Friday, December 14, 2007

Kejinya Merokok, Hukum Syarak dan Muliakan Diri


Buroknya Tabiat Merokok.

Dalam realiti masyarakat kita, yang amat menyedihkan bahawa tabiat inilah yang paling tersebar luas dibandingkan dengan tabiat-tabiat yang lain. Sesiapa sahaja boleh melihat tabiat yang buruk ini merebak dalam berbagai-bagai lapisan masyarakat kaum lelaki dan perempuan, sama ada tua atau muda, tidak akan terlepas daripada tabiat ini melainkan mereka yang mempunyai azam yang kuat yang dapat mengatasi hawa nafsunya, berfikiran waras. Walau bagaimanapun tidak ramai orang yang dapat mengatasi sikap ini.



1. Tabiat tersebut memberikan kesan yang bahaya.

1.1 Bahaya Kepada Kesihatan dan Jiwa.

Ternyata dalam kenyataan para doktor bahawa merokok mengakibatkan penyakit T.B, barah paru-paru, melemahkan ingatan, mengurangkan selera makan, menyebabkan muka dan gigi kuning, menganggu saluran pernafasan dan merangsangkan perasaan, menyebabkan keupayaan diri bertambah lemah dan malas. Diperturunkan kenyataan doktor-doktor pakar mengenai bahaya merokok dan kesannya terhadap kesihatan:

Sebuah Majalah dari Jerman telah menyebut seramai sepuluh orang pakar dari Amerika telah mengadakan pertemuan di pusat penyelidikan di Maryland Amerika. Mereka membuat penyelidikan mengenai kesan rokok terhadap kesihatan seseorang.

Kesimpulan mereka bahaya-bahaya rokok adalah seperti berikut:

1.1.1. Peratus kematian perokok laki-laki bertambah kepada 68 peratus di kalangan perokok.

1.1.2. Peratus kematian perokok-perokok kerana beberapa penyakit jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.

-10.8 ganda - Barah paru-paru.
- 6.1 ganda -Bengkak pangkal lidah, saluran pernafasan. Luka bengkak saluran pernafasan. - 5.4 ganda - Barah tengkuk. -
4.1 ganda - Barah mulut.
- 4.3 ganda - Barah salurah darah.
- 2.6 ganda. - Penyakit-penyakit dalam perut
- 1.7 ganda - Saluran darah ke jantung tersekat.

1.1.3 Kemungkinan ditimpa penyakit tersekat saluran darah ke jantung yang sering membawa maut bertambah dengan kadar 70 peratus dari kalangan perokok.

1.1.4 Kesan kepada tengkuk dan saluran pernafasan 500 peratus. Barah otak adalah sejenis barah yang lebih banyak merebak dan kadar penghidapnya adalah dijangka 1000 peratus.

Pertubuhan menentang penyakit T.B. di Syria telah mengeluar suatu kenyataan dalam satu penerbitan mereka seperti berikut:

"Setelah bertahun-tahun dijalankan penyelidikan ilmiah mengenai rokok dan kesannya maka hasil penyelidikan adalah seperti berikut: Apabila seseorang itu merokok bermakna ia telah menelan asap dan asap terkumpul dalam badannya. Begitu juga akan tersimpan lebihan tembakau yang terbakar yang akan bertukar menjadi cecair yang berkumpul di saluran pernafasan. Cecair itu adalah tar sejenis bahan kimia yang boleh mengakibatkan barah. Unsur-unsur yang lain pula akan menyebabkan luka. Ketika itu paru-paru menjadi tempat yang amat baik untuk memusnah kuman penentang penyakit T.B. dan kuman penentang yang lainnya."

1.2 Perokok paling senang terdedah kepada penyakit T.B. dan barah dibanding dengan mereka yang tidak merokok, Di samping itu merokok juga menyebabkan kerosakan yang parah terhadap paru-paru, seperti memberi kesan kepada saluran pernafasan dan bengkak paru-paru menyebabkan asma dan penyakit T.B.

1.3 Merokok menyebabkan penyakit jantung. Nikotin mempercepatkan debaran jantung dan merosakkan darah. Akibatnya ramai perokok membelanjakan wang yang banyak untuk menyelamatkan hidupnya.

1.4 Merosakkan harta benda

Mereka yang mempunyai pendapatan yang terhad membelanjakan wang membeli rokok setiap hari sebanyak 1/4 atau lebih daripada pendapatannya. Di samping itu mereka mensia-siakan harta, merosakkan keutuhan rumahtangga dan boleh meleraikan ikatan keluarga, kerana orang yang menagih rokok akan mengurangkan belanja makan minumnya sendiri juga sara nafkah kepada keluarganya dengan tujuan membeli rokok. Orang itu juga mungkin melakukan perbuatan-perbuatan yang buruk seperti rasuah, mencuri untuk menjamin mendapatkan rokok. Tidak ada yang lebih merosakkan kesihatan, akhlak dan masyarakat melainkan keburukan yang didapati daripada merokok. Tapi sayangnya ramai kalangan manusia yang enggan memahaminya,

2. Hukum syarak berhubung dengan menghisap rokok.

2.1 . Kalangan Fuqaha dan Mujtahidin bersepakat bahawa apa sahaja yang membawa kepada kemudaratan dan kerosakan maka menjauhkannya adalah wajib, dan mengerjakannya adalah haram.

Firman Allah:

"Jangan kamu campakkan diri kamu daiam kerosakan (kebinasaan)." (al-Baqarah: 195)

Dan Firman Allah;

"Jangan kamu membunuh diri kamu, kerana Allah sangat mengasihanimu."

Kalau sudah jelas bahawa merokok membahayakan diri, seperti yang telah diterangkan, maka menjauhkannya adalah wajib dan menghisapnya adalah haram.

2.2 Orang yang mempunyai fikiran waras dan perasaan yang sejahtera menerima hakikat bahawa merokok tergolong dalam tabiat buruk kerana ia membahayakan diri. la menyebabkan mulut berbau, sedangkan Allah menghalalkan kepada manusia barang yang baik dan mengharamkan yang buruk untuk memelihara diri, akhlak dan pemikiran. Supaya dapat tampil dalam masyarakat dengan sikap yang baik dan disukai ramai.

Firman Allah:

"Jangan kamu rela mengambil yang buruk denagn meninggalkan yang baik." (al-Nisa1; 2)

Dan firman-Nya lagi:

"Dihalalkan padamu barang yang baik-baik dan diharamkan yang buru." (al-A'raf: 157}

Dan firman-Nya lagi:

"Katakan olehmu adakah sama yang buruk dengan yang baik walaupun keburukan yang banyak itu mengkagumkan kamu." (al-Maidah: 100)

2.3 Merokok melemahkan fikiran dan membantut pertumbuhan tubuh badan. Inilah yang dirasai oleh orang yang mula menghisapnya dan akhiraya akan menjadi kebiasaan bila selalu dihisap.

Rasulullah s.a.w. telah menegah daripada melakukan sebarang perkara yang menyebabkan pertumbuhan badan terbantut sama seperti ia menegah daripada melakukan perbuatan yang memabukkan dan melekakan. Ini kerana hadith yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud dalam sunnahnya dengan sanad yang sahih dari Ummu Salamah r.a. ia telah berkata;

Rasulullah s.a.w. menegah daripada perkara yang memabukkan dan melekakan,

Nas tersebut serta kandungannya yang dapat difahami bahawa merokok adalah haram dan hukum menjauhkannya adalah wajib, Ini kerana ia terlalu merbahaya dan keburukannya pula nyata. Di samping itu merokok menyebabkan seseorang mensia-siakan harta yang bahayanya pula memberi kesan terhadap diri perseorangan, keluarga dan masyarakat. Nabi s.a.w. memang telah menegah dari mensia-siakan harta sepertimana yang didapati dalam Sahih al-Bukhari.

Para fuqaha pada zaman lampau telah mengharuskan atau menghukum makruh, mungkin boleh dikatakan ada pengecualian di sini kerana ilmu perubatan ketika itu belum benar-benar dapat menyingkap bahaya merokok dengan alasan bahawa formula asal sesuatu benda atau perkara itu adalah harus. Tetapi setelah ilmu perubatan mengetahui kesan buruknya terhadap diri dan jiwa maka para pakar telah menjelaskan bahayanya terhadap diri perseorangan dan masyarakat. Oleh itu, tidak boleh diragukan lagi tentang haramnya, haramnya adalah jelas dan dosa membiasakannya juga nyata. (Wallahu a'lam).

3. Cara Mengatasinya.

3.1 Melancarkan perang melalui media massa seluas-luasnya. Dimuatkan dalam akhhar dan majalah-majalah melalui radio dan televisyen meliputi seluruh negara, mengingatkan tentang bahaya rokok. Sentiasa disebarkan kepada rakyat jelata khususnya muda-mudinya mengenai besar bahayanya.

3.2 Juga dengan meminta kerjasama dari pakar-pakar dalam sesuatu bidang, ahli fikir dan penulis-penulis.

3.3 Menegah sama sekali merokok di tempat-tempat awam. Langkah langkah ini merupakan langkah permulaan untuk menegah tabiat merokok.

3.4 Orang dewasa yang suka merokok, hendaklah sentiasa ingat dan takut; kepada Allah dari melakukan perkara-perkara haram, dan merokok adalah antaranya.

3.5 Mereka juga hendaklah mempunyai keazaman kuat untuk mengatasi hawa nafsu, mempunyai fikiran dan kebijaksanaan yang mendorong mereka mengikut jalan yang sebenar bukan sebaliknya. Tidak diragukan lagi bahawa manusia yang dihiasi dengan iman, kemahuan dan akal yang teguh akan bersifat dengan sifat yang menggalakkan, akan dapat mengecap hidup bahagia dan tenang.

3.6 Tanggungjawab ibu bapa untuk memerhati gerak-geri anak-anak dan cuba memperbaiki penyelewengan mereka supaya balik ke pangkal jalan. Tidak diragukan juga bahawa anak-anak kalau biasa merokok sejak kecil, bila besar keadaan akan bertambah buruk dan bertambah rosak kerana merokok punca keburukan.