Tuesday, June 24, 2008

SAYANGI IMAN ANDA.

Tidak beriman kepada Islam atau iman telah terbatal adalah satu perkara yang sangat merugikan dan anda telah hilang segala-segalanya di dalam hidup di dunia maupun di akhirat. Di dunia menjadi musuh Allah dan musuh sekalian orang-orang beriman dan di akhrat menjadai ahli neraka, wal 'iyazu billah. Sayangilah iman dan diri anda dengan menjauhkan dari perkara-perkara yang merosakkan dan membatalkan iman ini:-


Antara lain perkara-perkara merosakkan Iman.

1. Syirik atau mengadakan sekutu perkongsian kepada Allah.

2. Menjadikan seseorang atau sesuatu sebagai perantara dalam berhubung dengan Allah.

3. Membenarkan keyakinan orang-orang musyrik atau tidak mengkafirkan, setelah menyangsikan kekafiran mereka. Perkataan “Semua agama adalah sama untuk mencari kebenaran” adalah salah kerana hanya Islam sahaja yang diterima Allah dan ugama-ugama lain tertolak.

4. Meyakini bahawa petunjuk selain petunjuk Nabi Muhammad s.a.w. adalah lebih sempurna dan lebih baik.

5. Membenci hal-hal yang berasal daripada ajaran Rasulullah s.a.w. walaupun tidak mengamalkannya.

6. Memperolok-olokkan mana-mana bahagian ajaran yang dibawa Rasulullah s.a.w.

7. Belajar dan mengamalkan sihir, karena kedua-duanya amalan kafir.

8. Menyokong serta memberikan bantuan dan pertolongan kepada orang kafir untuk memerangi Muslimin.

9. Berpaling dari Islam kerana tidak mahu mempelajarinya atau kerana tidak mahu mengamalkannya.

10. Mengganggap suatu hukuman manusia lebih baik atau lebih mengutamakan daripada syari'at Rasulullah s.a.w.

11. Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah.

12. Menganggap syariat Islam sudah tidak sesuai lagi dengan perkembangan zaman, atau beranggapan Islam hanya menyangkut hubungan ritual antara hamba dengan Allah dan tidak ada kaitannya sama sekali dengan masalah duniawi. Semua perkara di dunia ini tertaklok kepada hukum Allah iaitu Wajib, sunat, harus, makruh dan haram, tiada perkara yang terkecuali.

13. Beranggapan bahawa seseorang dibolehkan untuk tidak berhukum dengan hukum atau syari'at Allah SWT dalam semua hal, meskipun belum sampai pada keyakinan bahawa hukum yang dianutnya lebih utama dari hukum Islam.

14. Ingkar nikmat Allah sama ada yang terang atau yang sembunyi.

15. Membuat suatu pekerjaan dengan tujuan selain daripada Allah.

16. Menggubal undang-undang mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan Allah.

17. Memberikan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada selain Allah, termasuk kepada bangsa, ketua, parti dan sebagainya.

18. Menjalankan hukum selain dari hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum Allah dalam apa sahaja perkara.

19. Benci atau menentang walaupun suatu perkara yang berhubung dengan Islam, apatah lagi menbenci Islam seluruhnya.

20. Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaan akhirat dan menjadikan dunia ini sebagai matlamat utama yang unggul dalam hidupnya.

21. Menghina atau mempersendakan sesuatu daripada kitab Allah atau sunnah Rasulullah s.a.w. atau orang-orang alim yang menegakkannya hukum Allah atau syiar-syiar Islam.

22. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan sebaliknya.

23. Tidak beriman dengan sumber hukum iaitu kitab Allah dan As-Sunnah.

24. Melantik orang-orang kafir dan munafik menjadi pemimpin serta tidak mencintai orang-orang yang berakidah Islam dan mukmin.

25. Rasa takut, lemah hati di dalam menegakkan Tauhid Allah dan rasa lapang, terbuka dan riang dalam menegakkan perkara-perkara syirik.

26. Menyatakan bahawa al-Quran terdapat pertentangan di antara satu ayat dengan ayat yang lain.

27. Ingkar dengan sifat-sifat ketuhanan Allah.

28. Menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya Rasul atau menghina sifat-sifat kepujian atau tidak yakin bahawa baginda adalah contoh utama terbaik bagi manusia.

29. Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah serta tidak mengkafirkan orang yang telah ingkar syahadah dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka.

30. Mengerjakan ibadah kerana hendak mendapatkan pujian manusia atau supaya ramai orang mengenang jasa dan namanya. Seperti dermawan hanya di hadapan lensa TV sahaja melainkan berniat sebagai contoh tauladan.

Banyak lagi perkara yang menyebabkan batalnya Iman yang perlu diketahui secara detil dan terperinci. Setiap Muslim mesti mempelajarinya, kerana ia merupakan senjata yang kuat daripada terjebak dalam penentangan terhadap Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Pengampun.


No comments: