Sunday, November 11, 2007

Sayangkan anak dengan didikan anak

Sayangkan anak dengan tanggung jawab mendidik anak
Antara tanggungjawab yang terpenting dan telah diberi keutamaan oleh agama Islam, digalakkan dan perlu diberi perhatian ialah tanggungjawab para pendidik terhadap setiap orang yang di bawah tanggungan mereka untuk diajar, diberi tunjuk ajar dan di didik. Pada hakikatnya ia merupakan tanggungjawab yang berat, besar dan penting. Ini kerana proses tersebut bermula dari hari kelahiran anak sampai ia menjadi remaja dan matang.
Tidak syak lagi, jika seorang pendidik, sama ada ia guru, bapa, ibu atau guru kaunseling, melaksanakan tanggungjawabnya sepenuhnya dan menunaikan hak-hak dengan penuh amanah serta keazaman kuat mengikut apa yang dituntut oleh agama Islam,...


nescaya ia telah berusaha habis-habisan dalam proses pembentukan peribadi seorang kanak-kanak dengan segala sifat, keistimewaan serta kepujiannya. Dengan ini ia telah mewujudkan keluarga yang salih yang cukup sifat-sifat, keistimewaan-keistimewaan dan kepujian-kepujiannya. Dengan usahanya juga, sama ada ia tahu atau tidak tahu, ia telah menolong serta berusaha dalam pembentukan masyarakat contoh yang lengkap dengan segala kepujian-kepujian dan keistimewaan bagi membentukkan peribadi muslim yang salih dan keluarga contoh. Inilah titik tolak agama Islam dalam pemulihan.
Jika kita ikuti ayat-ayat al-Quran al-Karim serta hadith-hadith Rasulullah
s.a.w. dalam usaha menggalakkan para pendidik supaya melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab mereka dan mengingatkan serta menakutkan mereka dari mencuaikan kewajipan mereka, nescaya kita akan dapati banyak ayat dan hadith sehingga tidak terbilang. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada setiap pendidik mengetahui sejauh mana besarnya amanah serta tanggungjawab yang perlu dipikul.
Antara ayat yang mulia ini ialah: Firman Allah:

Maksudnya:
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. (Taha: 132)
Firman Allah:

Maksudnya:
Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka. (al-Tahrim:6)
Firman Allah:

Maksudnya:
Demi Tuhanmu! Kami akan menyoal mereka (yang kafir itu) semuanya (pada hari Kiamat kelak), mengenai apa yang mereka telah lakukan. (al-Hijr 92-93)
Firman Allah:

Maksudnya:
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu. (an-Nisa': 11)
Firman Allah:

Maksudnya:
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap. (al-Baqarah: 233)
Firman Allah:

Maksudnya:

...dan mereka tidak akan membunuh anak anaknya.(al-Mumtahanah: 12)
Firman Allah:

Maksudnya:

Dan hentikanlah mereka (menungguu), kerana sesungguhnya mereka akan disoal... (al-Saffat: 24)
Dan banyak lagi ayat yang lain. Antara hadith suci ialah: Sabda Rasulullah s.a.w.:

Ertinya:
Seorang Ielaki merupakan pengembala di rumah keluarganya dan ia
bertangungiawab terhadap seluruh anggota di rumahnyu, dan setiap perempuan
seperti pengembala ai rumah suaminya, serta ia bertanggungjawab keatas anggota keluarganya (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w.:

Ertinya: Sesungguhnya lebih baik bagi mana~mana bapa mendidik anaknya dari bersedekah satu cupak (beras). (Riwayat al-Tirmizi)
Sabda Rasulullah s.a.w.:

Ertinya:
Tidak ada sesuatu yang boleh diberi oleh seorang bapa kepada anaknya lebih baik dari didikan yang sempurna, (Riwayat al-Tirmizi)
Sabda Rasulullah s.a.w.:

Ertinya;
Ajarlah anak-anak dan keluarga kamu segala kebaikan serta didiklah mereka.
(Riwayat Abdul Razak dan Said bin Mansur)
Sabda Rasulullah s.a.w.:

Ertinya:

Didiklah (ajarlah) anak-anak kamu tiga sifat: Pertama; kasih kepada Nabi
kamu, kedua; kasih kepada keluarganya, ketiga: membaca al-Quran...
(Riwayat al-Tabrani)

Dari Abi Sulaiman Malik Ibn al-Huwairith berkata: Kami telah
didatangi oleh Rasulullah s.a.w. semasa kami dalam lingkungan umur yang lebih
kurang sama, kami tinggal dengannya s.a.w. dua puluh malam, kemudian ia s.a.w. menyangka yang kami telah rindu kepada keluarga kami. Baginda bertanya kepada kami mengenai siapa yang kami tinggalkan bersama keluarga, kami telah memberitahunya, baginda amat simpati dan berbelas kasihan dengan kami. Baginda bersabda yang telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam A l-Adab Al-Mufarrad:

Ertinya:
Kembalilah kepada keluarga kamu, ajarlah serta perintahlah mereka
sembahyanglah seperti mana kamu lihat aku sembahyang. Jika sampai waktu
sembahyang, biarlah salah satu dari kamu berazan dan biarlah orang yang paling tua dari kamu menjadi imam. (Riwayat al-Bukhari)
Sabda Rasulullah s.a.w.:

Ertinya:
Pada had Kiamat nanti tidak akan berganjak kaki hamba Allah melainkan ditanya mengenai empat perkara; Tentang umurnya; bagaimana la mengha-biskunnya? Tentang usia mudanya bagaimana ia dhabiskan? Tentang hartanya dari mana ia dapat dan di mana ia dibelanjakan? Tentang ilmunya apa yang dia gunakan dengannya? (Riwayat al-Tirmizi)
Dan banyak lagi hadith seperti ini yang begitu jelas dan terperinci.

Bertolak dari tunjuk ajar yang telah diberi oleh Allah Ta'ala menerusi ayat-ayat suci al-Quran, serta hidayat yang telah disampaikan oleh Muhammad s.a.w., para pendidik telah memberi perhatian yang amat sangat kepada pendidikan anak-anak, generasi demi generasi. Mereka juga telah mengambil berat mengenai pengajaran, tunjuk ajar, serta membetulkan penyelewengan anak-anak itu. Bahkan, para ibu bapa serta mereka yang bertanggungjawab selalunya memilih guru-guru yang paling pandai mengajar dan mendidik dan juga pendidik-pendidik yang paling berupaya memimpin, serta tunjuk ajar bagi melaksanakan tugas-tugas mereka dengan sempurnanya, supaya anak itu dibesarkan, berasaskan akidah, akhlak, serta ajaran-ajaran agama Islam.

Di sini dibawakan kumpulan cerita orang-orang dahulu serta berita-berita mereka dengan harapan ia boleh menunjukkan kepada setiap orang yang mempunyai akal fikiran sejauh mana mereka begitu mengambil perhatian mengenai pendidikan anak-anak dengan begitu mendesak untuk mengajar serta membimbing mereka. Dan sejauh mana mereka memilih pendidik-pendidik yang paling istimewa dari hal ilmu serta akhlak mereka dan paling baik darihal cara serta gaya mereka bagi mengajar anak-anak mereka?

Al-Jahiz telah meriwayatkan, ketika Ukbah Ibn Abi Sufian
memberikan anaknya kepada pendidiknya ia berkata: "Biarlah apa yang kamu mulakan mengenai pemulihan anak-anak saya pemulihan diri kamu sendiri. Sesungguhnya pemerhatian mereka bergantung kepadamu. Perkara-perkara yang baik bagi mereka ialah segala apa yang kamu telah terima sebagai perkara baik. Dan perkara-perkara yang buruk bagi mereka ialah segala apa yang kamu anggap sebagai perkara buruk. Ajarlah mereka sejarah hidup orang cerdik-pandai (hakim-hakim) serta akhlak para sasterawan, gertak (takutkan) mereka dengan saya, berikan mereka peradaban. Jadilah bagi mereka sebagai doktor yang tidak cepat-cepat memberikan ubat melainkan setelah mengetahui penyakitnya, dan janganlah berserah dengan alasan keuzuranku, kerana sesungguhnya saya telah menyerahkan sepenuhnya anak-anak saya kerana kebolehan serta keupayaanmu".

Ibn Khaldun telah meriwayatkan dalam Muqaddimahnya, bahawa apabila Harun al-Rasyid memberikan anaknya al-Amin kepada pendidiknya ia berkata:
Wahai "kemerah-merahan" Ahmar, sesungguhnya Amir al-Mu'minin telah memberikan kamu buah hatinya dan kegembiraan jiwanya. Jadikanlah diri kamu bermurah terhadapnya, wajiblah ke atasmu mentaatinya, sesuaikanlah diri kamu dengan taraf kedudukan yang telah diberi oleh Amir al-Mu'minin. Ajarlah dia al-Quran. Berikanlah dia pengetahuan sejarah. Dengarkanlah ia syair-syair, ajarkanlah dia ilmu sunnah. Jelaskanlah untuknya tempat kata-kata dan permulaan-permulaannya. Laranglah dia dari ketawa melainkan pada masanya. Janganlah membiarkan masa berlalu tanpa mengambil kesempatan bagi memberikan dia faedah. Janganlah dia selalu bersedih menyebabkan flkirannya mati, dan jangan selalu memaafkan dia menyebabkan dia selesa dengan masa lapang dan menjadi biasa dengannya. Betulkan dia dengan cara mesra, baik dan lembut sedaya upayamu. Jika tidak berkesan juga, gunakanlah cara kuat dan kasar.

Perhatian yang telah diberi oleh orang-orang dahulu kepada anak, telah sampai ke tahap yang menjadikan mereka begitu menjaga hubungan rapat dan mesra antara mereka dan anak-anak mereka. Sehingga mereka boleh menjadi sedih kalau meninggalkan anak-anak itu dengan sebab-sebab yang tertentu. Kerana bimbang kalau-kalau anak mereka tidak dididik dan diasuh mengikut kehendak dan kemahuan mereka. Al-Rakhib al-Asfahani menyatakan bahawa al-Mansur telah mengirim kepada mereka yang dalam tahanan, dari Bani Umayah bertanyakan: "Apakah perkara yang paling susah kamu lalui semasa dalam tahanan?" Mereka menjawab: "Apa yang kita telah rugi dari didikan anak-anak kami".

Abdul Malik Ibn Marwan berkata menasihati pendidik anak-anaknya: "Ajarlah mereka kebenaran sebagaimana kamu mengajarnya al-Quran. Suruhlah mereka berpegang teguh dengan akhlak yang mulia. Dengarkanlah syair-syair supaya mereka jadi gagah berani, ajaklah mereka selalu duduk dengan orang mulia dan ahli-ahli ilmu dari mereka. Elakkanlah mereka bercampur gaul dengan orang yang rendah-rendah dan khadam-khadam kerana orang seperti ini paling buruk dari segi pendidikan. Hormatlah mereka di depan orang dan kejilah serta marahlah mereka dengan cara rahsia (belakang orang). Pukullah mereka kerana bohong (dusta), sesungguhnya melakukan dusta menggalakan pencabulan dan pencabulan itu membawa ke neraka."

Al-Hajaj telah berkata kepada pendidik anak-anak-nya: "Ajarlah mereka berenang sebelum di ajar menulis. Sesungguhnya mereka boleh dapat sesiapa yang boleh menulis bagi pihak mereka, tetapi tidak boleh dapat sesiapa yang berenang bagi pihak mereka".

Salah seorang ahli hikmat telah berkata kepada guru anaknya: "Janganlah pindahkan mereka dari ilmu ke ilmu, melainkan mereka sudah memahaminya dengan baik dan menghalusinya. Sesungguhnya jika terlampau banyak ilmu sampai ke pendengaran serta tersesak-sesak dalam ingatan boleh menyesatkan kefahaman".

Umar Ibn al-Khatab r.a, telah menulis kepada ahli Syam menasihati mereka: "Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah serta menunggang kuda".

Antara pesanan (wasiat) Ibn Sina dalam pendidikan anak; "Biarlah anak lelaki itu bercampur gaul dengan anak-anak lelaki yang lain yang berakhlak mulia semasa ia belajar kerana budak-budak suka mengikut dan mengambil dari budak seperti dia dan juga mudah bemesra-mesra".

Hisyam Ibn Abdul Malik telah berkata kepada Sulaiman al-Kalbi, pendidik anaknya: "Sesungguhnya inilah anak saya, dan ia merupakan kulit di antara kedua-dua mata saya. Saya telah menjadikanmu guru bagi mendidiknya; berpegang teguhlah dengan takwa kepada Allah, laksanakanlah amanah, Pertama-tama saya berpesan kepadamu: Berpeganglah dengan kitab Allah (al-Quran). Dengarkan-lah ia syair-syair yang paling elok. Bawalah dia berjalan-jalan di pelusuk-pelusuk desa Arab. Ambillah syair-syair mereka yang baik. Tunjukkanlah dia sebahagian perkara yang halal dan sebahagian perkara yang haram serta khutbah-khutbah dan kisah-kisah peperangan."

Inilah sebahagian dari contoh mengenai perhatian yang telah diberi oleh orang-orang khusus dan umum tentang pendidikan anak-anak mereka serta memilih pendidik-pendidik yang paling istimewa bagi mereka. Di samping mengingatkan mereka kepada kaedah-kaedah pengajaran yang betul dan prinsip-prinsip pendidikan yang praktikal dan mulia. Ini memandangkan bahawa merekalah yang bertanggungjawab mengenainya, telah diamanatkan kepada mereka, boleh ditanya jika mereka mencuaikan kewajipan itu atau mensia-siakan hak mengajar serta pendidikan mereka.

Dan jika para pendidik dari ibu bapa dan guru-guru bertanggungjawab mengenai pendidikan anak-anak serta pembentukan dan menyediakan mereka menghadapi hidup, nescaya wajiblah mereka mengetahui dengan jelas sejauh mana tanggungjawab mereka, peringkat-peringkatnya yang lengkap dan kepelbagaian sudutnya bagi membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab secara paling sempurna dan dengan erti yang paling mulia.

Tanggungjawab-tanggungjawab yang paling penting ini mengikut pandangan ramai dari para pendidik tersusun seperti berikut:-

1. Tanggungj awab pendidikan iman.
2. Tanggungjawab pendidikan akhlak.
3. Tanggungjawab pendidikan jasmani.
4. Tanggungjawab pendidikan akal.
5. Tanggungj awab pendidikan psikologi.
6. Tanggungjawab pendidikan kemasyarakatan,
7. Tanggungjawab pendidikan seks.

Dan insyaallah dalam berikut ini akan diterangkan dengan terperinci setiap sudut dari tanggungjawab ini. Dan Allah sahaja yang memberi pertunjuk, serta dari-Nya sahaja kita mendapat taufik dan pertolongan.


No comments: