islam mengenai menyimpan atau membeli peti televisyen supaya para ibu bapa mengetahui dengan jelas dan sepenuh hidayat mengenai haram halalnya.
Sudah tentu bahawa penciptaan media massa, radio, televisyen, alat perakam dan lain-lain boleh dianggap perkara paling maju dan utama yang telah dicapai oleh akal manusia di masa kini. Bahkan ia merupakan penciptaan paling besar yang pernah dikeluarkan oleh kemajuan kebendaan pada masa sekarang. Dan ia sesungguhnya merupakan senjata yang tajam dua belahnya iaitu boleh digunakan untuk kebaikan serta keburukan, sudah tentu seluruh pendapat bahawa jika penciptaan yang tersebut ini digunakan dalam kebaikan, menyebarkan ilmu, menguatkan akidah Islamiah, mengukuhkan akhlak yang mulia, menghubungkan generasi sekarang dengan kebesaran dan kemegahan sejarahnya dan membawa umat kepada segala apa yang boleh memulihkan serta memajukannya dalam segala aspek agama dan dunianya. Sudah tentu dan sepakat kata bahawa dalam hak keadaan begini membeli televisyen atau menggunakan atau pun mendapat faedah darinya serta mendengarnya adalah harus. Tetapi jika ia digunakan bagi menekankan unsur-unsur kerosakan serta penyelewengan dan menyebarkan sifat tidak berkeperibadian serta tanpa pegangan dan juga supaya mengubah generasi sekarang ke jalan yang lain dari jalan agama Islam, sudah pasti setiap orang yang tawakal serta beriman kepada Allah serta Hari Kiamat akan mengharamkan penggunaannya dan pasti berpendapat bahawa sesiapa yang membeli atau mendengarnya tetap berdosa.
Dan jika kita mengikuti rancangan-rancangan televisyen di negara kita pasti kita akan dapati bahawa kebanyakan rancangannya bertujuan menghancurkan kemuliaan, membawa kepada pengkhianatan serta perbuatan zina dan menggalakkan pendedahan aurat, pergaulan yang luas tanpa ikatan dan banyak membawa kepada kerosakan masyarakat. Dan sedikit sangat dari rancangan-rancangannya yang bertujuan menyebarkan ilmu dan membawa kepada kebaikan. Jika keadaan seperti ini sudah tentu membeli, menonton dan mendengar rancangan-rancangan televisyen merupakan perkara haram dan berdosa besar.
Dalil pendapat itu:
A. Para ulama' serta para imam mujtahidun telah ijma' (sepakat pendapat) sepanjang masa bahawa syariat Islam mempunyai lima tujuan:
1. memelihara agama
2. memelihara akal
3. memelihara keturunan
4. memelihara jiwa
5. memelihara harta
Mereka juga berkata bahawa setiap apa yang telah dibawa oleh syariat Islam dari ayat-ayat al-Quran serta hadith-hadith Nabi s.a.w. bertujuan memelihara kelima-lima perkara ini. Memandangkan bahawa kebanyakan rancangan televisyen sekarang mengalunkan lagu-lagu yang tidak bersopan, drama-drama yang tidak berakhlak, diayah-diayah yang menggoda serta cerita-cerita filem yang merosakkan, semuanya membawa kehancuran, kemuliaan, menghilangkan maruah, serta menggalakkan perbuatan zina dan kejahatan, sudah pasti syariat mengharamkan menonton dan mendengaraya bagi memelihara keturunan serta maruah dan seterusnya mengharamkan membeli atau menyimpan peti televisyen memandangkan ialah yang mendorong kepada menonton dan mendengarnya.
B. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Tidak ada mudarat dan tidak dimudaratkan. (Riwayat Imam Malik, Ibnu Majah dan al-Daruqutni)
Memandangkan bahawa televisyen dengan rancangan-rancangannya membawa kepada sifat tidak berkeperibadian serta bebas tanpa pegangan dan membangkitkan naluri-naluri serta syahwat seluruh masyarakat sebagaimana dilihat, maka sesungguhnya haram ke atas setiap muslim membelinya dan memasukkannya ke dalam rumah bagi memelihara akidah, akhlak serta kesihatan keluarganya. Ini bertujuan menghapuskan asal usul kemudaratan yang boleh timbul darinya dan bagi melaksanakan kehendak sabda Rasulullah s.a.w. yang bererti:
" Tidak ada mudarat dan tidak dimudaratkan " .
C. Bahawasanya, kebanyakan rancangan hiburan yang ditayang oleh televisyen disertai oleh permainan muzik, nyanyian yang mengghairahkan serta tarian-tarian yang tidak bersopan dan pendedahan aurat, meyakinkan bahawa perkara-perkara ini semuanya haram sebagaimana sudah dijelaskan membeli dan menyimpan televisyen adalah haram, disebabkan apa yang disertakan dengan rancangan-rancangan hiburan dari permainan muzik, nyanyian yang mengghairah, tanpa ikatan, tarian-tarian yang melampaui batasan peradaban. Berikutnya bahawa menonton rancangan seperti ini adalah haram juga, memandangkan bahayanya yang besar dalam membinasakan asas-asas pendidikan akhlak.
4. Melarang berlagak khunsa dan menyerupai perempuan.
Dalam Al-Sahihain; dari Said Ibn al-Musaiyab yang berkata bererti: "Muawiah telah datang ke Madinah, dia berkhutbah terhadap kami, kemudian dia mengeluarkan kubbah, iaitu rambut palsu, terus berkata: Sesungguhnya saya tidak pernah melihat sesiapa melakukannya, kecuali al-Yahud", Sesungguhnya apabila Rasulullah s.a.w, telah diberitahu, ia menamakannya azzur, iaitu penipuan. Dalam riwayat Muslim pula yang bererti: Bahawa Muawiah r.a, Telah berkata pada suatu hari: "Sesungguhnya kamu telah mengada-adakan pakaian buruk. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang dari penipuan azzur".
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Sesungguhnya Allah melaknati lelaki yang berlagak macam perempuan (khunsa) dan perempuan yang berlagak macam lelaki. (Riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan al-Tirmizi)
Dalam lafaz yang lain yang telah diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah:
Sesungguhnya Allah melaknati perempuan yang menyerupai lelaki dan lelaki yang menyerupai perempuan.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Pakaian sutera dan emas telah diharamkan keatas lelaki umatku dan dihalalkan keatas perempuan dari mereka. (Riwayat al-Tirmizi)
Justeru menggunakan rambut palsu, memakai emas dan sutera bagi lelaki, serla perempuan yang menyerupai lelaki dan lelaki yang menyerupai perempuan dan juga perempuan yang keluar menutup badan tetapi seakan-akan tidak berbaju (baju ketat dan sempit, menunjukkan potongan badan) dan sepertinya adalah dari gejala-gejala (berlagak seperti perempuan)
Berlenggok-lenggok serta berpura-pura ini semua amat buruk kesannya iaitu menghapus sifat kelakian, menghina keperibadian dan merupakan tekanan hebat kepada sifat-sifat mulia serta akhlak yang terpuji. Bahkan, ia boleh mengheret umat ke lembah kehancurun serta keadaan yang bebas tanpa pegangan dan boleh menghumbankan para remaja dan muda mudi kepada keadaan yang paling buruk dan penuh dengan pura-pura serta akhlak yang buruk.
5. Melarang mendedahkan aurat dan bergaul bebas serta melihat perkara yang haram.
Firman Allah S.W.T.:
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu, serta perempnan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); dan yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani, (al-Ahzab: 59)
Firman Allah swt
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihat perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripada-nya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka,., (al-Nur: 30-31)
Mengenai hadith-hadith yang memerintahkan berhijab menutup aurat di samping menutup muka - iaitu yang berikut:
• Abu Daud telah meriwayatkan dari Aisyah r.a. yang berkata ertinya:
"Satu rombongan telah berlalu sedangkan kita bersama dengan Rasulullah s.a.w, masa itu kita ihram, bila mereka berlalu, tiap-tiap seorang dari kita melabuhkan tudungnya, menutup mukanya, bila sudah berlalu kita membuka muka kita"
• Imam Malik telah meriwayatkan dalam al-Muwattak dari Fatimah binti al-Munzir yang berkata ertinya: "Semasa kita dalam ihram, kita pernah menutup muka, sedangkan kita bersama dengan Asma' binti Abi Bakar al-Siddiq r.a. dan dia tidak mengingkari perbuatan kita".
• Hadith Aisyah r.a. yang telah dipetik dari kitab Fathul Bari, yang bererti: "Setiap perempuan hendaklah melabuhkan tutup kepalanya sampai mukanya".
ADAKAH ORANG PEREMPUAN DISURUH MENUTUP MUKANYA
Mengenai apa yang telah diriwayatkan yang bersangkutan dengan melarang perempuan dari menunjukkan hiasan kepada orang asing iaitu;
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ada dua jenis penghuni neraka yang saya tidak nampak: Satu puak yang mempunyai cemeti-cemeti seperti ekor-ekor lembu, mereka ini sedang memukul orang, dan perempuan-perempuan yang berpakaian yang seakan tidak berbaju, mereka ini berlenggok-lenggok dan juga menarik hati orang-orang lelaki, kepala mereka seperti bonggol tengkok unta, mereka ini tidak akan masuk syurga. serta tidak akan menghidu baunya. Sesungguhnya baunya boleh terhidu dari jarak masa perjalanan sejauh lima ratus tahun.
(Riwayat Muslim)
Firman Allah S.W.T:
Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang Jahiliah dahulu. (al-Ahzab: 33)
Firman Allah S.W.T.:
Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi, maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka, dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) Iebih baik bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Nur: 60)
Berhubung dengan apa yang telah terbabit mengenai larangan pergaulan bebas antara dua jenis perempuan dan lelaki ialah yang berikut:
Firman Allah S.W.T.:
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (dari memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka...
(al-Nur: 30-31)
Jadi bagaimanakah kita boleh membayangkan penyekatan pandangan setiap lelaki dan perempuan, sedangkan mereka berdua sentiasa berkumpul dan berjumpa dalam satu tempat? Dengan ini ayat tersebut dalam ertikatanya melarang dari pergaulan, bahkan ia mengharamkannya.
Firman Allah S.W.T.:
Dan apabila kamu meminta sesuatn yung harus diminta dari isteri-isteri Nabi, maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir,Cara yang demikian adalah lebih suci (selamat) bagi hati kamu dan hati mereka.,. (al-Ahzab: 53)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Mana-mana Ielaki tidak akan berdua-duan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga. (Riwayat al-Timiz.i)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Jauhkanlah diri dari mendatangi kaum perempuan. Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: Bagaimanakah dengan lelaki yang ada hubungan saudara dengan suami? (al-Humwa). Jawab Nabi: Itu ialah kematian kebinasaan.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Tldaklah salah seorang dari kamu berkhalwat (berdua-duaan) dengan seorang perempuan, melainkan ada bersamanya mahram.
Mengenai nas-nas yang berkaiatan dalam tegahan memandang kepada perempuan asing adalah seperti berikut:-
Firman Allah S.W.T.:
Katakan (Wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka ( daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. (al-Nur: 30)
Firman Allah S.W.T.:
Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (al-Isra': 36)
Imam Muslim telah meriwayatkan dari Jabir r.a. yang berkata: Saya telah bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w. mengenai pandangan yang tidak disengajakan. la menjawab: Jauhkan pandanganmu (jangan mengulanginya).
Abu Daud dan Al-Tirmizi telah meriwayatkan dari Ummi Salamah r.a. yang berkata: "Pada suatu hari saya bersama Rasulullah s.a.w. yang turut berada dengannya Maimunah, Ibn Ummi Maktum telah datang (hal itu selepas kami diperintah berhijab - menutup muka) Rasulullah s.a.w. bersabda yang bererti: "Tutuplah mukakamu darinya". Kami berkata: "Wahai Rasulullah! Tidakkah dia buta (tidak melihat kita) dan tidak mengenali kita?" Rasulullah berkata pula yang ertinya: "Adakah kamu berdua buta (tidakkah kamu berdua melihatnya)?"
Sabda Rasulullah yang telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Abi Said r.a.:
Jauhkan diri dari duduk di tengah jalan!
Orang yang mendengar berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami tidak ada pilihan, kami berjumpa dan berbual-bual di situ". Rasulullah menjawab: "Jika kamu mesti juga berbuat sedemikian, berilah hak jalan itu". Mereka bertanya: "Apakah hak jalan wahai Rasulullah?" Baginda bersabda:
Sekatlah pandangan kamu, berhentikan gangguan, balaslah ucapan salam, serulah kepada perbuatan baik dan laranglah dari melakukan kejahatan.
Kita sedia ketahui bahawa keseluruhan masyarakat manusia, serta kesemua umat, termasuk orang tuanya dan pemuda-pemudanya lelakinya dan perempuan-perempuannya, pemerintah-pemerintahnya dan mereka yang diperintah (rakyat). Jika mereka semua berpegang dengan prinsip-prinsip yang kekal abadi ini, mengikut arah kefahaman yang berharga ini dan menjauhkan diri dari setiap apa yang memudaratkan. fadilat serta akhlak dari hal membuka muka, beraksi dan menunjukkan perhiasan kepada orang lain, pergaulan yang terbuka, dan memandang yang haram, pasti masyarakat serta umat yang seperti ini akan menikmati kesucian dan kelebihan. Dan mereka akan hidup dalam lindungan keamanan serta ketenangan, dan juga akan mencapai kemuncak kebesaran serta kegembiraan, Kerana ia telah mengikut jalan yang telah ditentukan oleh Allah kepadanya, di samping ia telah melaksanakan metodologi yang telah difardukan oleh agama Islam ke atasnya. Dan benarlah Allah yang Maha Besar berfirman:
Dan sessungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurut nya, dan janganlah kamn menurut jalan jalan (yang lain dari Islam) kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya bertakwa. (al-An'um :153)
Inilah apa yang telah dicapai oleh umat Islam sepanjang sejarah pada abad yang telah lain, Itu semua dengan adanya ajaran-ajaran al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah kepada seluruh alam sebagai pembawa berita-berita baik serta peringatan dan menjadi hidayat serta cahaya kepada generasi yang akan datang,
Benarlah Allah Maha Besar yang berfirman;
Sesungguhnya al-Qur'an ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang menggembirakan orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal salih, bahawa mereka beroleh pahala yang besar: (al-Isra :9)
Itulah wahai para ibu bapa dan para pendidik kaedah-kaedah pendidikan yang terpenting serta metodologi praktikal yang telah diasaskan oleh Islam, bagi menjamin keselamatan akhlak anak, menyuburkan peribadinya, membiasakannya bersifat kelakian serta akhlak yang mulia. Hendaklah kamu mendidik anak-anak kamu berdasarkannya, dan berpegang teguhlah dengan tunjuk ajarnya supaya mereka membesar dengan akhlak-akhlak yang mulia, kelebihan masing-masing, serta peradaban hidup bermasyarakat sehingga mereka akan menjadi tanda keistimewaan di kalangan manusia. Adakah terdapat prinsip pendidikan bagi mendidik anak serta menyediakannya memikul tanggungjawab hidup seperti prinsip-prinsip yang telah diasaskan oleh agama Islam dan disyariatkan oleh Rasulullah s.a.w.?
• Siapakah yang berani berkata bahawa tenggelam timbul dalam kenikmatan material semata-mata, serta kemewahan tidak memudaratkan keperibadian anak?
• Siapakah yang berani berkata bahawa terlonjak-lonjak mengikut hawa nafsu serta kesedapan tidak memudaratkan keperibadian anak?
• Siapakah yang berani berkata bahawa mendengar lagu-lagu yang berunsur lucah serta muzik tari menari yang boleh membangkitkan keinginan tidak memudaratkan keperibadian anak?
• Siapakah yang berani berkata bahawa gejala membuka muka, beraksi dan menunjukkan hiasan perempuan kepada orang asing, dan juga pergaulan yang terbuka tidak memudaratkan keperibadian anak?
• Siapakah yang berani berkata bahawa berlenggang-lenggok serta menyerupai perempuan (khunsa), berlagak seperti perempuan dan ber pura-pura tidak memudaratkan keperibadian anak?
Sesungguhnya para pendidik serta para ulama psikologi dan akhlak hampir-hampir bersepakat kata bahawa gejala-gejala ini merupakan penyakit yang paling bahaya yang boleh membinasakan, melemahkan ingatan, menghancurkan keperibadian, melunturkan akhlak, membunuh sifat kelakian, menyebarkan penyakit penyakit dan menghapuskan kemuliaan serta kehormatan.
Dr, Alex Karlayel menulis dalam bukunya Manusia itu Yang Majhul: Apabila seks terbangkit pada manusia, mengeluarkan sejeniis cecair yang mengalir dalam darah ke otaknya, melalaikannya dan menjadikannya tidak dapat berfikir dengan waras.
George Balusyi telah menyebbt dalam bukunya Revolusi Seks, kata-kata berikut: Pada tahun 1962, Kennedy telah mengumumkan bahawa masa depan Amerika dalam keadaan bahaya memandangkan pemuda pemudinya suka berlagak seperli perempuan, berpura-pura, tenggelam timbul dalam syahwat, tidak menilai tanggungjawah yang terletak ke atasnya dan sesungguhnya antara tiap-tiap tujuh pemuda yang dipanggil untuk kerahan tenaga menjadi askar) terdapat enam dari mereka yang tidak layak kerana syahwat mereka telah pun merosakkan kelayakan serta kesempumaan tubuh badan dan jiwa mereka.
Akhbar Lubnan al-Ahad bilangan ke-650 atas lidah Margaret Smith, pendidik kemasyarakatan mengeluarkan satu ucapan yang antara lain berkata. "Sesungguhnya pelajar perempuan di sekolah dan universiti tidak berfikir melainkan dengan emosinya serta cara-cara yang respon emosinya itu. Sesungguhnya terdapat lebih dari enam puluh peratus pelajar perempuan telah gagal dalam peperiksaan dan sebab-sebab kegagalan itu ialah kerana mereka berfikir mengenai seks lebih dari pelajaran mereka, bahkan lebih dari masa depan mereka."
Apa yang patut dilaksanakan oleh mereka yang bertanggungjawab dari para ibu bapa serta para pendidik ialah hanya menjauhkan anak-anak mereka dari setiap gejala yang melunturkan akhlak, tidak berkeperibadian serta tanpa pegangan. Dan juga mereka patut berusaha sedaya upaya menyemaikan dalam jiwa anak-anak pengertian kemuliaan yang terpuji, keperibadian yang dicontohi serta akhlak yang baik.
Akhirnya wajib ke atas kita jangan melupakan kesan penjagaan yang teliti serta tanggungjawab yang besar bagi membetulkan akhlak anak, memulihkan jiwanya dan menyuburkan keperibadiannya.
Dan jika kita ingin mencari sebab yang boleh membawa kepada kelunturan akhlak anak serta penyelewengan kelakuannya, pasti akan terlintas iaitu kecuaian dalam melaksanakan tugas penjagaan ibu bapa terhadap anak-anak serta melepaskan diri dari tanggungjawab pendidikan dan tunjuk ajar kepada mereka.
SEBAB-SEBAB PENYELEWENGAN ANAK
Di sini kita bawakan sebilangan sebab yang boleh membawa kepada penyelewengan anak serta kelunturan akhlak dan kelakuannya.
• Seorang bapa yang membebaskan anak-anaknya bercampur gaul dengan teman-teman jahat serta kawan-kawan berakhlak buruk sesuka hati mereka tanpa soal atau penjagaan, pasti mereka akan mendapat kesan dari pergaulan buruk itu dan juga akan dijangkiti oleh penyelewengan teman-teman mereka serta akhlak jahat mereka.
• Seorang bapa yang membenarkan anak-anaknya menontoh filem-filem percintaan yang boleh membawa kepada kelunturan akhlak serta penyelewengan. Di samping filem-filem penyiasatan polis yang amat menggalakkan penyelewengan serta jenayah yang dengan kesan-kesannya boleh merosakkan orang dewasa, lebih-lebih lagi anak-anak. Pasti seorang bapa seperti ini mencampakkan anak-anaknya tanpa menyedari ke lembah yang dalam yang pasti akan menghancurkan serta menjahanamkan mereka.
• Seorang bapa yang membiarkan anak-anaknya megnonton televisyen yang penuh dengan pandangan-pandangan yang membangkitkan naluri-naluri, drama-drama yang lucah dan diayah-diayah yang tidak sopan pasti anak-anak itu akan terdidik dengan sifat tidak berkeperibadian dan akan dibiasakan dengan sifat-sifat terbuka tanpa pegangan. Dan juga pasti mereka akan kehilangan segala pengertian kemuliaan iaitu kelakian, keghairahan serta peradaban Islam yang mulia.
• Seorang bapa yang membenarkan anak-anaknya membeli majalah-majalah lucah, tidak bersopan, membaca kisah-kisah percintaan dan menyimpan gambar-gambar telanjang (lucah). Pasti anak-anak seperti ini akan meneruskan jalan kejahatan serta kemungkaran dan mempelajari cara mengadakan hubungan-hubungan persahabatan jahat yang menimbulkan keadaan subahat serta perhubungan seks yang berdosa.
• Seorang bapa yang tidak mengindahkan masalah menutup aurat serta hijab keluarga serta anak-anak perempuannya. la buat tidak nampak mereka membuka muka, atau beraksi menunjukkan hiasan mereka kepada orang asing. la juga buat-buat tidak mengerti mengenai kawan-kawan serta pergaulan mereka, di samping memberi mereka peluang yang terbuka, keluar dengan pakaian yang seksi dan aurat yang terbuka. Pasti anak-anak perempuan yang berkeadaan seperti ini akan biasa dengan kehidupan yang terbuka ini serta penuh kemungkaran. Mereka pasti akan terperangkap dalam kesesatan dan kejahatan. Bahkan boleh jadi keadaan mereka akan bertambah buruk sehingga hilang kehormatan yang boleh membawa kepada pencabulan dan kes-kes rogol. Pada masa itulah tidak ada gunanya penyesalan ataupun tangisan.
• Seorang bapa yang tidak menjaga anak-anak lelaki serta anak-anak perempuannya, apabila mereka pergi ke sokolah dan balik, sudah tentu bila anak-anak merasai kecuaian dari pihak bapa mereka pasti mereka akan terdorong mengunjungi tempat-tempat yang penuh dengan kejahatan dengan alasan pergi ke sekolah. Kita banyak mendengar mengenai ramai anak-anak perempuan yang telah terperangkap dalam kejahatan dan zina. Nama serta kehormatan mereka terjejas dan rosak sedangkan keluarga tidak pun mengetahui apa yang telah menimpa anak-anak mereka, kecuali selepas terbongkar segala segala kejahatan serta ternyata kesan-kesan jenayah yang telah berlaku.
• Seorang bapa yang tidak mengambil tahu hal anak-anaknya yang sedang belajar di bilik mereka serta tidak memeriksa buku-buku mereka, sudah tentu anak-anak itu jika mereka sedang menuju ke jalan penyelewengan, akan meneruskannya dan akan mendapat peluang terbuka menyimpan gambar-gambar lucah serta membaca majalah-majalah yang tidak sopan sesuka hati mereka dan juga akan menulis surat-surat cinta tanpa usul periksa dari penjaga atau pertanyaan ibu bapa.
Dengan demikian sudah pasti anak-anak itu akan meneruskan selangkah demi selangkah ke jalan kelunturan akhlak serta bebas tanpa pegangan, tanpa dorongan dari kepercayaan agama atau perkiraan dari perasaan timbang-rasa. Pada masa itu keadaan akan menjadi rumit bagi mengembalikan mereka ke jalan yang benar, memulihkan serta mengubati mereka.
Antara prinsip akhlak yang patut diberi perhatian serta dipelihara oleh para ibu bapa, para pendidik dan mereka yang bertanggungjawab membesarkan anak-anak ialah membiasakan mereka dengan akhlak yang baik dan berhubung dengan orang lain secara baik.
Hadith-hadith Rasulullah tentang Pembinaan Akhlak.
Di sini kita bawakan wahai para ibu bapa, serta orang yang bertanggung-jawab, sekumpulan hadith Rasulullah s.a.w. yang mengajarkan sifat-sifat yang mulia, akhlak yang baik dan perhubungan yang kukuh.
Sabda Rasulullah .s.a.w.:
Sesungguhnya saya telah diutuskan bagi melengkapkan akhlak-akhlak yang mulia. (Riwayat Imam Ahmad, al-Hakim dan al-Baihaqi)
Ibn Mardawaih telah mengeluarkan dengan sanad yang hasan bahawa seorang lelaki telah bertanya Rasulullah s.a.w. mengenai akhlak yang baik. Baginda terus membaca firman Allah:
Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya). (al-A'raf:199)
Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda:
laitu, hendaklah engkau menghubung silaturrahim mereka yang telah memutuskan silaturrahim dengan kamu, memberikan mereka yang tidak memberimu dan memaafkan mereka yang telah menzalimimu,
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Seberat-berat timbangan pahala dalam neraca di akhirat (HariKiamat) ialah ketakwaan kepada Allah serta akhlak yang baik, (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Sabda Rasulullah s.a.w,:
Bertakwalah kepada Allah di mana-mana kamu berada. Lelaki itu berkata: tambahkan lagi. Rasulullah berkata: Turutkanlah perbuatan dosa dengan perbuatan kebaikan, nescaya dosa itu boleh terhapus. Lelaki itu meminta Rasulullah s.a.w. menambahkan nasihatnya lagi. Rasulullah menyambung: Beruruslah kamu sesama manusia dengan sebaik-baik akhlak.
Sabda Rasulullah s.a.w,:
Selengkap lengkap insan orang mukmin ialah mereka yang mempunyai sebaik baik akhlak (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan lain-lain)
Muhammad Ibn Nasri al-Marwazi telah menerangkan, bahawa seorang lelaki telah menemui Rasulullah s.a.w. dari arah hadapannya dan bertanyakan kepadanya: "Apakah dia agama (ad-din) wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah: "lalah akhlak yang baik". Lelaki itu kemudian menemui Rasulullah dari arah kanannya dan bertanya; "Apakah dia agama (ad-din) wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah: "lalah akhlak yang baik", Lelaki itu menemui Rasulullah dari arah belakang pula dan bertanya: "Apakah dia agama (ad-din) wahai Rasulullah?" Rasulullah berpaling kearahnya bersabda yang ertinya; "Tidakkah engkau mengerti? ad-din ialah "janganlah marah".
Inilah sehahagian dari ajaran ajaran yang melimpah dengan banyaknya yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. mengenai perhubungan sosial yang baik, menjaga peradaban dalam kelakuan dan berurusan dengan orang-orang lain berdasarkan akhlak yang mulia.
Para ibu bapa serta para pendidik wajib memastikan diri mereka berpegang teguh dan melaksanakan prinsip-prinsip itu supaya menjadi contoh teladan yang baik serta ikutan yang salih bagi setiap orang yang hudup bersama mereka. Kemudian wajib pula ke atas mereka mengajar-kannya kepada anak-anak supaya mereka boleh memaafkan orang yang telah menzalimi mereka. menghubungi mereka yang telah memutuskan hubungan dengan mereka, memberikan sesiapa yang telah tidak memberikan mereka dan membuat baik kepada sesiapa yang telah melakukan keburukan terhadap mereka, Dengan keadaan sedemikian anak-anak itu akan menjadi satu contuh yang terpuji di kalangan manusia yang lain serta bersifat seperti malaikat di atas bumi, Dan itu adalah satu pelaksanaan kehendak firman Allah S.W.T.:
Terimalah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik ,serta berpalinglah (jangan hiraukan)orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya) (al-A'raf: 199)
Firman Allah lagi:
Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik. Apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (Fussilat :34)
Firman Allah lagi:
Dan orang yang menahan kemarahannya, dan orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang yang berbuat perkara-perkara yang baik, (Ali'Imran:134)
Jadi wahai para ibu bapa serta para pendidik:
• Selepas kamu mengetahui dari perhatian yang telah diberi oleh Rasulullah s.a.w. pada sudut akhlak dalam pendidikan anak-anak kamu.
• Selepas kamu mengetahui bahawa akhlak merupakan buah keimanan yang mendalam bagi pemulihan penyelewengan anak-anak kamu.
• Selepas kamu baca mengenai gejala-gejala buruk yang patut dijauhkan dari cahaya mata kamu,
• Selepas kamu mendengar mengenai pesanan-pesanan Rasulullah s.a.w. supaya berakhlak mulia serta berhubungan dengan baik.
• Selepas semua ini tidak ada pilihan bagi kamu kecuali berazam dan menguatkan semangat untuk melaksanakan kewajipan kamu selengkapnya terhadap mereka yang berhak mendapat didikan, pengajaran serta penjagaan kamu.
Ketahuilah jika kamu mengcuaikan kewajipan kamu terhadap anak-anak serta murid-murid kamu dari hal pendidikan akhlak, sudah pasti mereka ini akan membesar dengan sifat tidak berkeperibadian serta bebas tanpa pega-ngan dan akan terdidik dengan kejahatan serta akhlak yang buruk. Masa itulah mereka akan menjadi bahaya ke atas ketenteraman serta menjadi alat yang menghancurkan dan merosakkan pembangunan masyarakat. Bahkan seluruh anggota masyarakat akan meminta perlindungan perbuatan jenayah mereka, serta kesan kerosakan tindak tanduk dan cara pergaulan mereka dalam masyarakat.
Jagalah dan ikutilah perintah Allah terhadap anak-anak kamu, laksanakanlah kewajipan kamu, usahakanlah sedaya upaya kamu, pikullah dengan sebaik-baiknya tanggungjawab yang telah dibebankan ke atas kamu. Jika kamu melaksanakan tanggungjawab dengan setepat-tepatnya, pasti kamu akan mendapati anak-anak kamu seperti bunga yang wangi di rumah dan seperti bulan yang penuh mempunyai cahaya serta sinaran dalam masyarakat dan juga seperti malaikat yang berjalan di atas bumi membawa hidayat serta ketenangan.
Firman Allah S.W.T.:
Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya sertei orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan. (al-Taubah:105)
2 comments:
Abah...dlm topic sebab2penyelewangan anak ...semua ayat dimulakan dgn 'seorang bapa'...ternyata tanggungjawab itu jatuh kepada seorang bapa. Tetapi sebagai seorang bapa yg sibuk berkerja dan kurang rapat berbanding seorang ibu mampukah dia menjalankan tanggungjawab tersebut? Dan jika sebagai seorang bapa sendiri tidak memandang itu satu tanggungjawab camane?
Bagaimana peranan seorang ibu dlm hal ini?...2nd daugther
Ibu dan bapa adalah sama-sama bertanggungjawab mendidik anak kearah keimanan kpd Allah.
Bapa sebagai ketua keluarga wajib mempastikan pembelajaran anak-anak berjalan dengan baik. Walau sibuk macamana pun bapa hendak mengambil masa yang tertentu bagi mempastikan pemberlajaran tersebut bejalan, kerana ia juga merupakan satu kerja dan tanggunagjawab terhadap Allah.
Allah mempertanggungjawabkan kepada bapa terhadap pembelajaran ini bukan sahaja kepada anak-anak, tetapi juga kepada isteri dibawah jagaan nya, bukan sahaja dari segi ilmu itu sahaja tetapi juga segala peralatan yang berkaitan seperti menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi bagi jangka pendek dan panjang. Tabung pembelajaran untuk anak-anak hendaklah disediakan awal-awal lagi supaya masalah kewangan tidak menjadi penghalang untuk anak menimba ilmu.
Manakala ibu hendaklah membantu melaksanakannya seupaya mungkin supaya anaka-anak mempunyai pembelajaran yang sepatutnya. Kedua-dua ayah dan ibu akan ditanya oleh Allah tentang tanjungjawab ini.
Jawapan yang lebih ditil dan lengakap sila rujuk kepada buku Pendidikan anak-anak oleh Dr Nasir Ulwan.
Post a Comment