Wednesday, March 5, 2008

HARAM BERSALAM DENGAN BUKAN MUHRAM

Memberi salam dan bersalam digalakan oleh Islam, merupakan satu perbuatan yg memang mulia dan dapat mengeratkan ukhwah antara manusia. Adat ini telah diamalkan oleh orang Islam sejak zaman dahulu lagi.

Namun, bersalam ini ada peraturan dan batasnya. Islam melarang bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan muhram. Hal ini membuktikan bahawa persalaman antara lelaki dan perempuan yang tidak mahram adalah haram, terlarang dan keji.

Di dalam mesyuarakat sekular Melayu hari ini, apabila ada orang yang tidak mahu bersalam dengan sesaorang ajnabi (asing), dianggap berlagak dan penyokong kepada parti politik tertentu. Ini adalah pandangan yang pelik dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Kita sebagai pengikut Islam yang benar dan asli mestilah menghayati Islam sebagai cara hidup harian di setiap bidang dan lapangan termasuk bidang politik.

Dalam konteks pemimpin Malaysia yang mengaku berugama Islam, didapati tanpa segan silu bersalam dengan orang ajnabi maskipun di atas pentas keramaian dan di hadapan lensa camera TV yang disiarkan keseluruh dunia, sedangkan perkara haram tetap haram. Apabila ditegur, walaupun datangnya dari mufti, dikatakan pula sebagai anti-perpaduan dan mufti itu atau mana-mana pihak yang menegur kesalahan ini akan dipecat dari jawatan mereka atau diambil tindakan undang-undang biasanya atas isu menghasut. Kepada orang yg masih lena, buanglah akal dan kerja-kerja jahiliah ini sebelum nyawa terkeluar daripad halkum. Ingatlah setiap amalan yang dilakukan ada malaikat yang mencatitnya dan akan dibentangkan kembali secara detil di hadapan Allah di hari akhrat nanti.

Pintu taubat dibuka Allah seluas-luasnya, bertaubatlah sebelum terlewat.


2 comments:

Anonymous said...

ni soalan lazim kalau disentuh tentang isu ini..tapi iman masih x dpt jawapan yang jelas..macam mane kalau orang yg menghulur tu bkn islam atas pentas?x yah sambut juga salaman dia?macam mane kalau yg salam tu bapa kawan iman yang dah tua macam pangkat pak cik kita?x ble salam jugak?tq

ABAH & ATUK said...

Rasulullah tidak pernah bersalam dengan perempuan yang tidak muhram dengan Nya walaupun yang sudah lanjut umurnya.