1. Wahai kawanku
Segeralah menunaikan solat di awal waktu. Apabila mendengar azan. Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat Al-quran…dimulakan dengan menyebut solat diawalnya. Perhatikan tuhan mensyariatkan solat..Juga di medan perang. Walaupun di saat genting dan cemas.
2. Wahai kawanku
Bacalah Al-quran dan cuba perhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tak bertejuan. Seseungguhnya Al-quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya. Bacalah Al-quran kerana kelak ia akan memberi syafaat. Sentiasalah membaca, memhafal dan….cuba hayati mesej arahannya.Selalu berzikir, dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman di sini ada kedamain. Di sini ada keselamatan..Jadilah hamba yang sejahtera.
3. Wahai kawanku
Dorongkanlah diri untuk menguasai bahasa Al-quran. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda telah lama bermula, iaitu sejak anda solat setiap hari. Sebut dulu walaupun tidak faham. Antara malapetaka pertama menimpa umat kita…ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh!!! Ape tunggu lagi??? Bukalah ruang walaupun seminit!!!
4. Wahai kawanku
Usahlah bertarung idea tanpa adapnya kebaikan. Awasila !!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkanpertengkaran, kerana ada unsur lain yang membisikkan? Syaitannnn namanya.
5. Wahai kawanku
Senyumlah selalu tetapi bersederhanalah dalam ketawa!!! Rasullulah s.a.w adalah orang yang paling banyak senyum. Beliau ketawa kene pada tempatnya. Tapi berpada-pada sahaja, Wahai kawan!!! Plato juga berharap agar pementasan hiburan...Yang tidak bermutu adalah lakonan yang banyak ketawa bodoh. Hanya disaksikan oleh hamba abdi. Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan supaya tidak menular keburukan dalam diri!!!
6. Wahai kawanku
Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan!!1 Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair? Berilah kerehatan dalam jiwamu. Yang sibuk dengan berfikir. Ubati dengan bergurau. Tapi, kalau mengubatinya dengan bergurau, mestilah dalam batas. Seperti kau mesukkan garam ke dalam gulai.
7. Wahai kawanku
Kawallah nada suaramu. Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu. Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakiti hati orang lain pula!! Luqman Al-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keledai!!! Surah al-Isra’ memberi contoh kepada kita ..jangan keraskan suaramu dalam solat tapi jangan pula merendahkannya . carilah jalan tengah di antara keduanya.
8. Wahai kawanku
Usahlah umpat mengumpat. Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain. Bercakaplah jika ada unsur kebajikan. Ayuh!!! Hindarilah…Mengumpat! Tidak sekali mencabuli jamaah-jamaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging? Pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat. Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat..Apabial ada tujuan syarie untuk menuntut keadilan apabila dizalimi-untuk menghapuskan kemungkaran-kerana memberi amaran kepada muslim tentang kejahatan-kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.
9. Wahai kawanku
Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia. Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih saying adalah untuk semua. Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan…! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa dating berkunjung!!! Pelbagai lapisan dating berkunjung!!! Pelbagai darjat dating berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci. Tidak mengenali tapi tidak sunyi
10. Wahai kawanku
Maksimumkan faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya memanfaatkan masa. Hadkanlah masa lapangnya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Gunakan waktu anda dengan bijaksana! Bersegeralah, kerana…Sabda nabi s.a.w bermaksud: Bertindak segeralah melakukan amal..(Diulang 7 kali) Sayanglah masa saudaramu!!!Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret…Tanpa haluan dan noktahnya
Wednesday, February 20, 2008
10 WASIAT HASAN AL BANNA
-> ABAH & ATUK @ 11:18 PM
No comments:
Post a Comment