Thursday, October 18, 2007

Kelahiran anak baru, apa perlu dilakukan ?

MENYAMBUT ANAK YANG BAHARU DILAHIRKAN.

Apa Yang Perlu Dilakukan Oleh Seorang Pendidik Ketika Berlaku Kelahiran. Antara keistimewaan syariat Islam ialah ia telah menjelaskan segala hukum yang bersangkutan dengan anak yang baharu lahir. Begitu juga apa yang berhubung dengannya dari prinsip-prinsip pendidikan yang penting, supaya pen-didik boleh memahami dengan baik dan boleh mempunyai petunjuk dan hidayat dalam melaksanakan segala kewajipannya terhadap anaknya yang baharu lahir. Dengan ini sudah menjadi satu kewajipan, ke atas setiap orang yang mempunyai tanggungjawab pendidikan, ia pasti melak-sanakannya dengan sempurna, berdasarkan asas-asas yang telah ditentukan oleh Islam dan juga mengikut prinsip-prinsip yang telah dicorakkan oleh pendidik pertama; Muhammad s.a.w.. Di sini kita bawa hukum-hukum yang patut dilaksanakan oleh para pendidik semasa berlaku kelahiran:-

1. Melahirkan rasa gembira dan ucapan tahniah.

Seseorang muslim amat digalakkan untuk cepat-cepat menggembirakan serta menyampaikan berita baik kepada saudara muslim yang lain jika saudaranya itu men-dapat cahaya mata. Dengan sedemikian, bertambah kuat hubungan, dan boleh mengeratkan tali persaudaraan, dan juga boleh menyebarkan perasaan muhibah serta kemes-raan di kalangan keluarga Islam. Jikalau, seseorang muslim itu, terlepas peluang menyampaikan berita baik, ia digalak-kan bagi mengucapkan tahniah, serta berdoa kepada kedua ibu bapa dan anak yang baharu lahir itu. Mudah-mudahan Allah S.W.T. menerima dan terus melimpahkan kurnia hidayat-Nya.

Al-Quran al-Karim telah menyebut. penyampaian berita baik mengenai anak dalam banyak ayat supaya ia menjadi satu ajaran serta teladan kepada umat Islam, memandangkan kesan yang amat baik - sebagaimana kita telah sebut dahulu - bagi sifat suka menyampaikan berita baik iaitu mengeratkan hubungan kemasyarakatan serta menguat-kannya antara orang Islam.

Firman Allah mengisahkan Ibrahim a.s.:
Maksudnya:Dan sesungguhnya telah datang malaikat utusan-utusan Kami kepada Nabi Ibrahim, dengan mem-bawa berita yang menggembirakan. "Lalu mereka memberi salam dengan berkata: Salam sejahtera kepadamu (wahai Ibrahim)". Nabi Ibrahim menjawab: "Salam sejahtera kepada kamu" .Maka tidak berapa lama selepas itu, ia membawa jamuan untuk mereka seekor anak lembu yang dipanggang. Maka apabila ia melihat tangan mereka tidak menyentuh hidangan itu, ia berasa pelik akan hal mereka serta berasa takut dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya) mereka berkata: "Jangan-lah engkau takut wahai Ibrahim, sebenarnya Kami ini diutus kepada kaum Lut (untuk membinasakan mereka)". Dan isterinya pada ketika itu berdiri (mendengar), lalu ia ketawa (kerana hilang perasaan takutnya). Maka Kami pun memberikan berita yang menggembirakan kepadanya (melalui malaikat itu), bahawa ia akan mendapat seorang anak: Ishaq, dan sesudah Ishaq, (ia pula akan mendapat seorang cucu): Ya'qub. (Hud: 69-74)

Firman Allah S.W.T. mengisahkan Zakaria a.s.
Lalu ia diseru oleh malaikat sedang la berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): "Bahawasanya Allah memberi khabar yang menggembirakanmu, dengan (mengurnianmu seorang anak Ielaki bernama) Yahya... (Ali Imran: 39)

Dalam ayat yang lain, firman Allah S.W.T.
Maksudnya:(Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya); Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang menggembirakanmu, dengan mengur-niakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang Kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorang pun yang senama dengannya. (Maryam: 7)

Dalam kitab-kitab sirah disebutkan bahawa semasa Rasulullah s.a.w. dilahirkan, Suwaibah (semasa itu ia men-jadi hamba kepada Abu Lahab) telah membawa berita gembira ini kepada tuannya Abu Lahab (bapa saudara Rasulullah s.a.w.). Katanya "Anak Abdullah telah dilahirkan pada malam ini." Abu Lahab terus membebaskan Suwaibah sebagai tanda gembira dengan berita kelahiran itu. Allah S.W.T. tidak mensia-siakan perbuatan Abu Lahab itu. Selepas kematiannya, Allah S.W.T. telah mem-berinya minum dari al-Nuqrah (lubang) yang ada pada pangkal ibu jarinya sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari.

Al-Suhaili menyebut bahawa al-Abbas telah berkata: "Selepas satu tahun kematian Abu Lahab, saya bermmipi melihatnya dalam keadaan paling teruk. Dia berkata kepada saya, "Selepas saya tinggalkan kamu, saya tidak pernah merasai kerehatan langsung, kecuali pada tiap-tiap Isnin, azab seksa ini diringankan di atasku". Hari itu ialah hari kelahiran Muhammad s.a.w. di mana Suwaibah telah membawa berita yang menggembirakan ini kepada Abu Lahab (tuannya) dan ia (Abu Lahab) menjadi amat suka dengan berita itu.

Mengenai ucapan tahniah atas kelahiran anak pula, Imam Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah menulis dalam kitabnya
"Tuhfat al-Maudud" bahawa Abu Bakar bin al-Munzir ber-kata: Bahawa kita telah meriwayatkan dari Hassan al-Basri bahawa seorang lelaki telah datang kepadanya, dan semasa itu seorang lelaki lain yang baru mendapat cahaya mata berada bersamanya. Lelaki itu terus berkata, "Saya mengucapkan tahniah kepadamu atas kelahiran puteramu. Hassan berkata kepadanya: "Bagaimana kamu tahu dia telah mendapat seorang putra atau seekor keldai?" Lelaki itu bertanya, "Jadi apa yang patut saya ucapkan?" Hassan menjawab, "Katalah, mudah-mudahan kurniaan yang telah dikurniakan kepadamu diberkati, bersyukur kepada yang Maha Pemberi, mudah-mudahan kamu mendapat ketaatan dan kesetiaannya sebagai anak yang salih. Juga aku doakan dia membesar dengan selamatnya".

Melahirkan rasa gembira serta ucapan tahniah patut meliputi setiap anak yang lahir sama ada dia lelaki atau perempuan dengan tidak membeza-bezakan.

Masyarakat Islam sepatutnya mempraktikkan sunnah yang mulia ini supaya hubungan antara mereka menjadi erat dan kuat, tali perikatan antara mereka bertambah kukuh, keluarga serta kediaman mereka diliputi kemesraan dari kasih sayang. Sepatutnya orang Islam berusaha menuju ke arah jalan yang boleh membawa mereka mencapai kemesraan, kerjasama dan kesatuan. Bagi mereka sentiasa menjadi hamba Allah yang bersaudara, dan bersatu sebagai bangunan yang disusun-susun, tiap-tiap satu menguatkan yang lain.

2. Azan dan iqamat.

Antara ajaran yang telah disyariatkan oleh Islam ialah azan di telinga sebelah kanan dan iqamat di telinga sebelah kiri bayi sebaik sahaja dia dilahirkan. Abi Rafi' berkata: "Saya telah melihat Rasulullah s.a.w. melafazkan azan ke telinga Hassan bin Ali sebaik sahaja Fatimah melahirkannya."

Sabda Rasulullah s.a.w,:
Ertinya:Sesiapa yang dikurniakan cahaya mata dan dia azan pada telinga kanannya dan iqamat pada telinga kirinya, nescaya dia tidak akan mendapat apa-apa mudarat dari "Ummu al-Subyan" (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu al-Sunni)
Ibnu Abbas r.a menceritakan bahawa Nabi s.a.w. telah azan di telinga Hassan bin Ali dan iqamat di telinga kirinya.
Mengenai rahsia azan dan iqamat, Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah menyebut dalam kitabnya Tuhfat al-Maudud, biarlah kata-kata pertama yang terdengar kepada manusia ialah kata-kata panggilan Ilahi yang mengandungi sifat ketinggian-Nya serta kebesaran-Nya. Syahadat juga merupakan tanda masuknya seorang anak ke dalam Islam. la sama dengan kata-kata talqin iaitu mengajarnya semasa dia baharu lahir ke dunia ini, sebagaimana dia ditalqinkan dengan kata-kata tauhid sewaktu dia meninggalkan dunia ini. Tidak ditolak kemungkinan sampainya kesan azan itu ke hati bayi walau pun dia tidak merasakannya. Ada juga faedah lain yang boleh didapati daripada amalan ini (azan dan iqamat). Antaranya, ia menjauhkan syaitan yang menunggu kelahiran bayi itu. Azan adalah kalimat-kalimat yang boleh melemahkan syaitan pada saat mula-mula ia cuba bergantung kepada bayi itu.

Amalan ini juga boleh membawa makna yang lain. Dengan azan dan iqamat panggilan ke jalan dan agama Allah (Islam) serta beribadat kepada-Nya akan menda-hului panggilan syaitan. Sebagaimana tabiat semula jadi yang Allah telah menjadikan manusia dengannya; lebih dahulu dari kesan-kesan perubahan yang boleh dilakukan oleh syaitan. Dan banyak lagi hikmat-hikmat yang lain.

Penjelasan Ibnu al-Qayyim Rahimahullah dengan cara terperinci ini, merupakan bukti yang jelas tentang perhatian yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada akidah (kepercayaan) tauhid dan iman serta memburu syaitan dan hawa nafsu mulai saat pertama anak itu lahir ke dunia ini, dan bermula dari nafasnya yang pertama.

3. Melakukan Tahnik.

Antara hukum yang telah disyariatkan oleh Islam kepada anak yang baharu lahir ialah digalakkan dilakukan tahnik kepadanya.

Apakah tahnik, dan apakah hikmat melakukannya? Erti tahnik ialah mengunyah satu biji buah tamar dan mengambil sebahagian darinya di atas hujung jari, masukkan jari itu ke dalam mulut bayi dan digosokkan kiri dan kanan dengan gerakan yang lembut sehingga kurma yang telah dikunyah itu sampat ke seluruh bahagian dalam mulut bayi itu.
Walau bagaimanapun jika tiada buah kurma, boleh juga menggunakan apa-apa bahan manis yang lain seum-pama air gula yang sudah dimasak dengan pekat atau gula yang telah dicairkan dengan air mawar (bunga) bagi melak.sanakan sunat serta mengikut contoh teladan Rasulullah s.a.w..

Hikmat perbuatan itu ialah bagi menguatkan urat-urat mulut dengan gerakan lidah semasa melakukan tahnik dan mengosokkan gusi untuk menyediakan bayi itu meng-hisap susu ibunya dengan cara tabi'i dan kuat. Orang yang melakukan tahnik itu, diutamakan orang yang bertakwa dan salih untuk mendapat keberkatan, semoga bayi itu akan mengikut kesalihan serta ketakwaannya.

Antara hadith yang telah dijadikan dalil sunatnya ialah:
Abu Musa r.a. berkata, "Saya telah mendapat seorang anak lelaki, kemudian soya membawanya kepada Rasulullah s.a.w.. Baginda menamakannya Ibrahim, dan melakukan tahnik dengan sebiji kurma. Baginda juga telah mendoakannya semoga diberkati Allah. Selepas itu barulah baginda berikan balik kepada soya.(Maksud hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Anas bin Malik berkata: "Pernah salah seorang anak Abu Talhah jatuh sakit, kemudian Abu Talhah keluar meninggalkan anaknya. Apabila Abu Talhah kembali, dia bertanya kepada isterinya, "Bagaimana keadaan anak itu?". Jawab Ummu Salim: "Dia dalam keadaan paling tenang". Dia terus menghidangkan suaminya makanan malam, kemudian mereka tidur bersama. Setelah itu baharulah Ummu Salim memberitahu suaminya tentang kematian anak mereka itu dan memintanya menguruskan jenazah tersebut. Pada esok harinya Abu Talhah pergi memberitahu Rasulullah s.a.w. hal yang telah berlaku. Rasulullah bertanya, "Adakah kamu tidur bersama semalam?". Abu Talhah menjawab: "Ya". Rasulullah mendoakan semoga Allah memberkati kedua-dua mereka. Ummu Salim melahirkan anak lelaki kemudian dibawa kepada Rasulullah s.a.w. di samping membawa beberapa biji buah kurma. Rasulullah s.a.w. menyambut anak itu dan bertanya adakah dia membawa apa-apa? Mereka menjawab; ya, beberapa biji tamar. Rasulullah mengambil tamar itu lalu mengunyahnya, kemudian mengambilnya dan memasukkannya ke dalam mulut anak itu melakukan tahnik. Baginda menamakannya Abdullah.
Al-Khalal telah berkata bahawa Muhammad bin Ali telah memberitahu saya: Saya telah mendengar ibu anak Ahmad bin Hambali berkata: Ketika saya sedang sakit untuk beranak, tuan saya sedang tidur, lalu saya berkata kepada-nya: "Wahai tuanku, saya sedang menghadapi maut". la menjawab: "Mudah-mudahan Allah memberikannya jalan keluar". Sebaik sahaja ia berkata begitu, saya terus melahir-kan Said, Tuannya itu meminta tamar yang dibawa dari Mekah, lalu meminta Ummu Ali mengunyahkannya dan mentahnik bayi itu. Dan ia terus membuat sedemikian.

4. Mencukur kepala.

Antara hukum yang telah disyariatkan oleh Islam kepada anak-anak yang baharu lahir ialah mencukur kepalanya pada hari ketujuh kelahirannya. Di samping itu disunatkan juga bersedekah dengan perak mengikut timbangan rambutnya kepada orang fakir dan orang yang memerlukannya. Hikmat berbuat demikian terbahagi kepada dua:

Pertama: hikmat berhubung dengan kesihatan,
Mencukur kepala bayi akan menguatkannya. Boleh membuka liang-liang roma dan juga boleh menguatkan pancainderanya iaitu daya lihat, daya hidu dan daya dengar.

Kedua: hikmat berhubung dengan hubungan kemasyarakatan.
Bersedekah perak seberat timbangan rambut bayi merupakan salah satu sumber takaful dalam masyarakat. la boleh menghapuskan kemiskinan dan juga boleh mengeratkan kerjasama, hubungan kasih sayang dalam sesuatu masyarakat. Antara hadith yang telah dibawa oleh ulama fekah bagi menjadikannya sebagai bukti menggalakan mencukur dan bersedekah dengan perak mengikut timbangan rambut bayi ialah seperti berikut:

Imam Malik telah meriwayatkan dalam al-Muwatta' dari Ja'far Ibn Muhammad dari bapanya yang berkata bahawa Fatimah r.a. telah menimbang rambut kepala Hassan, Hussin, Zainab dan Umi Kalthum kemudian dia bersedekah perak mengikut timbangannya.

Ibnu Ishak telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Abi Bakar dari Muhammad bin Ali bin Hussin r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah mengakikahkan Hasan dengan seekor kambing. Baginda bersabda "Wahai Fatimah cukurlah kepalanya, dan bersedekahlah dengan perak mengikut timbangannya". Lalu Fatimah menimbangnya, didapati timbangannya lebih kurang satu dirham.

Yahya bin Bakir telah meriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan agar dicukur kepala Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka. Mereka dicukur serta disedekahkan perak mengikut timbangannya.

Satu cabang dari mencukur ialah qaza', iaitu mencukur sebahagian kepala kanak-kanak itu dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan melakukannya telah di-sebut dengan terang dan jelas dalam hadith yang dibawa oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Umar r.a. yang berkata: "Rasulullah s.a.w. telah melarang mela-kukan qaza'".

Terdapat empat jenis qaza' yang dilarang:

i. Mencukur sebahagian kepalanya dan meninggalkan sebahagian yang lain.ii. Mencukur bahagian tengah kepalanya dan meninggalkan bahagian tepi.iii. Mencukur bahagian tepi kepalanya dan meninggalkan tengahnya.iv. Mencukur bahagian hadapan dan meninggalkan bahagian belakang.

Mengikut pendapat Ibnu al-Qayyim: "Ini semua disebabkan sifat keadilan Allah S.W.T. dan Rasul-Nya s.a.w. Manusia diperintahkan supaya berlaku adil walau pun terhadap dirinya sendiri. Dia melarang manusia men-cukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain. Perbuatan itu merupakan penzaliman kepada kepala kerana sebahagian ditinggalkan tertutup dengan rambut sedangkan bahagian yang lain terdedah tanpa rambut. Begitu juga Dia telah melarang duduk antara tempat yang kena matahari dan tempat teduh kerana itu merupakan penzaliman kepada tubuh seseorang. Dia juga melarang seseorang berjalan dengan menggunakan sebelah kasut atau selipar tetapi hendaklah memakai kedua-dua belah atau tidak memakai kedua-duanya (berjalan dua belah kaki berkasut atau dua belah kaki tidak berkasut).

Ada juga hikmat yang lain iaitu Rasulullah s.a. w. mahu menjadikan bentuk zahir dan pakaian seseorang muslim itu sentiasa dalam keadaan yang sesuai. Kita tidak boleh menafikan bahawa mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain adalah bertentangan dengan sifat-sifat kehormatan, kesopanan serta kecantikan. Di samping itu ia juga bertentangan dengan peribadi muslim, yang sepatutnya boleh membezakan seorang muslim dengan penganut agama dan kepercayaan yang lain. la juga boleh membezakan seorang muslim dari orang fasik yang tidak mempunyai pegangan dan rosak akhlaknya.

Apa yang amat kita kesali, ramai di kalangan ibu bapa dan para pendidik jahil mengenai hukum-hukum dan ajaran-ajaran ini. Bahkan bila saya berbincang dan ber-cakap mengenainya, saya dapati ramai daripada mereka merasa hairan dan pelik. Mereka ini tidak biasa dengannya, dan tidak pemah melihat sesiapa pun mengamalkannya, kecuali mereka yang telah dikurniakan rahmat dari Allah S.W.T..

Di sini saya ingin membisikkan sesuatu kepada mereka ini: Kejahilan bukanlah suatu keuzuran dalam syariat Islam. Sesiapa yang mencuaikan kewajipan mencari ilmu mengenai hal-hal agamanya serta pendidikan anak-anaknya, dia tidak akan terlepas dari tanggungjawab bila berhadapan dengan Allah S.W.T. di hari kiamat kelak.

Hukum-hukum dan ajaran-ajaran yang baharu di sebutkan, walaupun hanya perkara sunat dan digalakkan, mesti diamalkan dan dilaksanakan dengan tepat di kalangan keluarga, anak-anak, saudara-mara, dan kaum kerabat kita. Mencuaikan perkara-perkara yang digalakkan pasti akan membawa kita terjerumus mencuaikan perkara-perkara wajib kemudian mencuaikan perkara-perkara fardu, sehingga boleh jatuh ke lembah mencuaikan ajaran Islam keseluruhannya.
Akhirnya, seseorang yang pada zahirnya muslim terjerumus ke lembah kufur, sesat dalam kege-lapan yang amat sangat. Dalam hal sedemikian dia telah terkeluar dari Islam.

Jadi, para pendidik mestilah memberikan perhatian terhadap ajaran-ajaran serta galakan-galakan ini. Melaksanakannya satu demi satu terhadap anak-anak mereka bagi mendapat keredhaan Allah dan keislaman mereka dengan kata-kata serta amalan-amalan. Mudah-mudahan Allah memberikan mereka kemenangan terhadap musuh-musuh mereka dan mengembalikan kebesaran serta kemuliaan mereka yang lampau. Sesungguhnya ia tidaklah susah bagi Allah S.W.T. untuk mencapainya. Amin!

HUKUM MENAMAKAN ANAK YANG BAHARU LAHIR

Antara adat atau amalan masyarakat, ibu bapa yang mendapat cahaya mata akan memberi nama kepada anaknya dan dia kemudiannya akan dikenali dengan nama tersebut oleh orang yang jauh dan dekat. Islam, dengan syariatnya yang lengkap, memberi perhatian kepada perkara tersebut dan meletakkan hukum-hukum yang menunjukkan kepentingan serta perhatian terhadapnya. Umat Islam perlu mengetahui segala perkara berkenaan anak yang baharu dilahirkan, perkara yang boleh meningkatkan keadaannya dan yang berhubung dengan pendidikannya.
Di sini kita bawakan hukum-hukum terpenting yang telah ditentukan oleh Islam mengenai menamakan anak yang baharu lahir:

1. Bila masa anak itu diberi nama?
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya:Setiap anak bergantung dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh kelahiran-nya, dan pada hari yang sama bayi itu diberikan nama danjuga dicukur kepalanya. (Riwayat Ahli Sunan)
Sabda Rasulullah s.a.w. ini menunjukkan bahawa memberi nama kepada anak yang baharu lahir ialah pada hari ketujuh kelahirannya.

Ada juga hadith-hadith sahih yang lain yang menunjukkan bahawa memberi nama kepada anak yang baharu lahir boleh dilakukan pada hari pertama kelahirannya. Antaranya:

Sahl bin Abu Asid telah dibawa kepada Rasulullah s.a.w. semasa dia baharu dilahirkan. Rasulullah s.a.w. meribanya, kebetulan pada waktu itu Rasulullah s.a.w. disibukkan dengan sesuatu hal, jadi Abu Asid mengambil balik anaknya. Rasulullah s.a.w. bertanya, "Manakah anak itu?" Jawab bapanya (Abu Asid), "Telah dibawa balik wahai Rasulullah". Rasulullah bertanya kembali: "Apakah namanya?" Dijawab, "Si Anu". Rasulullah bersabda: "Tidak, tetapi namanya al-Munzir." Sabda Rasulullah s.a.w.:

Ertinya:Malam ini saya telah dikumiakan anak lelaki, dan saya telah menamakannya dengan nama bapaku Ibralrim. (Riwayat Muslim)

Dari hadith-hadith yang tersebut tadi, kita dapati ada kelonggaran dalam hal ini. Jadi boleh memberi nama kepada anak yang baharu lahir pada hari pertama kelahirannya, dan boleh dilambatkan ke hari ketiga, dan juga boleh dinama-kan pada hari aqiqah iaitu hari ketujuh. Boleh juga sebelum atau selepas itu.

2. Nama-nama yang baik dan utama serta nama-nama yang keji dan patut dielakkan.
Antara perkara yang patut diberikan perhatian oleh seorang pendidik semasa memberikan nama kepada anak ialah memilih untuknya nama-nama yang paling molek dan baik bagi melaksanakan perintah serta tunjuk ajar Rasulullah s.a.w.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Ertinya:Sesungguhnya, pada hari Kiamat kelak, kamu akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, jadi pilihlah nama-nama yang cantik (baik-baik),(Riwayat Abu Daud)

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Ertinya:Nama-nama kamu yang paling dikasihi oleh Allah S.W.T. ialah Abdullah dan Abdul Rahman. (Riwayat Muslim)
Setiap pendidik wajib mengelakkan memberi nama yang burak (mempunyai makna yang tidak baik). Nama yang buruk boleh menyentuh kemuliaan anak itu serta boleh juga menyebabkan dia dicela dan dihina. Al-Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah r.a. menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. suka mengubah nama-nama yang buruk,
Ibnu Umar r.a. menyatakan bahawa salah seorang anak Umar bernama 'Asiah bererti derhaka. Kemudian Rasulullah s.a.w. menukarkannya kepada nama Jamilah berertinya cantik.

Abu Daud berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah mengubah nama al-'Asi (yang derhaka), Aziz (Maha Mulia), Adah (kekasaran), Syaitan, al-Hakam (Berkuasa), Ghurab (gagak) dan Habab (sejenis ular).
Baginda s.a.w. menukarkan nama Harban (pepera-ngan) kepada Salman (keamanan), al-Mudhtaji (Berbaring) kepada al-Munba'ath (yang Bangkit), Bani al-Zinyah (anak-anak zina) kepada Bani al-Risydah (anak orang yang berakal waras), dan Bani Mughwiah (anak orang sesat) kepada Bani Rasyidah (anak orang yang mempunyai pertunjuk). Abu Daud berkata: Saya sengaja meninggalkan nama periwayat-periwayat ini untuk meringkaskannya.

Setiap pendidik juga wajib mengelakkan nama-nama yang berasal daripada perkataan-perkataan pesimis, dengan tujuan menyelamatkan anak itu dari musibat nama buruk itu serta sempena pembawaan maknanya.
Said bin al-Musaiyab memberitahu bahawa datuknya berkata: "Saya menemui Rasulullah s.a.w. dan baginda bertanya kepada saya: "Apakah nama awak?" Saya menja-wab: "Hazn". Baginda bersabda, "Awak Sahl". Saya terus berkata: "Saya tidak akan mengubah nama yang telah diberi oleh bapa saya". Ibnu al-Musaiyab berkata, "Kami tidak pernah terlepas dari sifat kasar sampai hari ini." (Maksud hadith riwayat al-Bukhari).

Yahya bin Said menceritakan bahawa Umar bin al-Khatab r.a. bertanya kepada seorang lelaki: "Siapa nama awak?" Dia menjawab, "Jamrah" (Bara), Umar bertanya lagi: "Anak siapa?" Dia menjawab: "Anak Syahab (Kilat cahaya api). Ditanya lagi, "Dari keturunan siapa". Dijawab-nya: "Dari al-Hurqah" (kebakaran). "Ditanya: "Dimanakah rumah kamu?", dijawab: "Di Harratun Nar" (panasan api). Ditanya: "Yang mana satu?", dijawab "Di Zat Luza (yang punya bara api). Umar akhirnya berkata: "Pergilah cepat-cepat dapatkan keluargamu, mereka telah mati terbakar." Apa yang dikatakan Umar benar-benar berlaku. (Riwayat Imam Malik).

Setiap pendidik juga wajib mengelakkan nama-nama tertentu yang khusus bagi Allah. Justeru itu tidak boleh menamakan sesiapa dengan nama al-Ahad, al-Samad, al-Khaliq, al-Razak dan seumpamanya.

Hani datang dengan kaumnya ke Madinah menemui Rasulullah s.a.w.. Kaumnya memanggil beliau Abu al-Hakam. Rasulullah berkata kepadanya: "Sesungguhnya Allah sahaja yang menghukum dan kepada-Nya sahaja segala kehakiman". Kenapa kamu dipanggil Abu al-Hakam?" Dia menjawab: "Selalunya kalau kaum saya berselisih dalam apa-apa perkara, mereka menemui saya dan saya menjadi hakim antara mereka. Kedua-dua belah pihak merestui apa yang saya putuskan." Jawab Rasulullah: "Hal ini amat baik. Berapa orangkah anak lelaki kamu?" Lelaki itu menjawab: "Saya ada Syarih, Muslim dan Abdullah." Rasulullah bertanya: "Siapa yang tertua antara mereka?" Dijawab, "Syarih". Rasulullah s.a.w. terus ber-kata: "Jadi, kamu Abu Syarih". (Riwayat Abu Daud).

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Ertinya:Orang yang dimurkai oleh Allah pada hari Kiamat dan sejahat jahatnya, ialah orang yang menggelar-kan (menamakan) dirinya Raja Diraja. Sesungguh-nya tidak ada kekuasaan melainkan kepada Allah. (Riwayat Muslim)
Setiap pendidik wajib menjauhkan nama-nama yang ada makna optimis bagi mengelakkan apa-apa kekeruhan jika mereka dipanggil semasa ketiadaan mereka, dengan menambahkan perkataan (tidak) nama-nama itu seperti Aflah (berjaya), Rabah (untung), Nafi' (berguna) dan Yasar (kemudahan).

Sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya:Kata-kata yang paling disukai oleh Allah ialah empat: Maha Tinggi Allah, Bersyukur Kepada Allah,Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Janganlah menamakan anak kamu Yasar, Rabah atau Najih, ataupun Aflah, kerana kamu mungkin kata: Adakah ia begitu?, ia tidak akan menjadi begitu. Atau boleh jadi ada yang mengata: Tidak!! akan terjadi kekeruhan perasaan. Inilah empat perkara jangan tambah-tambah lagi. (Riwayat Muslim, Abu Daud dan al-Tirmizi)
Ibnu Majah telah meriwayatkan, dengan ringkasnya "Rasulullah s.a.w. telah melarang kita dari menamakan hamba-hamba kita dengan empat nama: Aflah, Nafi', Rabah dan Yasar".

Seorang pendidik wajib mengelak nama-nama yang bermula dengan Abd kepada lain dari Allah, seumpama: Abdul Uzzah, Abdul Kaabah, Abdul Nabi dan sebagainya. Sesungguhnya memberi nama seumpama itu adalah haram, sebulat pendapat.
Tetapi apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. semasa peperangan Hunain:

Ertinya: Sayalah Nabi, tldak syak lagi (tidak bohong), saya-lah anak Abdul Mutalib.
la tidak termasuk dalam bab mengadakan nama atau memulakannya - mengikut apa yang dikatakan oleh Ibnu al-Qayyim - tetapi ini termasuk dalam bab pemberitahu mengenai nama yang khusus bagi dirinya, khasnya bila ber- laku cabaran kepada musuh, sebagaimana hal Rasulullah s.a.w.. Dan pemberitahuan serupa itu, dengan tujuan mengenalkan orang yang bernama tersebut, tidaklah haram. Para sahabat r.a. pernah menyebut nama qabilah-qabilah mereka seperti Bani Abdul Manaf, Bani Abdul Syams dan Bani Abdul Dar. Nabi s.a.w. tidak pernah melarang perbuatan mereka.

Ringkasnya, kata-kata yang tujuannya hanyalah untuk memberitahu adalah harus. Akan tetapi, kalau ia bertujuan memulakan serta mengadakan maka ia tidak harus. Akhir-nya menjadi kewajipan bagi setiap pendidik untuk mengelakkan nama-nama yang membawa makna pura-pura cinta sebagai Hayam, Haifa, Nehad, Sawsan, Mayadah, Nariman, Ghada, Ahlam dan serupa dengannya. Kenapa? Supaya umat Islam boleh dikenali dengan identitinya yang tersendiri, serta sifat-sifat yang khusus. Kerana nama-nama serupa ini, menjadi sebagai tanda kehilangan identitinya, serta kejatuhan kepada kehormatannya dan juga kehancuran kepada semangatnya. Dan bila masa umat Islam sampai ketahap kehancuran serta kejatuhan ini, pasti ia akan ber-pecah-pecah dan berpisah-pisah sehingga menjadi mudah bagi setiap musuh menceroboh dan merampas buminya dan menjadikan penghuninya yang mulia amat hina sebagaimana keadaan kita sekarang.
Sesungguhnya tidak ada kuasa atau kekuatan bagi sesiapa melainkan dengan pertolongan Allah.
Tidak hairanlah jika kita dapati Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam memberi nama seperti nama nabi-nabi, Abdullah, Abdul Rahman dan sebagainya dari nama-nama yang permulaannya "Abd" kepada nama-nama Allah. la boleh membezakan umat Muhammad dari umat-umat yang lain dari segala segi penghidupan bagi dijadikan umat yang paling baik pernah diadakan kepada manusia, memberi hidayat pertunjuk kepada cahaya kebenaran serta prinsip Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Ertinya:Berilah nama dengan nama-nama para nabi. Nama-nama yang disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Yang paling benar ialah Harith dan Hammam. Yang paling huruk pula ialah Harb dan Murrah. (Riwayat Abu Daud dan al-Nasa'i)

3. Antara ajaran sunat ialah memanggil anak yang baharu lahir dengan lakab bapa.

Antara prinsip pendidikan yang diasaskan oleh Islam bagi mendidik anak ialah memanggil anak yang baharu lahir itu dengan Abi pulan (bapa si anu). Panggilan itu mempunyai kesan-kesan amat baik terhadap jiwa kanak-kanak itu dan juga faedah pendidikan yang amat besar sebagaimana berikut:

• Menyemai perasaan mulia dan hormat dalam jiwa anak itu. Contohnya kata penyair Arab yang bermaksud "Saya memberikannya (anak) pang-gilan bagi memuliakan dia dan saya tidak mem-berikannya gelaran (buruk) kerana gelaran itu ialah sesuatu yang tidak baik".

• Mendewasakan keperibadiannya terhadap inasya-rakat kerana ia (kanak-kanak) ukan berasa yang ia telah sampai ke tahap dan umur orang yang sudah besar serta patut dihormati.

• Bermesra-mesra dan berlembut-lembut dengan-nya, serta menggembirakannya dengan memang-gilnya dengan panggilan yang disukai,

• Membiasakannya dengan beradaban bercakap dengan orang lebih tua darinya dan juga orang yang seumur dengannya.

Memandangkan faedah-faedah yang besar serta anggapan-anggapan yang begini baik, Rasulullah s.a.w. mengamalkan cara memanggil kanak-kanak dengan panggilan Abu pulan (bapa pulan) bagi dijadikan satu ajaran serta tunjuk cara kepada para pendidik, supayu mereka mencontohi Rasulullah s.a.w. dan mengikutnya memanggil kanak-kanak dengan Abu pulan.
Mengikut apa yang telah ditulis dalam Al-Sahihain dari Hadith Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. merupakan orang yang paling baik akhlaknya, Saya semasa itu mem-punyai adik bernama Abu Umair, dan selalunya bila Rasulullah s.a.w. berjumpa dengannya, ia bertanya kepada-nya "Wahai Abu Umair, apakah yang sudah dibuat oleh Anukhair ? (sejenis burung). Rawi berkata berkomenkan kanak-kanak itu semasa itu sudah berhenti menyusu.
Rasulullah s.a.w. mengizinkan Aisyah r.a. untuk dipanggil Ummu Abdullah. Abdullah ini ialah Abdullah bin al-Zubir anak adiknya Asma binti Abu Bakar r.a,

Anas juga sudah dipanggil Abu Hamzah sebelum dia mendapat anak, dan Abu Hurairah sudah dipanggil dengan panggilan tersebut sebdum dia mempunyai anak.

Seorang lelaki yang sudah ada anak-anak boleh juga dipanggil dengan nama yang lain daripada nama anak-anaknya, Contohnya, Abu Bakar r.a. tidak mempunyai anak lelaki bernama Bakar.Umar bin al-Khatab dipanggil Abu Hal's sedangkan dia tidak mempunyai anak lelaki bernania Hal's. Dan juga Abu Zar r.a. dipanggil Abu Zar, tidak ada anak bernama Zar. Khalid bin al-Walid pula telah dipanggil Abu Sulaiman dan ia tidak mempunyai anak bernama Sulaiman. Banyak lagi contoh seperti ini yang tidak terbilang.

Kesimpulannya, selepas apa yang telah dijelaskan bahawa memberikan panggilan kepada anak yang baharu lahir dan juga kepada orang dewasa merupakan satu perkara yang amal digalakkan. Tidak semestinya orang yang dipanggil sudah mempunyai anak dan juga kalau pun seorang itu sudah mempunyai anak tidak semestinya dipanggil dengan nama anak ku.
Ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan ten-tang memberi nama dan memberi panggilan iaitu:

A. Sekiranya kedua ibu bapa tidak sepakat darihal memberi nama kepada anak mereka nescaya memberi nama itu adalah hak setiap bapa. Hadith-hadith Rasulullah s.a.w. yung telah dibawa pada permulaan bahagian ini membuktikan bahawa memberi nama kepada anak adalah hak kepada bapa-bapa.

Al-Quran al-Karim telah menyatakan dengan jelas anak mesti dinasabkan kepada bapanya bukan kepada ibunya, jadi boleh dikata pulan bin pulan.Firman Allah S.W.T.:

Maksudnya:Panggillah anak-anak angkat itn dengan ber"bin" kan kepada bapa-bapci mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. (a1-Ahzab:5)

Telah pun kita bawakan sabda Rasulullah s.a.w.:

Ertinya:Pada malam ini saya telah dapat cahaya mata (anak) dan saya telah berikannya nama bapaku Ibrahim. (Riwayat Muslim)

B. Seorang bapa atau orang lain tidak boleh menggelar anak itu dengan gelaran-gelaran buruk seperti si pendek, si buta sebelah,si bisu, si kumbang atau seperti-nya. Ini semua tergolong dalam larangan Allah S.W.T. seperti dalam firman-Nya:
Maksudnya:Dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang bunuk. (Al-Hujurat:11)

Amat besar kesan gelaran-gelaran buruk ke atas tidak kestabilan jiwa seseorang serta hubungannya dengan masyarakat.

Hal ini akan dibincang dengan cara terperinci dan luas dalam Bahagian "Tanggungjawab terhadap pendidikan jiwa, dalam Bab "Tanggungjawab-Tanggungjawab" Insya Allah.

C. Bolehkah memanggil dengan panggilan Abu al-Qasini? Sesungguhnya memberi nama anak-anak dengan nama Nabi Muhammad s.a.w. telah dipersetujui dengan ijmak ulama' dengan bukti hadith yang telah diriwayatkan oleh Muslim r.a. yang berkata: Seorang lelaki antara kita telah mendapat anak lelaki dan ia memberi nama Muhammad sempena nama Nabi s.a.w.. Kemudian puak-nya tidak setuju dengan berkata: "Kita tidak akan mem-biarkan kamu membuat sedemikian". Lelaki itu terus membawa anaknya itu berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan memberitahu baginda: "Saya telah dapat anak lelaki dan saya telah menamakannya Muhammad, tetapi kaum saya tidak setuju dan berjanji tidak akan membiar-kan saya berbuat demikian". Rasulullah s.a.w. menjawab:

Ertinya:Berilah nama dengan namaka, tetapi janganlah panggil dengan panggilanku, sesungguhnya sayalah al-Qassim (pembahagi) yang boleh membahagi (memutuskan) antara kamu.

Mengenai perkara memanggil dengan panggilan baginda para Imam dengan ijtihad mereka mempunyai berbagai-bagai mazhab dan berbagai-bagai pendapat. Di sini kita bawakan pendapat-pendapat itu serta pendapat yang diutamakan:
Pertama:Tidak disukai (makruh) secara umum. Dalil mereka ialah sabda Rasulullah s.a.w. yang baharu kita bawa. Begitu juga sabda Rasulullah s.a.w.:

Ertinya:Berilah nama dengan namaku, tetapi janganlah memanggil dengan panggilanku.(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Pendapat ini ialah pendapat Imam Al-Sy afi' i.

Kedua:Dibolehkan secara umum (mubah) dan mereka membawa dalil hadith berikut: Aisyah r.a. berkata bahawa seorang perempuan telah mendatangi Rasulullah s.a.w. dan berkata: "Wahai Rasulullah, saya telah melahirkan anak lelaki, Saya menamakannya Muhammad dan memang-gilnya dengan panggilan Abu al-Qasim. Akan tetapi saya diberitahu bahawa engkau tidak menyukai perbuatan demikian". Baginda menjawab: "Apakah yang telah menghalalkan namaku dan mengharamkan panggilanku?"

Ibnu Abu Syaibah telah berkata bahawa Muhammad bin al-Hasan telah berkata dengan kita, dari Abu 'Uwanah dari al-Mughirah dari Ibrahim katanya: Muhammad bin al-Asyath anak saudara (anak adik perempuan) Aisyah telah dipanggil dengan panggilan Abu al-Qasim.

Ibnu Abu Khaithamah telah meriwayatkan dari Al-Zuhri bahawa saya telah sempat berjumpa dengan empat dari anak-anak sahabat Rasulullah s.a.w. setiap orang dari mereka diberi nama Muhammad dan dipanggil Abu al'-Qasim. Mereka ialah Muhammad bin Talhah bin Abdullah;,
Muhammad bin Abu Dakar, Muhammad bin Ali bin Abi Talib dan Muhammad bin Saad bin Abi Waqas. Imam Malik telah ditanya mengenai orang yang bernama Muhammad dan dipanggil pula Abu al-Qasim? Beliau menjawab: "Tidak terdapat apa-apa larangan dalam hal itu, dan saya tidak nampak salahnya."

Kumpulan ini berpendapat boleh secara umum (iba-hah) . Mereka menerima hadith-hadith yang melarang hal itu sebagai hadith-hadith yang telah terhapus (dinasakhkan).

Ketiga:Kumpulan ini berpendapat bahawa tidak boleh meng-himpunkan nama dan panggilan. Umpamanya menamakan anak Muhammad serta memanggilnya Abu al-Qasim dalam masa yang sama. Akan tetapi memberi nama sahaja atau memanggilnya sahaja adalah diharuskan.
Bukti kumpulan ini ialah sabda RasululJah s.a.w.:

Ertinya:Sesiapa yang menamakan dengan namaku jangan-lah la memanggil dengan panggilanku, dan sesiapa yang memanggil dengan panggilanku janganlah ia menamakan dengan namaku. (Riwayat Abu Daud)

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Ertinya:Janganlah himpunkan namaku dan panggilanku (serentak). (Riwayat Ibnu Abu Syaibuh)
Muhammad bin Talhah bila dia mendapat anak lelaki, Talhah, dia menemui Rasulullah s.a.w. dan memberitahu-nya: "Namanya Muhammad dan saya memanggilnya Abu al-Qasim." Jawab Rasulullah: "Jangan himpunkan kedua-duanya, panggillah dia Abu Sulaiman". (Maksud Hadith Riwayat Ibnu Abu Khaithamah)

Keempat:Kumpulan ini berpendapat bahawa larangan me-manggil dengan panggilan Abu al-Qasim dikhususkan semasa hidup Baginda s.a.w.. Selepas kewafatan baginda s.a.w. tidak ada lagi salahnya.
Kumpulan ini berhujah dengan hadith yang diriwa-yatkan oleh Abu Daud dalam Sunamiya. dari al-Munzir dari Muhammad bin Hanafiah yang berkata bahawa Ali r.a. bertanya Rasulullah s.a.w.: "Kalaulah saya dapat anak lelaki selepas engkau (kewafatan Rasulullah) bolehkah saya membeiinya nama engkau (Muhammad) dan me-manggilnya dengan panggilan engkau (Abu al-Qasim)?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ya"

Hamid bin Zanjawaih menyatakan dalam kitab al-Adab; "Saya telah bertanya Ibnu Abu Uwais "Apakah penda-pat Imam Malik mengenai seorang lelaki menggunakan kedua-dua nama serta panggilan Nabi s.a.w.?" la menunjuk-kan arah seorang tua yang duduk bersama kami lantas berkata: "Ini Muhammad bin Malik. Bapanya telah menamakannya Muhammad dan memanggilnya Abu al-Qasim". Menurut Imam Malik hal itu ditegah semasa hayat Baginda s.a.w..

Baginda bimbang kalau-kalau orang lain dipanggil dengan nama dan panggilan baginda, Baginda pula yang menyahut. Sekarang, selepas Baginda s.a.w. wafat, tidak lagi ada salahnya."

Pada pandangan saya pendapat keempat ini yang lebih tepat dan lebih logik. la sesuai dengan apa yang telah di-katakan oleh Imam Malik juga hadith-hadith Nabi s.a.w. yang memberi pengertian yang serupa.

Dengan ini adalah harus memberi nama Nabi s.a.w. (Muhammad) dan juga harus memanggil dengan panggi-lannya. Kerana Hadith-hadith yang membawa pengertian larangan, hanya dikhususkan semasa hayat Baginda s.a.w., bagi menjauhkan timbulnya kekeliruan antara orang yang dipanggil dan Rasulullah s.a.w. jika sesiapa memanggil dengan nama dan panggilan tersebut. Selepas Baginda s.a.w. wafat tidak timbul lagi kekeliruan itu dan bolehlah berbuat demikian. Antara dalil yang menguatkan pendapat yang mem-bolehkan hal ini ialah hadith al-Zuhri yang baharu disebut iaitu dia telah mendapati keempat-empat dari anak-anak sahabat r.a. dinamakan Muhammad dan dipanggil Abu al-Qasim. Wallahu A'lam.

Jadi, selepas para ibu bapa memahami segala apa yang terkandung dalam fasal ini, sudah menjadi satu tanggungjawab ke atas mereka melaksanakan cara yang paling betul dari hal memberi nama kepada anak-anak mereka supaya mengelakkan nama-nama yang menjejas-kan kedudukan mereka, atau menghinakan kemuliaan mereka, ataupun menghancurkan peribadi serta perasaan mereka. Para ibu bapa juga wajib mengikuti serta mencon-tohi Nabi s.a.w. dalam memberi panggilan kepada anak-anak mereka semenjak mereka kecil lagi. Gunakanlah panggilan-panggilan yang mereka (kanak-kanak itu) sukai supa'ya mereka merasai peribadi dan jiwa mereka disubur-kan dengan perasaan kasih sayang serta kemuliaan. Mereka dibiasakan dengan peradaban yang tinggi dan mulia dalam hubungan mereka dengan orang sekeliling serta bermesra-mesra dengan kawan-kawan.

Sewajarnya kita berpegang teguh dengan asas-asas pendidikan yang mulia ini dan mengikut jejak langkah prinsip-prinsip metodologi Islam yang agung. Hal ini, jika kita ingin mengembalikan kepada diri kita serta umat kita, keagungan yang terpupus dan kedudukan yang besar. Ini semua tidaklah menjadi susah untuk dicapai di sisi Allah jika kita bersifat ikhlas, berpegang teguh dalam melaksana-kan Islam sebagai syariat, pendidikan dan metodologi.

HUKUM AQIQAH BAGI ANAK YANG BAHARU LAHIR

1. Pengertian Aqiqah

Aqiqah mengikut pengertian bahasa ialah memu-tuskan. Dari sudut itu, aqiqah kedua ibu-bapanya iaitu memutuskan hubungannya dengan mereka, dan juga apa yang telah ditulis oleh penyair Arab yang bermaksud: "Bila ia sudab menjadi remaja tangkal-tangkalnya sudah dilucutkan". Mengikut istilah syara' pula aqiqah ialah "menyembelih seekor kambing untuk anak yang baharu lahir pada hari ketujuh kelahirannya."

2. Dalil Pensyariatannya.

Terdapat banyak hadith yang membuktikan bahawa aqiqah telah disyariatkan, serta menjelaskan yang ia amat digalakkan dan merupakan perkara sunat. Berikut kita bawakan sebahagian daripadanya: Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya:Dengan setiap anak aqiqah, sembelihkan kepada-nya seekor kambing bagi menjauhkan kemudaratan darinya. (Riwayat al-Bukhari)

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Ertinya:Setiap anak terikat dengan aqiqahnya, dipotong untuknya pada hari ketujuh kelahirannya, diberi nama dan dicukur kepalanya pada hari yang sama.(Riwayat Ahli Sunan)

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Aisyah r.a.:

Ertinya:Dua ekor kambing yang serupa bentuk dan umur dipotong untuk anak lelaki dan seekor sahaja untuk anak perempuan (Riwayat Imam Ahmad)
Ummu Karz al-Ka'biah bertanya Rasulullah s.a.w. mengenai aqiqah dan baginda menjawab:

Ertinya:Bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan seekor sahaja, tidak kira sama ada kambing-kambing itu jantan atau betina. (Riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmizi)

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Ertinya:Setiap anak terikat dengan aqiqah yang disebelih pada had ketujuh kelahirannya, dicukur kepalanya dan diberi nama pada hari yang sama.(Riwayat al-Tirmizi, al-Nasa'i dan Ibnu Majah)

3. Pendapat Fuqaha Mengenai Hukum Aqiqah.

Fuqaha dan para Imam mujtahid telah berpecah tiga pendapat mengenai hal ini:Pertama: Sunat dan digalakkan
Mereka yang berkata begitu ialah Imam Malik, Ahli Madinah, Imam Shafi'i dan sahabatnya, Imam Ahmad, Ishak, Abu Amur dan ramai dari ahli-ahli ilmu Fiqah dan Ijtihad. Bukti-bukti mereka ialah hadith-hadith yang terse-but tadi. Mereka telah menjawab sesiapa yang berpendapat bahawa aqiqah perkara wajib dengan beberapa jawapan:

• Kalau aqiqah itu wajib, tentulah ia diketahui melalui agama kerana ia suatu keperluan. Tidak menge-tahuinya boleh membawa mudarat. Begitu juga kalau ia wajib, sudah tentu Rasulullah s.a.w. tidak akan membiarkannya begitu sahaja. Baginda pasti menjelaskan dengan penjelasan secukupnya, sehingga menjadi Hujah dan tidak boleh dipersoalkan lagi.

• Rasulullah s.a.w. telah menghubungkan perkara aqiqah dengan keinginan atau kesukaan melakukannya.
Sabda baginda s.a.w.:
Ertinya:Sesiapa mendapat cahaya mata dan ingin beribadat bagi pihaknya, bolehlah dia berbuat demikian,
Perbuatan Baginda s.a.w. tidak membuktikan apa-apa kewajipan dari hal itu, tetapi ia menunjukkan bahawa perkara itu digalakkan.

Kedua: Wajib dan mesti dilakukan.

Mereka yang berpendapat begitu ialah Imam Hasan al-Basri, al-Laith bin Saad dan lain-lain. Mereka berhujah dengan apa yang telah diriwayatkan oleh Buraidah dan Ishak bin Rahawaih iaitu: "Pada hari kiamat kelak manusia akan ditanyakan aqiqah sebagai mana mereka akan ditanya-kan sembahyang lima waktu!"
Mereka juga membawa dalil yang lain iaitu sebuali hadith hasan daripada Samurah:

Ertinya:Setiap anak terikat dengan aqiqahnya.

Hujah mereka ialah anak itu akan dihalang daripada menjadi syafaat kepada kedua ibu bapanya sehingga mereka melakukan aqiqah kepadanya. Hal ini boleh menguatkan pendapat bahawa aqiqah adalah wajib.Ketiga: Menolak sama sekali bahawa aqiqah merupakan perkara dari syariat Islam. Mereka yang berpendapat ini ialah para Faqih Hanafiah. Mereka telah berhujah dengan bukti iaitu sabda Rasulullah s.a.w. yang telah diriwayatkan oleh al-Baihaqi dari Amru Ibn Syuib dari bapanya dari datuknya. Semasa Rasulullah menjawab satu pertanyaan mengenai al-Aqiqah:

Ertinya:Saya tidak suka al-Uquq,

Mereka ini telah membuktikan juga dengan apa yang telah diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dari hadith Abi Rafi r.a. bahawa al-Hassan Ibn Ali Fatimah ingin melakukan aqiqah baginya, tetapi Rasulullan s.a.w. telah melarangnya dengan sabda baginda:

Ertinya:Janganlah melakukan aqiqah tetapi cukurlah kepalanya dan bersedekah dengan perak mengikut berat timbangan rambutnya

Kemudian Fatimah melahirkan Husin dan berbuat demikian. Hadith-hadith yang telah disebutkan di atas menekankan bahawa aqikah adalah perkara sunat dan digalakkan. Inilah pendapat kebanyakan fuqaha serta ahli ijtihad, golongan ini telah menjawab hadith-hadith yang telah dibawa oleh ulama Hanafiah bagi menguatkan hujah-hujah mereka bahawa aqiqah bukanlah digalakkan oleh syariat Islam.

Jawapan itu ialah:
* Sesungguhnya hadith-hadith yang dibawa oleh kumpulan itu bagi menguatkan hujah mereka tidak boleh langsung dipegang. la tidak boleh dijadikan dalil penolakan mereka. Mengenai hadith Amru bin Syuib dari bapanya, dari datuknya bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

Ertinya: Saya tidak suka al-uquq.

Perjalanan hadith ini serta sebab disabdakan boleh menunjukkan bahawa aqiqah adalah sunat dan digalakkan. Kerana sesungguhnyu lafas hadith itu ialah:
• Rasulullah pernah ditanya mengenai aqiqah dan baginda menjawab: "Sayu tidak suka al-uquq"

Sabda baginda s.a.w.:

Ertinya:Sesiapa mendapat cahaya mata dan ingin beribadat bagi pihaknya, bolehlah dia berbuat demikian,
Perbuatan Baginda s.a.w. tidak membuktikan apa-apa kewajipan dari hal itu, tetapi ia menunjukkan bahawa perkara itu digalakkan.

Kedua: Wajib dan mesti dilakukan.

Mereka yang berpendapat begitu ialah Imam Hasan al-Basri, al-Laith bin Saad dan lain-lain. Mereka berhujah dengan apa yang telah diriwayatkan oleh Buraidah dan Ishak bin Rahawaih iaitu: "Pada hari kiamat kelak manusia akan ditanyakan aqiqah sebagai mana mereka akan ditanya seakan baginda tidak suka pada nama itu iaitu baginda membenci menamakan kambing yang disembelih (aqiqah). la berkata: Wahai Rasulullah - Kita bertanya kalaulah salah seorang daripada kita mendapat cahayamata? Baginda s.a.w. men-jaw ab dengan sabdanya:

Ertinya:Sesiapa yang ingin (suka) beribadat bagi pihak anaknya, lakukanlah (buatlah) untuk anak lelaki dua ekor kambing dan untuk anak perempuan satu ekor sahaja. Walau bagaimana pun bukti yang mereka bawa mengenai hadith Abi Rail' "janganlah engkau (Fatimah) lakukan aqiqah tetapi cukurlah kepalanya..." Sesungguhnya ia tidak bererti yang Baginda s.a.w. tidak suka dilakukan aqiqah". Sebaliknya Baginda s.a.w. ingin menolong anaknya Fatimah r.a. dan Baginda telah melakukannya bagi pihak anaknya itu. Jadi, Baginda melarangnya dengan berkata: "Janganlah melakukan aqiqah...."
Justeru itu Fatimah tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan lagi. Terdapat banyak hadith yang menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah melakukan aqiqah untuk kedua-dua cucunya (Hasan dan Husin). Antara hadith-hadith yang tersebut ialah:
• Abu Daud telah meriwayatkan dari Ayyub dari Ikrimah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah melakukan aqiqah bagi Hasan dan Husin setiap seorang seekor kambing jantan.

• Jarir bin Hasim menceritakan dari Qaladah dari Anas bahawa Nabi s.a.w. telah menyembelih aqiqah bagi Hasan dan Husin dua ekor kambing jantan.

• Yahya bin Said telah berkata dari Am rah dari Aisyah bahawa Rasulullah s.a.w. telah melakukan aqiqah bagi Hasan dan Husin pada hari ketujuh.

Kesimpulan daripada apa yang telah dibentangkan, aqiqah bagi pihak anak yang baharu lahir merupakan per-kara sunat serta digalakkan. Ini adalah pendapat keba-nyakan para imam dan fuqaha. Dengan ini, setiap bapa yang mendapat cahaya mata, dan dia berkemampuan, maka dia amat digalakkan untuk melaksanakan sunnah Rasulullah ini. Semoga dia mendapat kelebihan serta ganjaran daripada Allah S.W.T. di samping boleh menam-bahkan kemesraan, kasih sayang dan mengeratkan hubu-ngan kemasyarakatan antara sanak saudara, keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai. Kehadiran mereka ke jamuan aqiqah adalah tanda kegembiraan mereka di atas kelahiran bayi yang diraikan. la boleh menjadi suatu usaha bagi melaksanakan takaful dalam masyarakat, lebih-lebih lagi jika fakir miskin serta orang yang memerlukan per-tolongan turut diundang.

Inilah kelebihan Islam dan syariatnya yang mulia. la sentiasa menyemaikan kemesraan serta kasih sayang dalam masyarakat. la juga sentiasa berusaha bagi menegakkan keadilan dalam masyarakat terhadap golongan fakir dan yang serba kekurangan.

4. Masa Yang Digalakkan Beraqiqah.

Kita telah menyebutkan hadith Samrah berikut;

Ertinya:Setiap anak terikat dengan aqiqahnya disemhelih bagi pihaknya pada hari ketujuh kelahlrannya dan diberi nama pada hari yang sama.

Dari hadith ini kita boleh mengetahui bahawa masa yang digalakkan bagi penyembelihan aqiqah ialah hari ke tujuh. Hal ini boleh dikuatkan lagi oleh hadith Abdullah bin Wahab daripada Aisyah yang berkata: "Rasulullah telah melakukan aqiqah untuk Hasan dan Husin pada hari ketujuh, menamakan mereka dan Baginda s.a.w. telah memerintahkan supaya dijauhkan kemudaratan daripada kepala kedua-dua mereka (dicukur)."

Namun ada juga yang berpendapat bahawa aqiqah tidak semestinya dilakukan pada hari ketujuh. Hal ini cuma digalakkan sahaja. Jadi kalau ia dilakukan pada hari ke-empat, kelapan, kesepuluh atau kemudian pun tidak mengapa. Kita bawakan pendapat yang paling jelas tentang hal ini.

• Al-Maimuni telah berkata: "Saya telah bertanya Abdullah, Bilakah seseorang anak boleh diaqi-qahkan?" Dijawab, "Mengikut pendapat Aisyah r.a. tujuh hari, atau empat belas, atau dua puluh satu hari".

• Saleh bin Ahmad telah berkata: "Bapa saya berkata mengenai aqiqah: disembelih pada hari ketujuh, kalau tidak pada hari keempat belas, kalau tidak dibuat juga, pada hari kedua puluh satu."

• Imam Malik berpendapat bahawa melakukan aqiqah pada hari ketujuh merupakan yang terbaik, namun kalau ia dilakukan pada hari keempat, kelapan, kesepuluh, atau selepas itu pun masih juga boleh diterima."

Kesimpulannya, kalaulah seorang bapa itu mampu serta berkesempatan melakukan aqiqah pada hari ketujuh maka itu adalah lebih afdal kerana ia mengikut apa yang telah dilakukan oleh Nabi s.a.w. jika tidak dia boleh melakukannya pada bila-bila masa sahaja, berdasarkan pendapat Imam Malik. Jadi, kesempatan dan peluang untuk melakukan aqiqah adalah terbuka. Dalam penyembelihan itu sesungguhnya terdapat kemudahan:

Firman Allah S.W.T.

Maksudnya: Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Al-Baqarah:185)

Juga firman Allah:

Maksudnya:Dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung se-suatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama. (al-Haj:78)

5. Adakah Aqiqah Bagi Anak Lelaki Sama Dengan Aqiqah Bagi Anak Perempuan?

Sudah kita sebutkan sebelum ini berdasarkan pendapat kebanyakan fuqaha dan mujtahidin bahawa aqiqah adalah sunat dan digalakkan bagi anak lelaki dan perempuan. Imam Ahmad dan al-Tirmizi meriwayatkan bahawa Ummu Karz al-Ka'biah telah bertanya Rasulullah s.a.w. mengenai aqiqah dan baginda menjawab:

Ertinya:Bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan satu ekor.(Riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmizi)
Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan hadith daripada Aisyah yang bererti: "Rasulullah s.a.w. telah memerintah-kan kami beraqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor bagi anak perempuan."

Hadith-hadith yang telah kita bawakan sebelum ini adalah bukti bahawa aqiqah adalah disyariatkan oleh Islam.

Hadith-hadith itu pada keseluruhannya memberi dua faedah yang asas:

Pertama: Aqiqah disyariatkan kepada anak lelaki dan juga anak perempuan.

Kedua: Perbezaan antara kedua-dua mereka ialah dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor bagi anak perempuan.
Perbezaan ini didapati daripada zahir hadith-hadith, dan itu ialah pendapat Ibnu Abbas, Aisyah dan suatu golongan daripada ahli ilmu dan ahli hadith. Imam Malik pula berpendapat, aqiqah itu dengan seekor kambing sama ada kepada anak lelaki atau anak perempuan. Bila ditanya, "Berapakah ekor kambing patut dipotong bagi anak lelaki dan anak perempuan?" beliau menjawab, "Bagi anak lelaki dipotong seekor dan bagi anak perempuan seekor." Beliau telah membuktikan pendapatnya ini dengan hadith-hadith berikut: Abu Daud telah meriwayatkan dalam sunannya daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah beraqiqah seekor kambing jantan bagi Hasan dan Husin.
Jaafar bin Muhammad telah meriwayatkan daripada bapanya bahawa Fatimah telah menyembelih seekor kibas bagi Hasan dan seekor kibas bagi Husin.

Imam Malik telah berkata: "Abdullah bin Omar r.a telah beraqiqah untuk anak-anak lelaki dan anak-anak perempuannya setiap seorang seekor kambing."

Pendapat yang paling baik ialah sesiapa yang dapat limpah kurnia Allah dengan rezeki dan nikmat, eloklah dia beraqiqah dengan dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor bagi anak perempuan, mengikut apa yang telah sabit dari Rasulullah dari hal perbezaan antara lelaki dan perempuan mengenai aqiqah. Sesiapa yang kurang berkemampuan, bolehlah beraqiqah dengan seekor kambing bagi anak lelaki dan seekor juga bagi anak perempuan. Kalau dia melaksanakannya dia akan mendapat ganjaran serta akan mendapat fadilat sunnah yang digalakkan itu. Wallahu A'lam.

BANGKANGAN SERTA JAWAPANNYA.

Kemungkinan ada yang membangkang dan bertanya, kenapa Islam membezakan antara lelaki dan perempuan dalam persoalan aqiqah? Kenapa diada-adakan keistime-waan serta kelebihan?
Jawapan bangkangan ini mempunyai banyak sudut:

1) Setiap orang Islam menyerah dan menerima segala yang telah diperintahkan oleh Islam bagi menunai-kan firman Allah:
Maksudnya:Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadi-kan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (al-Nisa':65)

Keistimewaan serta kelebihan ini telah ditentukan oleh Rasulullah s.a.w.. Maka tidak ada pilihan bagi seorang muslim, melainkan menerima serta melaksanakannya.

2) Besar kemungkinan hikmat Serta logik di sebalik perbezaan itu ialah untuk menunjukkan kelebihan lelaki berbanding dengan perempuan. Lelaki telah diberikan oleh Allah kekuatan jasmani, dibebankan dengan tugas kepim-pinan dan tanggungjawab, dan dikurniakan ketenangan serta kemampuan mengawal perasaan. Benarlah Allah Yang Maha Mulia yang berfirman:

Maksudnya:Kaum itu lelaki adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki dengan beberapa keistimewaan atas orang-orang perempuan,dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan(memberi nafkah)sebahagian dari harta mereka. (al-Nisa':34)

3) Menambahkan usaha untuk menyemaikan perasaan mesra dan kasih .sayang, Berhimpunnya orang ramai di majli.s aqiqah anak yang baharu lahirkan menguatkan unsur takuful daluin masyarakat iaitu antara golongan yang susah serta orang yang serba kekurangan.

6. Makruh Mematahkan Tulang Aqiqah.

Antara perkara yang patut dihindarkan ialah mema-tahkan tulang-tulang sembelihan sama ada semasa menyembelih atau semasa memakannya, Walau hagaimana-pun setiap tulang boleh dipotong pada sendinya tanpa mematahkannya, Abu Daud meriwayatkan daripada Jaafar bin Muhammad daripada bapanya sebuah hadith Rasulullah s.a.w, mengenai aqiqah yang telah dilakukan oleh Fatimah untuk Hasan dan Husin:

Ertinya:Kirimlah kepada mak bidan satu kaki, makanlah, beri makan dan janganlah mematahkan tulang-tulangnya.
Ibnu Jarih telah meriwayatkan daripada Ata' bahawa aqiqah dipotong-potong mengikut anggotanya, tidak boleh dipatahkan tulang-tulangnya. Ibnu al-Munzir juga telah meriwayatkan daripada Aisyah hadith yang sama.

Hikmat sebalik larangan itu bergantung dengan dua perkara:

Pertama: Menunjukkan kemuliaan makanan atau pengor-banan ini terhadap jiwa faqir-faqir serta jiran-jiran dengan menghidangkan ketulan-ketulan yang lengkap serta besar yang tidak dipatahkan suatu tulang pun daripada tulang-tulangnya. Dan juga tidak meluakkan sedikit dari anggota-anggotanya, Tindakan ini tidak syak lagi mem-punyai kesan yang baik dan mendalam. la merupakan suatu tanda yang amat jelas tentang kemurahan hati dan sifat pemberi dalam jiwa para penerimanya.

Kedua: Perbuatan tidak mematahkan tulang sebagai tanda optimis bagi keselamatan anggota-anggota anak yang baharu lahir, kesihatan serta kekua-tannya, memandangkan aqiqah sebagai korban bagi anak yang baharu lahir itu. Wallahu A'lam.

7. Hukum-hukum Umum Berkaitan Aqiqah

Terdapat hukum-hukum berhubung dengan aqiqah yang patut dipelihara. la mengikut susunan berikut:

A. Para ulama telah sepakat bahawa tidak diharuskan dalam aqiqah kecuali apa yang telah diharuskan dalam korban iaitu seperti yang berikut:

1. Umur binatang sembelihan itu mesti sudah menjangkau satu tahun dan sudah mula masuk dalam tahun kedua. Syarat ini adalah untuk kam-bing biri-biri atau kambing biasa. Kambing biri-biri yang badannya besar dan gemuk boleh disembelih semasa berumur enam bulan sahaja dengan syarat jika ia bergaul dengan kambing-kambing yang berumur setahun ke atas, tidak dapat dibezakan antara mereka. Kalau kambing itu kambing biasa, tidak boleh disembelih me-lainkan umurnya sudah lebih satu tahun dan mula masuk tahun kedua.

2. Korban itu mestilah bebas daripada sebarang kecacatan, Tidak boleh berkorban dengan kambing buta, buta sebelah, kurus kering, tempang dan tidak boleh juga berkorban dengan kambing yang terputus sebelah telinganya, atau ekornya atau pun yang sudah hilang lebih satu pertiga daripada lemak punggungnya. Tidak boleh juga menyem-belih kambing yang tidak mempunyai telinga semula jadi atau kambing gila yang menyebab-kannya tidak mahu makan.
Akan tetapi kambing-kambing yang mempunyai kecacatan yang kecil sah disembelih. Contohnya kambing yang carik sedikit telinga atau patah sebelah tanduknya. Begitu juga yang terkena sesuatu yang menjadikannya tempang tetapi ia boleh berjalan; contohnya, ia berjalan dengan tiga kaki dan meletakkan kaki yang keempat atas bumi bagi menolongnya berjalan. Kambing yang gila tetapi tidak menghalangnya daripada makan, atau sudah jatuh sebahagian kecil giginya juga sah disembelih. Begitu juga-lah dengan yang hilang sepertiga telinga, ekor dan lemak punggungnya. Semua ini tidak menghalang kambing serupa itu dijadikan korban.

3. Berkorban dengan lembu atau kerbau pula hatiya boleh apabila ia sudah menjangkau umur dua tahun dan sudah bermula tahun ketiganya. Kalau ingin berkorban dengan unta, tidak boleh juga melainkan ia sudah berumur lima tahun dan sudah masuk tahun keenamnya.

B. Tidak boleh berkongsi-kongsi untuk seekor korban, misalnya tujuh orang berkongsi seekor unta. Kalau perkongsian ini sah nescaya tidak akan terlaksana apa yang dikehendakinya daripada penyembelihan bagi anak itu, dan berikutnya ia tidak akan dikira sebagai korban bagi pehak anak yang baharu lahir.

C. Sah menyembelih unta atau lembu bagi meng-gantikan kambing tetapi dengan syarat tiap-tiap seekor bagi seorang anak sahaja.Dalilnya Ibnu al-Qayyim meriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa dia beraqiqah bagi anak-anaknya dengan sembelihan-sembelihan lembu, unta, kerbau dan seumpamanya. Abi Bakrah pula telah menyembelih seekor Jazur (unta, lembu) bagi anaknya Abdul Rahman dan menjamukan penduduk Basrah. Ada juga ulama yang berpendapat bahawa aqiqah tidak sah melainkan dengan kambing. Ini dibuktikan dengan hadith-hadith yang telah dibawa sebelum ini.

Akan tetapi mereka yang membolehkan aqiqah dengan unta dan lembu berhujah dengan hadith yang telah diriwayatkan oleh Ibnu al-Munzir:

Ertinya:Bagi tiap-tiap anak aqiqah, lebihkan (sembelih) baginya darah.
Rasulullah s.a.w. tidak menyebut darah binatang apa. Jadi daripada sahir hadith ini, apa sahaja binatang boleh disembelih sama ada kambing, lembu atau unta.

D. Apa yang telah dibolehkan dalam korban, di-bolehkan juga dalam aqiqah iaitu memakan, bersedekah, dan menghadiahkannya. Di samping itu boleh juga menghadiahkan sebahagian daripadanya kepada bidan bagi menggembirakannya. Buktinya, sabda Rasulullah s.a.w. yang telah diriwayatkan oleh al-Baihaqi daripada Ali r.a. bahawa Rasulullah s.a.w, telah memerintahkan Fatimah r.a.:

Ertinya:Timbanglah rambut Husin, bersedekah dengan perak mengikut timbangannya, dan berilah kaki aqiqahnya kepada bidan.

Ramai fuqaha membenarkan sesiapa yang ingin membuat jamuan dengan aqiqah dan menjemput siapa yang disukai, memandangkan kesan baik perbuatan seperti ini dalam masyarakat Islam; antaranya bersedekah, memberi hadiah ditambah pula dengan menghadiahkan sebahagian daripada aqiqah itu kepada bidan. Hal ini, dititikberatkan oleh Islam dari hal kesatuan ummah supaya ia sentiasa menjadi seperti bangunan yang tersusun, setiap bahagian menguatkan yang lain.

E. Digalakkan menyembelih aqiqah atas nama anak yang baharu lahir. Ibnu al-Munzir meriwayatkan daripada Aisyah yang berkatai Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

Ertinya:Sembelihlah atas namanya (anak yang baharu lahir), ucaplah dengan nama Allah, ya Allah segala-galanya untuk Engkau dan akan kembali kepada Engkau, inilah aqiqah Pulan.

Jika orang yang menyembelih telah berniat bahawa apa yang disembelihnya ialah aqiqah tetapi tidak menyebut nama anak yang baharu lahir itu, aqiqah itu tetup sah dan boleh diterima.

8. Apakah Hikmat Pensyariatan Aqiqah?

Sudah memadailah jika dinyatakan faedah dan hikmat aqiqah seperti berikut:

A. Korban boleh mendekatkan anak yang baharu lahir kepada Allah pada hari pertama dia menarik nafasnya di dunia ini.

B. Sebagai penebus (fidyah) anak yang baharu lahir bagi mengelakkannya daripada musibat dan penyakit-penyakit, sebagaimana Allah telah menebus (fidyah) Ismail a.s. dengan penyembe-lihan agung.

C. Merungkaikan ikatan yang boleh menghalang anak daripada memberi syafa'at kepada kedua ibu bapanya.

D. Bagi melahirkan kesukaan serta kegembiraan melalui syariat Islam, disebabkan kelahiran seorang mukmin, yang akan membanggakan Rasulullah s.a.w. di hadapan umat yang lain pada hari Kiamat kelak.

E. Menguatkan hubungan mesra dan kasih sayang antara anak-anak masyarakat, dengan berhim-punnya mereka di meja-meja jamuan, sebagai tanda gembira dengan kelahiran anak yang baharu lahir ini.

F. Menampung sumber-sumber takaful kemasyara-katan dengan usaha yang baharu, dan boleh meng-hapuskan bibit-bibit kesusahan serta kemiskinan. Dan banyak lagi hasil-hasil serta faedah-faedah!
Sehubungan dengan ini para pembaca sepatutnya mengetahui juga jenis jamuan serta makanan yang telah disyariatkan oleh Islam pada masa-masa dan hari-hari yang tertentu:

1. Al-Qira: Makanan tetamu.
2. Al-Tuhfah: Makanan orang ziarah.
3. Al-Khurs: Makanan beranak.
4. Al-Madubah: Makanan jemputan.
5. Al-Walimah: Makanan perkahwinan.
6. Al-Aqiqah: Makanan anak yang baharu lahir, pada hari ketujuh.
7. Al-Ghadirah: Makanan sebab bersunat atau berkhatan.
8. Al-Wadhimah: Makanan kerana kematian
9. An-Naqi'ah: Makanan orang yang baharu tiba dari pelayaran.
10. Al-Wakirah: Makanan setelah selesai membina bangunan.

HUKUM BERKHATAN

1. Pengertian Khatan

Khatan menurut bahasa ialah memotong quifah iaitu kulit yang menutupi kepala kemaluan Ielaki. Menurut istilah syara' pula, khatan ialah tanda bulat di bawah hasyafah iaitu tempat memotong alat kelamin itu, dan akan terbit darinya hukum-hukum syariat sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al-Tirmizi dan al-Nasa'i;
Ertinya:Jika terjumpa (tersentuh) kedua-dua khatan (alat kelamin lelaki dan perempuan maka diwajibkan mandi.

Dalam riwayat al-Tabrani pula, Nabi telah bersabda:

Ertinya:Apabila bertemu (tersentuh) kedua-dua khatan (alat kelamin lelaki dan perempuan) dan masuk (hilang) hashafah (kepala alat kelamin lelaki) sesungguhnya diwajibkan mandi sama ada keluar air mani ataupun tidak.

2. Hadidi-hadith tentang berkhatan.

Hadith-hadith yang menunjukkan bahawa berkhatan itu disyariatkan oleh agama Islam amat banyak. Di antara hadith-hadith tersebut adalah seperti berikut:

Sabda Rasulullah s.a.w. yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya dari Aminar bin Yaser katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

Antara perbuatan fitrah (semula jadi) ialah ber-kumut'-kumur, mencuci hidung dengan menyedut air, menggunting misai, bersiwak, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu yang tumhuh di sekeliling kemaluan dan berkhatan.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda seperti yang diriwa-yatkan oleh Abu Hurairah dalam al-Sahihain:

Ertinya:Fitrah itu lima perkara: berkhatan, mencukur bulu yang tumhuh sekeliling kemaluan, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.

3. Apakah Berkhatan Wajib atau Sunat?
Para ulama berbeza pendapat dalam menentukan sama ada berkhatan itu wajib atau sunat.
Antara mereka yang berpendapat bahawa berkhatan itu sunat ialah Imam Hasan al-Basri, Imam Abu Hanifah dan sebahagian ulama Mazhab Hanbali. Dalil mereka ialah sabda Rasulullah s.a.w.:

Ertinya: Berkhatan merupakan perkara sunat bagi lelaki dan kelebihan bagi perempuan.(Riwayat Imam Ahmad)
Hujah mereka ialah Rasulullah s.a.w. telah menyebut persoalan berkhatan bersama perkara-perkara sunat yang lain, seperti raemotong kuku, mencabut bulu ketiak dan bulu-bulu lain. Ini membuktikan bahawa berkhatan adalah sunat, bukan wajib.

Hujah mereka lagi ialah seperti yang dikatakan oleh Imam Hasan al-Basri: "Sesungguhnya ramai manusia yang menganut Islam bersama-sama Rasulullah s.a.w. yang berkulit hitam, yang berkulit putih, orang Rom, orang Parsi, orang Habsyi dan sebagainya, tidak pernah pula baginda memeriksa mereka itu". Jadi jikalau berkhatan itu wajib, tentulah mereka dikhatankan terlebih dahulu sebelum di terima Islam mereka.

Mereka yang berkata berkhatan itu wajib ialah al-Sya'bi, Rabi'ah, al-Awza'i, Yahya bin Said al-Ansari, Malik, al-Syafi'i dan Ahmad. Orang yang paling tegas tentang berkhatan ini ialah Imam Malik sehingga beliau berkata: "Sesiapa yang tidak berkhatan, dia tidak boleh menjadi imam dan juga tidak boleh diterima menjadi saksi.
Mereka ini membuktikan kebenaran pendapat mereka (wajib berkhatan) dengan dalil-dalil yang banyak. Di sini dibawakan sebahagian daripadanya;

A. Imam Ahmad dan Abu Daud telah meriwayat-kan dari Uthaim bin Kulaib daripada bapanya, daripada datuknya yang pergi memberitahu Rasulullah s.a.w., "Sesungguhnya saya telah memeluk Islam." Rasulullah menjawab dengan sabdanya:

Ertinya:Cukurlah kepalamu dan berkhatanlah,

B. Harb meriwayatkan di dalam kitabnya al-Ma-sa'il daripada al-Zuhri bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Ertinya:Sesiapa yang memeluk Islam, hendaklah dia berkhatan, walaupun dia sudah besar (dewasa).

Walaupun hadith ini daif, ia boleh juga dijadikan hujah bagi menguatkan pendapat.

C. Waki' telah meriwayatkan daripada Salim daripada Amru bin Harm daripada Jabir, daripada Yazid daripada Ibnu Abbas r.a. yang berkata: "Sembahyang orang yang tidak berkhatan tidak diterima, dan sembeli-hannya juga tidak boleh dimakan."

D. Al-Baihaqi telah meriwayatkan daripada Musa bin Ismail daripada Ali r.a. yang berkata: "Kami telah dapati pada tempat gantung pedang Rasulullah s.a.w. dalam sahifah, "orang yang belum berkhatan, tidak boleh dibiarkan dalam Islam melainkan dia berkhatan."

E. Al-Khatabi telah berkata: "Mengenai berkhatan, walaupun ia disebut sama dengan perkara-perkara sunat, ramai ulama berpendapat bahawa ia adalah wajib kerana ia syiar agama. Dengannya boleh dibezakan antara orang Islam dengan orang kafir, Kalau ditemui seorang yang berkhatan dalam suatu kumpulan manusia yang terbunuh, nescaya dia disembahyangkan dan dikebumikan di per-kuburan Islam.

F. Mereka yang berpendapat bahawa berkhatan itu adalah wajib, membuktikannya dengan kata yang ber-maksud: "orang yang tidak berkhatan itu terdedah kepada kerosakan kesuciannya. Sembahyangnya tidak sah kerana kulit yang menutupi kepala zakar lelaki, apabila terkena air kencingnya, tidak boleh dibersihkan serta disucikan Sepenuhnya. Justeru itu kesahihan kesucian serta sembah-yang bergantung kepada berkhatan. Kerana itulah ramai ulama salaf tidak menerima seorang yang tidak berkhatan sebagai imam sembahyang. Walau bagaimanapun sem-bahyangnya seorang diri adalah sah kerana dia boleh dimasukkan ke dalam golongan orang yang berkeuzuran seperti orang yang tidak boleh mengawal air kencingnya."

G. Firman Allah:

Maksudnya:"Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar.,.."(Al-Nahl:123)
Rasulullah s.a.w. dan umat baginda sudah diperin-tahkan supaya mengikut agama Nabi Ibrahim, dan berkhatan itu ialah daripada agama Nabi Ibrahim a.s.. Hadith yang telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah r.a. boleh dijadikan hujah: "Nabi Ibrahim a.s. telah dikhatankan semasa beliau berumur lapan puluh tahun."
Dalam riwayat yang lain pula, "Beliau merupakan orang pertama yang menyambut tetamu, orang pertama yang memakai seluar dan orang pertama yang berkhatan. Kemudian perintah berkhatan itu berterusan bagi nabi-nabi serta pengikut-pengikut mereka sampai terutusnya Rasul Muhammad s.a.w.".Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya:Empat perkara yang merupakan sunnah kepada para Rasul ialah; berkhatan memakai atar, bersiwak, dan berkahwin.

Golongan ini telah menjadikan hadith-hadith yang tersebut tadi sebagai hujah bagi menguatkan pendapat mereka.
Jawapan mereka terhadap pendapat yang mengatakan berkhatan itu sunat adalah seperti yang berikut:

• Hadith yang mereka bawa bagi menguatkan pendapat mereka iaitu "Berkhatan merupakan sunnah bagi lelaki dan kelebihan bagi perempuan", mengikut pendapat para ulama adalah hudith daif dari segi sanadnya. Hadith daif, sebagaimana diketahui di kalangan fuqaha, tidak boleh dijadikan hujah bagi mendapat hukum-hukum syariat. Jika pun kita boleh terima hadith ini sebagai hadith sahih ertinya Rasulullah s.a.w. telah mensunatkan berkhatan dan baginda telah mewajibkannya. (Perkataan sunnah dalam Bahasa Arab bererti cara). Maka perkataan "saya telah mensunnahkan kepadanya sesuatu membawa erti saya telah mensyariatkan". Jadi sabda Rasulullah s.a.w. "telah disunnahkan berkhatan kepada kaum lelaki" iaitu "ia telah disyariat-kan kepada mereka."

• Mengenai hujah mereka bahawa Rasulullah s.a.w. telah menyebut persoalan khatan bersama perkara-perkara sunat yang lain seperti memotong kuku; dengan itu berkhatan menjadi sunat seperti perkara-perkara sunat yang tersebut itu, ini semua merupa-kan hujah yang tidak tepat. Ada antara sifat-sifat yang tersebut dalam hadith itu yang wajib seperti berkumur-kumur dan menyedut air semasa mandi wajib. Ada juga di antaranya yang digalakkan seperti bersiwak. Memotong kuku pula, walau pun sunat, ia kadang kala menjadi wajib bagi menjamin kesucian kerana jika kuku panjang akan terkum-pullah kekotoran di bawahnya. Dengan ini, mereka telah berhujah dengan satu hadith yang merang-kumi perkara-perkara wajib serta perkara-perkara yang digalakkan.

Tentang hujah mereka dengan kata-kata Hasan al-Basri: "Ramai telah memeluk Islam dengan Rasu-lullah s.a.w., baginda tidak pernah memeriksa mereka..." jawabnya ialah mereka tidak perlu di-periksa kerana kebanyakan mereka telahpun berkhatan. Semua orang Arab berkhatan dan semua orang Yahudi juga berkhatan. Yang tinggal ialah orang Nasrani (Kristian) yang terbahagi kepada dua kumpulan: satu kumpulan berkhatan dan yang satu lagi tidak berkhatan.
Sesungguhnya, setiap orang yang memeluk Islam mengetahui bahawa berkhatan itu merupakan syiar Islam. Selalunya mereka cepat-cepat melakukannya seperti mana mereka cepat-cepat mandi. Selaras dengan apa yang telah di-katakan oleh Ibnu al-Qayyim bahawa mereka berebut-rebut berkhatan selepas memeluk agama Islam sebagaimana mereka berebut mandi ialah hadith Uthaim bin Knlaib yang telah pun menye-butkan bahawa datuknya telah menemui Nabi s.a.w. lalu berkata "Saya telah memeluk Islam". Maka terus Rasulullah s.a.w. memerintahkannya dengan bersabda:

Ertinya:Cukurlah kepalamu (buangkan rambut kekufuran dahulu), dan berkhatanlah.

Begitu juga hadith yang telah diriwayatkan oleh al-Zuhri, sabda Rasulullah s.a.w.:

Ertinya:Sesiapa yang memeluk Islam, dia mesti berkhatan walau pun sudah besar (dewasa). Rasulullah s.a.w. sentiasa memberi tunjuk ajar kepada umat bagi mencapai kebaikan serta kebahagiaan. Baginda juga sentiasa mengajar umatnya supaya mem-bezakan diri mereka.dengan umat yang lain. Sungguh pun demikian baginda tidak diperintahkan untuk mengkaji dan memeriksa. Dalam hal ini, baginda menerima zahir mereka yang telah memeluk Islam, dan rahsia batin mereka diserah-kan kepada Allah.

Kesimpulannya berkhatan ialah kemuncak fitrah, syiar Islam dan petunjuk syariat. la wajib atas kaum lelaki. Sesiapa yang memeluk Islam, tetapi tidak melakukannya secepat mungkin, atau tidak melaksanakannya sebelum dia baligh, pasti dia berdosa, melakukan maksiat dan ter-jerumus dalam perkara-perkara haram dan salah. Berkhatan adalah salah satu syiar Islam dan dengannya boleh dibe-zakan antara orang mukmin dan orang kafir. Orang yang sudah berkhatan akan mempunyai kesihatan yang baik serta bebas daripada pelbagai penyakit bahaya, Kita akan dapat melihat hikmat berkhatan dan faedah-faedahnya yang besar dalam halaman berikut, insya Allah.

4. Adakah Kaum Perempuan Wajib Berkhatan?

Para fuqaha dan imam yang berijtihad bersepakat bahawa perempuan digalakkan berkhatan tetapi ia tidak wajib kecuali dalam satu riwayat Imam Ahmad bin Hanbal yang berkata bahawa berkhatan adalah wajib ke atas lelaki dan juga perempuan. Sedangkan riwayatnya yang kedua, berkata bahawa berkhatan wajib ke atas lelaki sahaja. Riwayat kedua ini selaras dengan apa yang telah dipersetujui oleh para imam daripada golongan fuqaha serta mujtahidin; bahawa berkhatan digalakkan dan bukan wajib pada perempuan. la juga sama dengan apa yang telah diamalkan oleh ummah, dan apa yang telah diwarisi oleh generasi-generasi. Hujah mereka dalam hal ini ialah; Semasa Rasulullah s.a.w. mensyariatkan berkhatan kepada umat Islam, baginda mengkhususkan perintah itu kepada lelaki sahaja. Tidak ada riwayat yang menyatakan baginda pernah memerintahkan perempuan supaya berkhatan, kecuali hadith Syaddad yang telah kita bawa sebe-lum ini:

Ertinya:Berkhatan merupakan sunat kepada lelaki, dan kelebihan kepada perempuan.

Hadith ini menguatkan kata-kata tadi. Jika hadith ini sahih ia membuktikan bahawa perempuan digalakkan berkhatan bukan wajib. Perkataan "kelebihan" merupakan dalil untuk menegaskan bahawa berkhatan bagi perempuan itu digalakkan. Wallah a'lam.

Besar kemungkinan hikmat di sebalik syariat itu ialah berkhatan terhadap lelaki amat berbeza dengan berkhatan terhadap perempuan; berbeza bentuk, hukum serta faedah-nya, mengikut kefahaman dan perhatian.

Alangkah mulia dan tingginya syariat Islam, dan betapa mulianya prinsip-prinsipnya yang berkekalan sepan-jang zaman.

5. Bilakah Wajib Berkhatan?

Ramai ahli ilmu yang berpendapat bahawa seorang anak itu wajib berkhatan sejurus sebelum baligh. Dia akan memikul tanggungjawab melaksanakan hukum-hukum syariat serta perintah-perintah Allah. Apabila dia men-jangkau umur remaja, dia sudah pun berkhatan, bagi men-jamin bahawa ibadatnya mengikut lunas-lunas yang telah ditentukan oleh Islam dan telah dijelaskan oleh syariat.

Adalah juga amat digalakkan serta menjadi suatu kelebihan kepada ibu bapa (orang yang bertanggungjawab) jika mereka mengkhatan anak dalam tempoh mula-mula dia dilahirkan. Tujuannya kalau anak itu sudah berakal serta memahami apa yang berlaku di sekelilingnya dan dia mendapati dirinya telah pun berkhatan, pasti dia tidak akan bimbang atau takut dengan apa yang akan berlaku kepadanya di masa akan datang. Jadi, kalau anak itu sudah berakal, dia pasti merasa gembira dan lega kerana dia telah melalui peristiwa berkhatan.

Dalil yang membuktikan kelebihan itu ialah hadith yang telah diriwayatkan oleh al-Baihaqi daripada Jabir r.a. yang berkata Rasulullah s.a.w. .telah melakukan aqiqah serta mengkhatankan Hasan dan Husin semasa mereka berdua berumur tujuh hari.

6. Apakah Hikmat Berkhatan

Para ulama serta doktor telah menjelaskan pelbagai hikmat keagamaan dan kesihatan. Dibawakan di sini hikmat-hikmat yang terpenting serta terkemuka:

A. HlKMAT-HIKMAT KEAGAMAAN.

1. Berkhatan merupakan kemuncak fitrah, syiar Islam dan pertunjuk syariat.

2. Berkhatan merupakan pelengkap agama kebe-naran yang telah disyariatkan oleh Allah melalui Ibrahim a.s., dialah yang telah mencorakkan hati-hati orang dengan (tauhid) keesaan serta keima-nan, dan dialah yang telah mencorakkan badan-badan orang dengan sifat-sifat mengikut fitrah: dengan berkhatan, menggunting misai dan kuku, dan mencabut bulu ketiak. Firman Allah:

Maksudnya:"Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar..."(Al-Nahl:123). Firman Allah:

Maksudnya:Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "agama Islam yang kami telah sebati dengannya ialah celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepada-Nyalah kami beribadat.(Al-Baqarah:138)

3. Berkhatan boleh membezakan antara orang Islam dengan penganut agama-agama lain.

4. la juga merupakan suatu akuan kehambaan kepada Allah dan tanda kesetiaan kepada-Nya dan juga ketaatan yang tidak berbelah bagi terhadap hukum serta kekuasaan-Nya.

B. FAEDAH-FAEDAH YANG BERHUBUNG DENGAN KESIHATAN

1. Amalan berkhatan boleh membawa kebersihan, kecantikan, mengelokkan bentuk dan mengubah-suai syahwat.

2. Berkhatan merupakan pengurusan kesihatan yang amat besar, boleh mempertahankan tuannya dari-pada banyak penyakit.

Doktor Sabri al-Qabbani berkata dalam kitabnya hayatun al-Jinsiyyah, "Amalan berkhatan mempunyai berbagai faedah". Kita bawakan sebahagian daripadanya:

1. Dengan memotong kulit (yang di atas kepala zakar) kulup seseorang boleh melepaskan diri dari keluarnya air berminyak dan lilihan yang ber-lemak yang menggelikan, dan juga menghalang bau-bau yang busuk.

2. Dengan memotong kulup itu seseorang boleh mengelakkan bahaya tersekatnya kulit zakar semasa ia tegang.

3. Berkhatan boleh mengurangkan kemungkinan terkena penyakit barah, Sudah terbukti bahawa penyakit barah kerap berlaku kepada orang yang sempit kulupnya (kulit yang menutup kepala zakarnya), sedangkan ia jarang berlaku kepada orang yang syariatnya mewajibkan berkhatan.

4. Kalaulah seorang kanak-kanak dikhatankan dengan segera, dia boleh terhindar daripada terkena penyakit sering kencing malam.

5. Berkhatan boleh mengurangkan tabiat melancap di kalangan remaja.

Dan seterusnya banyak faedah yang lain. Inilah sebahagian daripada faedah-faedah serta hikmat-hikmat ber-khatan yang telah disyariatkan oleh Islam. Ini semua pasti diketahui oleh setiap orang yang berakal fikiran dan pasti difahami oleh setiap orang yang ingin mengenali kebaikan Islam serta rahsia syariatnya.

Dan dalam penekanan hukum-hukum yang tersebut sebelum ini sama ada yang bersangkutan dengan penyam-paian berita baik kelahiran cahaya mata itu, atau berazan di telinganya, atau menggalakkan (tahniknya buka mulut) dan melakukan aqiqah, atau mencukur kepalanya, atau hukum-hukum memberi nama kepadanya, atau mengkha-tankannya. Semua hukum ini menekankan kepada para ibu bapa suatu hakikat penting iaitu: wajib memberikan perhatian kepada anak sejak saat pertama kelahi-rannya, dan mementingkan hal keadaannya bila dia mula melihat dunia ini serta menyedut nafasnya yang pertama.

Ini semua merupakan hukum-hukum yang amat pen-ting, boleh menjadikan kanak-kanak itu sihat dan kuat. Tujuannya ialah supaya bila sahaja anak yang baharu lahir itu membuka matanya, boleh melihat kelilingnya, mema-hami keadaan dan mengetahui dengan baiknya hakikat-hakikat, dia akan mendapati dirinya berada dalam keluarga Islam, melaksanakan perintah syariat dan mengamalkan-nya. Mereka telah pun melakukan segala apa yang telah ditanggungjawabkan terhadapnya (anak), mengikut syariat yang benar, lurus dan apa yang telah disunatkan oleh Rasulullah s.a.w..

Tidak syak lagi bila masa kanak-kanak itu mema-hami segala tanggungjawab ini dan mengetahui bahawa ibu bapanya selaku pendidik telah pun melaksanakan kesemua kewajipan ini, pasti jiwanya akan diresapi oleh agama Islam, dididik mengikut lunas-lunas iman, dan dibiasakan dengan akhlak yang mulia serta kelebihan yang tinggi dan murni.
Kalaulah Islam telah menitikberatkan keadaan anak sejak mula dia lahir sebagaimana kila telah dapati -sesungguhnya perhatiain yang telah diberi kepadanya, semasa ia sudah berakal fikiran, lebih mulia, jauh, tinggi dan besar.

Wahai saudara pembuca, anda akan dapati dalam fasal-fasal yang berikut, tanggungjawab-tanggungjawab umum yang terpenting dan telah diwajibkan oleh Islam ke atas para pendidik serta para ibu bapa terhadap anak-anak mereka, la untuk mendalami pengetahuan anda mengenai sejauh mana syariat yang mulia ini mentlikberatkan pen-didikan anak-anak dan mendesak para pendidik bagi melaksanakau kewajipan-kewajipan serta tanggungjawab mereka.

No comments: