Maksudnya:
“1. bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),
2. ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
4. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan,
5. ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.”
Ilmu mempunyai kelebihan yang luar biasa. Ilmu bagai lampu yang menyinari kehidupan seseorang, malah menerangi seluruh alam ini. Ilmu mempunyai kuasa yang lebih besar daripada harta.
Saidina Ali pernah berkata:
”Ilmu warisan para Nabi, harta warisan Firaun, Ilmu tidak habis apabila diberikan kepada orang lain, harta akan berkurangan apabila dibelajakan , Ilmu dibawa ke liang lahad, harga ditinggalkan di dunia dan Ilmu menjaga tuannya, harta memerlukan penjagaan daripada tuannya”
Ilmu pengetahuan sains dan teknologi di abad ini begitu pesat dan pantas perkembangannya. Apa sahaja teori atau pendapat yang dikemukakan adalah berdasrkan kepada kajian yang mendalam dan perhatian yang teliti dan berdasarkan kepada ilum pengetahuan yang luas. Pendapat ini sukar ditolak kerana apa yang dilihat dan dicapai oleh pancaindera menjadi bukti bahawa insan yang bernama manusia mempunyai fikrian dan ilmu yang kerananya terus meningkat maju.
Kejayaan manusia meneroka angkasa lepas dan dasar lautan, mampu memindahkan anggota tubuh dari seorang kepada seorang yang lain atau pun mencipta anggota tiruan bagi mengatasi penderitaan manusia akibat penyakit serta membolehkan hidup seperti biasa dan mampu mencipta robot yang mampu menjalankan kerja yang dibuat manusia lebih cepat dan pantas , adalah suatu kemajuan yang membanggakan. Namun, manusia masih belum bersyukur terhadap kejayaan mereka malah sentiasa curiga dan cemburu terhadap satu sama lain, perasaannya mudah tersinggung, bersifat lekas marah, tidak sabar menanti dan yang paling teruk, kerana terlalu yakin pada keboleh akal fikirannya sahingga tidak lagi perlu utnk merujuk kepada
Tuhan.
Akibat yang paling ketara ialah manusia mengadudumba sesama manusia tanpa memikirkan mengsa-mangsa yang terkorban kerananya. Pemerintah menyalahguna kuasa yang ada pada mereka, menaikan cukai dan harga minyak yang melampau kapada rakyaat, bukan kerana kepentiangan negara tetapi didorong oleh kehenadak keroni dan nafsunya sendiri. Lelaki mengabaikan tanggungjawab, manakala wanita menjerit-jerit menuntuk hak dan persamaan taraf yang disangkanya tidak adil dan lain-lain keganjilan yang disertakan dengan alasan utnuk mencapai kemajuan.
Lebih daripada ini, kian ramai manusia berilmu dan berpengetahuan tinggi dari semua lapisan masyarakat yang mudah terjerumus ke lembah berbagai kecurangan dan kedurjanaan, kerana tamak, haloba, tidak merasa cukup dengan apa yang ada dan tunduk tersungkur kepada dorongan hawa nafsu sehingga ilmu pengetahun yang ada sepatutnya digunakan bagi faedah kemanusiaan seluruhnya menjadi lebur dan tidak bernilai.
Mengapa menjadi begini?. Adakah kesalahan pada karikulum pelajaran dan pendidikan sekarang yang sebahagiannya diujudkan kerana kepintingan politik pemerintah atau kepentingan segelintir individu tertentu?. Adakah kerana terlalu yakin pada kecerdasan fikirannya, maka tidak perlu lagi bersandar kepada keujudan Tuhan?. Adakah pengertian hidup telah diberi nailai-nalai baru yang semata-mata bersandar kepada daya akaltanpa meperhetongkan norma-norma tabi’i, budaya, peradaban, jasmani dan rohani?. Adakah seni ilmu itu begitu sempurna sehingga apa sahaja yang disampaikan oleh manusia berilmu itu patut diterima tanpa diperiksa dan diselidik terlebih dahulu?.
Manusia telah ujud dan hidup beribu-ribu abad lamanya dan juga telah mengalami berbagai pengalaman, tetapi yang anehnya disebalik pengalaman-pengalaman itu manusia tetap mengulangi kesalahan kesalahan dan kesilapan kesilapan yang pernah dilakukan sejak turun temurun dan akan terus dilakukan oleh keturunan yang akan datang melainkan mereka yang berpandu kepada wahyu Allah dan benar-benar mengetahui matlamat hidupnya dan dari mana asal usulnya.
Kita merasa senak untuk memahami nilai-nilai hidup yang digunapakai sekarang ini. Kita sejak kecil lagi diajar dan diasuh memakai pakaian dengan tujuan untuk menutup aurat , menjaga kesihatan dan mejaga marwah diri. Sebaliknya pereka fesyen yang menggunakan fikirannya semata-mata berpendapat alangkah ruginya tubuh wanita cantik tidak dihiasi secukupnya untuk membolehkan dipandang lebih menarik dan lebih jelita oleh semua orang. Kulit wanita yang lembut dan gebu itu perlu didedahkan supaya kecantikan wanita terserlah. Maka lahirlah berbagai-bagai ciptaan fesyen yang menjolok mata dan memperahikan kononnya ikut jejak dan trend kemodenan tanpa sedikit pun memikirkan keburukannya dari segi rohani, jasmani dan morel.
Kerana mahu dipandang anggun, wanita sanggup menggunakan peralatan solek yang mengandungi baha-bahan kotor, seperti lemak binatang haram dan air mayat bayi, sanggup menhabiskan masa untuk berdandan diri, sanggup berbelanja yang bukan sadikit jumlahnya dan tidak memperdulikan kesan dan akibatnya. Niali diri dan marwah tidak menjadi perkiraan mereka, malah tidak pernah memikirkan matlamat tujuan apa berpakaian.
Tujuan suci memperolehi pengetahuan adalah untuk mengenal diri sendiri, mengenal Khaliq dan maklukNya dan melaksanakan perintah-perintahNya agar memberikan kesejahteraan melalui pengetahuan yang sudah diperolehi itu.
Dikatakan orang berilmu itu ialah mengetahui apa yang harus dilakukan sementara kecerdasan ialah bertindak selaras dengan ilmu tersebut. Selagi manusia memalingkan perhatian dan menutup pintu hati nuraninya dari akidah dan bertindak hanya berpandukan kepada fikirannya yang sukar pula dipisahkan dengan perasaan dan lain-lain kelemahan manusia sendiri, selama itu lah pula hasil hasil kerja manusia, walau bagaimanapun cendekian dan murni pada zahir, ada cacat dan celanya. Keadaan ini tidak akan membawa kebahagian dan kesejahteraan hidup di alam yang ianya berada kerana tidak menyedari batapa bahayanya padah menyalahkan kuasa akal yang tidak dipandu oleh wahyu Allah.
Sebagai jalan keluar, adalah dicadangkan para ilmuan menyemak kembali ajaran-ajaran Islam sembil membuat analisa yang tepat tanpa dinodai oleh sifat-sifat prajudis, tetapi mengkaji akan hikmat-hikmat yang tersurat dan tersirat di sebalik ajaran-ajaran itu agar ilmu pengetahuan yang ada pada mereka itu benar-benar keilmuan hakiki, disamping kenyedari dan menginsafi bahawa hidup di dunia ini hanya persingahan sebenatar sahaja menuju akhirat.
Gunakan masa yang sangat singkat ini untuk berbakti, beramal soleh dan mengabadikan diri dengan ikhlas kepada Allah semata-mata.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka siapa yang mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bahagian yang banyak.” (Hadits ini diriwayatkan Al-Imam At-Tirmidzi , Ahmad )
Ilmu merupakan warisan para nabi dan para nabi tidak mewariskan dirham dan tidak pula dinar, tetapi yang mereka mewariskan ilmu.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Manusia yang afdhal ialah mukmin yang ‘alim. Bila orang berhajat kepadanya, mereka itu dapat mengambil faedah darinya, .”
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Iman itu bertelanjang, dan pakaiannya itu takwa dan perhiasannya itu malu, dan buahnya (hasilnya) itu ilmu.”
Sabda Rasullallah yang bermaksud :
"Orang yang paling menyesal pada hari Kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa."
Type the rest of the article here (body).
Friday, June 6, 2008
ILMU MESTI DIPANDU OLEH AQIDAH
-> ABAH & ATUK @ 11:08 AM
No comments:
Post a Comment