Monday, November 12, 2007

PENDIDIKAN IMAN

TANGGUNGJAWAB PENDIDIKAN IMAN

Apa yang dimaksudkan dengan pendidikan iman ialah menghubungkan anak dari umur ia mula berfikir tentang usul-usul iman. Di samping membiasakannya sejak mula ia boleh faham tentang rukun-rukun Islam dan mengajarkannya dari mula ia boleh membezakan antara buruk dengan baik prinsip-prinsip syariat yang murni.
Dimaksudkan dengan usul-usul iman ialah:

Setiap perkara yang sabit melalui khabar sadiq (benar) mengenai hakikat-hakikat iman. Serta perkara-perkara ghaib seperti beriman dengan Allah S.W.T., beriman dengan malaikat, beriman dengan semua kitab yang telah diturunkan oleh Allah, beriman dengan semua rasul, keseksaan dalam kubur, kebangkitan (kiamat), hisab (kira-kira pahala dan dosa), syurga, neraka dan beriman dengan seluruh perkara ghaib yang lain.
Dimaksudkan dengan rukun-rukun iman ialah:
Segala ibadat badan serta harta, iaitu sembahyang puasa, zakat, dan haji siapa yang mampu.
Dimaksudkan dengan prinsip-prinsip syariat ialah:
Segala perkara yang berhubung dengan metadologi ketuhanan, serta ajaran-ajaran agama Islam dari aqidah, ibadat, akhlak, syariat, undang-undang dan hukum-hukum.

Setiap pendidik wajib membiasakan anak sejak kecil lagi dengan kefahaman-kefahaman ini tentang pendidikan mengenai iman serta berasaskan ajaran-ajaran Islam supaya ia terikat dengan agama Islam dari hal akidah dan ibadat, dan berhubung rapat dengannya dari hal metodologi dan peraturan. Selepas ia ditunjuk ajar dan dididik, ia tidak mengetahui kecuali Islam sebagai agama serta al-Quran sebagai imam dan Rasul s.a.w. sebagai pemimpin serta contoh teladan.

Kefahaman pendidikan mengenai iman yang bersifat syumul diilhamkan dari pesanan-pesanan Rasulullah s.a.w. serta ajarannya bagi mengajarkan anak usul ke-imanan, rukun-rukun Islam dan hukum-hukum syariat,
Di sini kita bawakan sebahagian dari ajaran serta pesanan Rasulullah s.a.w:-
1. Perintah Allah memulakan hidup anak itu dengan mendengarkan kepada kalimat "la ilaha illa Allah".
Sabda Rasulullah s.a.w.:

Ertinya:
Bukalah (ajarkanlah) anak-anak kamu kalimat pertama dengan "la ilaha ilia Allah" (tiada Tuhan melainkan Allah). (Riwayat al-Hakim)

Rahsia di sebalik perintah ini ialah:
1. Bertujuan menjadikan kalimat at-Tauhid (keesaan Allah) serta syiar kemasukan agama Islam, bunyi pertama yang sampai kepada pendengaran kanak-kanak itu dan menjadikannya kata-kata yang pertama yang akan diucapkan dengan fasih dan juga menjadikannya sebagai kata-kata serta sebutan-sebutan yang akan diingati selama-lamanya.
Bagi bayi yang baharu lahir, pendidik digalakkan azan pada telinga sebelah kanan kanak-kanak itu dan iqamah pada telinga sebelah kiri pula. Amat jelas kesan perbuatan ini bagi mengajarkan kanak-kanak itu asas-asas akidah serta prinsip tauhid dan iman.
2. Memberikannya pengenalan kepada hukum-hukum halal dan haram dari masa ia mula berfikiran.
Dari apa yang telah ditakhrij oleh Ibn Jarir dan Ibn al-Munzir dari hadith Ibn Abbas r.a. yang berkata; "Amalkan ketaatan kepada Allah, bertakwalah (takutilah dengan menjauhi) melakukan larangan-larangan Allah, perintahkanlah anak-anak kamu mentaati suruhan Allah dan mengelakkan larangan-Nya. Sesungguhnya semuanya merupakan pelindung dari api neraka".
Rahsia di sebaliknya:
Supaya kanak-kanak itu mencelikkan matanya dari kecil lagi memandang dan memahami perintah-perintah Allah, Latihlah ia mematuhinya serta mengelakkan larangan-Nya, kemudian latihlah ia menjauhkannya. Jika kanak-kanak itu memahami hukum-hukum halal dan haram sejak ia berakal dan berhubung rapat dari kecil lagi dengan hukum-hukum syariat, pasti ia tidak akan mengenali lain dari agama Islam sebagai syariat serta metodologi.
3. Memerintahkannya melakukan ibadat apabila ia berumur tujuh tahun.
Sabda Rasulullah s.a.w.:

Ertinya:
Perintahkan anak-anak kamu bersembahyang semasa mereka berumur tujuh tahun, jika mereka tidak melakukannya sampai umur sepuluh tahun, pukullah mereka, juga pisahkan di antara mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur. (Riwayat al-Hakim dan Abu Daud)
Ada juga perkara-perkara lain yang boleh diukur dengan sembahyang seperti puasa dengan melatih kanak-kanak itu berpuasa beberapa hari jika kanak-kanak itu tahan, dan membiasakannya melakukan haji jika bapanya berkemampuan.
Rahsia di sebaliknya:
Supaya kanak-kanak itu mempelajari hukum-hukum ibadat ini dari kecil lagi. Membiasakan mereka melakukan serta melaksanakannya semasa ia berumur dalam ling-kungan kanak-kanak. Juga supaya ia dididik dengan ketaatan kepada Allah, melakukan hak-Nya, bersyukur kepada-Nya, mengharapkan pertolongan-Nya, mempercayai-Nya sepenuhnya, menyerah kepada-Nya dari segala apa yang menimpa atau menggerunkan. Dan juga supaya ia mendapati dalam ibadat-ibadat itu kesucian rohnya, kesihatan jasmaninya, membetulkan akhlaknya dan memu-lihkan kata-katanya serta perbuatan-perbuatannya.
4. Mengasuhnya supaya mengasihi Rasulullah s.a.w. serta keluarga nya dan membaca al-Quran al-Karim.
Sabda Rasulullah s.a.w. dari Ali k.w.:

Ertinya:
Didiklah anak-anak kamu supaya mempunyai tiga sifat (tabiat). Pertama kasih kepada Nabi kamu, kedua kasih kepada keluarganya dan ketiga membaca al-Quran, Sesungguhnya pembawa (penghafaz/ pembaca) al-Quran akan mendapat lindungan arasy Allah pada hari yang tidak ada lindungan (dari azab sengaara) kecuali lindungan-Nya ber-sama-sama para Nabi-Nya, serta orang-orang yang dipilih. (Riwayat al-Tabrani)
Pecahan dari ini ialah mengajar mereka kisah peperangan-peperangan Rasulullah s.a.w., sirah-sirah (sejarah hidup) para sahabat yang mulia, peribadi pemimpin-pemimpin agung dan peperangan-peperangan yang disebut dalam sejarah.
Rahsia di sebaliknya:
Supaya anak-anak mencontohi para pemimpin dan pejuang-pejuang mereka di zaman silam mengenai pergerakan, perjuangan, kepahlawanan dan jihad. Dan supaya anak-anak berhubung rapat dengan sejarah dari hal perasaan, kemuliaan dan kemegahan.
Dan juga supaya anak-anak berhubung rapat dengan al-Quran al-Karim dari hal kerohanian, metodologi dan bacaan (selawat). Kita bawakan di sini sebahagian dari perkara yang dikatakan oleh para ulama Islam mengenai pendidikan, Dari hal wajibnya mengajarkan anak membaca al-Quran, peperangan-peperangan Rasul s.a.w. serta sifat-sifat terpuji nenek moyang mereka yang gagah berani.
• Sa'ad Ibn Abi Waqas r.a. telah berkata: "Kita dahulu mengajar anak-anak kita peperangan-peperangan Rasulullah s.a.w. seperti' mana kita mengajar mereka surah-surah dari al-Quran al-Karim".
• Al-Imam al-Ghazali telah berpesan dalam kitab-nya Ihya' Ulum al-Din: "Supaya mengajarkan kanak-kanak al-Quran, hadith-hadith, berita (sejarah), cerita-cerita orang yang terpilih (terkemuka) dan sebahagian daripada hukum-hukum agama".
• Ibn Khaldun telah memperkata dalam Muqaddimahnya mengenai kepentingan mengajarkan al-Quran kepada kanak-kanak serta penghafalannya. la juga telah menjelaskan bahawa pengajaran al-Quran merupakan asas kepada seluruh pengajaran di seluruh negara Islam kerana ia merupakan salah satu syiar agama yang boleh menguatkan aqidah dan mendalamkan keimanan.
Ibn Sina telah menasihati dalam kitab "al-Siyasah" supaya memulakan pengajaran kanak-kanak dengan mengajarnya al-Quran al-Karim sebaik-baik ia sudah bersedia dari segi jasmani dan fikiran untuk menerima segala pengajaran itu. Dengan itu ia boleh menerima bahasa dari sumber asalnya dan boleh meresap dalam jiwanya tanda-tanda keimanan.
Antara yang telah diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah serta kitab-kitab sastera bahawa al-Fadzl Ibn Zaid telah melihat anak seorang perempuan dari orang-orang Arab. la amat tertarik dengannya, ia terus bertanya kepada ibunya itu. la menjawab: "Bila masa ia cukup lima tahun saya telah serahkannya kepada seorang pendidik, kemudian ia telah menghafal al-Quran, seterusnya ia telah membacanya, ia telah mempelajari syair dan meriwayatkannya, menjadikannya suka dengan kemegahan-kemegahan puak-puaknya dan dia diajar kepujian-kepujian bapa-bapa serta datuk-datuknya. Bila masa ia sudah baligh, saya bawa dia ke atas kuda yang menjadikannya biasa dan pandai menunggangnya. Kemudian ia membawa senjata dan selalu berjalan di celah-celah rumah di kampungnya sambil mendengar kalau-kalau ada jeritan yang mengharapkan pertolongan".
Kita telah sebut sebelum ini dalam bahagian perhatian yang telah diberikan oleh orang-orang dahulu (salaf) kepada pendidikan anak-anak mereka bahawa semasa mereka memberikan anak-anak kepada pendidik-pendidik mereka perkara yang pertama sekali diminta ialah mengajarkan al-Quran al-Karim kepada anak-anak serta melatih mereka membaca serta menghafalnya. Ini bertujuan supaya membetulkan lidah mereka, meningkatkan kerohanian mereka, menambahkan khusyuk pada hati-hati mereka, mengeluarkan air mata dan mendalamkan keimanan serta keyakinan pada jiwa mereka.

Dan kesimpulan dari segala apa yang telah lalu ialah:
Rasulullah s.a.w. telah memberikan perhatian yang amat berat kepada usaha mengajar anak dari awal-awal lagi usul keimanan, rukun-rukun Islam, hukum-hukum syariat, mendidiknya supaya mengasihi Rasulullah s.a.w. serta keluarganya dan juga mengasihi para sahabat serta pemimpin-pemimpin dan membaca al-Quran al-Karim, Dengan itu kanak-kanak tersebut dididik berdasarkan keimanan yang lengkap, akidah yang mendalam dan mengasihi orang-orang dahulu dari nenek moyang mereka yang gagah berani serta mulia.
Jadi, jika kanak-kanak itu membesar ia tidak akan di goyang oleh mana-mana usaha dajal yang tidak beragama (ilhad) dan tidak akan terkesan dengan diayah-diayah golongan kufur serta sesat.
Amat perlulah bagi para pendidik supaya mendidik anak-anak mereka berdasarkan asas-asas ini dan mengikuti cara-caranya untuk menjamin keselamatan akidah mereka dari kesesatan serta penyelewengan.
Antara perkara yang telah diakui oleh para ulama' pendidikan serta akhlak, bahawa kanak-kanak bila ia lahir, ia dilahirkan dengan fitrah al-tauhid (sifat keesaan semula jadi), beriman kepada Allah dan dengan keaslian kesucian serta kebersihan. Jika tersedia kepadanya di rumah didikan yang bermutu, percampuran kemasyarakatan yang baik dan suasana pengajaran yang penuh keimanan, pasti anak itu akan membesar dalam keadaan iman yang mendalam, akhlak yang mulia dan didikan yang salih.
Hakikat ini telah terbit dari fitrah keimanan yang telah ditetapkan oleh al-Quran al-Karim dan ditekankan oleh Rasulullah s.a.w. dan juga telah dibuktikan oleh para ulama' pendidikan serta akhlak.
Mengenai ketetapannya melalui al-Quran al-Karim ialah firman Allah:


Maksudnya:
"Agama Allah" - iaitu agama yang Allah mencipta-kan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu. (al-Rum: 30)
Mengenai penekanan yang diberi oleh Rasulullah s.a,w. ialah sabda baginda;

Ertinya:
Setiap bayi dilahirkan mengikut fitrah, kemudian ibu bapanya menjadikannya Yahudi atau Nasrani ataupun Majusi... (Riwayat al-Bukhari)
Mengenai perkara tersebut telah dibuktikan oleh para ulama' pendidikan dan akhlak. Saya akan bawakan bukti-bukti dari kata-kata orang-orang barat dan timur, semasa kita bercakap tentang kepentingan pendidikan mengenai iman dan kesannya dalam pemulihan kelakuan individu-individu serta membaiki penyelewengan manusia. Mamadai dalam hal ini, apa yang telah ditegaskan oleh Imam al-Ghazali mengenai membiasakan anak itu tabiat baik atau prinsip-prinsip keburukan mengikut penerimaannya serta tabiat semula jadinya. Antara yang dikatakan dalam hal ini ialah: "Kanak-kanak itu merupakan amanat kepada kedua ibu bapanya, dan hatinya yang suci sebagai batu permata yang amat berharga. Jika dibiasakan dengan kebaikan serta diajar dan membesar dalam keadaan itu nescaya ia akan bahagia dunia dan akhirat. Dan jika dibiarkan dengan keburukan dan dibiarkan terlepas sebagaimana binatang-binatang pasti ia akan menjadi celaka dan akan musnah dan pemeliharaannya boleh dilakukan dengan mendidik, mengasuh, melatih, dan mengajar anak itu akhlak yang terpuji".
Cukup indah apa yang telah dikatakan oleh penyair Arab yang bererti:
Pemuda itu membesar dengan apa yang telah dibiasakan oleh bapanya. Pemuda itu tidak boleh disalahkan terhadap hujahnya, tetapi keluarganyalah yang membiasakannya berpegang teguh dengan agama.
Dari apa yang telah dibentangkan ini, khususnya mengenai kepentingan tabiat semula jadi serta kesan-kesannya, dapatlah difahami bahawa, jika anak membesar di rumah yang sudah menyeleweng, belajar dalam suasana sesat dan bercampur gaul dengan kumpulan jahat pasti akan membesar dengan kerosakan, terdidik dengan akhlak yang buruk, mempelajari prinsip-prinsip kekufuran serta kesesatan dan pasti kegembiraannya akan berubah menjadi dukacita, keimanannya akan berubah menjadi keingkaran kepada agama (ilhad) dan seterusnya berubah dari berpegang kepada ajaran Islam kepada kekufuran. Dalam keadaan sedemikian, sukarlah untuk mengembalikannya kepada kebenaran, jalan keimanan dan hidayat.
Saya rasa tidak mengapa jika dalam hal ini saya bawakan gambaran-gambaran serta contoh-contoh dari apa yang telah berlaku dalam masyarakat kita dari suasana kesesatan serta kerosakan, Dengan itu kita akan mengetahui faktor-faktor yang boleh menyebabkan penyelewengan anak pada akidah serta akhlaknya, dan kita boleh mengetahui juga jika orang-orang yang bertanggungjawab serta para ibu bapa mencuaikan tanggungan mereka dalam pendidikan anak-anak mereka, kemungkinan besar akan membawa mereka kepada kesesatan, penyelewengan dan menganuti prinsip-prinsip kekufuran serta mengingkari agama (ilhad).
Seorang bapa yang memasukkan anaknya ke sekolah-sekolah asing serta kolej-kolej yang menyebar ajaran-ajaran Kristian. Kanak-kanak itu menerima segala ajaran dan bimbingan dari penyebar-penyebar berkenaan, pasti anak itu akan biasa dengan penyelewengan serta kesesatan dan membesar dengan kekufuran di samping keingkaran kepada agama (ilhad). Bahkan akan mendalam pada jiwanya perasaan benci kepada Islam dan dendam permusuhan kepada agama ini.

Seorang bapa yang menyerahkan anaknya kepada guru-guru yang tidak beragama serta pendidik yang jahat; mengajarnya prinsip-prinsip kekufuran dan menyemaikan dalam lubuk hatinya benih-benih kesesatan. Pasti anak itu akan membesar dengan pendidikan tanpa agama serta bimbingan sekular yang berbahaya.

Seorang bapa yang membenarkan anaknya membaca apa sahaja yang ia suka dari kitab-kitab mereka yang mengingkari agama serta mereka yang materialis, dan membaca apa sahaja yang ia suka dari cemuhan-cemuhan pengembang-pengembang agama Kristian serta penjajah-penjajah. Pasti anak seperti ini akan mengsyaki hakikat kepercayaannya dan agamanya. Dan juga ia pasti akan mentertawakan sejarah serta kebesaran-kebesarannya. la akan menjadi penentang ke atas prinsip-prinsip Islam.

Seorang bapa yang membiarkan anaknya dengan sepenuh kebebasan berkawan dengan teman-teman yang menyeleweng dan sesat sesuka hatinya, dan menganuti prinsip-prinsip sesat mengikut kehendaknya. Pasti anak itu akan mengejek-ejek setiap nilai-nilai agama serta prinsip-prinsip akhlak yang telah dibawa oleh agama dan syariat.

Seorang bapa yang membiarkan anaknya bebas memilih perkumpulan yang mengingkari agama dan kufur dan pertubuhan sekular tanpa agama, dan juga memilih kesatuan yang tidak berhubung langsung dengan agama Islam dari sudut akidah, fikiran serta sejarah. Pasti anak itu akan dididik dengan kepercayaan yang sesat dan membesar dengan prinsip-prinsip tanpa agama dan kufur.

Bahkan anak itu akan memerangi habis-habisan segala agama dan nilai-nilainya.
Lihatlah penyair Arab yang berkata bererti:
Sudah tentu tanaman-tanaman yang tumbuh di kebun tidak sama dengan yang tumbuh di padang pasir. Adakah kita boleh harap kesempurnaan dari kanak-kanak yang telah menyusu dari tetek-tetek perempuan-perempuan jahat.
Memandangkan para pendidik secara umum, dan para ibu bapa secara khusus memikul tanggungjawab yang besar bagi membela anak dengan kepercayaan akidah dan iman dan mempunyai tanggungjawab yang lebih besar bagi mengajarkannya prinsip-prinsip agama Islam. Maka patutlah kita mengetahui batasan-batasan tanggungjawab ini, serta sejauh mana kewajipannya supaya setiap orang yang sedang memikul tanggungjawab pendidikan, membela anak itu dengan pendidikan menurut keimanan yang lengkap dan memuaskan.

Batasan-batasan tanggungjawab ibu bapa tersusun seperti berikut:
1. Patut mereka menunjukkan kepada anak-anak jalan keimanan kepada Allah, kekuasaan-Nya yang mu'jizat dan ciptaan-Nya yang mempesonakan, dengan cara merenung serta bertafakur tentang ciptaan langit dan bumi.
Ini boleh dilakukan jika anak sudah mencapai umur baligh yang membolehkannya berfikir dengan waras dan memahami hakikat-hakikat. Lebih baik para pendidik memulakan dengan perkara-perkara material ke perkara-perkara akal secara berperingkat-peringkat dan dari perkara juzuk (bahagian) ke perkara-perkara yang menyeluruh (umum). Dan juga dari perkara-perkara mudah (senang) ke perkara-perkara susah (kompleks) dengan berperingkat-peringkat sehingga sampai bersama-sama mereka ke perkara iman dengan sepenuh kepercayaan, hujah dan bukti. Jika anak itu dari kecil lagi menerima keimanan yang tetap dan disirami dalil-dalil tauhid yang kuat di fikirannya, pasti tidak akan terupaya usaha-usaha menjejaskan imannya walau sedikit pun. Dan pendakwah-pendakwah jahat tidak akan berjaya memberi kesan terhadap akalnya yang sudah waras, dan juga tidak ada sesiapa yang boleh menjejaskan jiwanya yang beriman. Ini semua memandangkan tahap keimanannya yang kukuh yang telah dicapai, keyakinan yang mendalam, perasaan puas yang lengkap dan menyeluruh.
Dan cara berperingkat-peringkat ini dari bawah hingga ke atas, dan dari perkara-perkara material ke perkara-perkara akal, bagi menuju serta mencapai hakikat-hakikat, merupakan cara al-Quran al-Karim. Kita bawakan di sini sebahagian dari ayat-ayat-Nya yang bijaksana:
Firman Allah S.W.T:



Maksudnya:
Dialah yang menurunkan hujan dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagin lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternak makan padanya. la juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanam-tanaman dan pokok-pakok zaitun dan tamar (korma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-huahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir. Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan, dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintah-Nya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya. Dan apa-apa jua yang dijadikan untuk kamu di bumi yang berlain-lain jenisnya (dimudahkan juga untuk kegunaan kamu). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi kaum yang mahu mengingati nikmat Allah itu. Dan Dialah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya, dan (selain itu) engkau lihat pula kapal-kapal belayar padanya; dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurnia-Nya; dan supaya kamu bersyukur. Dan ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu, dan la mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju. Dan (Ia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan, dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju, Kalau sudah demikian, adakah Allah yang menciptakan semuanya itu sama seperti makhluk-makhluk yang tidak menciptakan sesuatu? Maka patutkah kamu lalai sehingga kamu tidak mahu beringat serta memikirkannya? (al-Nahl: 10-17)
Firman Allah S.W.T.:

Maksudnya:
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang, dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumhuhan di bumi sesudah matinya, serta la biakkan padanya berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaan-Nya, kebijaksanaan-Nya, dan keluasan rahmat-Nya) bagi kaum yang (mahu )menggunakan akal fikiran, (al-Baqarah:164)
Firman Allah:

Maksudnya:
(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan dari apa ia diciptakan. la diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim) - yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya ( hidup semula sesudah mati) pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati (dari i'tiqad, niat dan lain-lainnya). Maka (pada saat itu) tidak ada bagi manusia sebarang kekuatan (untuk membela diri) dan tidak ada penolong (yang dapat memberikan pertolongan). (al-Tariq: 5-10)
Firman Allah:


Maksudnya:
(Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan-dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana Kami mentadbirkannya): Sesungguhnya Kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan, Kemudian Kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan, lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian, dan buah anggur serta sayur-sayuran, dan zaitun serta pohon-pohon kurma, dan taman-taman yang menghijau subur, dan berbagai-bagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput, untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternakan kamu. ('Abasa : 24-32)
Firman Allah:

Maksudnya:
Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlain-lain jenis dan rupanya, dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlain-lain warnanya (tua dan muda), dan ada juga yang hitam legam. Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlain-lain jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (Fatir: 27-28)
Firman Allah:

Maksudnya:
(Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup semula) maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka (dengan tidak bertiang) bagaimana Kami membinanya (dengan rapi) serta Kami memperhiasinya (dengan bintang-bintang), dan dengan keadaan tidak ada padanya retak-renggang? Dan juga (keadaan) bumi ini, (bagaimana) Kami bentangkan dia sebagai hamparan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang terdiri kukuh, serta Kami tumbuhkan padanya pelbagai jenis tanaman yang indah subur? (Kami adakan semuanya itu) untuk menjadi perhatian dan peringatan, (yang menunjukkan jalan kebenaran), kepada tiap-tiap seorang hamba Allah yang mahu kembali kepada-Nya (dengan ta'at dan berbakti). (Qaf: 6-8)
Dan banyak lagi ayat yang terperinci dan tidak terbilang.
2. Mereka patut menyemaikan dalam jiwa anak-anak perasaan khusyu', takwa dan kehambaan kepada Allah Rabu al-'Alamin. laitu dengan mencelikkan mata mereka terhadap kekuasaan yang luar biasa, dan pemerintahan yang maha besar dalam segala-galanya dalam yang kecil dan yang besar dalam yang tidak hidup dan yang hidup, dalam benih yang hidup dan pokok yang membesar, dalam bunga yang semerbak baunya yang amat molek dan menarik waraanya, dan jutaan ciptaan yang ajaib kejadiannya, amat menarik pembentukannya. Hati seseorang tidak berkuasa atau berupaya melainkan merendahkan diri serta gementar terhadap kebesaran Allah. Seseorang tidak boleh melakukan apa-apa melainkan merasai ketakwaan kepada Allah serta menjaganya selalu, dan merasai sepenuhnya dengan perasaan yang mendalam kelazatan taat serta kemanisan kehambaan kepada Allah tuhan segala alam.

Antara cara menguatkan perasaan merendahkan diri serta mendalamkan ketakwaan dalam jiwa anak ialah membiasakannya semasa ia sudah berakal fikiran dengan khusyuk dalam sembahyang, dan mendidiknya dengan cuba bersedih-sedih serta membuat-buat menangis apabila ia mendengar bacaan al-Quran al-Karim. Inilah sifat orang-orang yang arif (mengetaliui) dan syiar hamba Allah yang salih dan juga sifat khusus para mukminin yang sebenarnya.

Marilah kita perhatikan ayat al-Quran yang mulia dalam mengagung-agungkan mereka yang khusyuk dan pujian Allah kepada mereka yang bertakwa yang terpilih.
Firman Allah:

Maksudnya:
Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. (al-Mu'minun:l-2)
Firman Allah:


Maksudnya;

Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang yang takut kepada Tuhan menjadi seram: kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah pertunjuk Allah. Allah memberi hidayah pertunjuk dengan al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. (al-Zumar: 23)
Firman Allah:

Maksudnya:
Dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang yang tunduk taat - iaitu orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka. (al-Haj: 34-35)
Firman Allah:

Maksudnya:
Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) al~Rahman, mereka segera sujud serta menangis. (Maryam: 58)
Firman Allah:

Maksudnya:
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang yang beriman, untuk khusyuk hati
mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)?. (al-Hadid: 16)

Fenomena khusyuk, tunduk, taat serta berbuat-buat sedih merupakan perkara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w,, para sahabat r,a., salaf salih (orang-orang dahulu) serta orang yang mengenali Allah, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka.
Al-Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan dari Abdullah Ibn Mas'ud r.a.
bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepadanya: "Bacalah untukku al-Quran". Saya menjawab: "Wahai Rasulullah, saya baca untuk engkau al-Quran walhal ia telah diturunkan ke atasmu?". Rasulullah s.a.w. menjawab: "Ya, sesungguhnya saya suka mendengarnya dari orang lain".
Saya telah membaca untuk Baginda s.a.w. surah al-Nisa', sampai ke firman Allah:

Maksudnya:
Maka bagaimanakah (keadaan orang orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat senarai saksi, (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka), dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadapumatmu ini?.(al-Nisa':41)
Bila sampai ke ayat ini, Rasulullah s.a.w. ber,sabda: "Cukuplah sekarang". Bila saya berpaling melihamya s.a.w., airmatanya sedang bercucuran.
Dari Abi Salih, berkata; Satu kumpulan dari Ahl Al-Yaman telah menemui Abu Bakar al-Sidiq r.a, Mereka ini membacakan al-Quran dan menangis, Abu Bakar r.a. telah berkata: "Kita dahulu seperti ini, sehingga perasaan kita menjadi kasar".
Dan cerita-cerita orang dahulu mengenai tangisan mereka serta sifat khusyuk mereka semasa sembayang dan semasa mendengar bacaan al-Quran al-Karim, banyak, tidak terbilang, Kisah-kisah mereka amat menarik dalam kitab-kitab akhlak dan pendidikan, banyak serta terperinci.
Kemungkinan para pendidik akan menghadapi kesukaran pada permulaan usahanya mengajar dan membiasakan anak, mengamalkan sifat khusyuk, bersedih-sedih dan menangis, tetapi dengan peringatan sekali, usaha yang berterusan sekali lagi dan mengikut contoh teladan usaha ketiga, sifat khusyuk serta bersedih-sedih akan menjadi amalan serta tabiat yang baik. Cukup indah apa yang telah dikatakan oleh penyair Arab yang ertinya:
"Kemungkinan pendidikan yang diberi kepada anak-anak semasa kecil lagi, amat bermanfaat. Selepas itu (masa mereka sudah besar) mereka tidak akan mendapat faedah dari mana-mana pendidikan. Sesungguhnya dahan-dahan pokok jika dibetulkan semasa muda lembut lagi pasti akan betul, tetapi kayu tidak akan lembut, walaupun awak cuba melembutkannya".
Membiasakan amalan menangis dan khusyuk ini merupakan perkara yang telah diamalkan oleh para wali, Sabda Rasulullah s.a.w.:

Ertinya:
Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis. (Riwayat al-Tabrani)
3. Para pendidik patut menyemaikan dalam jiwa anak-anak semangat takwa (takut atau menjaga) dan sentiasa mengingati Allah dalam segala tindak tanduk serta keadaan. laitu dengan membiasakan anak bahawa Allah sentiasa menjaga serta melihatnya, la mengetahui segala rahsia serta angan-angannya, dan la mengetahui apa yang dilihat oleh mata dan apa yang tersembunyi dalam dada. Ajarlah anak sentiasa ingat akan Allah yang sepalutnya menjadi tujuan serta perhatian besar para pendidik. Keadaan ini tidak akan tercapai melainkan dengan membiasakan anak itu takut kepada Allah semasa ia bekerja, semasa ia berfikir dan semasa ia mengalami apa-apa perasaan.
Mengenai membiasakan anak-anak agar sentiasa mengingati Allah semasa bekerja ialah dengan mempelajari sifat ikhlas kepada Allah, Tuhan sekalian Alam dalam semua kata-katanya, perbuatannya dan dalam segala tindak-tanduknya. Dan supaya ia melakukan segala kerjanya dengan ingat kepada Allah sahaja, semasa itulah akan tercapai kehambaan sepenuhnya kepada Allah Ta'ala dan ia akan masuk dalam golongan yang dlsebut oleh al-Quran al-Karim:

Maksudnya:
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah denagn mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyartg serta mengeluarkan zakat, dan yang demikian itulah agama yang benar. (al Bayyinah:5)
Dan juga wajib ke atas para pendidik merasakan anak itu bahawa Allah tidak akan menerima apa-apa amalan, melainkan ia melakukannya dengan niat kepada Allah sahaja, serta dengan mengharapkan keredaan-Nya.
Sabda Rasulullah s.a.w.:

Ertinya;
Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla tidak akan menerima amalan, melainkan amalan yang ikhlas, dan diniatkan kepada-Nya sahaja. (Riwayat Abu Daud dan al-Nisa'i)
Dan sabda Rasulullah s.a.w.:

Ertinya:
Sesungguhnya setiap amalan dikembalikan kepada niat dan setiap orang akan kembali kepada apa yang ia telah berniat. (Riwayat al-Syaikhan)
Tetapi tentang membiasakannya mengingati Allah sedangkan ia berfikir, biarkan dia belajar berfikir yang boleh mendekatkannya kepada Penciptanya yang Maha Agung yang dengannya akan memanfaatkan dirinya, masyarakatnya dan juga kepada semua manusia keseluruhannya. Bahkan, ia pasti dibiasakan supaya menjadikan akalnya, hatinya serta keinginannya selaras dengan apa yang telah dibawa oleh Rasul yang terakhir Nabi Muhammad s.a.w..
Dan juga wajib atas para pendidik mengajarkan anak itu bagi menjauhkan dirinya dari ingatan-ingatan buruk atau fikiran-fikiran yang tidak menentu dan wajib juga ke atas para pendidik menyuruh anak itu supaya menghafal bahagian akhir dari Surah al-Baqarah, dengan menjelaskan apa yang terkandung dalamnya dari ajaran-ajaran, doa-doa dan apa yang terkandung dalamnya dari tunjuk ajar serta perintah mengenai menjaga Allah (mengingati-Nya selalu), berkira-kira segala apa yang dilakukan oleh diri sendiri, sentiasa kembali kepada Maha Pencipta bumi dan langit (Allah), mengharapkan pertolongan-Nya, sentiasa berbicara dengan-Nya (secara rahsia) dan berdoa selalu meminta segala kebajikan daripada-Nya.
Mengenai membiasakan anak-anak supaya menjaga Allah semasa ia berperasaan ialah biarkan dia mempelajari setiap perasaan yang bersih dan dididik dengan setiap perasaan yang suci. Jadi dia tidak boleh berhasad, berdengki, mengumpat, tidak boleh mencari kesedapan dan keseronokan yang haram, tidak boleh menginginkan sesuatu syahwat yang tidak baik. Dan setiap kali dihasut oleh syaitan atau apa-apa keinginan dari dirinya sendiri bagi melakukan sesuatu yang tidak baik, ia segera mengingati Allah yang sentiasa dengannya, serta sentiasa mendengar-nya. Justeru itu ia terus beringat dan insaf. Bentuk rupa didikan serta penjagaan ini telah ditunjuk dan diajar oleh pendidik utama kita Nabi Muhammad s. a. w. dalam jawapannya kepada seorang yang bertanya mengenai apakah dia ihsan?
Sabda Rasulullah s.a.w.:

Ertinya:
Ihsan ialah kamu beribadat kepada Allah seakan-akan kamu melihat-Nya, dan jika kamu tidak dapat melihat-Nya, sesungguhnya la (sentiasa) melihatmu.
(Riwayat al-Bukhari)
Firman Allah S.W.T:

Maksudnya:
Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, kerana Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah), maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar),
(al-A'raf: 200-201)
Cara-cara melalui latihan serta pengajaran merupakan pegangan para salaf yang salih dalam melatih dan mendidik anak-anak mereka bagi membiasakan diri. Kita bawakan di sini tulisan al-Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya' Ulum al-Din: "Sahal Ibn AbduUah Al-Tasaturi telah berkata: "Semasa saya berumur tiga tahun, saya bangun malam, saya lihat selalu bapa saudara saya (Muhammad Ibn Sawar) sembahyang, Pada suatu hari dia berkata kepada saya: "Tidakkah engkau mengingati Allah yang telah menciptakan engkau?" Saya menjawab: "Bagaimanakah saya mengingati Dia?", Dia menjawab kepada saya: "Semasa kamu beipusing-pusing di tempat tidurmu, katakanlah dalam hatimu sebanyak tiga kali, tanpa mengerakkan lidahmu: Allah bersamaku, Allah melihatku dan Allah menyaksikanku". Saya melakukan ini beberapa malam, kemudian saya memberitahunya, ia terus meminta saya menambahkan bilangan sampai tujuh kali, saya telah melakukannya, kemudian saya memberitahu kepadanya, ia meminta saya menambahkan bilangan sehingga sebelas kali. Saya telah melakukan sedemikian, saya berasa kemanisannya dalam hati saya. Selepas satu tahun, bapa saudara saya itu berkata: " Hafallah apa yang saya telah ajarkan, amalkannya, dan teruskan amalan itu sehingga kamu mati. Sesungguhnya ini akan memberikan kamu manfaat dunia dan akhirat", Saya teruskan amalan itu tahun demi tahun, saya berasa satu keindahan mengalir dalam diri saya. Pada suatu hari bapa saudara saya berkata kepada saya: "Wahai Sahal, jika seorang itu berasa Allah dengannya, Allah melihatnya, dan Allah saksinya, adakah orang itu boleh melakukan maksiat terhadap-Nya? Jauhkan diri dari maksiat" Dengan tunjuk ajar yang tepat dan latihan yang berterusan dan juga pendidikan mengenai kebenaran, Sahal r.a. telah menjadi antara ulama' terkemuka dan hamba Allah yang amat salih. Ini semua dengan usaha gigih bapa saudaranya yang telah mendidik, mengajar dan mengasuhnya. Dia telah menyemaikan dalam jiwanya dari kecil lagi pengertian iman yang termulia serta penjagaan-nya dan akhlak-akhlak yang terpuji.
Jika para pendidik mengikuti cara ini dalam pendidikan mereka kepada anak-anak, dan jika para ibu bapa berpegang dengan kaedah-kaedah ini dalam usaha mendidik anak-anak, pasti mereka boleh membentukkan dalam
tempoh masa yang singkat, generasi muslim, mukmin kepada Allah, menghargai agamanya dan bermegah-megah dengan sejarahnya. Dan juga mereka boleh membentukkan masyarakat yang bersih dari pegangan yang mengingkari agama, bersih dari kehidupan yang tidak tentu arah dan bersih dari jenayah.
KATA-KATA ORANG BARAT TENTANG PENDIDIKAN IMAN
Pendidikan mengenai iman ini, yang telah kita bincangkan tadi, sangat diinginkan oleh para terkemuka dalam bidang pendidikan dan akhlak di negara-negara Barat bagi membebaskan masyarakat dari kepercayaan tentang agama, kejahatan, serta jenayah.
Sebahagian dari kata mereka:
• Destufuski, cerpenis terkemuka di dunia barat, telah menulis bagaimana manusia telah dirasuk serta dikuasai oleh syaitan, apabila ia meninggalkan Allah Taala.
• Sasterawan Perancis yang termasyhur berkata dengan mengejek mereka yang tanpa agama dan bersifat kebendaan sentiasa tidak mempunyai kepercayaan:- "Kenapakah kamu sentiasa mensyaki Allah, tanpa Dia pasti isteri saya mengkhianati saya dan orang gaji saya mencuri saya!!!.."
•. Dr. Henry Lunk, doktor jiwa berbangsa Amerika menulis dalam kitabnya Al-Audah Ha al-Iman, (Kembali kepada iman):

Sesungguhnya mereka itu para ibu bapa yang selalu bertanya: "Bagaimanakah mereka boleh meningkatkan serta membentukkan, adat-adat anak-anak mereka yang berkaitan dengan akhlak, sedangkan mereka sendiri mengalami kekurangan kesan-kesan keagamaan yang telah pun membentukkan akhlak mereka sebelum ini Sesungguhnya mereka telah menghadapi masalah yang tidak ada penyelesaiannya. Dengan keadaan sedemikian, tidak terdapat sesuatu yang boleh menjadi sebagai pengganti kuasa yang maha kuat itu yang tercipta oleh keimanan kepada Yang Maha Pencipta serta peraturan-peraturan akhlak-Nya yang telah diaturkan oleh Allah dalam hati manusia".

Majalah al-Hajj dari Mekah pada tahun 23 juzuk ketiga telah menyebut ke atas lidah Sutilana anak Istalin: Bahawa sesungguhnya sebab utama yang memaksanya berhijrah dari tanah airnya serta meninggalkan anak-anaknya ialah agama, kerana ia sudah membesar di kalangan keluarga yang tidak beragama. Tidak ada sesiapa pun dari mereka yang mengenali Allah dan tidak pernah di sebut dengan sengaja ataupun tidak sengaja. Dan bila masa ia sampai keumur kebebasan (21 tahun), ia mendapati dirinya, tanpa paksaan atau galakan dari mana-mana pihak luar, berperasaan yang amat kuat, bahawa kehidupan tanpa iman kepada Allah tidak langsung memberi erti, sebagaimana keadilan serta keinsafan tidak boleh ditegakkan di kalangan manusia tanpa keimanan kepada Allah, la juga telah mempunyai perasaan yang begitu mendalam bahawa manusia amat memerlukan keimanan sebagaimana mereka memerlukan air dan angin.
Ahli falsafah Kant telah mengiklankan, bahawa akhlak tidak akan wujud, tanpa kepercayaan kepada tiga perkara: adanya Allah, kekalnya Roh, dan perhitungan selepas mati.
Dan kata terakhir selepas apa yang telah kita bentangkan bahawa keimanan kepada Allah merupakan faklor utama dalam pemulihan kepada anak dan asas utama dalam pendidikannya dari hal akhlak dan jiwa. Dan kamu wahai saudaraku pembaca - telah melihat dari pendapat-pendapat para ulama' pendidikan dan akhlak di seluruh dunia, hubungan yang rapat antara iman dengan akhlak, serta kaitan yang kuat antara aqidah dan pekerjaan. Dan Insyaallah, semasa kita membentangkan bahagian "Tanggungjawab Pendidikan Mengenai Akhlak", kita akan membincangkan dengan cara terperinci kesan iman dalam membetulkan tingkahlaku anak, membaiki akhlaknya, dan memulihkan penyelewengannya. Kepada Allah sahaja segala kebenaran dan dari-Nya sahaja kita mengharapkan pertolongan serta kejayaan.
Kesimpulannya ialah tanggungjawab pendidikan mengenai iman yang dipikul oleh para pendidik serta para ibu bapa, merupakan tanggungjawab yang amat berat dan amat penting. Ini kerana ia punca segala fadilat, serta pengembang segala kesempumaan, bahkan ia merupakan tapak asas bagi memasukkan anak itu ke lapangan keimanan serta ia merupakan jambatan kepada pegangan yang sepenuhnya dengan agama Islam. Tanpa pendidikan seperti ini, anak itu tidak akan memikul tanggungjawab, tidak akan mempunyai sifat amanah, tidak akan mengenali tujuan, tidak akan mencapai erti kemanusiaan yang fadil dan tidak akan mengusahakan satu contoh tauladan atau tujuan mulia. Bahkan, ia akan hidup seperti binatang, tidak ada apa-apa yang dirisaukan kecuali memenuhi keinginan makan dan memuaskan syahwatnya. la terus mengejar-ngejar syahwat serta kesedapan-sedapan dan ia berkawan dengan budak-budak jahat serta penjenayah-penjenayah. Pada masa itulah ia tergolong dalam golongan orang-orang kafir serta kumpulan yang sesat dan tidak ada pegangan yang telah disebutkan oleh Allah Taala dalam kitab-Nya seperti berikut;

Maksudnya:
Dan (sebaliknya) orang yang kafir menkmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternakan makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka. (Muhammad: 12)
Menanam Sil'at Taqwa dan Beribadat,
Jadi, wajib ke atas para pendidik serta para ibu bapa, jangan melepaskan peluang yang terbuka berlalu, melainkan mereka membekalkan anak-anak bukti-bukti yang boleh membuktikan adanya Allah, serta tunjuk ajar yang boleh menguatkan keimanan dan juga peringatan-peringatan yang boleh mendalamkan akidah. Dan cara ini, iaitu mengambil kesempatan dalam memberi nasihat mengenai iman, merupakan cara guru kita yang pertama Rasulullah s.a.w. yang selalu bersusah payah membimbing serta menasihati anak-anak dalam segala apa yang boleh meningkatkan keadaan mereka serta menguatkan iman dan keyakinan dalam jiwa mereka. Di sini, wahai saudara pembaca, sebahagian contoh-contoh bimbingan serta cara-nya s.a.w..
Al-Tirmizi telah meriwayatkan dari Ibn Abbas yang berkata: Pada suatu hari, sedang saya di belakang Rasulullah s.a.w. ia bersabda:

Ertinya:

Wahai anak, sesungguhnya saya ajarkan kamu beberapa perkataan:- Peliharalah Allah, Allah pasti memdiharamu, peliharalah Allah, pasti kamu akan mendapati-Nya bersamamu. Jika kamu meminta, mintatah dari Allah, Jika kamu meminta pertolongan, mintalah pertolongan dan Allah. Ketahuilah bahawa jika seluruh umat berusaha bagi memberi manfaat untukmu, mereka tidak akan boleh memberikan manfaat melainkan apa yang telah ditulis oleh Allah, Dan jika mereka berusaha pula memudaratkanmu, mereka tidak akan berjaya memudaratkan kecuali dengan apa yang telah dituliskan oleh Allah. Sesungguhnya segala pena telah terangkat dan kertas-kertas telah pun kering, (Riwayat al-Tirmizi)
Dalam satu riwayat yang lain:

Ertinya:
Peliharalah Allah pasti kamu akan mendapati-Nya di sampingmu, kenalilah (ingatlah) Allah waktu senang, pasti la akan mengenalimu waktu kesusahan. Ketahuilah bahawa apa yang tidak kena pada-mu tidak akan boleh mengenalmu. Dan apa yang kena padamu tidak akan boleh tidak mengenaimu. Ketahuilah sesungguhnya kemenangan boleh dicapai dengan kesabaran, setiap kelapangan disertai dengan kesusahan dan setiap kesukaran disertai kemudahan.

KlTAB-KITAB PlLIHAN TENTANG AKIDAH

Akhir kata saya mencadangkan kepada para pendidik, para guru, dan para ibu bapa supaya memilih untuk murid-murid serta anak-anak mereka, kitab-kitab yang paling baik bagi mengajarkan mereka kepercayaan tauhid sejak mereka mula berakal. Pada pandangan saya pengajaran itu patut berperingkat-peringkat, setiap peringkat sesuai dengan umur, pencapaian serta pengetahuan am anak itu,
Dan kitab-kitab lain yang menguatkan Iman serta mendalamkan pengertian akidah dan Islam.
Hal ini sekiranya anak itu terpelajar dan mengikuti peringkat pengajiannya sampai ke universiti, tetapi jika ia seorang yang sudah berhenti di peringkat pengajian rendah, kemudian ia menempuhi kehidupan bekerja bagi mencari rezieki, wajiblah bapanya berusaha sedaya upayanya mengajarkannya kepercayaan tauhid pada masa lapang anak itu dan berguru dengan guru-guru yang berkebolehan mengajarkannya prinsip-prinsip keimanan dan menyemaikan dalam jiwanya benih-benih keesaan tauhid yang tulin, sehingga ia boleh mengetahui dengan jelas apa yang wajib terhadap Allah, apa yang harus dan apa yang haram. Dalam keadaan sedemikian anak itu akan membesar dengan pendidikan keimanan yang tulen dan tidak akan teragak-agak dengan perkara syubahat dan juga tidak akan terikut dengan perkara fitnah atau pengaruh.

No comments: