Khalifah Abu bakar Assiddiq ra pernah berpidato saat dilantik menjadi pemimpin ummat sepeninggalan Rasulullah Saw yang mana inti dari isi pidato tersebut dapat dijadikan pegangan untuk menjadi seorang pemimpin yang baik. Isi pidato tersebut diterjemahkan sebagai berikut:
“Saudara-saudara, Aku telah diangkat menjadi pemimpin bukanlah karena aku yang terbaik diantara kalian semuanya, untuk itu jika aku berbuat baik bantulah aku, dan jika aku berbuat salah luruskanlah aku. Sifat jujur itu adalah amanah, sedangkan kebohongan itu adalah pengkhianatan. ‘Orang lemah’ diantara kalian aku pandang kuat posisinya di sisiku dan aku akan melindungi hak-haknya. ‘Orang kuat’ diantara kalian aku pandang lemah posisinya di sisiku dan aku akan mengambil hak-hak mereka yang mereka peroleh dengan jalan yang jahat untuk aku kembalikan kepada yang berhak menerimanya. Janganlah diantara kalian meninggalkan jihad, sebab kaum yang meninggalkan jihad akan ditimpakan kehinaan oleh Allah Swt. Patuhlah kalian kepadaku selama aku mematuhi Allah dan Rasul-Nya. Jika aku durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya maka tidak ada kewajiban bagi kalian untuk mematuhiku. Kini marilah kita menunaikan sholat semoga Allah Swt melimpahkan Rahmat-Nya kepada kita semua”.
Ada 7 perkara yang dapat diambil dari pidato khalifah Abu Bakar ra ini, diantaranya:
1. Sifat rendah hati.
Pada hakikatnya kedudukan pemimpin itu tidak berbeda dengan kedudukan yang dipimpin. Ia bukan orang yang harus terus di istimewakan. Ia hanya sekedar orang yang harus didahulukan selangkah dari yang lainnya karena ia mendapatkan kepercayaan dalam memimpin dan mengemban amanat. Ia seolah pelayan umat yang diatas pundaknya terletak tanggungjawab besar yang mesti dipertanggungjawabkan. Kerendahan hati biasanya mencerminkan persahabatan dan kekeluargaan, sebaliknya ke-egoan mencerminkan sifat takabur dan ingin menang sendiri.
2. Sifat terbuka untuk dikritik.
Seorang pemimpin haruslah menanggapi aspirasi-aspirasi umat dan terbuka untuk menerima kritik-kritik sehat yang membangun dan konstruktif. Tidak seyogiayanya menganggap kritikan itu sebagai hujatan, dan menganggap orang yang mengkritik sebagai lawan. Tetapi harus diperlakukan sebagai “mitra”dengan kebersamaan dalam rangka meluruskan dari kemungkinan buruk yang selama ini terjadi untuk membangun kepada perbaikan dan kemajuan.
3. Sifat jujur dan memegang amanah.
Kejujuran yang dimiliki seorang pemimpin merupakan simpati umat terhadapnya yang dapat membuahkan kepercayaan dari seluruh amanat yang telah diamanahkan. Pemimpin yang konsisten dengan amanat umat menjadi kunci dari sebuah kemajuan dan perbaikan
4. Sifat berlaku adil.
Keadailan adalah konteks real yang harus dimiliki oleh seorang pemimpin. Keadilan bagi manusia tidak ada yang relatif. Islam meletakkan soal penegakan keadilan itu sebagai sikap yang esensial. Seorang pemimpin harus mampu menimbang dan memperlakukan sesuatu dengan seadil-adilnya bukan sebaliknya berpihak pada seorang saja atau berat sebelah.
5. Komitmen dalam perjuangan.
Sifat pantang menyerah dan konsisten pada konstitusi bersama bagi seorang pemimpin adalah penting. Teguh dan terus Istiqamah dalam menegakkan kebenaran dan keadilan. Pantang tergoda oleh rayuan dan semangat menjadi orang yang pertama di depan apabila ada yang hendak mengganggu kelancaran jalannya organisasi.
6. Bersikap Musyawarah.
Dalam term ini pemimpin tidak sembarang memutuskan sebelum adanya musyawarah diantara orang-orang disekelilingnya dan umat. Sebab dengan keterlibatan umat terhadap pemimpinnya dari sebuah kesepakatan bersama akan memberikan kepuasan, sehingga apapun yang akan terjadi baik buruknya bisa ditanggung bersama-sama.
7. Berbakti dan mengabdi kepada Allah.
Dalam hidup ini segala sesuatunya takkan terlepas dari pandangan Allah, manusia bisa berusaha semampunya dan sehebat-hebatnya namun yang menentukannya adalah Allah. Hubungan seorang pemimpin dengan Tuhannya tak kalah pentingnya yaitu dengan berbakti dan mengabdi kepada Allah. Semua ini dalam rangka memohon pertolongan dan ridho Allah semata. Dengan senantiasa berbakti kepada-Nya terutama dalam menegakkan sholat lima waktu contohnya, seorang pemimpin akan mendapat hidayah untuk menghindari perbuatan-perbuatan yang keji dan tercela.
Wednesday, February 27, 2008
PEMIMPIN MENURUT KACAMATA ISLAM
-> ABAH & ATUK @ 11:15 PM 2 comments
Tuesday, February 26, 2008
Wasiat terakhir Ust Mustafa Masyhur bagi Umat Islam
RISALATUL-IKHWAN
Kamulah Yang Tinggi (Mulia) Sekiranya Kamu Beriman.
Nukilan pena: Mustafa Masyhur
Wahai Muslimun! Kamulah Yang Tinggi (Mulia) Sekiranya Kamu Beriman
Sesungguhnya pertentangan menentang musuh zionis ini telah mewajibkan sikap secara berterus terang dan pendedahan meskipun tidak disenangi oleh sebahagian orang, tetapi ia harus kerana untuk merealisasikannya demi kebaikan serta kepentingan kita semua dengan mewajibkan sikap supaya berterus terang kepada negara Islam kita, rakyat dan pemerintah.
Sesungguhnya musuh mengetahui apa yang ia kehendaki serta mengetahui bagaimana merealisasikan apa yang dikehendakinya.
Adapun kita orang Muslimin kadangkala kebanyakan kita merasa keliru, maka kita dapati mereka melihat kepada permasalahan Palestin seolah-olah merupakan permasalahan tanah yang dirampas oleh musuh daripada orang-orang Palestin lalu ia khusus untuk bangsa Palestin, oleh itu merasakan ianya boleh membantu menyelesaikan perkara ini dengan menjauhkan musuh secara mengutuk, pengisytiharan serta meminta Majlis Keamanan, atau PBB untuk memberi tekanan kepada musuh supaya berhenti daripada berterusan menceroboh. Malah fahamilah, sesungguhnya kita telah mendapati terdapatnya kefahaman ini pada masa yang lepas daripada mereka yang berkata “selagimana PLO bersetuju bermuafakat dengan musuh maka tidak ada tentangan daripada pihak kami (negara Arab dan Muslimin) kerana ia adalah bumi mereka”.
Sedangkan hakikat yang sebenarnya bukanlah demikian. Urusan ini merupakan kepentingan Muslimin seluruhnya. Adapun Masjid al Aqsa dan tanah-tanah disekitarnya yang diberkati Allah adalah qiblat yang pertama dan Haram yang Ketiga. Maka inilah perkara yang mewajibkan ummat Islam seluruhnya untuk bergerak mempertahankannya serta membebaskannya daripada tangan musuh perampas serta tidak semata-mata berpada dengan pemulauan. Adapun untuk mengiktiraf kewujudan zionis perampas dan mengadakan perjanjian-perjanjian dan hubungan dengannya merupakan sesuatu yang ditolak dan merupakan maksiat terhadap Allah dan Rasulnya juga membantu untuk memperkukuhkan kedudukannya bahkan untuk memperluaskan lagi kawasan tanahnya. Setiap daripada kita mengetahui matlamatnya iaitu “Israel Kubra” (The Greater Israel) yang mereka belum mengubah pendirian terhadap matlamat tersebut.
Adapun untuk memerangi pemuda-pemuda yang mempertahankan tanahairnya yang dijajah telah disifatkan secara silapnya sebagai terrorism, serta kekuatan Palestin pula melaksanakan penangkapan, penyiksaan serta hukuman ke atas pemuda atau rakyat Palestin yang bangkit menentang musuh, merupakan satu pengkhianatan terhadap permasalahan tersebut serta bertentangan dengan asas yang ditegakkan oleh PLO sendiri.
Sesungguhnya musuh terlalu ingin untuk mempunyai hubungan dengan negara-negara Arab dan Islam khusunya negara disekeliling secara hubungan individu. Bahkan ia takut terhadap hubungan secara kesatuan (organisasi) dengan negara-negara Arab dan Islam kerana hubungan secara kesatuan dengan negara-negara ini merupakan satu yang merbahaya kepadanya.
Sesungguhnya Amerika “Penjaga keamanan” telah membantunya untuk mewujudkan perpecahan dan perselisihan di anatara negara-negara Arab dengan mencetuskan peperangan Iran dan Iraq kemudian peperangan Iraq dan Kuwait. Kemudian Amerika mendokong musuh dan menggunakan kuasa veto di Majlis keamanan lebih daripada sekali dalam keadaan tenang dan bahagia kerana dengan tidurnya Alam Islami dan tenggelam mereka di dalam kelemahan dan perselisihan yang telah dimulakan di antara negara-negaranya. Yang mana sesetengah negara kita pula telah mempertahankan untuk melangsungkan hubungan permuafakatan-permuafakatan dan membenarkan tentera-tentera kuffar berada di atas buminya daripada negara-negara Arab sendiri seperti Iraq.
Sangatlah mendukacitakan kerana negara Arab dan Islam telah membiarkan Musuh melakukan apa yang mereka suka di atas bumi Palestin samada pembunuhan, penghalauan dan penempatan untuk orang-orang Yahudi serta memperluaskan kekuatannya dan menyekat Intidadhah, membina terowong sebagai persiapan untuk memusnahkannya serta pengepungan orang-orang Palestin yang berada di Dufah dan Ghaza dalam keadaan mereka tidak bersenjata sementara negara-negara kita masih berpada dengan kutukan.
Allah menghendaki untuk mengubah kerajaan musuh lalu datanglah Netanyahu yang dengan kesombongannya serta angkuhnya menyingkap niat-niat yang keji yang sebenar zionis dan memutuskan perjanjian-perjanjian yang telah lalu. Dia mahu pertukaran tanpa syarat-syarat yang terdahulu kemudian dia menetapkan untuk penempatan baru terutamanya di al Quds yang sentiasa disebut olehnya sebagai ibu negara Israel yang abadi.
Dia memulakan dengan segenap keangkuhan dengan pembinaan penempatan Jabal Abu Ghanim meskipun mendapat bantahan antarabangsa yang didokong oleh Amerika dengan kuasa veto. Begitulah Yaser Arafat melihat kembali tindakannya serta negara-negara Arab dan Islam terutamanya rakyat-rakyat mula bangkit daripada kelekaannya lalu tergeraklah keimanannya maka tunjuk perasaan diadakan untuk mengisytiharkan strategi-strategi musuh dan meminta kerajaan Arab dan Islam untuk mengambil sikap yang lebih proaktif dan tidak memadai dengan kutukan semata-mata. pemuda-pemuda juga telah menyatakan kesediaan untuk berjihad pada Jalan Allah untuk membebaskan al Quds dan Masjidil Aqsa.
Telah bermulalah persidangan-persidangan di Islamabad, Rabat dan di universiti universiti negara Arab serta menjadikan permasalahan Palestin sebagai tajuk utama persidangan dan meluluskan resolusi untuk memutuskan hubungan apa sahaja dengan zionis. Adapun resolusi yang kami tekankan adalah untuk menyempurnakan kajian yang mendalam dan serius untuk menyingkap niat-niat musuh dan mengetahui langkah-langkahnya yang akan datang lalu meletakkan perancangan untuk penyelesaian tanpa melaksanakannya lagi dan untuk menjelaskan kepada kita strategi strategi tipu dayanya dan janji-janjinya yang memperdaya.
Sesungguhnya telah menjadi kebiasaan apabila diangkat kutukan atau penentangan dia (musuh) berundur sekejap sehingga keadaan tenang kemudian ia meneruskan kembali perjalanan dan perancangan utamanya. Telah datang perwakilan Amerika untuk cuba melunakkan ketegangan yang memuncak dengan mengadakan pertemuan dengan Yaser Arafat di Maghribi lalu berjumpa dengan Netanyahu supaya sempurnalah permuafakatan untuk memberhentikan kerja-kerja penempatan baru dengan alasan terdapatnya kubur-kubur di tempat tersebut. Kemudian selepas beberapa waktu mereka (musuh) mula mengambil ringan permuafakatan ini dan meneruskan kerja penempatan tersebut selepas usul menentang mereka menjadi tenang.
Langkah-Langkah Serius Di Atas Jalan Ini
Sesungguhnya bangsa-bangsa Arab dan Islam merasa marah dan sempit dada dengan tindakan musuh zionis maka tidak dapat tidak hendaklah mewujudkan gerakan secara nasional (besar-besaran) dan menyuburkan perasaan ini serta melengkapkan untuk menentang musuh. Sehubungan dengan itu telah dibenarkanlah oleh persidangan persidangan secara nasional berhubung permasalahan Palestin bahawa tidak dapat tidak mesti ada kerjasama parti-parti serta kekuatan nasional di dalam gerkan ini dan penyediaan pemuda-pemuda untuk menghadapi musuh dengan segenap yang mungkin dengan jiwa dan harta.
Kerajaan Arab dan Islam hendaklah mengetahui bahawa sekiranya musuh zionis memiliki senjata nuklear kita pula memiliki senjata-senjata ekonomi dan juga senjata sosial serta politik.
Mengapakah orang Arab dan Islam tidak mengisytiharkan kewajiban pemulauan kewujudan zionis. Kenapakah Bank-bnak, dan syarikat-syarikat tidak memutuskan hubungan dengan musuh. Kenapakah kita tidak menyekat petrol dan gas daripada negara kita kepada musuh. Bahkan kenapakah kita tidak menyekat sebarang hubungan dagangan dan pelancungan dengannya sebagaimana kita menyekat pertukaran lawatan untuk rakyat-rakyat negara dengan rakyat zionis. Kenapakah kita tidak memanggil diplomat-diplomat kita yang berada di tempat musuh dan menghalau diplomat diplomatnya daripada negara kita. Kenapakah Yaser Arafat tidak mengisytiharkan secara rasmi bahawa Palestin itu sebagai sebuah negara Palestin dan ibu negaranya al Quds lalu diiktiraf oleh setiap negara Arab dan Islam. Kenapakah tidak dihentikan kebersamaan dengan musuh dan kita seru rakyat Arab dan Islam untuk memberhentikan menggunakan barang Amerika dan Zionis.
Saya berpendapat kalaulah terlaksana tindakan seumpama ini dalam bentuk berkumpulan nescaya ianya akan menakutkan musuh lalu memaksanya berundur. Sesungguhnya musuh mendidik bangsa Yahudi bahawasanya bumi Palestin adalah hak mereka dan wajiblah ke atas mereka untuk tidak membiarkan walaupun satu jengkal daripadanya sehingga mereka membina negara mereka di atas bumi tersebut, sepertimana Mesir membina di atas buminya dan Amerika membina di atas buminya. Keangkuhan musuh berterusan sehinggalah ia memberi amaran terhadap Yaser Arafat sekiranya dibiarkan Intifadhah berterusan dia akan bersemuka dengan kekuatan. Sesungguhnya Menteri Keadilan mereka telah berkata bahawa mereka akan mengusir Yaser Arafat daripada Palestin sekiranya Intifadhah masih berterusan. Sesungguhnya kekuatan mereka dan kereta-kereta kebal mereka telah meliputi sekitar bandar Palestin dan bersiap sedia untuk menghancurkan dengan kekuatan.
Dan Janganlah Kamu Berasa Hina dan Sedih Kerana Kamulah Yang Mulia.
Kita hendaklah berterus terang bahawa Asasnya untuk kita menangani permasalahan ini adalah sebagai satu permasalahan Rabbani bagi menentang musuh Allah. Dan musuh-musuh ini bukanlah semata-mata tentang perampasan tanah. Allah telah berfirman kepada kita bahawasanya
“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahui…” (al Anfal: 60).
Hendaklah kita mengetahui bahawa kekuatan yang pertama dan terpenting adalah kekuatan Iman yang melayakkan kita untuk mendapat pertolongan Allah, yang mana dalam firmannya lagi:
“…demikianlah menjadi kewajiban atas Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman” (Yunus: 103)
Maka janganlah kekuatan musuh dan orang yang membantunya menggerunkan kita kerana Allahlah yang lebih berkuasa lagi mulia. Bagi Allahlah tentera-tentera di langit dan di bumi, dan dialah yang menetapkan orang-orang yang beriman serta melemparkan perasaan gerun ke dalam hati-hati orang-orang kafir.
“Hai orang-orang beriman, jika menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Muhammad: 7)
Dan barangsiapa yang berpegang kepada Allah nescaya Allah tidak akan mensia-siakannya selama-lamanya, dan barangsiapa yang mengharapkan pertolongan selain daripada Allah, Allah akan menghinakannya.
Maka ke atas orang-orang Arab dan Muslim ia perlulah menghayati permasalahan ini, sebagai peperangan untuk Allah dan untuk memenangkan agama Allah di atas musuh Allah, serta membebaskan tanah tanah suci Islam daripada tangan musuh. Dengan niat ini maka akan dituliskan syahid bagi setiap orang yang menemui Allah di dalam pertarungan ini, maka alangkah besar darjatnya. Inilah dia jalan yang benar untuk menguasai pertarungan ganas ini, maka kerajaan-kerajaan Arab dan Islam hendaklah menyediakan persiapan Rabbani di negaranya serta mempersiapkan rakyatnya untuk kewajiban mereka. Ia hendaklah memberikan kepada mereka kebebasan, mengangkat kezaliman daripada mereka dan menghentikan setiap cara yang menjejaskan aqidah Islam ataupun menyebabkan kelalaian pemuda. Maka media massa hendaklah diperbaiki supaya ia menjadi satu alat yang berkesan ke arah pembinaan (Rabbani) ini.
Begitu juga kaedah-kaedah pendidikan yang bermanfaat lagi membina untuk mendidik generasi-generasi, kerana tiada nilai pun untuk sebarang negara walaubagaimana kuat sekalipun keadaan material mereka, sekiranya rakyatnya lalai dan berpeluk tubuh (leka).
Mungkin bermanafaat untuk kami menutup tulisan ini dengan ayat-ayat yang mulia yang telah diturunkan oleh Allah untuk meningkatkan semangat juang Muslimin selepas kekalahan di dalam peperangan Uhud, yang mana di dalam firmannya:
“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu mendapat luka, maka sesungguhnya kaum kafir itupun mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejadian dan kehancuran) itu. Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikanNya (gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim, dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir. Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar” (Ali Imran: 139 - 142).
”Dan aku bermohon kepada Allah untuk mengambil tangan-tangan kita supaya kita menjadi orang-orang yang layak untuk mendapat pertolongan dan dokongannya, ya Allah perkenankanlah!. Tidakkah aku telah sampaikan ya Allah, maka saksikanlah”.
-> ABAH & ATUK @ 11:19 AM 0 comments
USTAZ MUSTAFA MASYHUR
Jika orang lain meninggalkan wasiat berkaitan harta kepada anak-anak, maka tokoh ini sempat menulis wasiat kepada seluruh umat Islam supaya berjuang membebaskan Baitul Maqdis dan Palestin daripada penjajahan Yahudi.
Tokoh yang dimaksudkan ini ialah Ustaz Mustafa Masyhur, Mursyidul-Am Ikhwanul Muslimin yang kelima. Setelah enam tahun memimpin gerakan Islam yang tertua dan terbesar di dunia ini, beliau dipanggil ilahi dengan penuh kemuliaan.
Ustaz Mustafa, 81, dilahirkan pada 15 September 1921 di Kampung Saadiyyin, Muhafazah Syarqiyyah, Mesir. Beliau terdidik di dalam suasana keluarga yang berpegang teguh dengan agama.
Al-Marhum menyertai jamaah Ikhwanul Muslimin lapan tahun selepas penubuhannya iaitu pada tahun 1936. Kisah penyertaannya ke dalam jamaah berkenaan agak menarik. Ketika berhijrah ke Kaherah, beliau sering mengunjungi sebuah masjid berhampiran kediamannya. Suatu hari, ketika di masjid, beliau melihat seorang lelaki sedang menyebarkan risalah yang mengiklankan ceramah agama di sebuah masjid.
Atas sifatnya yang sangat cintakan ilmu dan majlis pengajian agama, beliau menghadirkan diri ke majlis berkenaan. Di penghujung pengajian, penceramah berkenaan mengumumkan bahawa seorang tokoh ulamak ternama, Ustaz Hasan Al Banna akan berkunjung ke situ untuk menyampaikan ceramah. Sekali lagi timbul perasaan di hati Ustaz Mustafa untuk menghadiri majlis berkenaan.
Disebabkan kagum dengan kedua-dua ceramah inilah beliau membuat keputusan untuk menyertai gerakan Ikhwanul Muslimin.
Ikhwan Muslimin ditubuhkan oleh Mursyidul Amnya yang pertama, Hasan Al Bana empat tahun selepas kejatuhan Khilafah Othmaniyyah Turki (1924) iaitu pada tahun 1928. Pengaruh Ikhwan tersebar ke seluruh dunia Arab dan sebahagian negara umat Islam.
Matlamat perjuangan Ikhwan ialah berjuang untuk menegakkan negara Islam tanpa kekerasan. Di samping itu mereka berjuang untuk melakukan perubahan dan pembaikan politik dan ekonomi secara berperingkat. Ikhwan turut mementingkan sudut tarbiyyah bagi memastikan ahli-ahlinya berpegang teguh dengan ajaran Islam yang sebenar.
Pengaruh Ikhwan sangat besar. Bahkan penubuhan jamaah, parti dan gerakan Islam di seluruh dunia adalah rentetan daripada penubuhan Ikhwan. Kini Ikhwan Muslimin menguasai 17 daripada 454 kerusi parlimen Mesir di samping banyak kerusi lain di beberapa negara Arab.
Ustaz Mustafa sangat kagum dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh Ikhwan. Daripada sebagai ahli biasa, hinggalah akhirnya dipilih sebagai pemimpin tertinggi. Beliau menjalankan amanah memegang jawatan Mursyidul Am yang disandangnya sejak 1996 hinggalah keadaannya yang sudah tidak berdaya lagi pada 29 Oktober 2006. Sejak itu, jawatan berkenaan dipangku oleh Ustaz Makmun Hudhaibi.
Dalam menjalankan amanah jamaah dan amanah agama, Ustaz Mustafa pernah dipenjarakan beberapa kali pada zaman pemerintahan Jamal Abdun Nasir dan kali terakhir ialah pada tahun 1965 hingga 1971 (enam tahun). Sebaik sahaja Anwar Sadat mengambil-alih pemerintahan, beliau memberikan keampunan kepada ramai anggota Ikhwan yang dipenjara. Mustafa termasuk di kalangan mereka yang dibebaskan.
Walaubagaimanapun, Sadat cuba menangkapnya kembali. Untuk menyelamatkan diri, beliau berhijrah ke Kuwait beberapa ketika sebelum operasi penangkapan beramai-ramai dilakukan pada tahun 1971. Beliau kemudian tinggal di Jermen selama lima tahun dan di sana beliau mengatur gerakan menyebarkan pengaruh Ikhwan ke seluruh dunia.
Beliau pulang ke Mesir beberapa ketika sebelum Mursyidul Am ketika itu, Syeikh Umar Tilmisani meninggal dunia. Jawatan Mursyidul Am kemudiannya diambil-alih oleh Syeikh Hamid Abun Nasr dan Mustafa menjadi timbalannya.
Setelah Syeikh Hamid meninggal dunia pada tahun 1996, Syeikh Mustafa Masyhur dilantik sebagai penggantinya. Februari lalu (2002) beliau sekali lagi dipilih untuk meneruskan khidmatnya sebagai Mursyidul Am. Pemilihan tersebut dibuat selepas Ikhwan membuat pindaan tempuh khidmat Mursyidul Am kepada enam tahun.
Ustaz Mustafa turut diundang menyampaikan ceramah di serata dunia. Bahkan ketika permulaan krisis selepas kemenangan mujahidin di Afghanistan, beliau mengetuai delegasi pemimpin-pemimpin gerakan Islam seluruh dunia pergi ke Kabul untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin. Turut serta dalam rombongan berkenaan ialah Al Marhum Ustaz Fadhil Noor dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Beberapa tahun lalu, PAS pernah menjemputnya menghadiri satu majlis di Malaysia dan beliau menyatakan persetujuan untuk menghadirkan diri. Malangnya sebelum berlepas ke Malaysia, pasportnya dirampas dan dikoyak.
Walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan halangan, Ustaz Mustafa tetap berada di dalam saf perjuangannya dan tidak meninggalkan jamaah sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Pada 29 Oktober 2002, selepas pulang dari pejabatnya, beliau berehat seketika. Apabila azan Asar dilaungkan, anak perempuannya cuba mengejutkannya daripada tidur. Sebaik terjaga daripada tidur, didapati dirinya begitu tidak bermaya sekali.
Melihatkan keadaan bapanya, si anak menasihati Ustaz Mustafa supaya menunaikan solat di rumah sahaja. Namun tarbiyyah mantap yang diterimanya menghalang beliau untuk menunaikan sembahyang di tempat selain daripada masjid. Apatah lagi beliau adalah pemimpin tertinggi bagi jamaah Islam yang tertua dan terbesar. Beliau terus mempersiapkan diri dan pergi menunaikan sembahyang di masjid berdekatan kediamannya. Selepas menunaikan sembahyang, beliau sudah tidak mampu melakukan apa-apa lagi. Orang ramai menghantarkannya ke hospital dan beliau berada di sana selama lebih kurang dua minggu sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Keesokan harinya, orang ramai berkumpul di Masjid Rabaah Adawiyyah di Madinat Nasr untuk memberikan penghormatan terakhir sebelum beliau dikebumikan. Jalan-jalan sekitar menjadi sesak. Setelah jenazah disembahyangkan, orang ramai berarak menuju ke tanah perkuburan yang terletak 10 km dari masjid berkenaan.
Suasana sepi, sedih dan pilu menyelubungi perjalanan ke tanah perkuburan. Tidak ada sebarang laungan atau slogan-slogan seperti perhimpunan yang biasa di anjurkan oleh Ikhwan. Masing-masing hanya berdoa di dalam hati memohon kesejahteraan ke atas pemimpin yang pergi. Sebahagian daripada mereka mengangkat mashaf Al Quran sebagai lambang kepada syiar perjuangan mereka.
Perarakan yang dianggarkan disertai oleh 20,000 orang itu turut disertai oleh pemimpin-pemimpin politik termasuk ketua Parti Buruh (pembangkang), Ibrahim Shukri. Walau bagaimanapun Al Jazeerah melaporkan bahawa tidak kelihatan seorangpun pemimpin kerajaan dan pemimpin parti yang memerintah, Parti Negara.
Dari Allah kita datang, kepadanya jua kita kembali....
-> ABAH & ATUK @ 10:40 AM 0 comments
Mawaddah dan Rahmah dalam Rumah Tangga.
Fahamilah pengertian rumahtangga atau keluarga Muslim. Keluarga Muslim ialah keluarga yang meletakkan segala aktiviti pembentukan keluarganya sesuai dengan syari'at Islam.
Aspek penting dalam persiapan untuk melalui hidup secara Islam adalah menyediakan rumah tangga kita supaya menjadi rumah tangga Muslim. Rumah tangga yang mempunyai ciri-ciri keislaman yang sebenar sahaja boleh menyediakan persekitaran yang harmoni dan tarbawi (bercirikan tarbiah Islam), melahirkan kasih sayang, hormat menghormati serta pelaksanaan ibadah yang membawa kepada ketenangan dan ketenteraman.
Berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, tujuan penting pembentukan rumah tangga Muslim ini ialah, mendirikan syari'at Allah dalam segala urusan rumah tangga dan
mewujudkan ketenteraman dan ketenangan jiwa dan roh.
Firman Allah dalam Surah al- A'raaf ayat 189
"Dialah Yang Menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya"
Firman Allah dalam Surah ar-Rum ayat 21, yang maksudnya:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa mawaddah dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berftkir. "
'Mawaddah' adalah 'cinta kasih seorang lelaki kepada isterinya dan 'rahmah' pula bermaksud 'rahmatnya agar isterinya jangan sampai menderita atau mengalami kesusahan'. Di sini dapat disimpulkan bahawa pembentukan rumah tangga Muslim itu diasaskan di atas 'mawaddah' dan 'rahmah'.
Suasana rumahtangga yang dibina di atas dasar cinta dan kasih sayang yang suci akan mententeramkan dan memberi ketenangan kepada jiwa dan roh dalam kehidupan sesaorang. Dalam hal ini tiada contoh yang lebih baik dan tepat daripada rumah tangga Rasuluillah SAW yang dibina bersama dengan Saidatina Khadijah, terutama ketika menghadapi cabaran dan pengalaman baru yang memerlukan sokongan padu serta keyakinan tanpa sebarang keraguan si isteri.
Anak-anak yang dibentuk dalam suasana 'mawaddah' dan 'rahmah'akan menghasilkan peribadi yang bahagia, yakin diri, tenteram, kasih sayang serta jauh daripada kekacauan serta penyakit batin yang melemahkan peribadi.
Di dalam rumah tangga hendaklah menghidupkan sunnah Rasulullah dengan mendidik anak-anak menjadi soleh sehingga umat manusia merasa bangga dengan kehadiran kita. Perlu memenuhi keperluan cinta kasih anak-anak. Ketidakseimbangan atau ketandusan cinta kasih ini akan menyebabkan penyimpangan akhlak dan perilaku.
Di dalam perkahwinan dan pembentukan rumah tangga Muslim, Islam tidak menyempitkan tujuan perkahwinan kepada hanya untuk mendapatkan anak-anak dan untuk mengekang padangan dan menjaga kemaluan (walaupun ini juga menjadi matlamat perkahwinan) dan bukan juga bertujuan untuk menyalurkan nafsu secara syar'i sahaja, sebaliknya Islam telah menentukan matlamat yang lebih tinggi, mulia dan jauh jangkauannya. la berkait rapat dengan matlamat kemasyarakatan, jihad serta pelaksanaan amal Islam yang luas.
Walaupun matlamat terpenting dalam perbentukan rumah tangga Muslim ialah untuk menyediakan suasana dan persekitaran yang subur bagi mendidik anak-anak, Islam telah menentukan bahawa tuiuan utama kesinambungan zuriat mempunyai kaitan dengan matlamat dakwah dan jihad. Tujuan ini dapat difahami menerusi beberapa ayat al-Quran. Antaranya ayat yang menggambarkan doa Nabi Zakaria yang berhajat kepada anak baqi mneruskan kewajipan dakwah yang dipikulnya.
Firman Allah SWT dalam surah Maryam ayat 5-6, yang bermaksud:
"Ya Rabbi, kurniakan aku seorang anak yang baik di sisi Engkau. Anugerahkan aku seorang putera, yang akan mewarisi sebahagian keluarga Yaaqub."
Peristiwa yang dirakamkan di dalam al-Quran itu menunjukkan bahawa seorang berhajatkan anak seperti manusia lain, tetapi hajatnya lebih mulia kerana ia menghendaki anaknya mewarisi tugas dakwah dan jihad yang dipikulnya. Aspek ini penting kerana perjalanan dakwah dan pertarungan dengan jahiliyah memerlukan masa yang panjang. Oleh itu, dengan adanya pewaris yang meneruskan perjuangan, dapatlah dipastikan, insyaAllah, perjuangan itu tidak mati di pertengahan jalan kerana pupusnya pendokong perjuangan tersebut.
Ciri penting yang membezakan rumah tangga Muslim dengan rumahtangga bukan Muslim ialah pelaksanaan pendidikan Islam yang sebenar di dalamnya. Para pendakwah dituntut supaya memberi perhatian serius mengenai perkara itu. Anggota keluarga yang tidak mendapat pendidikan Islam atau yang lebih parah lagi jika pendidikan mereka terus terabai, mereka bukan sahaja tidak mampu menyambung perjuangan Islam tetapi mungkin merencat dan menjadi penghalang perjuangan itu.
Pendidikan anggota keluarga dimulakan dengan pendidikan isteri. Pendidikan ini bermula dengan pemilihan yang dibuat di atas dasar keimanan dan keislamannya. Pendidikan isteri sangat penting diberi perhatian kerana isteri memainkan peranan yang paling besar dalam pendidikan anak. Bapa juga tidak terkecuali merupakan qudwah (contoh teladan) kepada anak-anak. Seandainya pendidikan isteri terabai ia tidak mungkin mampu menjadi teladan yang baik kepada anggota yang lain di dalam keluarga.
Berumahtangga bagi seorang Mukmin ialah untuk melaksanakan perhambaan kepada Allah, bukan menghalanginya daripada tugas utama itu. Ciri penting yang perlu wujud dalam rumah tangga Islam adalah keseimbangan. Golongan yong beriman perlu
bersungguh-sungguh untuk melahirkan keseimbangan ini kerana telah ramai golongan yang gugur daripada jalan yang penuh keberkatan ini kerana gagal melahirkan keseimbangan ini dan mendidik isteri serta anak-anak menerima keseimbangan ini.
Secara fitrahnya manusia mempunyai pelbagai keinginan hidup. Antara keinginan itu ialah keinginan kepada harta, pasangan hidup, memiliki harta (seperti rumah dan kenderaan), hidup selesa, berehat serta bersenang. Keinginan ini tidak salah selagi wujud keseimbangan dengan tuntutan Allah. Suasana persekitaran akan merangsang keinginan ini ke satu tahap yang mungkin menyebabkan seseorang mengabaikan tuntutan Islam atau terus mengetepikan hak-hak Allah dalam kehidupannya. Sebagai contoh, setiap orang mempunyai kecenderungan memiliki harta tetapi kecenderungan itu perfu diimbangi dengan tuntutan mengeluarkan infaq di jalan Allah. Begitu juga dengan kecenderungan untuk untuk berehat di rumah bersama isteri dan anak-anak diimbangi dengan kekuatan tajarrud ('memiliki sesuatu tetapi sanggup mengorbankannya atau bersabar dengan kehilangan') di dalam jiwa. .
Diantara ciri wujudnya identiti rumah tangga Muslim ialah kewajipan menyeru kebaikan mestilah terlaksana dalam rumah tangga itu. Ini bermaksud angota rumah tangga - suami, isteri dan anak-anak - menjalankan usaha seruan ini kepada teman-teman, saudara mara mahupun jiran tetangga.
Suami Muslim yang soleh perlu melalui proses pendidikan dan terus menerus mendidik dirinya sebagai contoh kepada angota keluarganya. Kesibukan di dalam kehidupan sehariannya biarlah berhubung kait dengan Islam yang telah menjadi darah dagingnya. lsteri dan anak-anak perlu dididik mengenai tanggungjawab Islam. Mereka hendaklah disediakan untuk memikul tugas dakwah.
Terdapat ramai juga pendakwah yang sangat aktif di medan dakwah tetapi roh dakwah tidak wujud di dalam rumah tangganya sehingga bukan sahaja isteri dan anak tidak memberi sokongan kepada perjuangannya, bahkan mereka menjadi penghalang utama, mengusutkan fikiran dan menekan perasaan sehingga akhirnya pendakwah berkenaan meninggalkan perjuangannya.
Atas sebab inilah da'wah dan pendidikan perlu dilaksanakan di dalam rumah tangga secara terancang dan berterusan. Anak dan isteri perlu dibimbing peringkat demi peringkat dan tahap demi tahap untuk menjadikan dakwah Islam sebati dengan kehidupan mereka.
-> ABAH & ATUK @ 9:45 AM
Wednesday, February 20, 2008
10 WASIAT HASAN AL BANNA
1. Wahai kawanku
Segeralah menunaikan solat di awal waktu. Apabila mendengar azan. Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat Al-quran…dimulakan dengan menyebut solat diawalnya. Perhatikan tuhan mensyariatkan solat..Juga di medan perang. Walaupun di saat genting dan cemas.
2. Wahai kawanku
Bacalah Al-quran dan cuba perhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tak bertejuan. Seseungguhnya Al-quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya. Bacalah Al-quran kerana kelak ia akan memberi syafaat. Sentiasalah membaca, memhafal dan….cuba hayati mesej arahannya.Selalu berzikir, dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman di sini ada kedamain. Di sini ada keselamatan..Jadilah hamba yang sejahtera.
3. Wahai kawanku
Dorongkanlah diri untuk menguasai bahasa Al-quran. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda telah lama bermula, iaitu sejak anda solat setiap hari. Sebut dulu walaupun tidak faham. Antara malapetaka pertama menimpa umat kita…ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh!!! Ape tunggu lagi??? Bukalah ruang walaupun seminit!!!
4. Wahai kawanku
Usahlah bertarung idea tanpa adapnya kebaikan. Awasila !!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkanpertengkaran, kerana ada unsur lain yang membisikkan? Syaitannnn namanya.
5. Wahai kawanku
Senyumlah selalu tetapi bersederhanalah dalam ketawa!!! Rasullulah s.a.w adalah orang yang paling banyak senyum. Beliau ketawa kene pada tempatnya. Tapi berpada-pada sahaja, Wahai kawan!!! Plato juga berharap agar pementasan hiburan...Yang tidak bermutu adalah lakonan yang banyak ketawa bodoh. Hanya disaksikan oleh hamba abdi. Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan supaya tidak menular keburukan dalam diri!!!
6. Wahai kawanku
Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan!!1 Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair? Berilah kerehatan dalam jiwamu. Yang sibuk dengan berfikir. Ubati dengan bergurau. Tapi, kalau mengubatinya dengan bergurau, mestilah dalam batas. Seperti kau mesukkan garam ke dalam gulai.
7. Wahai kawanku
Kawallah nada suaramu. Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu. Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakiti hati orang lain pula!! Luqman Al-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keledai!!! Surah al-Isra’ memberi contoh kepada kita ..jangan keraskan suaramu dalam solat tapi jangan pula merendahkannya . carilah jalan tengah di antara keduanya.
8. Wahai kawanku
Usahlah umpat mengumpat. Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain. Bercakaplah jika ada unsur kebajikan. Ayuh!!! Hindarilah…Mengumpat! Tidak sekali mencabuli jamaah-jamaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging? Pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat. Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat..Apabial ada tujuan syarie untuk menuntut keadilan apabila dizalimi-untuk menghapuskan kemungkaran-kerana memberi amaran kepada muslim tentang kejahatan-kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.
9. Wahai kawanku
Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia. Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih saying adalah untuk semua. Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan…! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa dating berkunjung!!! Pelbagai lapisan dating berkunjung!!! Pelbagai darjat dating berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci. Tidak mengenali tapi tidak sunyi
10. Wahai kawanku
Maksimumkan faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya memanfaatkan masa. Hadkanlah masa lapangnya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Gunakan waktu anda dengan bijaksana! Bersegeralah, kerana…Sabda nabi s.a.w bermaksud: Bertindak segeralah melakukan amal..(Diulang 7 kali) Sayanglah masa saudaramu!!!Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret…Tanpa haluan dan noktahnya
-> ABAH & ATUK @ 11:18 PM 0 comments
Hassan al Banna, Pengasas Ihkwan Muslim.
Hassan al Banna, Pengasas Ihkwan Muslim - Muslim Brotherhood
Hassan al Banna (14 Oktober 1906 - 12 Februari 1949) merupakan reformis sosial dan politik Mesir yang terkenal sebagai pengasas gerakan Jamiat al-Ikhwan al-Muslimun.
Hassan al Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah). Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati.
Bapanya, Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna, merupakan seorang seorang ulama, imam, guru dan seorang pengarang terkenal, lulusan Universiti Al-Azhar, yang menulis dan menyumbang menulis kitab-kitab hadis dan fiqh perundangan Islam dan juga memiliki kedai membaiki jam. Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna turut mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Qur'an dan hadis kepada penduduk tempatan, dan dia mempunyai fikrah serta cita-cita perjuangan yang sama dengan Syeikh Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin al-Afghani.
Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin.
Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai tunjuk perasaan semasa revolusi 1919 menentang pemerintahan British.
Pada tahun 1923, pada usia 16 tahun dia memasuki Dar al 'Ulum, sekolah latihan guru di Kaherah. Kehidupan di ibu negara menawarkannya aktiviti yang lebih luas berbanding di kampung dan peluang bagi bertemu dengan pelajar Islam terkemuka (kebanyakannya dengan bantuan kenalan ayahnya), tetapi dia amat tidak senang duduk dengan kesan Kebaratan yang dilihatnya disana, terutamanya peningkatan arus sekular seperti parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular terdorong ke arah melemahkan pengaruh dan meruntuhkan nilai moral Islam.
Dia turut kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di Universiti al-Azhar untuk menyuarakan bangkangan mereka dengan peningkatan atheism dan pengaruh pendakwah Kristian.
Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama'atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai.
Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.
Di tahun akhirnya di Dar al-'Ulum, dia menulis bahawa dia bercadang menzuhudkan dirinya menjadi "penasihat dan guru" bagi golongan dewasa dan kanak-kanak, agar dapat megajar mereka "matlamat agama dan sumber kegembiraan dan keriangan dalam kehidupan". Dia mendapat ijazah pada tahun 1927 dan diberikan jawatan sebagai guru bahasa Arab di sekolah rendah kebangsaan di Isma'iliyya, bandar provincial terletak di Zon Terusan Suez.
Al-Imam Hassan al-Banna kemudainnya menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Ketika itu beliau berusia 23 tahun.
Di Ismailiyyah, sebagai tambahan kepada kelas siangnya, dia melaksanakan matlamatnya memberi kelas malam bagi keluarga anak muridnya. Dia juga berceramah di masjid, malah dikedai kopi, yang masa itu masih baru dan dipertikaikan nilai moralnya. Pada awalnya, sesetengah pandangannya berkenaan perlaksanaan Islam yang mudah mendorong kepada tentangan hebat dengan elit keagamaan tempatan, dan dia mengamalkan polisi mengelakkan kontrovesi agama.
Dia sedih dengan tanda-tanda jelas pengawalan ketenteraan dan ekonomi di Isma'iliyyah: kem ketenteraan British, kemudahan awam dimiliki oleh kepentingan luar, dan tempat tinggal mewah milik pekerja Syarikat Terusan Suez, bersebelahan dengan rumah haram pekerja Mesir.
Setelah berkhidmat 19 tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah dengan berkesan dalam masyarakat di bandar itu. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.
Ternyata Hassan al-Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu, memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad seterusnya melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas. Ikhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas perang dunia kedua apabila gerakan itu turut bertanding di dalam perebutan kuasa politik.
Pengaruh Ikhwan yang kian kuat amat dikhuatiri oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di yang bertindak mengharamkan Ikhwan Muslimin pada 1948 atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sungguhpun begitu Hassan al-Banna tidak ditahan dan beliau cuba sedaya upaya menyelamatkan Ikhwan.
Malangnya usaha beliau belum berhasil sehinggalah ditembak pada waktu Zohor 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan Ikhwan Muslimin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan beliau didakwa dirancang oleh polis rahsia kerajaan.
Jenazah al-Imam Hassan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri.
-> ABAH & ATUK @ 9:38 PM 0 comments
Tuesday, February 19, 2008
PUNCA KELEMAHAN UMAT ISLAM
Penulis : Prof Dr. Yusof al-Qardhawi
Meneliti hujah-hujah dan kritikan pedas Dr Yusuf al-Qardhawi seharusnya menyedarkan kita umat Islam yang terlena berabad lamanya kerana sebagai umat terbaik yang dilahirkan untuk seluruh manusia ini tidak sepatutnya kita menjadi beban kepada orang lain bagi memenuhi keperluan hidup kita baik di bidang ekonomi, ketenteraan dan lain-lain. Kita adalah umat yang banyak bercakap tetapi sedikit bekerja, jadi tidak hairanlah kita umat Islam yang berjumlah 1.6 billion bertekuk lutut di bawah si Yahudi yang hanya berjumlah tiga juta!
BAHAGIAN 1: UMAT ISLAM YANG LUPA DIRI
Apabila kita meneropong umat kita dengan menggunakan teropong Allah s.w.t. yang terdapat dalam al-Quranul Karim, maka kita akan menemukan umat itu sebagai umat lain, bukan sebagai umat al-Quran yang dilukiskan oleh Allah s.w.t. sebagai umat terbaik, yang dijelaskan alasan terbaiknya kerana mereka menyeru orang berbuat makruf dan mencegah orang berlaku mungkar, serta beriman kepada Allah s.w.t.
Ia melihat makruf sebagai sesuatu yang mungkar dan melihat yang mungkar sesuatu yang makruf. Malah lebih dari itu, ia menyuruh orang berbuat mungkar dan mencegah mereka berbuat makruf, sehingga dilanda fitnah yang tidak ditemukan hujung pangkalnya, yang membuat intelektual muslim menjadi bingung.
Secara ringkas dapat dikatakan bahawa umat kita telah melupakan Allah, lalu Allah melupakan dia pada dirinya sendiri dan Maha Besar Allah dengan firman-Nya yang bermaksud:
“Janganlah kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah, lalu Allah melupakan dia pada diri mereka sendiri”
(al-Hasyr: ayat 19)
UMAT KITA DILIHAT DARI KEMAJUAN MATERIAL
Umat Islam selalu saja menjadi beban bagi umat-umat yang lain dalam memenuhi keperluan hidupnya, baik di bidang ekonomi, ketenteraan atau bidang-bidang lainnya. Ia belum pandai memproduksi keperluannya sendiri atau untuk memproduksi keperluan senjatanya untuk melindungi kedaulatan dirinya sendiri.
KEKUATAN AKAL KITA DI SIA-SIAKAN
Kekuatan akal kita sia-siakan, kerana kita bagaikan burung tiung hanya suka meniru. Kita tidak mahu berijtihad, tidak suka mencipta sendiri, tidak kreatif, senang menghafal daripada berfikir dan lebih senang mengutip fikiran orang lain, baik fikiran pendahulu kita ataupun masyarakat lain, kerana kita menganggap tidak perlu bersusah payah berfikir sendiri.
Suatu ketika dahulu Moshe Dayan (bekas Menteri Luar Israel), menyatakan secara terbuka cita-cita dan keinginan negaranya. Dia mendapat serangan dan kecaman dari bangsanya, kerana mereka khuatir pernyataanya itu dibaca oleh bangsa Arab (umat Islam) dan rencana jahatnya diketahui. Namun dengan tenang ia menjawab serangan kaumnya, katanya: “Tenanglah, pecayalah padaku, bangsa Arab tidak akan membacanya, kerana mereka tidak suka dan malas membaca”.
Inilah kenyataan pahit yang dimiliki suatu umat yang ayat pertama dalam kitab yang diturunkan kepadanya memerintahkan; “Iqra” (bacalah).
Ternyata mereka malas dan tidak suka membaca. Kalaupun membaca, mereka tidak pandai memahami, kalaupun memahami, mereka tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya.
KEKUATAN AMAL KITA DI SIA-SIAKAN
Amat menyedihkan, umat kita merupakan umat yang paling sedikit dalam berbakti dan amal perbuatannya, tetapi yang paling banyak bercakap dan berdebat. Kita banyak bicara dan sedikit kerja. Andaikata bekerja, kita hanya mengerjakan sesuatu yang kurang penting dan meninggalkan yang penting, malah kadang-kadang kita mengerjakan yang tidak bermanfaat sedikitpun.
Saya banyak mengikuti seminar Islam dan banyak keputusan yang sudah disepakati untuk dilaksanakan, tetapi sedikit sekali yang dilaksanakan dan sebahagian besar hanya di atas kertas.
KEKUATAN EKONOMI KITA DI SIA-SIAKAN
Kekuatan ekonomi kita disia-siakan, padahal kita hidup di bumi terbaik, yang paling baik daerahnya, paling subur tanahnya, paling kaya bahan galiannya, tetapi kita tidak memanfaatkan kekayaan itu.
KEKUATAN TENAGA KITA SIA-SIAKAN
Kekuatan tenaga manusia kita sia-siakan, meskipun kita selalu membangga diri dengan jumlah yang sangat ramai, tetapi apalah ertinya jika membuat hal masing-masing tanpa mempedulikan orang lain.
Seharusnya kita mengambil manfaat dari kekuatan tenaga manusia (manpower) kita, seperti yang dajarkan Jamaluddin al-Afghani kepada bangsa India dahulu. Katanya: “Jika kekuatan jutaan kamu itu berupa lalat yang meraung-raung di telinga Inggeris, tentu kamu akan berhasil memecahkan telinga mereka”.
KEKUATAN JIWA KITA SIA-SIAKAN
Kurikulum pelajaran kita tidak mampu menterjemahkan erti dan sifat “Rabbaniyah” ke dalam jiwa kita. Tepat sekali apa yang dikatakan penyair dan pemikir Islam, Muhammad Iqbal, ketika mengatakan tentang “sekolah-sekolah moden”, bahawa ia boleh membuka mata generasi muda untuk mempelajari berbagai hakikat dan pengetahuan, namun ia tidak mengajari matanya bagaimana menangis dan tidak mengajari hatinya supaya khusyuk.
Musibah paling tragis yang menimpa umat kita dewasa ini ialah menjadikan agama sebagai permainan dan senda gurau dan menjadikan permainan dan senda gurau sebagai agama!
Bagaimana tidak, kita telah tergila-gila menghiasi tembok masjid dengan ayat-ayat al-Quran, tetapi tidak menghias kehidupan kita dengan al-Quran. Kita membacakan al-Quran untuk orang-orang mati, tetapi tidak mengajarkannya kepada orang-orang hidup! Kita berusaha memiliki al-Quran, membawanya berkah, padahal berkah yang hakiki terletak dalam mengikuti perintah-Nya dan menjauhi larangan Nya.
Saya selalu mengatakan dan akan selalu mengatakan, bahawa kunci keperibadian umat ini dan kebanggaan kekuatannya terletak pada keimanan kepada Islam, yang telah menjadikannya sejak dahulu sebagai umat terbaik yang dikirimkan untuk seluruh manusia dan telah memberikan kemenangan atas golongan kuasa besar, meskipun kekuatan tenaga manusianya sedikit dan kelengkapan senjatanya sangat minima.
Kita memiliki aqidah terbesar, risalah paling lengkap, kita memiliki kitab Ilahi satu-satunya yang terjaga dari kerosakan dan pemindaan oleh tangan-tangan jahat, namun kita dilanda lupa diri, tidak menyedari sumber tenaga dan kekuatan yang ada pada diri kita sendiri.
Rahsianya terletak pada penyakit yang merosak batin kita, berupa rasa cinta dan keinginan pada hal-hal yang gemerlapan, lebih senang hidup bermegah-megah yang dinamakan oleh hadith itu sebagai “wahan” dan ditafsirkan sebagai “Cinta dunia dan takut mati!”
Maka tidak menghairankan, kalau umat yang terbilang seribu juta itu, terdiri dari umat yang berlutut di bawah si Yahudi yang hanya berjumlah tiga juta!.
TANGGUNGJAWAB PARA PENGUASA
Memang pertanggungjawaban terbesar atas kesalahan-kesalahan yang telah menjerumuskan kita, terletak di bahu para penguasa Negara Islam.
Tetapi yang jelas juga bahawa para penguasa itu pada umumnya sama saja dengan rakyatnya, kerana mereka merupakan lambang keadaan masyarakatnya.
TANGGUNGJAWAB PARA ULAMA
Memang ramai ulama’ yang tidak menunaikan tugasnya dengan baik dalam menyampaikan agama Allah dan ada pula di antara mereka yang membonceng kenderaan pemerintah dan menjadikan ilmu ( agama ) sebagai hamba politik dan menjadikan dirinya seperti mesin pengeluar ‘fatwa’ , sesuai pesanan orang atasannya.
Sebenarnya ulama’ dewasa ini bukan lagi sebagai pemain tunggal seperti halnya pada zaman dahulu. Kerana pemilik media cetak, elektronik dan pusat-pusat penerangan nampaknya lebih kuat pengaruhnya dalam masyarakat, daripada ulama’ yang berpidato dari atas mimbar. Meskipun mereka masih memiliki pengaruh kuat yang tidak dimiliki oleh yang lain.
Salah seorang bertanya pada seorang penguasa tentang kekuatan al-Imam al-Hasan al-Bashri dan ketegasannya yang tidak tergoyah. Maka Gabenor negeri itu menjawab secara terus terang: “Kami perlukan agamanya, tetapi dia tidak perlukan dunia kami”.
TANGGUNGJAWAB MASYARAKAT
Saya masih ingat, pada suatu hari seorang pendengar menegur gurunya selesai memberikan ceramahnya, katanya: “Saya telah mendengar dan mengikuti ceramah yang bapa berikan selama tiga puluh tahun, lalu apa yang telah bapa lakukan?”
Jawapan guru itu membuat muridnya terdiam, katanya, “Kalau telah tiga puluh tahun mendengarkan ceramahku, lalu sudah sejauh mana kamu melakukannya?”
BAHAGIAN 2: PERGERAKAN ISLAM
Pergerakan Islam ialah semua jemaah kerja yang berusaha untuk memperbaharui agama, dalam erti hendak melaksanakan hukum syariat dan menghidupkannya dalam peribadi umat, untuk mengembalikan kejayaannya yang gemilang dalam memimpin masyarakat dan melaksanakannya dalam berbagai lapangan hidup, baik di segi aqidah, ibadah, akhlak, muamalat ( jual-beli), dalam fikiran, perasaan, undang-undang, pengarahan masyarakat dan dalam bidang eksekutif.
Tetapi nampaknya, pergerakan Islam ini tidak berhasil merealisasikan apa yang dicita-citakan , sebagaiamana harapan umat dan sebagaimana yang selalu dilanung-laungkan oleh para pimpinannya.
TIADA PENGHISABAN DIRI
Keluhan pertama yang sangat dirasakan oleh para pakar dalam pergerakan Islam, bahawa usaha menghisab diri adalah sangat lemah, atau boleh dikatakan pada umumnya tidak ada.
Ulama’ zaman dahulu berkata: “Orang mukmin sangat keras memperhitungkan dirinya, lebih dari seorang penguasa yang diktator dan dari seorang sekutu yang kikir.”
PERPECAHAN DAN PERSELISIHAN
Salah satu penyakit pergerakan Islam moden adalah adanya perpecahan parah yang kita saksikan antara bahagian-bahagiannya yang beragam. Masing-masing merasa kebenaran itu hanya ada dalam jamaahnya saja, sedang di luar jamaahnya hanyalah kesesatan. Yang dapat masuk syurga dan selamat dari api neraka hanya dimonopoli oleh anggota jamaahnya, hanya dia saja yang merupakan “kelompok yang selamat”, selain dari itu termasuk kelompok yang sesat.
Alangkah baiknya jika masing-masing bebaik sangka terhadap yang lain, saling bertimbang rasa (toleransi) meskipun dalam keadaan yang berbeza, saling tolong menolong dan tegur menegur dalam berbuat makruf dan berdiri dalam satu barisan menghadapi masalah-masalah yang besar, iaitu kewujudan Islam dan penentuan hari depannya dan bersatu padu dalam menghadapi serangan musuh, baik dalam bentuk Yahudisme, Salibisme, mahupun berupa Komunisme, Kapitalisme dan Sekukarisme.
Pergerakan Islam tidak boleh mengabaikan individu-individu yang kuat bekerja di lapangan dakwah, meskipun mereka bekerja secara sendirian, hanya mempunyai pengaruh dalam lingkungannya dan pada murid-muridnya dan mereka masing-masing mempunyai sekolah dan pengikut. Sudah tentu ramai di antara mereka yang jujur dan ikhlas, yang mampu menggerakkan pendapat umum dan mengarahkannya, jika mereka mahu dan di dukung oleh pengarahan yang tepat.
KURANGNYA PENYELIDIKAN DAN PROGRAM
Kita harus sentiasa mengadakan penyelidikan tentang perkembangan keadaan umat Islam, keadaan pergerakan Islam dan keadaan serta kekuatan pihak yang memusuhi Islam. Semua keterangan dan maklumat itu, dianalisa secara ilmiah dan bertanggungjawab, sehingga diperoleh hasil yang diperlukan untuk digunakan sebagai acuan dalam melaksanakan langkah selanjutnya.
Adapun yang paling utama untuk diprogram dan direncanakan ialah memupuk bakat para anggotanya sejak awal lagi, membimbing dan meningkatkannya dalam berbagai bidang kehidupan seperti dalam sudut ilmu, syariat, politik, ekonomi, sosial, pendidikan, penerangan, pemerintahan, statistik dan sebagainya untuk mengisi kekosongan dan memenuhi keperluan masyarakat. Dan perlu juga mengetahui dan mempelajari apa yang sedang dikejar oleh masyarakat beradab dan moden, seperti dalam dunia komputer dan senjata nuklear, alam luar angkasa dan teknologi canggih lainnya. Sekarang ini terjadi hal sebaliknya, mereka (golongan di luar Islam) sibuk dalam dunia yang setiap hari menambah hal-hal yang baru seolah-olah suatu lompatan dalam ilmu dan teknologi. Sementara kaum muslimin masih bertikai sama sendiri dan hidup dalam alam mimpi dan senda gurau, sedang umat lain bekerja keras. Kaum muslimin lebih banyak berbicara yang tidak mempunyai manfaat sedikitpun bagi dirinya dan umatnya.
Kita bekerja tanpa rencana dan program, sedang lawan-lawan kita tidak demikian, akhirnya hasil perjuangan kita jatuh ke tangan mereka, dalam keadaan kita tidak menyedarinya.
TERBURU BURU
Kita menanam pada pagi hari dan ingin memetik hasil pada petang harinya. Ini bertentangan dengan hukum Allah dalam alam yang sudah diterima oleh seluruh umat manusia. Segala sesuatu yang ada berjalan sesuai dengan ketentuan yang telah digariskan dan diproses menurut lazimnya.
BERLEBIH-LEBIHAN
Beberapa penyakit yang sering menjangkiti umat kita ialah suka bertindak berlebih-lebihan dan di luar hukum. Suatu perkara yang disesalkan dari kita iaitu, ketika menghadapi berbagai masalah, kita lebih suka berdiri pada salah satu hujung dari kedua kutub, iaitu paling kanan atau paling kiri. Jarang kita berdiri dan bersikap “tengah-tengah”, yang Allah puji untuk dijadikan tempat berpihak dan bersikap umat ini, seperti dalam firman Nya.
Firman Allah , Terjemahannya:
“Begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan”
(al-Baqarah ayat 143 )
Penyakit ini telah menulari pergerakan Islam, sehingga sikap berlebih-lebihan memuji diri sendiri, berlebih-lebihan dalam mengecam lawan-lawannya dan berlebih-lebihan dalam berbagai kegiatan lainnya.
Para pemerhatit melihat pergerakan Islam moden dewasa ini sangat berlebih-lebihan menilai besar kekuatannya, berlebih-lebihan menilai kelemahan lawannya, terlalu meremehkan berbagai rintangan yang dihadapi dalam perjalananan, terlalu tinggi memuji diri, terlalu rendah menilai lawan, berlebih-lebihan kalau sedang cinta dan begitu pula kalau sedang benci.
TAKUT DENGAN PEMBAHARUAN
Inilah satu titik lemah dalam pergerakan Islam. Ia takut dari ijtihad, tidak senang pada pembaharuan, tidak cenderung pada keterbukaan dan tidak menyenangi perkembangan dan perubahan.
MARI BERCITA-CITA DAN BEKERJA
Sebenarnya di sana ada harapan yang menggembirakan, menyonsong datangnya hari depan yang lebih baik dan menyedari sudut-sudut kekurangan merupakan langkah pertama dalam mewujudkan kesempurnaan.
SEBAHAGIAN KEJAYAAN PERGERAKAN ISLAM
Pergerakan Islam telah berhasil memperbaiki pemahaman-pemahaman Islam yang diperburuk oleh zaman jumud atau oleh masa penjajahan dan mengusir kebudayaan yang pernah menguasai gelanggang yang dikosongkan beberapa saat lamanya dan memperhambakan akal para cendekiawan umat kita.
Pergerakan Islam berhasil memulihkan masyarakat muslim rasa keperibadian Islam, rasa bangga menjadi anggota “Khaira ummatin ukhrijat lin naasi”, (umat terbaik yang dilahirkan untuk umat manusia), sehingga tertanamlah dalam hatinya cita-cita akan lahirlah hari esok yang cemerlang, sesudah mengalami putus asa yang panjang akibat berbagai kekalahan dan kejatuhan, kerana pengaruh dari luar dan kezaliman dari dalam.
Pergerakan telah berhasil melahirkan suatu generasi muslimin dan muslimat yang patuh dengan ajaran Islam, baik dalam iktiqad, ibadah, fikiran, kelakuan baik, dakwah dan dalam jihad.
Pergerakan ini juga telah merekrut generasi masa depan yang patuh dan berdisiplin , yang sentiasa mendukung dan mencintai dakwahnya, menyatakan kepatuhan pada syariatnya, menolak kekafiran dan sekularisme.
Pergerakan Islam juga telah mempunyai kekuatan dalam mewujudkan apa yang diistilahkan sebagai “kebangkitan Islam” moden, yang meliputi para cendikiawan, baik lelaki mahupun wanita di seluruh penjuru tanah air kaum muslimin dan di luar dunia Islam , seperti Eropah, Amerika dan di Timur Jauh.
PERLU BANYAK KERJA DAN PENGORBANAN
Pergerakan Islam hendaknya beralih dari kegiatan berbicara kepada kegiatan bekerja, agar mampu membebaskan dirinya dari penyakit yang hampir menjadi penyakit umum kaum muslimin, yang selalu menjadi perintang bagi kita untuk melangkah maju, iaitu banyak menangisi masa lalu dan kurang kerja untuk masa kini. Kerana tangis kita itu tidak boleh menghidupkan yang sudah mati dan tidak mampu mengembalikan sesuatu yang sudah hilang.
Dalam menghadapi berbagai penyakit, ramai di antara kita yang mengeluh tetapi sedikit yang mengubati. Banyak yang mengutuk kegelapan dan sedikit yang menyalakan lilin.
Kitaa terlalu berkeluh-kesah kerana sakit dan menderita, sehingga tidak ditemukan seorangpun yang tidak mengeluh, lalu apa yang harus menampung keluhannya itu? Kita semua berkeluh-kesah dan kita sendiri yang menerima keluhan-keluhan itu.
Pergerakan Islam dewasa ini perlu keluar dari lingkaran keluh-kesah dan mengumpat pada zaman lampau ke lapangan kerja, bekerja keras dan terus-menerus bekerja demi agama Islam, sesuai dengan tuntutan zamannya dan sesuai dengan apa yang dilakukan orang-orang lain terhadap agama mereka. Bekerja untuk masa kini, bekerja untuk masa depan, bekerja untuk membangun dan bekerja untuk memelihara bangunan itu dari tindakan penghancuran musuh.
BEKERJA UNTUK MEMIKAT TOKOH DAN MASYARAKAT
Pergerakan Islam hendaklah bekerja dengan sungguh-sungguh untuk memikat hati para tokoh dan masyarakat, untuk menghilangkan tembok pemisah antara pergerakan dan banyak tokoh intelektual dari satu sudut dan dengan masyarakat awam disudut lain.
Pergerakan Islam hendaklah bekerja keras membongkar pagar pemisahan dan menghancurkan tembok buatan dan mulai bekerja dengan semangat baru untuk menembus kalbu masyarakat, yang juga merupakan wadah mereka, dari mereka, kepada mereka dan untuk mereka.
Masyarakat kita percaya dengan fitrah dan sejarahnya, mereka bersama pergerakan Islam dan akan selalu bersama mengumandang keimanan, seperti yang dapat dilihat dari fakta dan dengan membaca sejarah.
Pergerakan akan berjaya selagi ia merupakan pergerakan semua kaum muslimin dan bukan hanya pergerakan segelintir umat Islam.
MENYULUH KEBANGKITAN ISLAM
Di antara perkara yang melambatkan kebangkitan Islam :
Menjauhkan masyarakat dari Islam sebagai tatacara yang mengatur kehidupan, selama orang-orang yang menjadi objek dakwahnya dan calon anggota pergerakan kebangkitan merasa sulit dan berat mengikutinya, kerana yang dimudahkan Allah kepada hamba-Nya dipersulit mereka, bertentangan dengan sabda Nabi s.a.w. yang menyatakan.
“Sesungguhnya kalian dibangkitkan untuk memudahkan dan tidak untuk menyulitkan”
Generasi yang merupakan tulang belakang kebangkitan Islam itu disibukkan dengan masalah-masalah remeh dan kurang berguna dengan mendakwahkan soal-soal furu’, suka berdebat dan bertengkar dan mengabaikan soal-soal besar yang menentukan, yang berkaitan erat dengan peradaban Islam, dengan dominasi umatnya, dengan pembebasan tanah airnya dan dengan pelaksanaan hukum syariatnya di muka bumi.
Pergerakan Islam disibukkan dan diadu domba satu sama lain. Seharusnya pergerakannya diarahkan kepada musuh yang dihadapi bersama, bukan bermusuhan antara satu dengan yang lain sehingga pada puncaknya mereka saling mengkafirkan.
Pergerakan telah memberikan kesempatan kepada penguasa yang sentiasa mengawasi pergerakan Islam, yang sentiasa dirundung rasa takut atau rasa benci, untuk memukul jatuh pergerakan Islam dan semua kerja keIslaman.
PANDUAN UTAMA PENYULUH KEBANGKITAN
Kita harus berpindah kepada perkara-perkara penting sebagaimana berikut:
1. Dari soal furu’ kepada soal usul dan universal
2. Dari kerja nafilah (sunnah) kepada kerja fardu
3. Dari hal-hal yang diperselisihkan kepada hal-hal yang
disepakati
4. Dari kerja anggota tubuh kepada kerja hati
5. Dari kedua-dua sudut kelebihan dan kekurangan kepada hal-hal yang sedang dan normal
6. Dari sikap mempersulit dan menjauhkan orang kepada sikap mempermudah dan menggembirakan hati
7. Dari sikap jumud dan taklid kepada sikap ijtihad dan renovasi
8. Dari fasa bicara dan debat ke fasa kerja dan memberi
9. Dari masa sentimen tanpa persiapan ke masa ilmiah berencana
10. Dari sikap fanatik terhadap orang-orang yang berbeza pendapat kepada sikap toleransi bersama mereka
11. Dari menggalakkan bekerja kepada menanamkan pengertian.
12. Dari memperhatikan soal-soal kuantiti kepada soal-soal kualiti, terutama dalam bidang pendidikan dan pengkaderan.
13. Dari melayang-layang ke langit impian turun ke bumi kenyataan (atau daripada menghulur idealisme lebih baik mengharap yang mungkin dan yang sudah ada).
14. Dari sikap meninggikan diri atas masyarakat kepada sikap hidup bermasyarakat (atau dari sikap menuduh dan memusuhi masyarakat berusaha menjadi tabib masyarakat).
15. Dari sikap yang hanya merenungi kejayaan masa lampau, kembali pada kenyataan masa kini dan mempersiapkan zaman yang akan datang.
16. Dari menghanyutkan diri dalam lapangan politik kepada memusatkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
17. Dari mengobarkan perselisihan yang menimbulkan pertentangan dan pertengkaran kepada perbezaan yang beragam dan bergotong-royong.
18. Dari mengabaikan masalah kehidupan kepada meningkatkannya dengan motivasi lillahi Ta’ala, sebagai amal ubudiyah.
19. Dari pandangan dan sikap yang regional yang sempit kepada wawasan universal yang luas.
20. Dari sikap ujub terhadap diri sendiri kepada sikap memeriksa diri.
KERJA KEMASYARAKATAN
Seharusnya pergerakan Islam terjun ke bidang kemasyarakatan demi mengabdikan diri kepada agama dan umatnya dan jangan sampai kegiatan politik hanya menghabiskan tenaga dan waktunya.
Lapangan dalam bidang kemasyarakatan tidak banyak digeluti oleh kaum muslimin, sehingga lawan-lawannya berhasil menguasai lapangan itu untuk menyebarluaskan agamanya yang menyimpang di tengah-tengah orang lapar, orang sakit, orang buta huruf dan di tengah orang-orang terlantar di antara anak-anak umat kita.
Itulah yang mendorong kami untuk membentuk suatu “Lembaga Sosial Islam Antarabangsa” yang bekerja dengan sekuat tenaga untuk memberi makanan bagi yang lapar, memberi pakaian bagi yang telanjang, memberi ubat bagi yang sakit, pemeliharaan bagi anak yatim, tempat berteduh bagi yang terlantar, pengajaran dan pendidikan bagi yang bodoh, kerja bagi para penganggur, latihan keterampilan bagi yang akan kerja dan berusaha keras dalam mengembangkan kemasyarakatan Islam dari dalam tubuhnya sendiri.
KERJASAMA LAPISAN MASYARAKAT
Sesungguhnya di antara penyakit yang menjangkit kita ialah, banyak penonton dan para penganggur yang hanya berpangku tangan menyaksikan kegiatan pergerakan, padahal wajib bagi mereka untuk bekerja dengan sekuat-kuatnya di lapangan masing-masing, seperti yang difirmankan oleh Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Katakanlah, hai kaumku, bekerjalah kamu menurut keadaan kamu masing-masing dan aku juga bekerja” (al-An’am ayat 135)
Maka hendaklah kita juga mampu menggerakkan kaum muslimin di seluruh dunia, agar mereka melakukan tugas kewajipannya di bidang masing-masing. Kaum lelaki, wanita, orang tua, anak-anak, orang kaya dan orang miskin. Yang penting semuanya bekerja, masing-masing memilih kerja yang sesuai dan selaras untuk dirinya. Siapa yang mampu membuang duri dari jalan, hendaklah ia membuangnya. Siapa yang biasa menabur benih di bumi, hendaklah ia menaburnya.
BAHAGIAN 3 : PENUTUP
Sesungguhnya kerosakan itu umum dan menyeluruh dan tanggung jawabnya dipikul bersama, meskipun masing-masing berbeza-beza pendapat.
Kalau kami mahu berterus terang, kami akan mengatakan, kerosakan itu terdapat dalam batin kita, dalam diri kita masing-masing, kerana kita terlalu mencintai kita. Kita masing-masing bertawaf di sekitar zat kita, seperti penyembah berhala dengan mengelilingi berhalanya, dalam usaha mencuci bersih diri sendiri dan menunding orang lain. Orang lain selain dari kita sendiri dipersalahkan sebagai yang bertanggunjawab. Kita melihat kotoran pada mata orang lain tetapi tidak melihat kayu pada mata kita sendiri.
Ya, kerosakan itu terdapat pada diri kita semua. Kaum muslimin dituntutnya untuk bekerja, sedang dia sendiri tidak, mereka diperintahkan berjihad, dia sendiri duduk, mereka disuruh menyumbang, sedang dirinya sangat kikir dan mereka dituntut untuk berkorban, sedang dia sendiri menontoninya.
Penyakitnya ada dalam diri kita semua, kerana semuanya beriman kepada Allah dan sekaligus tidak patuh kepada perintahNya. Kita mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi enggan mengikuti ajarannya. Ingin masuk ke syurga, tetapi tidak menempuh jalan-jalannya dan takut pada api neraka, namun senang menempuh jalan yang dapat menghantarkan ke neraka. Senang mengakui dirinya sebagai orang Islam, tetapi enggan bekerja untuk membela agamanya.
Sungguh berbahagia orang yang telah mulai dengan memperbaiki dirinya sendiri, kemudian mengajak orang lain.
Meletakkan tangannya dan berpimpingan tangan dengan semua orang yang sealiran, yang sefahaman dalam berbuat kebaikan, tidak jemu dengan apa yang dilakukan , tidak putus asa dengan apa yang dihadapi, percaya penuh pada dirinya, berbahagia dengan agamanya, beriman dengan Rabb-Nya, sentiasa mengharap bantuan Nya agar memenangkan kaum muslimin.
Adapun hal-hal yang memberi perangsang dan menguatkan harapan kita pada hari depan, antara lain:
1. Sesungguhnya kita ada di pihak al-Haq (kebenaran), yang dengan itu Dia telah menciptakan langit dan bumi.
2. Sesungguhnya kita ada di pihak fitrah Islam, yang Allah berkenan menempatkan manusia padanya, yang tiap-tiap hari berbondong-bondong orang kembali ke pangkuannya, mendapat hidayah sesudah hilang dalam kesesatan, bertaubat sesudah hanyut dalam maksiat, kembali insaf sesudah fikiran dan akhlaknya terbius hawa nafsu atau kembali sedar setelah lama terbuai nyenyak dan kembali bergabung dengan kafilah orang-orang yang kembali iaitu, bersama rombongan Islam.
3. Sesungguhnya kita bersama-sama bangsa-bangsa umat Islam, yang Islam sudah menjadi darah dagingnya, yang tidak mungkin dipisah-pisah dari kewujudannya, baik mental, spiritual mahupun sosial, yang tidak mungkin boleh hidup atau boleh mewujudkan dirinya sendiri, melainkan dengan Islam dan tidak mungkin boleh digerakkan oleh siapapun, seperti yang digerakkan oleh kalimah Islam.
4. Sesungguhnya kita bersama dengan kepentingan umat manusia, yang telah menderita sengsara kerana falsafah hidup manusia dan perundangan bumi.
5. Dan bersama kita sebelum dan sesudah itu semua pertolongan Allah s.w.t. yang berjanji akan menolong orang-orang yang menolong Nya dan menjamin akan memenangkan agama Nya di atas semua agama, meskipun orang-orang musyrik tidak senang, akan menyempurnakan cahaya Nya, meskipun tipudaya lawan terus dilanjutkan.
-> ABAH & ATUK @ 5:20 PM 0 comments
HALATUJU NEGARA ISLAM
Ciri-Ciri Negara Islam
Terdapat tiga ciri-ciri penting di dalam menegakkan Negara Islam.
1. Syariat Islam yang mesti dipatuhi kepadanya.
2. Umat yang mendokonginya
3. Pemerintahan Islam yang menaunginya.
Syariat Islam Yang Mesti Dipatuhi Kepadanya
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran supaya kamu mengadili di antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu dan janganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah) kerana membela (orang-orang yang khianat)."
Firman Allah SWT lagi yang bermaksud:
"Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat dari urusan agama itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui."
Syariat Allah wajib menjadi aqidah negara dan pegangan kerajaan. Perlembagaan dan segala urusan pemerintahan hendaklah dirujuk kepadanya, kerana menurut Islam;
• Semua manusia tanpa mengira bangsa, warna kulit dan peringkat adalah hamba kepada Allah. Tidak harus bagi manusia berlagak menjadi Tuhan sama ada orang perseorangan atau kumpulan. Sebarang tindakan atau amalan mempersucikan manusia. Memberi kuasa mutlak kepada orang perseorangan atau kumpulan yang mengadakan hukum syariat menurut kemahuan adalah syirik dan mengaku mempunyai hak ketuhanan.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Apakah mereka mempunyai sekutu-sekutu selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka daripada perkara ad-Deen yang tidak diizinkan oleh Allah."
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Maka demi Tuhanmu, mereka tidak beriman sehinggalah mereka menjadikan kamu (Muhammad SAW) hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa di dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya."
• Semua manusia adalah sama dari segi asal usul mereka dan diciptakan oleh Tuhan Yang Maha Esa. Walaupun berbagai-bagai bangsa dan menggunakan berbagai-bagai bahasa. Mereka tetap mempunyai titik persamaan sebagai manusia yang bersifat manusia dan semua mereka adalah hamba Allah.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Wahai manusia! Sesungguhnya Kami mencipta kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlainan bahasamu dan warna kullit. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui."
• Setiap orang mempunyai tanggungjawab sebagai makhluk sama ada ia pemerintah atau rakyat biasa.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku."
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud"
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang rakyatnya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin. ia akan ditanya tentang rakyatnya, seorang lelaki pemimpin pada ahlinya dan ia akan ditanya tentang rakyatnya, seorang perempuan itu pemimpin di dalam urusan rumah tangga suaminya dan ia ditanya tentang rakyatnya, dan khadam itu menjadi pemimpin urusan harta tuannya dan ia akan ditanya tentang rakyatnya dan seorang anak menjadi pemimpin menggunakan harta ayahnya dan ia ditanya tentang rakyatnya, maka semua kamu adalah pemimpin dan ditanya tentang rakyatnya."
Tanggungjawab itu ada dua bahagia.
1. Di dunia yang mesti diatur menurut syariat Allah.
2. Di akhirat di mana ia bertanggungjawab di hadapan Allah SWT.
• Sumber hukum syariat kepada manusia sama sahaja dengan sumber peraturan tabi'e kepada makhluk lain. Mereka mestilah patuh kepada apa yang ditentukan oleh Allah dan manusia pula menerima taklimat Hukum Allah dari para Rasul yang dipilih oleh Allah. Syariat tersebut benar-benar menepati fitrah (naluri) manusia dan ditetapkan secara qat'i (putus) dalam perkara-perkara yang tidak dapat di capai oleh akal manusia dan diberi dasar umum dalam perkara yang dapat dikaji dengan akal yang betul dan dinyatakan batas-batas agar manusia tidak terlanjur dengan akalnya semata-mata. Dalam konteks Negara Islam, terdapat begitu banyak sumber-sumber yang boleh dipakai sepanjang zaman. Di antara sumber-sumbernya ialah:
1. Al-Quranul Karim, yang diwahyukan dari Allah SWT. Di dalamnya terkandung semua perkara-perkara dalam kehidupan manusia, bermula dari perkara hubungan mereka dengan Allah SWT sehingga kepada hubungan mereka dengan bahan-bahan yang ada di atas muka bumi yang ditugaskan mereka memakmurkannya. Di dalamnya terdapat ayat-ayat yang menjadi perlembagaan Negara Islam , yang menjadi dasar dan hukum pembentukan masyarakat dan segala kegiatan yang mempunyai matlamat yang sebenar.
2. Sunnah Rasulullah SAW. Bagaimana Rasulullah SAW mempraktikkan Hukum Allah SWT yang ada di dalam al-Quranul Karim. Bagaimana Rasulullah SAW melaksanakan Islam di dalam masyarakat dan negara yang paling majmuk. Darinya kita dapat memahami bagaimana dan ke arah mana al-Quran itu diamalkan.
3. Perjalanan Al-Kulafah ar-Rasyidin. Mereka yang menjadi Ketua Negara selepas wafatnya Rasulullah SAW. Melalui perjalanannya kita dapat memahami bagaimana penyelesaian yang kadang-kadang ada perkara yang tidak timbul di zaman Rasulullah SAW, tetapi dapat di hadapi dengan selamat berdasarkan al-Quran dan Hadith Nabi SAW.
4. Pendapat Ulama' Muhtahiddin. Iaitu mereka yang memahami isi kandungan al-Quran dan Hadith dan juga masalah semasa dengan pandangan-pandangan tajam sehingga dapat diputuskan hukum dan menyelesaikan semua masalah. Di dalam kitab-kitab karangan mereka amat kaya dengan bahan-bahan untuk Negara Islam.
• Tegaknya Negara Islam itu hendaklah di atas dasar membebaskan manusia dari pengabdian sesama makhluk kepada hanya mengabdikan diri kepada Allah SWT. Apabila dasar pengabdian diri hanya kepada Allah SWT dijunjung di dalam sesebuah negara, maka berlakulah keadilan sejagat dan mutlak. Tiadalah manusia dianggap istimewa di dalam melaksanakan undang-undang kepadanya. Inilah yang diucapkan oleh Raba'i bin Amir kepada Rustam, panglima tentera Farsi yang bermaksud:
"Allah membangkitkan kami untuk menyelamatkan sesiapa yang mahu lari dari mengabdikan diri kepada sesama hamba (manusia) kepada mengabdikan diri kepada Allah dari kezaliman berbagai-bagai ajaran kepada keadilan Islam dan dari kesempitan dunia kepada yang luas terbentang."
Syariat Islam itu mampu memenuhi keperluan manusia sejagat dalam semua keadaan dan masa kerana ia mempunyai beberapa sifat keistimewaan yang tidak ada pada ajaran yang lain. Di antaranya ialah:
1. Beriman kepada Allah yang membawa kepada ketundukan dan kepatuhan yang ikhlas bagi menegakkan hukum agama-Nya. Menjadikan seseorang itu tidak ragu-ragu tentang kejayaan Hukum Islam yang diberikan jaminan oleh Allah SWT lalu ia tidak membuat pilihan lain lagi. Tidak lagi dipengaruhi oleh kepentingan diri atau puak.
Perlaksanaan dari hati ikhlas dan bukannya berpura-pura untuk menarik sokongan manusia semata-mata. Ia tetap menegakkan keadilan dan kebenaran walaupun ia jatuh dan tumbang kerananya. Tanggungjawab seseorang yang beriman itu bukan sahaja di dunia tetapi ia menyedari matlamatnya iaitu mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT. Maka tiadalah sikap mengabdikan diri sesama manusia atau mempermainkan mereka dengan kuasa pemerintahan yang ada.
2. Kemanusiaan sejagat. Di mana hukum Islam itu menjadi rahmat kepada manusia seluruhnya. Bukan hanya untuk sesuatu bangsa atau sesuatu kawasan atau menurut sempadan negeri sahaja. Fahaman Asobiyyah yang termasuk di dalam fahaman nasionalisme adalah bertentangan dengan Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Bukan dari kalangan kami, orang yang menyeru ke jalan asobiyyah. Dan bukan dari kalangan kami orang yang berjuang di atas jalan asobiyyah dan bukan dari kalangan kami orang yang mati di atas dasar asobiyyah."
Apabila ditanya, apakah makna asobiyyah, Rasulullah SAW menjawab yang bermaksud:
"Kamu menolong kaummu di atas dasar kezaliman."
Maka tiada orang yang istimewa di bawah undang-undang atau membahagikan hak kerana apabila meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya adalah zalim.
3. Keadilan mutlak, yang mesti ditegakkan di kalangan manusia ke arah mewujudkan persaudaraan di kalangan mereka. Memelihara kebebasan beragama walaupun kita tetap menyatakan bahawa Islamlah satu-satunya agama yang benar. Memelihara nyawa, akal, akhlak, keturunan dan hartabenda kerana semua manusia adalah hamba Allah SWT dan bukannya hamba kepada negara dan kerajaan. Kerajaan Islam adalah pelaksana hukum Allah SWT dan bukannya pembuat atau pengubal hukum menurut kemahuan mereka dalam perkara yang tidak diizinkan oleh agama. Sejarah Islam kaya dengan contoh-contoh keadilan dan menolak kezaliman. Keadilan mestilah ditegakkan walaupun terhadap musuh negara. Apa lagi terhadap rakyat termasuk rakyat bukan Islam yang memberi taat setia kepada Negara Islam. Keadilan itu berlaku dalam semua perkara. Bukan sahaja di mahkamah tetapi juga di dalam pentadbiran dan pembahagian hak.
4. Pertimbangan di antara kepentingan individu dan kepentingan masyarakat. Ini berbeza dengan negara-negara kapitalis yang terlalu memberi hak kepada individu sehingga menjejaskan kepentingan masyarakat. Tidak juga seperti negara komunis dan sosialis yang melampau dalam membela kepentingan masyarakat, kononnya tetapi sebaliknya merampas beberapa hak individu. Di antara contoh yang nyata di dalam perkara ini ialah dalam aspek memberi hak milik kepada rakyat. Di dalam al-Quran dan al-Hadith Nabi SAW, menyatakan bahawa di antara sifat manusia ialah memiliki sesuatu dan hidup bermasyarakat. Oleh itu beberapa perkara yang menjadi sumbangan kepada masyarakat di wajibkan di dalam Islam, seperti zakat dan lain-lain tanpa menghapuskan naluri kepentingan individu yang ada pada manusia.
5. Thabat dan Marunah (Teguh dan Anjal) Iaitu teguh dalam perkara-perkara dasar dan beberapa perkara cabang serta perkara yang menjadi matlamat manusia yang tidak mampu mereka tentukan dengan akal mereka semata-mata. Islam tidak pernah mengikat penggunaan ilmu pengetahuan yang betul di dalam menghadapi perubahan masyarakat menurut masa dan tempat lalu diizinkan berijtihad kepada orang yang mempunyai keahlian dan memberi hak yang dinamakan siasah syariah kepada pemerintah mengendalikan masyarakat dan negara yang mengalami cabaran dan situasi yang berbeza-beza tanpa menyanggah Hukum Islam yang tetap untuk memberi kebaikan kepada manusia.
Mendaulatkan Syariat Islamiyyah
Negara Islam ialah negara yang mendaulatkan Hukum Allah SWT, di mana ia mestilah dibuktikan dengan perkara-perkara berikut:
1. Syariat Islamiyyah hendaklah menjadi aqidah negara dan dari aqidah itulah ditegakkan Perlembagaan, Perundangan dan segala nizamnya.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dia telah mensyariatkan bagi kamu tentang agama apa yang telah dipesankan dengannya akan Nabi Nuh, yang diwahyukan kepadamu dan dipesankan dengannya akan Ibrahim, Musa dan Isa agar kamu menegakkan agama dan janganlah kamu berpecah-belah tentangnya."
Jika negara itu dari awal-awal lagi tidak meletakkan Islam ke taraf tersebut seperti hanya diberikan tempat dan ruang di dalam Perlembagaan, di samping mengizinkan hukum-hukum lain mengatasi Hukum Islam maka ia dianggap syirik dan tiada nilai keIslaman yang sebenar di dalam kegiatan Islam atau yang bernama Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada Nabi-Nabi sebelummu, jika kamu syirik nescaya akan hapuslah amalan dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang-orang yang rugi."
Apa yang tersebut bukanlah suatu kongkongan daripada keteguhan. Jalan yang ada di dalam Islam sudah cukup untuk memberi peluang yang seluas-luasnya kepada negara yang mengendalikan urusannya dan sebarang penerimaan yang lain adalah anggapan seolah-olah Islam ini tidak mempunyai kesempurnaan, Na'uzu billai min zalik.
2. Syariat Islamiyyah itu hendaklah diletakkan paling tinggi. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Iaitu janganlah ada hukum atau undang-undang lain yang mengatasi hukum atau undang-undang atau mengatasi syariat Allah SWT dan Rasul-Nya SAW. Adalah bertentangan dengan Islam bahkan menipu rakyat apabila sesebuah negara menjadikan Islam sekadar agama Negara atau Islam dijadikan salah satu sumber rujukan sahaja dan sebaliknya mengamalkan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam.
3. Perlaksanaan yang syumul (menyeluruh). Sebagaimana yang di fahami, Islam adalah agama yang syumul dan sempurna. Ajarannya mencakupi segala aspek kehidupan seperti aqidah, syariah, akhlak dan nizam, kerohanian dan kebendaan, kepentingan individu dan masyarakat. Tiap-tiap aspek ini berhubungkait di antara satu sama lain. Tanpa perlaksanaan yang menyeluruh nescaya akan gagal untuk mengatasi segala masalah. Oleh itu wajiblah bagi Negara Islam itu melaksanakan sifatnya yang syumul.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada perkara-perkara yang dilakukan secara tadaruj (berperingkat) tetapi penerimaannya sebagai dasar negara secara menyeluruh adalah wajib. Islam tidak mengiktiraf penerimaan secara serpihan sahaja. Sesungguhnya melaksanakan Islam secara serpihan sahaja adalah suatu penyelewengan.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah. Dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan oleh Allah kepada kamu."
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang dengan pertolongannya menghalang perlaksanaan hukum Hudud (kanun Kesiksaan) maka sesungguhnya ia menentang Allah pada hukum-Nya."
Jika membatalkan satu Hukum Allah di anggap menentang-Nya dan derhaka maka bagaimana dengan mereka yang membatalkan lebih dari satu?
Sebarang perlaksanaan Islam oleh Negara Islam hendaklah menyatakan dasarnya yang jelas, niat yang ikhlas dan perancangan yang betul dan tepat dengan syariatnya.
Umat Yang Mendokongnya
Negara Islam tidaklah muncul secara spontan. Kewujudannya adalah melalui proses naluri manusia. Ia wujud dengan adanya umat yang mendokong cita-cita Islam.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dan di antara orang yang Kami ciptakan, ada umat yang memberi petunjuk dengan hak dan dengan hak itu pula mereka menjalankan keadilan."
Negara Islam tidak ditegakkan secara percuma adalah merupakan suatu hikmat yang besar. Ia di mulakan dengan pembentukan golongan yang beriman kepada Islam. Melalui ilmu dan perjuangan maka akan terhasil keimanan yang sebenar yang memberi mereka kefahaman erti keadilan Islam. Mereka seringkali di uji dan dikenakan tindakan kezaliman yang dilakukan ke atas mereka. Proses ini menyebabkan mereka mereka menjadi bertambah teguh pendirian dan semakin berani untuk menegakkan hukum Allah SWT dengan penuh pengabdian tanpa merasa takut dan gentar terhadap makhluk. Proses ini juga akan menyebabkan mereka menjauhkan diri daripada bersikap zalim setelah mereka diberikan kuasa memerintah di atas muka bumi ini. Perkara ini tidaklah berlaku selagi tidak wujud apa yang dinyatakan oleh Allah SWT di dalam firman-Nya yang bermaksud:
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, yang menyeru kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar (kejahatan) dan beriman kepada Allah."
Apabila telah wujud umat yang mendokong Islam, akan terlaksanalah apa yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
Umat atau golongan yang menjadi pendokong Negara Islam mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
1. Amar Makruf dan Nahi Mungkar. Ini bermula dari peringkat pendokong gerakan Islam itu sendiri. Amatlah tidak wajar jika mereka menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan dan mengaku menegakkan kebenaran sedangkan pendokong itu sendiri tidak mengamalkannya. Melarang orang lain daripada melakukan kemungkaran, sedangkan dia sendiri adalah ahli mungkar.
2. Beriman kepada Allah. Yang dimaksudkan beriman kepada Allah ini ialah iman yang dibina di atas Tauhid dalam segala aspek seperti Rububiyyah, Uluhiyyah, Asma' dan Sifat. Termasuk di dalam Tauhid ini juga ialah perkara-perkara yang berhubung dengan masalah kenegaraan.
3. Umat yang menerima konsep Wahdah (kesatuan) manusia. Menyedari bahawa mereka adalah ciptaan Allah SWT sahaja dan tiada yang lain, maka mereka hendaklah menegakkan Hukum Allah SWT ke atas manusia seluruhnya tanpa mengira bangsa, warna kulit dan agama. Fahaman asobiyyah dianggap sebagai fahaman jahiliyyah dan tidak diiktiraf oleh Islam. Oleh itu, kerakyatan dalam negara Islam, pemberian hak, perlindungan kepada beragama, kebudayaan dan merasai keadilan adalah untuk seluruh umat di dalam negara Islam. Sama ada umat tersebut adalah umat ijabah (mereka yang menganut Islam) atau umat dakwah (semua manusia termasuk orang yang bukan Islam).
Tidak seperti apa yang berlaku di dalam negara yang tidak mengamalkan Islam. Sebagai contoh kita melihat di dalam sesebuah negara yang mengamalkan diktator, berlaku tindakan membunuh pembangkang. dan diskriminasi di dalam negara yang mengamalkan demokrasi. Oleh yang demikian, pembelaan hak di dalam pemerintahan Islam adalah wajib.
span class="fullpost">
Pemerintahan Islam Yang Menaunginya
Menegakkan pemerintahan Islam adalah wajib menurut nas al-Quran, hadith Nabi SAW dan Ijma' Ulama'. Ia merupakan sebahagian daripada perkara-oerkara penting di dalam Hukum Islam. Di dalamnya tertakluk perlaksanaan Islam yang menyeluruh sehingga ulama'-ulama' besar yang muktabar memberi perhatian kursus di dalam kitab-kitab mereka. Di antaranya ialah al-Mawardi, Imam al-Haramain, al-Juwini, al-Ghazali, at-Taftazani, Ibnu Khaldun dan lain-lain.
Tidak seharusnya orang-orang yang mengaku Islam memandang ringan tentang perkara ini, bukan sahaja di kalangan ahli sunnah tetapi juga di kalangan syiah. Pemerintahan Islam hendaklah ditegakkan di atas asas yang telah ditetapkan oleh Islam iaitu:
1. Tanggungjawab Pemerintah. Maksubnya tanggungjawab di hadapan Allah SWT dan di hadapan manusia. Pemerintah tidak mempunyai kuasa mutlak sama ada pemerintahan itu orang perseorangan atau kumpulan. Mereka hendaklah menjalankan pemerintahan sebagaimana yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW, yang membawa unsur-unsur beriman, beribadat dan berakhlak di dalam politiknya. Mereka juga haruslah menolak pengaruh kebendaan dan kepentingan duniawi. Allah SWT menentukan kekuasaan pemerintah sebagai pelaksana dan wakil yang diberi tanggungjawab oleh Allah SWT. Mereka juga telah diberi kepercayaan oleh rakyat, maka tiada di dalam Islam teori raja tidak melakukan kesalahan. Pemerintah juga diamanahkan oleh rakyat untuk menyelesaikan masalah dalam urusan mereka.
Firman Allah SWt yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada orang yang berhak kepadanya dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu, sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Melihat."
"Wahai orang-orang yang beriman! taatlah Allah dan taatlah Rasul-Nya dan Ulil Amri di kalangan kamu, kemudian jika kamu bertelingkah tentang sesuatu perkara maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (al-Hadith) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat dan demikian lebih utama bagimu dan lebih baik akibatnya."
Di mana pemerintah hendaklah bertanggungjawab menegakkan Hukum Allah dengan seadil-adilnya dan menyelesaikanm, masalahumat dengan Hukum Allah. Bukan dengan hukum ciptaan manusia. Pemerintah wajiblah menunaikan amanat Allah dan rakyat. Menyampaikan amanat kepada yang berhak sebagaimana ia menyuruh kakitangan dan pegawai-pegawainya bersifat amanat.
2. Penyatuan Umat. Persaudaraan yang mengikat hati manusia dengan ajaran Islam adalah sebahagian daripada iman. Tidaklah sempurna iman seseorang Islam itu melainkan mengujudkan persaudaraan menurut persaudaraan Islam. Oleh itu maka berlakulah secara praktikal apa yang disebut sebagai kebebasan bersuara atau mengemukakan pandangan. Pandangan dan nasihat harus diberi tanpa mengira kedudukan atau pangkat. Pemerintah Islam harus menerima pandangan yang diberi, walaupun pandangan tersebut datang dari orang bawahannya. Ini berdasarkan kepada apa yang disabdakan oleh Nabi SAW yang bermaksud:
"Agama itu adalah nasihat."
Para sahabat bertanya:
"Bagi siapa? Ya Rasulullah."
Rasulullah SAW menjawab:
"Bagi Allah, bagi kitab-Nya, bagi Rasul-Nya, bagi Imam-Imam (pemimpin-pemimpin) kaum muslimin dan bagi rakyat mereka."
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Apabila engkau melihat umatku takut untuk berkata kepada si zalim, wahai si zalim, maka sesungguhnya diterima ucapan selamat tinggal daripadanya."
Menurut satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Perut bumi lebih baik kepada mereka daripada belakangnya."
Penyatuan umat ini adalah merupakan perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAw di Madinah. Rasulullah SAW telah menyatukan kaum Aus dan Khazraj dan di antara Muhajirin dan Ansar. Mereka telah bersatu menjadi satu umat yang teguh. Di samping itu Rasulullah SAW juga telah mementerai perjanjian kerakyatan dengan orang-orang bukan Islam. Di antara isi kandungan perjanjian tersebut ialah:
Bahawa orang-orang Yahudi yang menyertai kita hendaklah mendapat pertolongan dan pimpinan dengan tidak dizalimi dan tidak boleh ada pakatan tidak baik terhadap mereka.
Maka terjalinlah persaudaraan Islam dan hubungan kemanusiaan
3. Menghormati pandangan rakyat, Rakyat di dalam Negara Islam mempunyai hak penilaian terhadap pemerintah. Mereka berhak memberi pandangan yang baik sama ada secara individu atau melalui wakil mereka di dalam Majlis Syura' yang disebut juga dengan Ahlul Khali Wal Akdi. Majlis ini terdiri terdiri dari kalangan ulama' dan mereka yang mengetahui masalah semasa. Menjadi kewajipan kepada pemerintah pula melaksanakan Syura' (permesyuaratan) kerana firman Allah SWT yang bermaksud:
"Maka disebabkan rahmat dari Allah, kamu berlaku berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar nescaya mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membuat tekad, maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya."
Perkara ini dipraktikkan di zaman Nabi SAW dan di zaman Khulafah ar-Rasyidin. Kita dapat melihat kejayaan yang dicapai oleh umat Islam yang pertama setelah dilahirkan di Semenanjung Tanah Arab yang jauh dari tamaddun. Mereka telah berjaya meledakkan suatu kebangkitan umat yang mempunyai kematangan di kalangan pemimpin dan rakyat.
Kita boleh melihat contoh bagaimana seorang pemimpin mendengar pandangan daripada rakyatnya melalui ucapan Saidina Abu Bakar As-Siddiq setelah dilantik menjadi Khalifah yang pertama.
"Wahai manusia! sesungguhnya aku telah dipilih menjadi ketua kamu dan bukanlah aku orang yang paling baik di kalangan kamu, jika aku baik maka tolonglah aku, jika aku tersilap maka perbetulkanlah aku."
Begitu juga dengan ucapan Saidina Omar bin al-Khattab, Khalifah yang kedua.
"Siapa yang melihat berlakunya kepadaku penyelewengan maka perbetulkanlah aku."
Ketua Negara mestilah sentiasa membuka dada untuk dibangkang dan ditegur kalau ia tersilap dan rakyat pula mestilah berani menegur.
Perhatikanlah ucapan Omar bin Abdul Aziz, seorang Khalifah yang memerintah selepas zaman Nabi dan zaman para sahabat sebagai bukti kewujudan pemerintahan Islam yang berjaya selepas generasi pertama. Di antaranya beliau berkata yang bermaksud:
"Adapun selepas itu, maka sesungguhnya tiada lagi Nabi selepas Nabi kamu Muhammad SAW dan tiada lagi kitab selepas Kitab (al-Quran) yang diturunkan kepadanya."
" Ingatlah, sesungguhnya apa yang dihalalkan oleh Allah Azzawajalla tetap halal hingga ke hari kiamat dan apa yang diharamkan oleh Allah tetap haram hingga ke hari kiamat."
" Ingatlah sesungguhnya tidak harus bagi seseorang itu taat dalam perkara derhakakan Allah Azzawajalla."
"Ingatlah, sesungguhnya aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu, tetapi Allah telah menjadikan aku orang yang paling berat memikul tugas."
Menurut Islam, anggota di dalam kerajaan, pegawainya, bahkan rakyatnya diizinkan, bahkan wajib untuk menasihat dan membangkang dalam perkara penyelewengan. Adalah berdosa jika sekiranya seseorang itu melihat kemungkaran tetapi tidak ditegahnya. Dan menjadi kewajipan juga kepada pemerintah menerima nasihat dan teguran yang baik dan membina. Adalah haram jika mereka menolak kebenaran dan lebih berdosa lagi jika mereka bertindak ke atas orang yang menegurnya.
Sifat-Sifat Pemerintahan Islam
Pemerintah menurut Islam bukanlah hanya sekadar memegang teraju pemerintahan dan melaksanakan menurut kemahuan sendiri, melakukan sesuatu dan memerintah dengan sewenang-wenang sahaja tetapi memikul kewajipan yang besar dan tanggungjawab yang berat. Untuk mengetahui sifat dan tanda-tanda sesuatu pemerintahan Islam ialah berpandukan kepada apa yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud:
"Orang-orang yang apabila telah Kami berikan kedudukan yang kukuh di atas muka bumi, mereka mendirikan sembahyang, memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah yang mungkar dan kepada Allah jua akibat segala urusan."
Ayat ini menyatakan perkara-perkara yang mesti dilakukan oleh pemerintahan Islam.
1. Mendirikan sembahyang. Iaitu melakukan hubungan yang kuat di antara masyarakat Islam dengan Allah SWT.
2. Memberi zakat dengannya diberi perhatian kepada masalah ekonomi dan pembahagiannya yang adil.
3. Menyeru kepada yang makruf menyebarkan kebaikan dan melakukan islah dalam masyarakat.
4. Mencegah kemungkaran memerangi segala bentuk kejahatan, penyelewengan, kezaliman dan maksiat.
Pemerintah yang begitu rupa memerlukan orang yang benar-benar layak, adil dan soleh, mempunyai persediaan ilmu, amal dan peribadi yang mulia.
Kalau begitulah sifatnya pemerintahan Islam dan pendokongnya, maka tiada alasan yang munasabah kepada mereka yang takut kepada wujudnya Negara Islam tulin melainkan orang-orang yang zalim dan fasik.
Matlamat Negara Islam
Menurut Islam, menjadi pemerintah ialah untuk mencapai matlamat, bukannya menjadi matlamat. Mewujudkan Negara Islam itu ialah memungkinkan kita melaksanakan perintah Allah dan ini tidak boleh dilakukan secara individu. Menegakkan negara Islam ini terkandung di dalam matlamat melaksanakan perintah Allah SWT yang di gariskan kepada tiga perkara,
1. Matlamat Khulafah. Iaitu tugas yang maha besar yang diisytiharkan oleh Allah kepada para malaikat. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat. Sesungguhnya Aku akan jadikan di muka bumi itu khalifah."
Para ulama mentakrifkan Khulafah itu sebagai “Mengalang-ganti keNabian di dalam perkara memelihara agama dan mentadbir dunia dengannya (iaitu dengan agama).
Dari takrif tersebut, kita dapati dua unsur terpenting di dalam tujuan kejadian manusia.
• Menjaga agama
• Mentadbir dunia
Menjaga agama dilakukan dengan melaksanakan dua perkara pokok.
a) Menegakkan Islam dengan menyatakan kepada manusia seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat RA dengan menyatakan apakah Islam yang sebenar kepada seluruh manusia dan membuktikan kebaikan ajaran dan hukum-hukumnya di samping mempertahankan dari musuh.
b) Melaksanakan Islam dengan mengamalkan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya dalam semua urusan. Termasuk juga di dalamnya urusan bermasyarakat dan bernegara. Menyeru dan mengajak manusia kepada melaksanakan perintah agama dan bertindak ke atas sesiapa yang tidak melakukannya, di samping mencegah kemungkaran dan kejahatan dengan kuasa pemerintah.
Mentadbir dunia dengan agama ialah menghayati bahawa urusan dunia itu termasuk juga di dalam urusan agama. Ia mestilah patuh kepada perintah agama. Apa yang dimaksudkan ialah segala urusan negara yang membawa kepada kebaikan dan menolak keburukan tidak akan sempurna dan tidak dapat disempurnakan melainkan dengan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT terutamanya perkara-perkara yang berhubung dengannya.
1. Menegakkan keadilan di kalangan manusia
Ciri-ciri utama mentadbir dunia dengan agama ialah beriltizam sepenuhnya dengan keadilan kerana ia menjadi tunggak yang menguatkan negara. Sebenarnya kezaliman itu tidaklah menandakan kekuatan negara tetapi menandakan keruntuhannya.
Di dalam Islam makna adil ialah meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya menurut hukum Islam. Dengan keadilan itu terjamin pemberian hak kepada yang berhak dan tidak berlaku zalim kepada yang berhak. Pemerintah hendaklah bertindak menentang kezaliman daripada diri sendiri. Al-Alamah Ibnu Khaldun menjelaskan makna zalim di dalam kitabnya Al-Muqqadimah:
Janganlah kamu menyangka zalim itu mengambil harta atau merampas milik tanpa alasan dan gantian yang wajar seperti diketahui umum, tetapi zalim itu bermakna lebih luas dari itu. Zalim itu ialah setiap orang yang mengambil milik orang lain atau merampas di dalam kerjanya, atau membuat permintaan yang tidak sebenar, atau mewajibkan kepada seseorang dalam perkara yang tidak diwajibkan oleh hukum syarak. Oleh itu mengambil cukai dengan cara yang tidak benar adalah zalim, bertindak mencari kesempatan daripadanya adalah zalim, menghalang hak orang lain adalah zalim. Kesemua akibat penyakit zalim yang berlaku menjadi bebanan negara ke arah membawa keruntuhan.
Bagi menegakkan keadilan, pemerintah wajib memberi tugas urusan negara kepada orang yang berkelayakan dan mempunyai sifat yang baik. Bukannya berdasarkan kepada orang yang berada di sekeliling pinggang tanpa membezakan di antara pengampu dan penasihat.
Pemerintah juga hendaklah mengawasi jentera kerajaan dan petugas-petugasnya agar mengikuti jalan yang sebenar dan tidak cuai dalam mengendalikan urusan negara untuk umatnya. Di dalam kitab Fiqah Siasi di sebut al-Hasabah atau Nizamul Hasabah perlu di wujudkan. A Hasabah ialah satu badan yang diberi kuasa penuh bagi menjalankan tugas munasabah terhadap perjalanan pentadbiran dan hal ehwal rakyat di samping menerima pengaduan rakyat.
2. Membentuk pandangan yang mulia dan kebebasan pendapat yang bermaruah.
Dengan menggalakkan amar makruf dan nahi mungkar dan nasihat menasihati maka terbentuklah satu umat yang dinyatakan di dalam al-Quran yang bermaksud:
“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dijadikan untuk manusia, kamu menyeru kepada kebaikan dan menegah kemungkaran dan beriman kepada Allah.”
Dan Allah SWT melaknat umat yang tidak wujud sifat-sifat tersebut. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dilaknati akan orang-orang Kafir di kalangan Bani Israel dengan lisan Daud dan Isa bin Maryam, yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas, mereka selalu tidak melarang antara satu sama lain dalam perkara mungkar yang mereka perbuat, sesungguhnya amat buruk apa yang selalu mereka perbuat itu.”
Di antara sifat yang berlaku sekarang ialah tidak memberi kebebasan kepada akhbar untuk mengkritik walaupun yang membina menurut Islam, di samping itu memebebaskan ruang yang menggalakkan kemungkaran, dan di antaranya ialah menutup penyelewengan dan kezaliman yang berlaku.
span class="fullpost">
3. Menghormati taraf kemanusiaan.
Di antara peranan yang dilakukan oleh Negara Islam itu ialah menghormati dan mempertahan taraf kemanusiaan sebagai makhluk yang mulia di sisi Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam. Kami menanggung mereka di daratan dan dilautan. Kami berikan mereka rezeki yang baik-baik dan Kami lebihan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.”
4. Menegakkan keamanan dan kestabilan
Negara Islam berkewajipan menjamin keamanan dan kestabilan negara demi memelihar kepentingan agama, nyawa, akal, kehormatan dan perkembangan harta benda. Ini semua dapat dijalankan dengan cara yang sempurna apabila undang-undang negara dan sistem dalam segala aspek dilaksanakan secara menyeluruh menurut undang-undang dan sistem Islam.
5. Menyediakan keperluan rakyat
Di antara perkara yang termasuk di dalam urusan pentadbiran dunia dengan agama ialah menyediakan kemudahan-kemudahan rakyat di dalam semua kehidupan mereka. Dari segi ilmu, pemerintah mestilah menyediakan pusat-pusat pengajian di semua peringkat dan jurusan. Dari segi ekonomi, pemerintah hendaklah memberi kemudahan pekerjaan seperti di dalam sektor industri, pertanian, perdagangan dan lain-lain. Ini termasuk dalam perkara-perkara yang menyentuh kepentingan umum ataupun memberi kemudahan dan perlindungan dalam perkara yang dilibatkan oleh rakyat secara langsung.
6. Menggalakkan perkembangan kemajuan negeri dan rakyat
Di dalam urusan dunia yang ditadbir dengan agama, pemerintah juga haruslah menggalakkan perkembangan kemajuan negara dan rakyat seperti menggalakkan pelaburan yang berfaedah sama ada dari dalam atau dari luar negeri. Di samping itu kerajaan juga haruslah menyediakan kemudahan-kemudahan asas bagi membantu kemajuan negeri dan rakyat.
Al-Imam Abu Yusof telah menyebut di dalam kitab al-Kharaj:
Untuk menggalakkan pertambahan hasil negara dan kesenangan rakyat agar bertambah hasil pertanian yang dengannya maka akan bertambahlah zakat yang diambil dari orang Islam dan kharaj dari orang bukan Islam, pemerintah hendaklah menyediakan kemudahan taliair untuk para pertani dengan perbelanjaan pemerintah.
Apa yang disebutkan di atas itu ialah suatu contoh di zaman beliau.
2. Di antara matlamat Negara Islam itu ialah menunaikan amanah.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit bumi, bukit bukau dan gunung ganang, semuanya enggan memikul amanah itu dan khuatir mengkhianatinya, lalu dipikul amanah itu oleh manusia, sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat jahil”.
Menurut pendapat Mufassirun, amanat itu memberi makna yang luas di antaranya ialah menegakkan undang-undang Allah dan mentadbir urusan manusia. Ibnu Kathir menyebut di dalam tafsirnya, zalim dan jahil itu dikecualikan orang yang diberi taufiq dan memohon pertolongan Allah. Para Nabi dan Rasul dan orang-orang yang mengikuti jejak langkahnya tidak termasuk di dalam kalangan yang zalim. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati amanah Allah dan Rasul SAW dan juga janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepada kamu sedang kamu mengetahuinya.”
Ayat ini bermaksud semua amanah, termasuk menegakkan hukum Allah SWT di dalam Negara Islam. Terdapat banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang memberi makna tersebut. Al-Imam Muslim meriwayatkan di dalam syahihnya yang bermaksud:
“Dari Abi Zarr RA, katanya: ‘saya telah berkata kepada Rasulullah SAW, Wahai Rasulullah, mengapa tidak melantik saya (memegang jawatan pemimpin), lalu ia menepuk bahu saya dengan tangannya kemudian ia bersabda, wahai Abu Zarr, awak seorang yang lemah, ia adalah amanah dan di akhirat nanti ia membawa kehinaan dan penyesalan kecuali orang yang mengambilnya dengan sebenar dan menunaikan kewajipan yang diamanahkan kepadanya.”
Di dalam syahih Bukhari di sebut satu hadith berhubung dengan amanah yang bermaksud:
“Dari Abi Hurairah RA, katanya, sedang Rasulullah SAW berada dalam satu majlis, ia berucap kepada orang-orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A’rabi (Badwi), ia terus bertanyakan Rasulullah SAW:
“Bilakah kiamat?”
Rasulullah SAW meneruskan ucapannya. Ada orang yang berpendapat, ia mendengar pertanyaan itu dan ia tidak suka dengan cara pertanyaan seperti itu. Ada yang berpendapat ia tidak mendengarinya. Apabila Rasulullah SAW selesai berucap, tiba-tiba ia bersabda.
“Tadi saya mendengar ada orang yang bertanyakan tentang kiamat.”
Lalu orang Badwi tersebut menjawab.
“Ya, saya ya Rasulullah.”
Rasulullah SAW pun bersabda.
“Apabila dipersia-siakan amanah maka tunggulah kiamat.”
Orang Badwi itu bertanya lagi.
“Bagaimanakah mempersia-siakan amanah itu, ya Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab.
“Apabila disandarkan urusan kepada orang yang bukan ahlinya.”
Para ulama’ yang mengulaskan hadith ini mewajibkan pemerintah menyempurnakan matlamat amanah dengan melantik orang yang berkelayakan dan mempunyai sifat keIslaman.
Melaksanakan kerja pemerintahan secara Islam adalah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada negara, sama ada ia dipilih dengan keredhaan rakyat ataupun tidak. Kewajipan menunaikan amanah tetap dibebankan ke atas bahunya. Oleh itu maka wajiblah ia menunaikan amanah Allah SWT dan meletakkan amanah itu kepada rakyat menurut tempatnya yang betul menurut hukum Islam. Dengan itu ternyatalah sama ada ia berlaku adil atau tidak.
Kita perlu memahami bahawa bukanlah menegakkan Negara Islam itu menjadi kemuncak matlamat walaupun ia menjadi satu kewajipan yang tidak harus dipertikaikan lagi. Yang menjadi kemuncaknya ialah menegakkan masyarakat yang sempurna, yang terselamat dari penyakit kezaliman dan melampaui batas Allah SWT. Oleh itu menjadi kenyataan sejarah Islam, apabila ada golongan yang menerima dasar tersebut, maka wajiblah umat Islam memberikan kesetiaan kepadanya dan tetap mengekalkan pimpinan yang ada tanpa mengira di mana dan bila. Maka kita hendaklah tetap menentang kezaliman walaupun berlaku di Makkah dan oleh seseorang yang sebangsa dengan Rasulullah SAW.
3. Ibadah Allah (Pengabdian kepada Allah)
Menurut ajaran Islam, semua manusia adalah hamba Allah SWT, sama ada rakyat biasa ataupun pemimpin. Mereka tertakluk di bawah tujuan asal mereka diciptakan seperti yang dinyatakan oleh firman Allah SWT:
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Aku, Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki mereka memberi Aku makan, sesungguhnya Allah, Dialah Maha Pemberi Rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh, maka sesungguhnya untuk orang-orang yang zalim dibahagikan siksa seperti bahagian teman-teman mereka dahulu, maka janganlah mereka meminta Aku menyegerakannya.”
Setiap orang Islam yang menjadi pemerintah mestilah beriman dengan segala ajaran Islam. Di antaranya ialah berhubung dengan pemerintahan. Mereka diwajibkan tunduk kepada apa yang ditetapkan oleh Allah SWT di atas sifat mereka sebagai hamba Allah. Sebarang langkah tidak percaya atau meminda hukum, mencipta hukum sendiri adalah pelampau batasan Allah SWT dan berlagak menyanggah Tuhan dan membatalkan Iman. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukminat, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka.”
Melaksanakan Hukum Allah SWT bukan hanya menghilangkan atau menyelesaikan masalah di dunia ini sahaja malahan mereka akan dibuat perhitungan di Akhirat. Oleh itu mereka bukan sahaja diwajibkan meletakkan urusan pemerintahan itu mengikut Hukum Allah di dunia sahaja tetapi mereka akan ditimbang pada hari kiamat.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan bagi Allah juga akibah segala urusan.”
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin, dia akan ditanya tentang urusan rakyatnya.”
Al-Imam Malik bin Annas RA telah mengutuskan surat nasihat kepada Khalifah Harun al-Rashid. Di antaranya beliau menulis.
Sesungguhnya tidak terselamat sedikitpun dari urusanmu kalau diserahkan kepada orang yang tidak takutkan Allah.
Al-Imam Abu Yusof RA menulis kepada Khalifah yang sama.
Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya Allah, bagi-Nya segala kepujian, telah mengangkat kamu melaksanakan urusan yang amat besar, pahalanya amat besar dan balasan siksanyapun amat besar……
Apa yang tersebut menunjukkan bahawa masalah Negara Islam termasuk di dalam perkara matlamat ibadah yang menjadi sebahagian daripada hikmah kejadian manusia. Oleh itu ia mempunyai hubungan dengan perkara dosa dan pahala, sah dan batal, benar atau sesat.
Semoga menjadi renungan bersama ke arah menegakkan keadilan Illahi dan bertindak menentang kezaliman, untuk kebahagian manusia seluruhnya di dunia dan di akhirat.
Wallahu a’lam.
Rujukan Kuliah dan Ucapan Tuan Guru, dengan Ikhsan.
-> ABAH & ATUK @ 3:55 PM 1 comments