Nukilan KC
Lenguh kakiku melangkah, bukan tanpa arah tetapi mencari arah untuk menjawab persoalan yang terbuku dihati. Setelah puas berjalan dan memerhati, aku terpegun melihat patung Lenin yang begitu gah sekali dan amat dibangga-banggakan oleh masyarakat Russia disini. Lenin merupakan tokoh revolusi di Russia yang suatu masa dahulu dikatakan membuka minda masyarakat di Russia tentang persamaan hak dan taraf juga beliau memperkenalkan revolusi “gelas air”. Nama Lenin bersinar ibarat matahari yang membawa cahaya kepada masyarakat Russia dan dianggap manusia agung yang terlalu banyak berjasa. Sama seperti Mawi, tudung mawi, tunang mawi, bahulu mawi, turut wujud langsat mawi! Maka Lenin juga sama, jalan Lenin, restaurant Lenin, Lenin square, Lenin statue, Lenin museum, dan segala-galanya Lenin. Turut terdapat hari mengingati Lenin. Lenin begitu gah dimata mereka namun pada hari ini aku melihat penghinaan terhadapnya.
Seekor burung kecil mungkin juga gagak , entahlah aku kurang arif, tapi apa yang aku pasti burung hitam yang begitu gemalai terbang dengan selamba menjatuhkan cecair hijau putih dan kekuningannya diatas kepala patung Lenin yang gah berdiri di Lenin square. Burung yang pasti tiada kehebatannya dimata masyarakat berbanding Lenin, telah melakukan penghinaan keatas tokoh besar itu dan kejadian ini benar-benar menjawab persoalan hatiku..
Tersenyum puas lalu aku berjalan pulang ke asrama yang terletak di ulitza Hirosima 8. Aku tiba di hostel beberapa minit sebelum pukul 4:50 ptg. Matahari telah turut mengundur diri, hari semakin suram mungkin hari turut sama merasai kesuramanku. Aku masih sedih namun aku perlu melihat perkara ini dari sudut yang positif, kerana tarbiyah ALLAH terhadap hambaNya adalah begitu. Beruntunglah aku kerana mempunyai akidah ini.
Ya, benar - Alhamdulillah, itulah kalimat keramat yang pertama selayaknya seorang hamba seperti aku ucapkan… Sesungguhnya tiada kekuatan dan upaya melainkan dengan ALLAH. Keputusan winter exam untuk semester ini keluar tepat pada pukul 12 tengah hari ini. Baru semalam peperiksaan chemistry itu aku duduki dan hari ini aku bakal mengetahui keputusannya… Fuh, sungguh mengsuspenkan system peperiksaan disini. Mengapa begitu cepat result dapat diketahui, bagaimana guru yang tiga orang itu dapat selesai menanda kertas peperiksaan dalam masa 24 jam sahaja?
Setibanya di Universiti bahagian Chemistry Department (kafedral khimie), aku melangkah dengan penuh bersemangat untuk mengetahui result peperiksaanku walau jauh di sudut jantungku, aku merasakan bagai salur aorta ku menyempit menyebabkan debaran jantung semakin laju. (maafla kalau salah symptom-1st year 1st sem :) Memang aku akui langkah yang ku atur kali ini agak berkeyakinan, mungkin kerana aku merasakan bahawa aku telah membuat persediaan yang begitu teratur dan merasakan bahawa telah aku lakukan sehabis baik untuk peperiksaan kimia ini. Lup dup, lup dup semakin berdebar apabila melihat begitu ramai orang telah mula berkerumun di hadapan papan informasi. Ku lihat mereka dengan penuh reaksi yang membimbangkan aku. Seperti biasa ada yang tersenyum puas, menangis sedih dan terdapat juga yang kelihat selamba dan ada juga yang tersenyum pahit namun tergambar kepasrahan. ‘Ya Rabb berilah aku tergolong dalam golongan yang sedikit’.
Pening juga pada mulanya mencari namaku yang ditulis dalam bahasa Russia itu. Tapi akirnya aku Berjaya juga menjumpai namaku
нурул йакин мохд нор (хор)
Owh, sungguh ku tidak tahu apakah reaksi yang perlu ku pamerkan. Ya, seharusnya ku sujud kapada nya. Kerana aku tahu inilah yang terbaik buat diriku namun…
System disini menggunakan system pemarkahan ‘5’. Konsep yang hampir serupa seperti system 4-flat namun system 5 lebih banyak bergantung kepada luck. Kertas soalan mempunyai 60 variant (set) yang berlainan. Ini bererti dalam 106 orang pelajar, kemungkinan untuk mendapat soalan yang sama dengan pelajar di sebelah untuk menjalankan akitiviti kurang bermoral itu hanyalah kurang dari 0.017%. meniru merupakan antara perkara yang mustahil ketika peperiksaan. Ini bermakna sesetengah individu akan mendapat soalan mudah yang berkisar tentang teori asas dan terdapat juga pelajar yang mendapat soalan yang begitu terperinci dan specific dari segi fakta. Dan kali ini, pada penilaian ku, aku telah mendapat variant yang agak basic dan mampu untuk ku jawab, Maha Suci Allah! Oleh kerana itu aku memimpikan untuk mendapat 5(ото). 5(ото)excellent, 4(хор)good, 3(удоб)satisfy dan selebihnya terpaksa mengulang semula peperiksaan.
Secara peribadinya, aku begitu yakin dan merasakan bahawa aku mampu untuk mendapat markah 5, namun ALLAH tidak tetapkan sebegitu. aku akui bahawa aku tidak begitu gembira dengan keputusan ini, bukan kerana aku gagal tetapi apabila melihat perkara yang dahulunya aku hanya dengar melalui statistic-statistik yang dibuat oleh penceramah motivasi, dan kini aku yang berhadapan dengannya.
Yang memenuhi tempat pelajar-pelajar asing di medical university of Volgograd ialah pelajar dari Malaysia dan juga dari India beberapa peratus kecil lagi dari Negara-negara arab, Iran dan bekas Soviet Union dahulu, seperti Uzbekistan.
Dari 102 orang pelajar tahun pertama hanya 11 orang pelajar yang Berjaya melayakkan diri untuk mendapat 5 (ото). Lebih kurang 40% mendapat markah 3 (удоб) dan selebihnya mendapat 4 (хор)good.
Pelajar yang mendapat markah markah 3 (удоб) ramai adalah dari India. Mereka memang kelihatan agak kurang serious kerana majority mereka adalah pelajar tajaan sendiri dan tidak terikat kepada mana-mana penaja. Memang tidak dapat dinafikan lagi lecturer di Russia ini memang lebih menyukai pelajar-pelajar Malaysia kerana ketekunan dan pandai menghormati pensyarah. Kami tidak begitu canderung untuk melawan kata-kata dan arahan professor berbanding pelajar-pelajar India dan Russia yang sering kali berdebat dengan lecturer-lecturer kerana tidak berpuas hati dengan markah mereka. Mungkin juga kerana kami tidak begitu fasih berbahasa. (owh bersangka buruk aku..oh,,oh)
Diantara pelajar yang mendapat ‘4 (хор) good’ itu ramai daripadanya terdiri daripada rakan-rakan ku yang merupakan pelajar yang tersenarai dalam list pelajar terbaik Negara untuk SPM06 dari seluruh MRSM dan SBP yang terkemuka Negara. Merekalah cream of the cream yang sering diperkatakan dahulu. Memang benar mereka memang hebat. Namun kehebatan itu tidak begitu terserlah dan menyerlah berbanding semasa di bangku persekolahan dahulu.
Yang paling merunsingkan aku adalah 10/11 pelajar yang mendapat 5 adalah daripada pelajar Malaysia yang berbangsa China. Hanya seorang pelajar muslim yang Berjaya meloloskan diri dalam pemonopolian itu. Aku amat terkilan lagi terkesal. Mengapakah fenomena ini masih terus berlaku disini. Apakah factor yang menyebabakan mereka begitu mantap dari segi pencapaian akademik? Aku melihat mereka memang sekumpulan manusia yang rajin dan tekun dalam menimba ilmu. Tetapi kami juga, pelajar muslim tidak kurang ketekunannya. Pergaulan mereka pula bukanlah terbatas. Mereka bergaul dengan bebas tanpa batasan agama. Ketika kami menghadapi krisis ketiadaan air panas tempoh hari, pelajar perempuan non-muslim China dan India, dengan selamba menumpang mandi di blok lelaki. Memang benar itu merupakan satu jalan penyelesaian namun bukanlah tiada alternative lain. Tingkat 4 merupakan kediaman pelajar wanita juga, mengapa mesti perji ke tingkat 2, kediaman pelajar lelaki? Mereka bukan sahaja bergaul bebas malahan seringkali aku mendengar kumpulan ini mengutuk dan memperlekehkan lecturer-lecturer yang kurang fasih berbahasa Inggeris. Begitu angkuh mereka ini.
Tentang kebersihan pula, tidaklah perlu diperkatakan disini kerana ia sudah sedia maklum. Sepangjang aku hidup disini dapat ku merasakan begitu indahnya Islam kerana telah menggariskan kepada penganutnya cara-cara beristinjak dan bercuci kerana, hakikatnya walau sehebat mana pun manusia, kita masih tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri even cara bersuci jika kita tidak diberi tahu cara yang terbaik untuk melakukannya. Owh ingatlah manusia betapa lemahnya engkau! (ceh, aku juga manusia)
Aku terus berfikir dan berfikir, mencari punca kekuatan mereka. Namun aku menjumpai keburukan pula,teringat aku akan pesan abah dan airmuka mummy yang jelas kekecewaanya apabila melihat anak-anaknya tidur selepas subuh. Dimana tabiat ini jelas sekali tidak baik tambahan lagi untuk para pemburu ilmu. Subuh merupakan antara waktu-waktu yang mudah untuk ilmu diserap terus kedalam otak kerana dikala itu kita masih fresh dan tidak lesu. Alangkah indahnya subuh yang diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat terutamanya dengan mengingati ALLAh. Tidak lagi dapat disangkal bahawa waktu yang paling baik untuk menghafaz kalamullah juga dikala fajar sadik menghiasi awan gelap yang sunyi. Kebiasaannya kami, 10 orang pelajar wanita muslim akan solat subuh berjemaah dan disambung pula dengan sedikit diskusi keagamaan untuk kami saling memperingati dan seterusnya memulakan hari kami dengan lebih awal berbanding 10 lagi pelajar China dan India yang tinggal sekali ditingkat 3 hostel ini. Mereka ku lihat akan memulakan hari pada pukul 9-10 pagi pada setiap ahad. Inilah hakikat, namun mengapa masih mereka yang layak memonopoli tangga teratas dalam akademik.
Nak dikatakan mereka tidak berhibur dan hanya menelaah, ia adalah fakta yang paling tidak tepat kerana mereka ku lihat sering berkumpul untuk menyambut hari lahir dari lewat malam hingga keawal pagi dan akhirnya menyebabkan mereka bangun lewat dan pelbagai lagi perkara yang tidak bermanfaat yang menjadi amalan mereka. Tapi kenapa mereka masih hebat?
Tambahan lagi, mereka ini pernah mengamalkan budaya barat dengan menyambut hari lahir dengan permainan membaling-baling kek dan makanan bagaikan snow fight. Mereka begitu terpengaruh dengan apa yang mereka tontoni dalam kebanyakan movie-movie Inggeris. Jelasnya mereka tidak mempunyai sahsiah yang boleh dibanggakan. Sehinggakan perbuatan ini telah ditegur sendiri oleh guru-guru bahasa Russia kami.
Di Russia ini pelbagai jenis makanan yang berasalkan daging .. dan inilah antara kesukaran kami apabila terpaksa benar-benar memastikan makanan yang dibeli tiada unsur-unsur percampuran yang syubahah. Banyak juga produk makanan yang terpaksa aku buangkan kerana kesilapan sendiri tidak begitu teliti ketika membeli. Sudah pastilah keadaan ini tidak menjadi halangan kepada meraka yang boleh menelan segala-galanya kecuali batu. (huhu,, kejamnya aku. Maaf kerana terkasar namun ini perlu untuk menghidupkan luahan hati ini). Bukankah Imam Shafie pernah bertanya gurunya perihal dirinya yang sukar menghafaz ilmu yang dipelajarinya, lantas gurunya menjawab ‘Tinggalkanlah oleh mu perbuaan dosa kerana ilmu adalah cahaya dari ALLAH, yang tidak akan menerangi orang yang melakukan dosa’ … adakah teori ini hanya apply untuk untuk orang-orang muslim sahaja? Aku semakin keliru owh! Mengapakah hati mereka tidak ‘benak’ pun. Berbanding dengan ku yang dahulu selalu sahaja terminum air semut ketika di Taiping dahulu. Mengapa aku sahaja yang menerima kesannya ?
Dari segi berpakaian pula. Owh tidak sanggup lagi aku mengutuk mereka, cukuplah aku membuka pekung di dada mereka..Tetapi memang jelasnya wanita-wanita mereka terpengaruh dengan orang-orang Russia namun saki baki malu itu masih ada 30% berbanding mek-mek di Russia yang berpegang pada prinsip “you have what I have”. Inilah keterbukaan minda kata mereka.
Lama juga aku merenung untuk mencari punca-punca kekuatan mereka. Yang ku jumpa hanyalah timbunan-timbunan jahiliah. Tetapi akhirnya aku menjumpai juga beberapa ethic Islam yang mereka amalkan. Antara yang paling ketara yang menjadi amalan mereka adalah menepati waktu terutamanya ke dewan kuliyah. Pernah ketika awal bulan November tahun lalu aku terlewat ke dewan kuliah dan ketika itu kuliah telah pun bermula. Terkial-kial aku cuba men’catch up’ semula kuliah yang tertinggal dan ku dapati amat sukar sekali. Maka aku, Aida, Athirah dan Hafizah (hmm, kawan karibku disini) telah pun mengambil inisiatif untuk hadir kekuliyah 1jam lebih awal pada kuliah-kuliah yang seterusnya. Dan Alhamdulillah sejurus selepas peristiwa keterlewatan itu, kami Berjaya mendapatkan tempat kedua hadapan di dewan kuliah. Ini kerana rupa-rupanya, ramai sekali pelajar-pelajar Chinese tiba didewan kuliah 10 minit selepas ketibaan kami. Dan mereka bergerak dalam kumpulan yang besar, ini mengalahkan kami wanita melayu yang berempat. Kerana itulah kami tertolak ke barisan kedua. Disinlah aku lihat kelemahan pelajar muslim yang mengambil ringan terhadap ketepatan masa. (ini juga termasuk aku,oh!!)
Lagi menjadi persoalan yang menikam mati hatiku, bagaimana kumpulan manusia yang aku ceritakan tadi kelihatan sangat bersedia dan bersemangat untuk menimba ilmu. Dari manakah datangnya momentum itu? Atas dasar apakah mereka bermatian-matian mentelaah?
Owh gusar hatiku dibuatnya!
Aku cuba mengamati dan mencari jawapan kepada soalan yang begitu memenjarakan kegembiraan ku sebagai seorang wanita Islam yang tidak meniggalkan solatku dan memelihara agamaku disini (insyaALLAH) tetapi aku juga tidak berjaya melawan keadaan mendung ini yang telah lama menjadi suatu fenomena biasa di IPTA dan IPTS tempatan. Seringkali kita melihat senarai nama teratas pelajar kepujian adalah terdiri daripada komuniti China. Ahli usahawan Berjaya juga dari golongan mereka. Sebenarnya apakah rahsia mereka ini?
Disinilah ALLAH menjawab persoalan yang bersarang dihati ini dengan burung yang ku lihat petang tadi (tersenyum puas :) analogi mudah yang menjawab segala-galanya. Burung hitam yang berganda kecil saiznya dengan selamba membuangkan najisnya ke atas patung gah Lenin. Lenin yang suatu masa dahulu tokoh terkemuka yang disegani masyarakat telah pun diberak oleh seekor burung hitam yang tiada kehebatannya. Begitulah penghinaan besar ini telah dilakukan. Hal ini hanyalah kerana burung tersebut adalah reality manakala patung hanyalah batu yang memfantasikan kehebatan Lenin. Dan reality sentiasa mengatasi fantasi.
Tidak hairanlah bagaimana pelajar bukan muslim yang tidak mempunyai sahsiah dan akhlak terpuji dapat mendahului kami pelajar muslim kerana realitynya mereka memang begitu. Reality yang disebut dalam al-quran tetang orang-orang yang kafir adalah tergambar dari segi akhlak dan cara mereka manjalani kehidupan. Manakala kami yang bernama muslim, masih belum mencapai peribadi mukmin seperti yang diceritakan didalam al-quran. Ya, ramai muslimin disini mengakui ketauhidan ALLAH dalam kalimah. Islam bagaikan solat dan puasa serta berhari-raya sahaja. Selebihnya kami adalah fantasi. Mengungkit kembali kejadian-kejadian dalam kehidupan umat Islam secara keseluruhannya aku benar-benar terpukul kerana realitinya, orang-orang Islam pada hari ini adalah fantasi!
No comments:
Post a Comment