Saturday, December 1, 2007

Ujian hidup di Volgograd

Hidup ini satu ujian??

Pagi-pagi lagi sejuk sudah ku rasakan mencucuk ke dalam tulang. Jam hand phone, menunjukkan pukul 4.30pagi. Kalau diikutkan hati, tidur itu lebih nikmat dari mandi pagi tapi entah bagaimana aku dapat mengatasi nafsu untuk tidur itu lalu terus mandi dan bersiap sedia untuk solat subuh pada hari itu. Subuh memang awal disini. Pada pukul 5.30 sudah pun masuk waktu solat.



Setelah selasai menunaikan kewajipan seorang hamba yang sangat kerdil lagi bergantung pada Tuhannya. Aku lantas kedapur dan menyediakan zaftrak(breakfast) kerana perutku sudah mula mejerit-jerit untuk di isi dan jus gaster juga seperti tidak sabar-sabar lagi untuk memulakan tugasnya hari ini.

Pukul 7.15 pagi aku dan Aida, memulakan perjalanan untuk kekelas yang terletak di kampus utama di Square pavshikh bartsov. Kononnya aku ingin memanfaatkan sepenuh masa, maka aku pon membaca buku sambil menuruni anak tangga hostel kami. Satu, dua, tiga dan pada penrenggan keempat buku general-chemistry aku merasakan tubuhku hilang keseimbangan dan gedebuk, owh sakit nya belakang ku hanya tuhan yang tahu. Aku terjatuh menuruni 2 anak tangga sambil terduduk.Dapat ku rasakan formation of lebam di punggungku, namun ciptaan Tuhan itu memang mengagumkan. Lemak yang banyak terkumpul di bahagian punggung menyebabkan kecedaraan dapat dikurangkan dengan lebih effective. Selama ini ku sanggka lemak hanyalah penyebab kegemukan dan kegendutan adalah perkara yang sama sekali salah. Tanpamu wahai lemak, bagaimanalah kami ini dapat hidup di Negara yang beriklim sejuk seperti Russia ini. Teringat pula akan kak Atiqah, senior ku yang kini berada di hospital kerana kekurangan lemak yang memegang ginjal, menyebabkan ginjal beralih posisi. Subhanallah! Begitu besar peranan makhluk ciptaan Allah yang bernama lemak itu kepada manusia dan betapa lemahnya manusia. Hari ini buat pertama kalinya aku amat menyayangi lemak.

Malam itu dapat ku rasakan peritnya apabila aku duduk di atas lantai, sah memang lebam. Sedihnya aku kerana pergerakan ku kini agak terbatas dan tiada pula ibu untuk mengadu.

Malam itu apabila membaca surah kegemaran abah, almulk ayat ke 2

Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia manguji kamu siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun

Ayat ini benar-benar mengetuk pintu hatiku untuk berfikir, adakah jatuh dari tangga ini juga merupakan satu ujian untuk ku? Ah, alangkah sayangnya Tuhan kepadaku kerana apabila difikirkan semula hidupku ini alangkah banyak nikmat yang ku rasai berbanding dengan manusia lain. Aku dilahirkan bukan dalam sebuah keluarga miskin yang memerlukan aku supaya berkerja sejak kecil, membanting tulang empat kerat seperti kanak-kanak yang merempat di tepi jalan menunggu insan lain merasa simpati dan seterusnya memberi derma kepada mereka. Aku hidup dalam keluarga yang tidak kurang hartanya, tidak pernah pula dalam hidup ini aku tidak dapat makan kerana abah kekurangan duit, tidak mempunyai pakaian uniform sekolah kerana tidak mampu untuk membelinya malah apa yang aku ketahui abah merupakan “setengah jutawan” yang mempunyai beberapa ekar tanah di Penak, rumah yang bukannya satu dan besar-besar pula. Abah sudah merantau ke serata dunia kecuali Russia dan bakal menjalani ibadah haji untuk kali yang ketiga. Abangku pula merupakan businessman yang Berjaya, mempunyai nilai asset sendiri yang terletak di Bangi, menghadiahi aku sebuah laptop canggih dan terkini sebagai hadiah hari lahir.Aku juga mempunyai dua orang kakak doctor yang juga berada, berkhidmat di hospital serdang yang kini sedang didalam perjalanan menjadi doctor pakar ENTyang disegani Malaysia. Maka benarlah aku sebenarnya berada didalam keluarga yang berada. Pakaian ku cukup sejak kecil lagi dan tidak pernah pula abah tidak dapat membayar yuran persekolahan ku. Maka Allah sebenarnya tidak menguji aku dengan kekurangan harta.

Ibuku pula seorang wanita lembut, penyayang dan jelita yang kini tidak lagi bekerja demi anak-anak yang memerlukan tunjuk ajar dan perhatian ibu solehah supaya dapat membentuk peribadi muslimah sejati. Tidak hairanlah ibu boleh menghidap penyakit darah tinggi kerana mendidik anak-anak yang bukan sedikit dan tidak pula sama ragamnya. Tambahan pula ramai anak perempuan memanglah memerlukan kesabaran yang tinggi kerana bak kata pepatah Melayu, menjaga seorang anak perempuan itu lebih susah dari menjaga 10 ekor lembu. Aku memang bersetuju dengan pendapat itu kerana untuk membentuk seorang muslimah yang faham akan agama dan menjaga perbatasan aurat dan pergaulan yang telah ditetapkan Islam, memerlukan masa dan pengasuhan dari seorang ibu dan bapa yang mengambil berat terhadap agama. Kini aku dapat merasakan, apabila aku berada jauh diperantauan begitu banyak kalimah ibu dan abah yang teringang-ngiang, yang menjadi pegangan untuk memelihara agama didalam hati supaya sentiasa mekar dan subur. Maka sebenarnya ALLAH begitu penyayang kepadaku kerana mentakdirkan aku lahir didalam keluarga yang mempunyai ibu dan ayah yang memahami Islam. Sedih rasanya hati ini melihat rakan-rakan yang tidak bertudung dikepala kerana pokoknya kewajipan menutup aurat itu tidak diamalkan oleh ibu-ibu mereka ataupun ibu mereka tidak menekankan kewajipan itu. Maka ALLAH tidak membiarkan aku mencari sendiri hidayahnya tetapi aku mengenali ilah dengan hadirnya ibu dan ayah yang tidak jemu mengasuh. Allah, Engkau sayangilah kedua ibubapaku sebagaimana mereka menyayangi aku sewaktu aku masih kecil.

Maha Suci Allah.. Meneliti semula hidup ku yang lalu, masih segar dalam ingatan, sejak aku berada di darjah satu hingga darjah enam tidak pernah dalam sejarah aku masuk kekelas selain kelas pertama yang biasanya menempatkan anak-anak yang mempunyai kelebihan dari segi akal berbanding pelajar lain dan Alhamdullillah aku menamatkan darjah enamku dengan keputusan yang menggembirakan semua manusia terutamanya diriku dan ibu juga ayah dengan mendapat 5A. kemudian aku meneruskan lagi perjalanan ke sekolah Putrajaya1 dan sekali lagi Allah memberiku nikmat mendapat kegemilang dalam akademik 8A walaupun aku dapat merasakan bahawa aku bukanlah ulat buku yang berdamping dengan buku setiap masa, aku juga bukanlah pelajar yang bergitu terserlah didalam kelas, tapi akulah pelajar average yang mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan. Aku percaya dalam menjawab exam dengan baik, apa yang perlu dilakukan ialah sentiasa menyiapkan kerjarumah yang diberi oleh cikgu dan juga memberi fokus ketika pembelajaran di dalam kelas.

Sejarah akademikku diteruskan di MRSM Taiping dengan mendapat keputusan SPM yang akhirnya melayakkan aku memijakkan kaki ke bumi Russia yang sedang mengalami inflasi ini. Maka benarlah sebenarnya ALLAH tidak memberikan ujian besar kepadaku terhadap kecerdikan yang manusia ukur melalui peperiksaan.

Melayari semula sejarah hidupku, selama aku bernafas ini tidak pernah sekali aku mendengar ada manusia yang mengejek fizikalku kecuali sedikit “gemuk”. Allah menciptakan aku seorang wanita yang tidak begitu rendah. Aku berdiri tidaklah setinggi wanita di Russia ini tetapi 160cm merupakan ketinggian purata di Malaysia. Tubuh pendek juga kadangkala menyebabkan inferior dalam dalam diri, maka aku tidak menghadapi kesulitan dalam hal ini. Walaupun badan ku sedikit berisi tetapi tidaklah pula aku layak dikatakan obes, Cuma aku tidaklah seramping adikku sakinah yang begitu mudah memakai apa sahaja jenis baju- semuanya tidak ketat. Namum badan ku yang berisi ini tidaklah pula menghalang aku untuk mempunyai secret admires. Ini membuktikan bahawa Allah tidaklah menguji ku dengan wajah atau fizikal yang memerlukan ketabahan untuk diharungi sepanjang hayatku. Memang perit juga kalau dilahirkan tidak cukup anggota contohnya tidak mempunyai hidung pastinya mereka memerlukan ketabahan yang tinggi untuk hidup. Sesungguhnya manusia memang memandang pada kecantikan kerana kecantikan itu satu perhiasan yang kadangkala melalaikan dan merupakan satu ujian ALLAH kepada hambanya.

Sejak di Taiping lagi aku bukanlah tidak berjawatan lansung, sekurang-kurangnya apabila namaku disebut, pelajar batch aku mengenali aku mungkin juga kerana namaku yang agak berlainan dengan nama tipikal orang Malaysia. Syukur kepada Allah kerana member ilham kepada mum and dad untuk memilih nama itu bagi diriku. Tetapi aku tidaklah amat dikenali oleh semua guru-guru seperti kakakku Huda yang merupakan BWP yang juga top-scorrer di maktab dan memang dikenali oleh guru-guru even pengetua Pn Shaariah, dan Izzah adikku yang nampaknya seperti bakal memeggang jawatan BWP disekolahnya apabila form5 nanti. Aku adalah pelajar yang terkenal dikalangan sahabat-sahabat sahaja dan cukup untuk dikenali oleh senior-senior. Aku bukanlah pelajar yang lansung terpinggir dan tidak popular langsung kerana aku ada juga melibatkan diri dalam pertandingan merentas desa, chess, hafazan dan juara untuk thesis dimaktab yang dirangkul bersama Athirah dan Nurul. Tedapatlah juga beberapa guru yang mengenali aku. Aku mempunyai kawan yang berasa susah hati kerana tidak dikenali oleh batch sendiri, tapi aku Alhamdulillah so far tidak menemui perasaan sussah hati itu kerana aku dikenali la jugak. Maka sebenarnya ALLAH tidak menguji aku dari sudut kekurangan popularity dan pangkat.

Inilah yang aku syukurkan, semuga diredhai dan disayangi ALLAH, kerana hidupku seperti sangat cukup dan dalam keberkatan nikmat. Bukti ALLAH menyayangi hambanya adalah dengan memberi ujian kepada hambanya itu. Aku diuji dengan kenikmatan supaya aku menjadi seorang hamba yang sangat bersyukur kepada ALLAH, Alhamdulillah. Kekasih ALLAH nabi Muhammad PBUH diuji sejak kecil lagi kehilangan ayah sebelum dilahirkan, kemudian kematian orang yang disayangi dan tempat bergantung berturut-turut sejak kecil lagi. Ketika baginda berumur 2tahun tiada ibu kemudian kehilangan datuk yang dikasihi, dan akhirnya membesar dengan pakcik baginda. Dalam hidup baginda tidak pernah makan dengan kenyang seperti mana aku. Dalam hidupnya baginda menikmati buah tamar dan roti keras, tidak seperti aku yang dapat merasakan roti gardenia yang enak dimakan begitu saja. Malamnya baginda berbantalkan tangan dan beralaskan pelepah tamar. Baginda penuhi malam dengan sujud kepada ALLAH sehingga bengkak kaki suci itu. Hidup baginda penuh ujian-ujian berat diherdik dihina dan diperangi kerana menyeru kalimah lailahaillallah kepada manusia. Dibaling batu dan najis kerana memberitahu manusia tentang Islam. Abu jahal meletakkan usus bangkai unta diatas belakang baginda ketika manusia agung itu sujud. wahai Muhammad kekasih ALLAH! kaulah idola ku TAPI mengapa hidupku begitu antonym dengan sejarah hidupmu? Aku ingin sekali menjadi pengikutmu di akhirat kelak memenuhi barisan belakang mu dipadang mahsyar bersama Abu Bakar dan Umar, Uthman dan Ali. Khadijah dan Fatimah, Hasan dan Hussin tapi mereka semua menderita dalam hidupnya mengharungi segala ujian dengan ketabahan dan keredhaan terhadap ujian Mu sekali pun berat. Matinya Umar, ditikam pembelot, Uthman ketika sedang membaca Al Quran dan Ali ketika peperangan. tapi aku standingkah hidupku dengan mereka untuk bersama berdiri di barisan yang sama???

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya dan ia mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakannya. Ya Tuhan kami janganlah engkau hukum kami jika kami terlupa atau tersalah. Ya Tuhan janganlah engkau bebankan kami sebagaimana Engkau bebankan orang sebelum kami. Ya Tuhan janganlah engkau pikulkan kami dengan perkara yang tidak sanggup kami memikulnya, beri maaflah kepada kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.(al-baqaah:284-286)

Nulilan Casey.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Renongkan kata-kata ini.


1. “Jagalah Allah, nascaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah nescaya kamu mendapatiNya di hadapan kamu (dengan pertolonganNya), Jika kamu meminta, mintalah kepada Nya dan jika kamu memohon pertolongan, mohonlah kepadaNya. Ketahuilah seandainya semua manusia berfakat memberimu sesuatu manfaat, nascaya mereka tidak akan dapat melakukannya, kecuali terhadap apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan andainya mereka berfakat menimpakan bahaya atasmu, nascaya mereka tidak akan dapat melakukannya, kecuali terhadap apa yang telah ditetapkan Allah atas dirimu”

2. Lukman al Hakim mengatakan:


“Kita dapat mengenal orang pada tiga keadaan, tidak dapat diketahui orang pemaaf melainkan ketika dia marah, tidak dapat diketahui orang yang berani melainkan ketika dia berjuang dan tidak dapat diketahui seorang sahabat, ketika kita dalam kesusahan.”


3. Prof Dr. Hamka

“Orang yang tidak suka menghormati orang lain, adalah orang yang tidak terhormat, sedangkan orang yang dihinakan itu belum tentu dia akan hina, tetapi perbuatan menghina orang itu sudah menjadi bukti atas kehinaan diri nya”.

“Orang yang jatuh itu belumlah dapat dikatakan kalah atau gagal dalam perjalanan hidupnya, tetapi yang dikatakan kalah dan gagal itu ialah orang yang jatuh tetapi tidak mahu bangkit kembali”

“Yang kita takuti bukanlah kejatuhan orang yang berpangkat daripada pangkatnya, dan bukan pula orang kaya dari kekayaannya, tetapi yang amat ditakuti ialah kejatuhan budi dari sesaorang”

4. Kesenagan hati dan ketenagan jiwa adalah lebih berharga daripada kesenganan kerana pangkat dan kekayaan yang melimpah ruah.

5. Apabila manusia tidak memerdekakan jiwanya daripada harta benda, maka harta benda yang dimilikinya itu akan menguasinya.

6. Tidak ada yang lebih berguna selain daripada kebenaran. Bakhil dan berdusta adalah kejahatan lagi buruk, diam adalah ibadah.

7. Generasi masa kini menggangap para orang tua itu bodoh, kerana meraka telah menjadi orang pandai. Akan tetapi anak cucu dari generasi masa kini juga akan mempunyai anggapan demikian nanti terhadap orang tua mereka yang sekarang menjadi generasi muda.

8. Kalau anda berhasil mengubah suatu masalah itu menjadi suatu peluang baik untuk di ambil menfaatnya, maka anda akanmemperolehi keuntungan yang tidak terbatas kemungkinannya.

9. Al Hadith;

“Kalau anda marah sedang berdiri, hendaklah duduk, kalau anda masih marah juga, hendaklah berbaring, kalau anda masih marah juga, bangunlah dan pergi mengambil wudhuk, kerana marah itu adalah dari syaitan, dan syaitan berasal dari api dan api takut kepada air.

Semuga anda menjadi hamba yang bersyukur kepada ALLAH s.w.t.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Hmm..satu nukilan yg baik..moga mmbawa faedah kepada pembaca..Sesungguhnya sirah lampau adalah untuk kita hari nie..susah kita tak setara susah mereka..senang kita tak sebanding senang mereka..
Kita adalah cermin keluarga kita..begitula bentuknya kalau acuannya sudah begitu..Alhamdulillah