Wednesday, October 17, 2007

Cara mengatasi penyelewengan didikan anak-anak

SEBAB-SEBAB PENYELEWENGAN ANAK-ANAK DAN CARA MENGATASINYA


Banyak perkara yang menyebabkan penyelewengan anak-anak dan membawa kepada terpesongnya mereka serta kerosakan akhlak mereka. Ini semua berlaku dalam masyarakat yang penuh dengan dosa serta realiti hidup yang pahit dan penuh dengan keburukan. Terlalu banyak perkara yang menggalakkan mereka untuk melakukan kejahatan. Anak-anak dikelilingi oleh keburukan dan kejahatan dari setiap sudut dan tempat.

Para pendidik mestilah melaksanakan tanggungjawab serta amanah. Mereka perlu mengetahui sebab-sebab berlakunya penyelewengan, faktor-faktor yang menggalakkannya serta cara-cara mengatasinya. Jika tidak anak-anak akan menjadi generasi yang tidak ada pegangan dan hancur. Mereka pasti akan menjadi mangsa komplot kerosakan serta kejahatan.
Insya Allah dalam fasal ini akan dibawakan sebab-sebab penyelewengan anak-anak dengan terperinci. Juga akan dibincangkan mengenai cara-cara yang paling berkesan untuk mengatasinya. Sepatutnya setiap orang yang ingin mengetahui menyedari bahawa Islam, melalui syariatnya yang bijaksana serta prinsip-prinsipnya yang kekal abadi, telah meletakkan asas-asas pendekatan yang boleh menjamin sertu mempertahankan generasi daripada penyelewengan dan kehancuran.
Perkara yang paling penting dalam masalah penyelewengan anak-anak dan cara-cura mengatasinya, menurut Islam ialah dengan memahami serta mengetahui persoalan pendidikan serta tanggungjawabnya.

A. Kemiskinan Yang Meliputi Sebahagian Keluarga.
Kita sedia maklum bahawa kanak-kanak yang tidak mendapat makanan atau pakaian yang cukup dan tidak ada sesiapa yang menolongnya mencari makan bagi meneruskan kehidupannya, hanya melihat kefakiran di sekelilingnya serta sentiasa dalam kesusahan pasti akan meninggalkan rumah dan berusaha mencari rezeki. Dia akan terperangkap di tangan orang jahat dan dikelilingi oleh keburukan serta penyelewengan. Dia akan membesar sebagai penjenayah dan membahayakan orang ramai, harta benda serta kehormatan.
Islam dengan syariatnya yang adil telah meletakkan asas-asas yang boleh memerangi kefakiran. Islam juga mengiktiraf hak setiap insan untuk hidup mulia,
la juga mengadakan undang-undang bagi menjamin setiap orang mendapat: tempat tinggal, makan minum dan pakaian pula tahap minima. Islam telah meletakkan kaedah-kaedah untuk menghapuskan kemiskinan dalam masyarakat Islam, Contohnya, ia menjamin peluang pekerjaan kepada setiap warga negara dan memberikan sumbangan bulanan daripada baitulmal kepada orang yang tidak mampu. Islam telah mengadakan juga undang-undang bagi menolong, menampung kerugian kepada setiap bapa yang mempu-nyai keluarga dan anak-anak dan memelihara golongan-golongan anak yatim, janda-janda serta orang tua dengan cara menjaga kemuliaan serta maruah mereka sebagai insan, bagi mencapai kehidupan yang lebih baik. Dan lain seperti ini dari cara-cara, metodologi-metodologi dan undang-undang yang jika ia terlaksana menerusi peringkat-peringkat praktikalnya pasti akan terhapus daripada masyarakat segala punca berlakunya jenayah-jenayah, kehancuran serta kehilangan. Juga akan selesailah segala masalah kemiskinan, penderitaan serta kesempitan hidup.

B. Pergaduhan Serta Pertelingkahan Antara Ibu Bapa.
Antara punca berlakunya penyelewengan anak ialah pergaduhan dan pertengkaran yang berterusan antara ibu bapa pada kebanyakan masa mereka bersama. Jadi anak itu apabila dia mencelikkan matanya di rumah, dia akan melihat perkelahian di depan matanya. Dia pasti akan meninggalkan suasana muram di rumahnya dan dia pasti lari daripada keluarga yang begitu keadaan nya. Dia akan mencari kawan-kawan, menghabiskan kebanyakan masa lapangnya bersama mereka serta bercampur gaul sepenuhnya dengan mereka. Kawan-kawan itu, jika mereka merupakan rakan-rakan yang buruk dan teman-teman yang jahat, pasti akan biasa dengan penyelewengan dan menjerumuskan nya ke lembah akhlak-akhlak yang buruk serta kebiasaan-kebiasaan yang keji. Bahkan dia pasti menyeleweng sehingga mungkin dia menjadi penjenayah yang berbahaya dan membawa bala kepada rakyat dan negara.
Islam dengan prinsip-prinsipnya yang bijaksana serta kekal abadi telah meletakkan kaedah yang betul dalam memilih bakal isteri. la menggariskan cara yang paling afdal dalam memilih bakal suami. Ini semua bagi mencapai hubungan baik, kasih sayang, persefahaman dan kerjasama antara suami isteri. Hal yang demikian boleh menjauhkan segala kemungkinan masalah-masalah keluarga serta pertelingkahan yang biasa terjadi antara suami dan isteri.
Mengenal asas-asas yang betul dalam memilih suami atau isteri. Ini sudah tentu merupakan asas-asas yang paling penting serta kukuh bagi menyediakan rumah-tangga yang bahagia dan membentuk keluarga contoh, berkasih sayang dan bersefahaman.

C. Perceraian dan Kemiskinan.
Antara punca utama kebanyakan kes penyelewengan anak ialah berlakunya perceraian dan yang berkaitan dengannya dari kehancuran dan kehilangan serta apa yang berikut dengannya dari perpecahan serta perpisahan,
Antara perkara yang sedia diketahui dan menjadi sepakat ialah apabila anak itu mencelikkan mata melihat dunia ini dan tidak mendapati ibu yang boleh memberinya belas kasihan ataupun bapa yang boleh menjaganya, ia pasti akan terjerumus ke lembah jenayah dan terdidik dengan keburukan serta penyelewengan.
Dan apa yang boleh memburukkan lagi keadaan ialah perkahwinan janda itu (yang telah diceraikan suami) dengan suami yang lain, jadi anak-anak itu akan terbiar tanpa jagaan.
Ada seperkara lagi yang boleh menambahkan masalah iaitu kemiskinan si ibu selepas perceraian. Dalam keadaan begitu ibu akan terpaksa bekerja di luar rumah, ertinya dia mesti meninggalkan rumah atau dengan perkataan lain dia melepaskan anak-anak kecilnya ke tengah jalan, terdedah kepada cabaran-cabaran hidup, serta apa yang boleh berlaku atas diri mereka dengan tidak mendapat apa-apa perhatian atau layanan. Dalam hal begini, apakah yang boleh kita harapkan daripada kanak-kanak yang tidak langsung mendapat kasih sayang, perhatian, atau pun tanggung-jawab dari bapanya? Ditambah pula dengan keadaan tidak merasa kasihan belas dari ibunya serta belaan dan tanggungjawabnya?
Apakah yang boleh kita harapkan daripada mereka yang tidak mendapat cukup makanan bagi menghilangkan rasa lapar mereka dan juga tidak mendapat pakaian yang boleh menutup aurat mereka, bahkan tidak mendapat tempat tinggal yang sesuai bagi mendapat kerehatan serta memelihara kesihatan mereka?
Sebenarnya kita tidak dapat mengharapkan apa-apa daripada mereka kecuali kehancuran dan kesesatan serta jenayah dan penyelewengan. Melainkan segolongan kecil yang mendapat rahmat Allah.
Islam dengan prinsip-prinsipnya yang bijaksana telah memerintahkan suami isteri supaya saling melaksanakan tanggungjawab masing-masing bagi mengelakkan timbulnya perkara-perkara yang tidak diingini.
1. Antara tanggungjawab tersebut ialah seorang isteri mestilah taat kepada suaminya dengan sebenar-benarnya.
Sekumpulan wanita telah berkumpul semasa hayat Rasulullah s.a.w. dan menghantar seorang wakil daripada kalangan mereka kepada Rasulullah s.a.w.. Dia berkata kepada Baginda, "Wahai Rasulullah, saya bagi pihak para wanita ingin bertanya: Orang lelaki diperintahkan Allah berjihad; kalau mereka mencapai kemenangan, akan mendapat pahala besar, dan kalau mereka mati syahid, mereka akan kekal hidup di sisi Tuhan dan mendapat rezeki yang berterusan. Akan tetapi kami kaum perempuan, yang memelihara mereka, apakah pahala untuk kami? Rasulullah s.a.w. menjawab:
Ertinya:Berilah tahu kepada tiap-tiap wanita yang kamu jumpa bahawa mentaati suami serta mengakui haknya sama dengan itu, (sama dengan pahala mujahidin dijalan Allah) dan tidak ramai dari kamu yang melakukannya.(Riwayat al-Bazar dan al-Tabrani)
2. Seorang isteri juga mestilah memelihara dirinya serta harta suaminya. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya:Adakah kamu mahu tahu suatu harta paling ber-harga yang boleh disimpan oleh kaum lelaki? Perempuan yang salih, jika dilihat dia meng-gembirakannya, jika diperintah dia mentaatinya, dan jika ditinggalkan dia memelihara harta suaminya serta dirinya sendiri.(Riwayat Ibnu Majah)
3. Seorang isteri hendaklah tidak menolak jika suami-nya memintanya tidur bersama, Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya:Jika seseorang Ielaki memanggil isterinya untuk tidur bersamu, kemudian dia menolak, dan suami itu tidur dalam keadaan marah kepada isterinya itu nescaya malaikat melaknatinya sepanjang malam, sampai dia bangun,(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
4. Antara tanggungjawab itu ialah suami hendaklah memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Firman Allah:
Maksudnya:Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.(al-Baqarah.233)
Sabda Rasulullah s.a.w,:
Ertinya:Takutlah kepada Allah mengenai wanita-wanita, sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan nama Allah, mereka telah menjadi isteri-isteri yang halal dengan kalimah Allah, dan kewajipan kamu memberi nafkah serta pakaian kepada mereka mengikut sepatutnya.(Riwayat Muslim)
5. Suami hendaklah bermusyawarah dengan isteri mengenai hal-hal rumah. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya: Mintalah izin ibu-ibu sebelum anak-anak dara mereka dipinang.(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
6. Antara tanggungjawab suami ialah bertolak ansur terhadap beberapa kelemahan isteri, lebih-lebih lagi kalau isteri itu mempunyai beberapa kelebihan yang boleh menutup kelemahan itu, Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya:Janganlah seorang mukmin membencikan seorang mukminah (isterinya). kalau ia membenci satu sifat atau kelakuan, nescaya ada sifat yang lain disukainya padanya, {Riwayat Muslim)
Antara hak itu ialah seorang suami wajib hidup dengan isterinya dengan cara baik-baik dan berpatutan serta ber-seloroh.Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya:Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). (al-Nisa':19) Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya: Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik kepada keluarganya, dan say alah yang paling baik kepada keluarga saya.(Riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim)
Al-Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. membenarkan Aisyah r.a. melihat permainan yang dilakukan di halaman masjid. Baginda meletakkan kedua-dua tapak tangannya ke atas pintu, baginda menghulurkan tangannya dan membiarkan Aisyah r.a. meletakkan mukanya ke atas bahu baginda s.a.w.. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya:Mukmin yang paling lengkap iman mereka ialah mereka yang mempunyai akhlak paling baik serta berlemah-lembut dengan keluarga mereka.(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Abu Daud dan al-Nasa'i pula telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berlumba lari dengan Aisyah r.a. dan Aisyah telah menang. Kemudian baginda s.a.w. pula menang lalu terus baginda berkata, "ini (keme-nangan) tampalan itu (kekalahan hari itu)."
Antara yang pernah dikatakan oleh Umar r.a., sedangkan dia seorang yang gagah, kuat dan keras dalam hukuman serta keadilannya ialah: "Sepatutnya setiap lelaki apabila dia bersama keluarganya menjadi sama seperti anak lelaki, iaitu dari hal kemesraan dan kelembutan. Jika dia bersama dengan puaknya pula dia pasti menjadi lelaki dari sudut ketegasan dan kekerasan."
7. Antara tanggungjawab suami juga ialah menolong isterinya dalam membuat kerja-kerja rumah sebagai mencontohi Rasulullah s.a.w..
Al-Tabrani dan lain-lainnya telah meriwayatkan daripada Aisyah r.a. bila dia ditanya: "Apakah yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w. di rumah?" Maka dia menjawab: "Sama seperti apa yang dibuat oleh sesiapa daripada kamu; angkat itu, letak itu, menolong kerja-kerja keluarganya, memotong daging, menyapu rumah dan menolong orang gaji dalam kerjanya."
Inilah hak-hak yang paling penting yang telah diwajibkan oleh Islam ke atas kedua-dua suami isteri. la merupakan hak-hak yang logik dan adil. Jika dilaksanakan oleh kedua-dua suami isteri, keharmonian akan menggantikan segala perpecahan dan kasih sayang akan menggantikan kebencian. Seluruh keluarga itu akan hidup dalam keadaan yang paling bahagia, bersefahaman serta tenteram. Tidak akan berlaku sesuatu yang boleh mengganggu kejernihan suasana kekeluargaan, ataupun yang boleh mengganggu keharmonian hubungan antara suami dan isteri.
Jika sukar untuk mencapai persefahaman disebabkan keburukan akhlak suami atau isteri dan tidak boleh lagi meneruskan perkongsian hidup dengan baik maka suami wajib berikhtiar dengan berbagai cara sebelum dia men-jatuhkan talak.
Cara-cara berikhtiar adalah seperti yang berikut:
1. Menasihati serta mengingatkan, seperti ajaran al-Quran yang bermaksud: Ingatkanlah (wahai Muhammad) sesungguhnya peringatan itu boleh memanfaatkan orang orang mukmin.
2. Memulaukan tempat tidur; ini merupakan denda melalui perasaan jiwa, dengan harapan perempuan itu kembali kepada jalan yang benar.
3. Memukul tanpa mencederakan; iaitu jika seorang suami percaya bahawa ia boleh membawa faedah. Syaratnya jangan keterlaluan, jangan meninggalkan kesan pada badan perempuan itu dan juga jangan dilakukan pada tempat-tempat yang menyakitkan seperti muka, dada atau perut. Jadi, pukul dengan syarat-syarat ini merupakan cara menggertak lebih daripada menyakitkan, Perlu diketahui bahawa Rasulullah s.a.w., contoh yang paling baik, tidak pernah memukul perempuan. Mengikut riwayat Ibnu Said, Aisyah r.a. berkata: "Rasulullah tidak pernah memukul perempuan atau orang gaji dengan tangannya, atau apa-apa pun kecuali waktu baginda berjihad di jalan Allah." Apabila seorang perempuan mengadu kepada Rasulullah s.a.w. tentang pukulan suaminya, baginda bersabda pada suami itu:
Ertinya:Kamu wahai kaum suami terus memukul isteri kamu seperti hamba, kemudian terus juga memeluknya, dengan tidak malu-malu. (Riwayat Ibnu Saad)
4. Ikhtiar terakhir ialah mengadakan hakim antara kedua-dua suami isteri iaitu dengan memilih orang perantaraan di kalangan saudara mara yang berakal fikiran. Dia diminta mengkaji serta kedua suami isteri dan mencadangkan penyelesaian yang praktikal untuk mengembalikan keharmonian dan persefahaman antara kedua-duanya. Semoga dengan itu akan selesailah masalah sebelum terjadinya perceraian.
Cara-cara berikhtiar ini amat perlu bagi melaksana-kan ajaran Allah dalam al-Quran sebagaimana firman Allah:
Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan) pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka, Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami-isteri) maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga Ielaki dan seorang dari keluarga perempuan, Jika kedua-dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik, Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuan -Nya.(al-Nisa':34-35)
Jika tidak dapat didamaikan juga, seorang suami boleh menceraikan isterinya satu talak dalam keadaan isterinya itu bersih, tidak disetubuhi masa itu bagi memberi peluang mengembalikan kehidupan berumahtangga seperti sediakala selepas jatuhnya satu talak.
Firman Allah:
Maksudnya:Setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis 'iddahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (berkahwin semula) jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.(al-Baqarah:230)
Daripada apa yang kita telah sebut, jelas bahawa Islam telah menyiapkan cara-cara ikhtiar yang diperlukan bagi mengelakkan berlakunya perceraian memandangkan kesan-kesan buruknya ke atas suami, isteri dan anak-anak. Tidak hairanlah jika Rasulullah s.a.w. telah menganggap perceraian itu sebagai perkara halal yang paling dibenci oleh Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya; Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah ialah talak (perceraian).(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
Apabila berlakunya perceraian, Islam mewajibkan suami membayar mut'ah iaitu nafkah masa 'iddah serta nafkah kepada anak-anak. Tujuannya ialah supaya perempuan (janda) itu tidak menderita bersama anak-anaknya.
Firman Allah S.W.T:
Maksudnya:Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi "Mut'ah" (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu). laitu: suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan. (al-Baqarah: 236)
Jika suami tidak mampu membayar nafkah, maka negara wajib mengeluarkan bantuan bagi memelihara kanak-kanak itu dengan menghulurkan wang serta pertolongan-pertolongan material yang lain yang boleh menampung keperluan persekolahan serta perbelanjaan mereka sehingga mereka dewasa. Dengan cara itu mereka akan terpelihara daripada kesengsaraan dan penyelewengan. Tambahan pula dengan apa yang telah diwajibkan ke atas sesiapa yang mengetahui keadaan kesusahan mereka bagi membantu, menolong dan menjaminkan takaful supaya terlaksana sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya;Sesiapa yang mempunyai kenaikan yang lebih berikanlah ia kepada mereka yang tidak mempunyai kenaikan, dan sesiapa yang mempunyai Iebih bekalan makanan, berilah ia kepada mereka yang tidak mempunyai bekalan makanan.(Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya;Seorang itu mempunyai hak dalam harta kecuali zakat (kerana ia hak Allah).(Riwayat al-Tabrani dan Ibnu Majah)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya:Sesungguhnya Allah telah memfardukan satu pembayaran ke atas orang-orang Islam yang kaya, yang boleh mencukupi golongan fakir dari mereka, orang-orang fakir tidak akan tersengsara dengan kelaparan dan tidak berpakaian, kecuali dengan perbuatan orang-orang kaya mereka. Sesungguhnya Allah akan bertanya (hisab) mereka dengan pertanyaan yang amat berat dan akan memberikan mereka azab yang amat sangat,(Riwayat al-Tabrani)
Dan sabda Rasulullah:
Ertinya:Sesiapa yang tidur kenyang sedangkan jiran sebelahnya lapar dan ia mengetahui hal itu, sesungguhnya ia tidak beriman denganku.(Riwayat al-Bazar dan al-Tabrani)
D. Masa Lapang Yang Menguasai Kanak-kanak Serta Remaja.
Antara faktor utama yang menyebabkan kanak-kanak dan remaja menyeleweng ialah mereka tidak pandai menggunakan masa lapang. Seperti yang kita ketahui kanak-kanak sejak lahir lagi amat minat untuk bermain. Mereka cenderung untuk mencuba berbagai pengalaman dan suka berkelah melihat pemandangan semula jadi. Kita dapati mereka sentiasa bergerak cergas, bermain dengan rakan sebaya, berkejar-kejar, memanjat, bersukan dan bermain berbagai-bagai permainan.
Sifat semula jadi yang ada pada kanak-kanak dan remaja ini patut dimanfaatkan oleh para pendidik. Masa kosong mereka perlu dipenuhkan dengan kegiatan yang boleh membawa kesihatan jasmani, menguatkan anggota serta mencerdaskan badan mereka.
Perlu disediakan untuk mereka tempat-tempat permainan yang selamat, kelab-kelab latihan jasmani untuk menguatkan badan serta kolam dan pelajaran renang. Begitu juga diatur perkelahan-perkelahan bagi menambahkan kegiatan dan kecergasan mereka. Jika tidak mereka ini pasti akan bergaul dengan perkumpulan serta teman-teman yang jahat. Sudah tentu ini akan menyebabkan penderitaan serta penyelwengan mereka.
Islam dengan tunjuk ajarnya yang mulia, dapat menyelesaikan masalah masa lapang kanak-kanak dan remaja dengan cara-cara yang praktikal, la boleh menambahkan kesihatan, menguatkan badan dan menjadi sumber kekuatan serta kecergasan mereka, Antara cara yang paling terkemuka ialah membiasakan mereka beribadat, khusus-nya sembahyang yang telah dianggap sebagai tiang agama serta asas tertegaknya sesuatu ummah. Semua ini memandangkan faedah-faedah rohaninya, manfaat-manfaat jasmaninya dan kesan-kesan di sudut akhlak serta jiwa,
Adalah baik jika dibawakan dengan ringkas faedah-faedah sembahyang dari segi jasmani bagi memberitahu sesiapa yang ingin mengetahui kepentingannya serta bagaimana ia disyariatkan:
1. la merupakan senaman yang wajib dilakukan, melaluinya seorang muslim menggerakkan seluruh anggola serta sendi-sendinya. Kepentingan pergerakan-pergerakan ini nyata terutumanya dalam mencergaskan urai-urai, perjalanan darah dan seluruh anggota badan,
2. la merupakan kebersihan dengan cara paksaan. Mengambil air sembahyang ketika hendak sembahyang merupakan pembersihan anggota-anggota zahir. la membersihkan rambut, mulut, hidung dan gigi; ditambah pula dengan mandi wajib serta mandi yang digalakkan, Begitu juga dengan kesucian badan, pakaian dan tempat sembahyang. Ini semua merupakan syarat bagi sahnya sembahyang.
3. la merupakan satu latihan berjalan kaki, iaitu dengan berjalan kaki ke masjid lima kali sehari semalam. Amat nyata kesan baik pergerakan-pergerakan berjalan kaki pergi dan balik bagi mencergaskan badan dan menghilangkan malas dan lembab.
Sering kita dengar daripada para doktor bahawa badan jika digerakkan dengan berjalan kaki atau latihan jasmani selepas makan, nescaya seseorang itu tidak akan terkena penyakit-penyakit perut, susah hadam dan lain-lain penyakit.
Tidaklah menjadi hairan, apabila kita dapati Rasulullah, orang yang tidak berkata mengikut hawa nafsu, menggalakkan para ibu bapa dan para pendidik supaya memerintahkan anak-anak mereka sembahyang bila umur mereka tujuh tahun. Tujuannya ialah supaya mereka menjadi biasa serta boleh memenuhkan masa lapang mereka, mempelajarinya dan berlatih melakukannya.
Lihatlah sabda Rasulullah s.a.w. tentang hal itu:
Ertinya:Perintahkan anak-anak kamu bersembahyang semasa mereka berumur tujuh tahun. Jika mereka tidak melakukannya sampai umur sepuluh tahun, pukullah mereka. Pada umur ini (sepuluh tahun) pisahkan tempat tidur (antara anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan). (Riwayat al-Hakim dan Abu Daud)
Ini ditambah dengan masa lapangnya yang dihabis-kan bagi mempelajari bagaimana melaksanakan serta pergerakan sembahyang, bacaannya, bilangan rakaatnya, rukunnya, sunatnya, serta peradabannya, sama ada di rumah di bawah jagaan pendidiknya atau di masjid dengan guru-gurunya.
Antara cara praktikal yang telah ditunjukkan oleh Islam bagi mengatasi masalah masa lapang anak-anak ialah: 1. Mengajar anak-anak seni peperangan, menunggang kuda, berenang, melompat dan bergusti. 2. Membimbing anak supaya memenuhkan masa lapangnya dengan bacaan yang berfaedah, perkelahan di tempat-tempat selamat dan baik dan latihan jasmani yang berbagai-bagai. la tidak akan tercapai kecuali dengan membuka padang-padang permainan yang luas, kelab-kelab yang besar, perpustukaan-perpustakaan yang terkemuka, lembaga-lembaga umum dan kolam-kolam renang yang sesuai serta menglkut matlamat-matlamat kesihatan. Syaratnya ia mestilah mengikut hukum-hukum Islam serta peradabannya yang mulia,
Dibawakan di sini sebahagian garis panduan Islam bagi menyediakan cara-cara ini;
Firman Allah S.W.T.;
Maksudnya;Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dan pasukan-pasukan berkuda yang Iengkup sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu.(al-Anfal:60)
Firman Allah S.W.T:
Maksudnya:Katakanlah lagi (kepadanya). "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?".(al-Zumar:9)
Umar al-Khattab r.a. berkata: Ajarlah anak-anak kamu seni menembak, berenang, dan perintahlah mereka melompat ke atas kuda-kuda.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya:Ambillah lima perkara sebelum datangnya lima perkara; kehidupanmu sebelum kematianmu, kesihatanmu sebelum kesakitanmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu, masa mudamu sebelum masa tuamu, dan kekayaanmu sebelum kefakiranmu.(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya:Dan pelajarilah menembak dan menunggang kuda, tetapi saya lebih suka kamu mempelajari menembak dari menunggang kuda.(Riwayat al-Nasa'i dan al-Tirmizi)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya:Setiap perbuatan yang bukan zikrullah merupakan perbuatan sia-sia, leka dan lupa, kecuali empat: perjalanan seorang lelaki antara dua sasaran (masa menembak), mengajar kudanya, bergurau mesra dengan keluarganya, dan mempelajari seni renang.(Riwayat al-Tabrani dan al-Hakim)
Sabda Rasulullah s.a.w,:
Ertinya:Allah akan mencucuri rahmat ke atas sesiapa yang menunjukkan kekuatan pada mereka (musuh-musuh) pada hari ini.(Riwayat Ibnu Ishak dan Ibnu Hisyam)

Sabda Rasulullah s.a.w. kepada puak-puak Habsyah semasa mereka bermain pedang dalam masjid:
Ertinya:Biarlah kamu wahai Bani Irfidah, supaya kaum Yahudi mengetahui bahawa agama kita adalah agama yang luas.(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya;Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang daif tetapi pada kedua-duanya ada kebaikan. Peliharalah perkara-perkara yang boleh memberi manfaat, mintalah pertolongan daripada Allah, Jangan menyerah kepada perasaan buntu (kalah), dan jika kamu terkena sesuatu tidak baik janganlah berkata: Kalaulah saya sudah buat begitu ia menjadi begini, tetapi katakanlah; Allah telah mentakdirkan dan apa yang Dia kehendaki telah pun terlaksana. Sesungguhnya "kalau" membuka pintu syaitan.(Riwayat Muslim)
Jika para pendidik berpegang teguh dengan petunjuk petunjuk ini, mereka pasti boleh memberikan anak-anak mereka kesihatan, ilmu serta kekuatan. Para pendidik juga boleh menyelamatkan anak-anak daripada terjerumus ke lembah kehancuran dan penyelewengan. Mereka juga boleh mengisi masa lapang anak-anak dengan kegiatan-kegiatan yang boleh memberikan kebaikan untuk agama, dunia dan akhirat mereka. Ibu bapa juga perlu membentuk anak-anak mereka menjadi generasi Islam, tentera yang gagah berani, pendakwah-pendakwah yang mempunyai wawasan dan muda mudi yang sentiasa berjihad.
E. Pergaulan Yang Rosak serta Kawan-kawan Yang Jahat.
Antara sebab utama yang boleh menyebabkan anak-anak menyeleweng ialah kerana berkawan dan bergaul dengan orang yang jahat, lebih-lebih lagi jika anak itu kurang cerdik, lemah akidahnya dan mudah mengikut. Dalam keadaan begitu ia cepat mendapat kesan daripada bergaul dengan kawan-kawan yang jahat-jahat. Dia pasti akan dijangkiti perangai-perangai yang keji dan akhlak yang amat buruk dengan cepatnya. Bahkan dia akan meneruskan jalan kejahatan dengan langkah-langkah yang luas, sehingga kejahatan itu menjadi tabiatnya. Penyelewengan pula akan berakar umbi dalam dirinya. Akhirnya adalah sukar untuk membawanya kembali ke jalan yang lurus serta menyelamatkannya daripada lembah kesesatan dan kesengsaraan.
Ajaran Islam mengarahkan para pendidik serta ibu bapa supaya menjaga anak-anak mereka dengan jagaan yang sepenuhnya, khasnya semasa mereka meningkat remaja. Ibu bapa perlu mengenali dan mengetahui dengan siapa anak-anak mereka itu bergaul atau berkawan. Ibu bapa juga perlu tahu mana tempat yang sering mereka kunjungi.
Islam juga mengarahkan para pendidik dan ibu bapa supaya memilih kawan-kawan yang baik untuk anak mereka. Tujuannya supaya anak-anak tersebut mendapat akhlak yang mulia, adab yang tinggi dan adat-adat yang baik. Islam juga mengarahkan mereka ini supaya mengingatkan anak-anak supaya berwaspada daripada bergaul dengan kawan-kawan yang jahat untuk mengelakkan mereka daripada terjerumus ke lembah kejahatan atau terperangkap dalam kesesatan dan penyelewengan.
Di sini dinyatakan sebahagian ajaran Islam serta peringatannya tentang kawan-kawan yang jahat serta teman-teman perosak.
Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya:Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul ? "Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si anu itu menjadi sahabat karib!" "Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)."(al-I;uisan:27-29)
Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya:(Semasa ia dihumbankan ke dalam Neraka Juhanam, ia mendakwa bahawa syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) syaitan yang sentiasa menyertainya (di duria dahulu) berkata: "Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong"(Qaf:27)
Firman Allah S.W.T:
Maksudnya:Pada hari itu sahabat-sahahat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal salih).(ul-zukhruf':67)
Sabda Rasulullah s.a.w,:
Ertinya: Setiap orang mengikut cara dan gaya sahahat karibnya, biarlah kamu memilih siapa yang dia ingin berkawan dan rapat di dampingi.(Riwayat al-Tirmizi)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya:Seorang kawan (teman duduk) yang salih dan kawan yang jahat sama seperti pembawa Misk (pewangi Arab terkenal) dan tukang besi yang meniup dapur-nya; pembawa Misk itu sama ada dia memberi awak, atau awak beli darinya, atau pun awak boleh menghidu (cium) ban wanginya. Tetapi tukang besi yang meniup dapurnya itu; sama ada dia boleh membakar baju kamu atau kamu boleh terhidu bau busuk darinya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya: Seseorang selalunya tergolong dengan sesiapa ia suka dan baginya apa yang ia lakukan. (Riwayat al-Tirmizi)
Dan sabda Baginda s.a.w.:
Ertinya:Berjaga jaga jangan kamu rapat dengan sahabat yang jahat, sesungguhnya kamu akan dikenali dengannya. (Riwayal Ibnu Asakir)
Sangatlah baik bagi para ibu bapa serta pendidik agar mengambil dan melaksanakan ajaran-ajaran yang mulia ini supaya keadaan anak-anak mereka menjadi baik, akhlak mereka menjadi mulia, sopan santun serta adab mereka menyerlah dalam masyarakat dan mereka menjadi pengusaha segala kebaikan serta pendakwah ke arah hidayat. Kesannya masyarakat akan menjadi salih dengan kesalihan mereka dan ummah boleh bermegah dengan perbuatan mulia serta sifat-sifat terpuji mereka,
F. Layanan Buruk Ibu Bapa Kepada Anak.
Boleh dikatakan, hampir semua pakar dalam bidang pendidikan sependapat bahawa anak yang dilayan oleh kedua ibu bapa dan pendidiknya dengan layanan yang kasar dan keras atau didera dan dipukul keterlaluan atau diejek-ejek, dihina serta dicaci dengan menonjolkan kelemahannya di hadapan orang lain, akan memperlihat tindak-halas pada akhlak serta kelakuannya kelak. Fenomena ketakutan dan perasaan pengecut pasti akan ternyata pada tingkah lakunya. Kadangkala keadaan begini boleh menyebabkan seseorang anak itu membunuh diri atau melawan ibu bapanya, Ataupun mungkin dia akan meninggalkan rumahnya untuk selama-lamanya bagi melepaskan diri daripada kekerasan, kezaliman dan layanan yang menyakitkan yang diterimanya.
Tidaklah menghairankan jika dalam keadaan begini, anak itu menjadi seorang penjahat dalam masyarakat dan menjadi manusia yang berperangai ganjil serta menyeleweng. Tidaklah hairan juga jika dia membesar dalam keadaan tidak betul dan tiada pegangan.
Ajaran Islam yang lurus dan kekal abadi memerintahkan setiap orang yang bertanggungjawab dalam bidang pengajaran dan pendidikan, khususnya para ibu bapa supaya menghiaskan diri dengan akhlak yang tinggi, layanan yang baik, berbelas kasihan, membesarkan anak-anak dengan sifat lurus dan mendidik mereka menjadi berani dan berperibadi teguh. Dengan itu anak-anak pasti akan merasakan bahawa mereka dihargai serta dihormati.
Berikut ini dibawakan ajaran-ajaran Islam mengenai akhlak yang tinggi, layanan dengan sepenuh belas kasihan dan perhubungan mesra:
Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya:Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji... (al-Nahl: 90)
Firman Allah S.W.T.:
Dan orang-orang yang menahan kemarahannya,dan orang-orang yang memaaf -kan kesalahan orang, Dan (ingatlah), Allah mengasihii orang-orang yang berbuat perkara yang baik. (Ali Imran: 134) Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: Dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik.(al Baqarah:83)
Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya;Dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mareka lari dari kelilingmu, (Ali Imran:159) Sabda Rasulullah s.a.\w:
Ertinya:Sesungguhnya Allah suka sifat lembut dalam segala urusan. (Riwayat al-Bukhari) Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya:Jika Allah mahu mengurniakan satu kebaikan kepada mana keluarga. la menjadikan mereka ber-sifat lembut. Sesungguhnya jika kelembutan itu merupakan satu perangai (tabiat) nescaya manusia tidak akan dapat perangai yang lebih baik darinya. Dan sesungguhnya jika kekasaran merupakan satu perangai (tabiat) nescaya manusia tidak akan dapat perangai yang lebih buruk darinya. (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi)
Sabda Rasulullah lagi:
Ertinya:Allah akan mencucuri rahmat ke atas mana-mana bapa yang menolong anaknya untuk berbakti padanya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya:Mereka yang bersifat belas kasihan (rahmat) akan dirahmati oleh yang Maha Merahmat, Rahmati mereka yang di atas bumi pasti kamu akan dicucuri rahmat oleh (Allah) yang di langit. (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Demikianlah sebahagian ajaran Islam dari hal sifat lembut, berkata dengan lembut dan kelebihan mengadakan hubungan serta layanan yang baik. Para ibu bapa sewajar-nyalah mengikuti serta melaksanakannya mengikut hidayat serta tunjuk ajar tersebut. Jika mereka mahu anak-anak mereka mencapai kehidupan yang mulia, sifat lurus yang berterusan dan akhlak kemasyarakatan yang terpuji.
Sebaliknya kalau para ibu bapa sendiri mengambil cara yang salah, memberi layanan yang kasar, tidak berbelas kasihan dan mendenda secara berat dan kezaliman, maka itu sebenarnya merupakan suatu jenayah terhadap anak-anak mereka. Merekalah yang campakkan anak-anak itu ke tengah-tengah penghidupan dalam suasana pendidikan yang salah dan tunjukajar-tunjukajar yang bengkok serta keji. Bahkan mereka pasti akan mendapati penyelewengan atau tidak kesetiaan, ataupun pemberontakan anak-anak mereka. Ibu bapalah yang telah menanamkan ke dalam jiwa anak-anak kecil mereka benih-benih penyelewengan penderhakaan ataupun pomberontakan.
Seorang lelaki telah datang menemtti Umar bin al-Khatab r.a. mengadukan kederhakaan anaknya. Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta sifat lupa kepada hak bapanya. Anak itu menjawab: "Wahai Amir al-Mu'minin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?" Umar menjawab: "Ya". Dia bertanya: "Apakah ia wahai Amir al-Mu'minin? Jawab Umar: "Memilih ibunya, memberi-kannya nama yang molek dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran)." Anak itu berkata: "Wahai Amir al-Mu'minin, sesungguhnya bapa saya tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut!!. Mengenai ibu saya, dia duhulunya seorang hamba kulit hitam dan tuannya seorang Majusi, Saya pula dinamakan "Ju'olan" (jenis kumbang biasa, hitam). Dia juga tidak pernah mengajarkan saya walau satu huruf pun daripada al-Quran."
Umar terus berkata kepada bapa itu, "Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anak kamu walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruk dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu."
Umar telah menyalahkan si bapa atas kederhakaan anaknya kerana ia berpunca daripada kecuaiannya dalam mendidik anaknya itu.
Dalam kitab-kitab Sirah dicatatkan bahawa Muawi-yah bin Abi Sufian r.a. telah memarahi anaknya Yazid. Dia mengirim utusan kepada Ahnaf bin Qais menanyakan pendapatnya mengenai anak-anak. Ahnaf menjawab: "Mereka ialah buah hati kita dan tulang belakang kita. Kita adalah bumi yang terbentang bagi mereka dan langit untuk melindungi mereka. Jadi jika mereka meminta sesuatu, berilah kepada mereka. Jika mereka marah atau sedih, pujuk-pujuklah mereka. Sesungguhnya mereka sentiasa mengurniakan padamu hubungan baik dan mesra, mereka juga mengasihi kamu sedaya upaya mereka. Janganlah memberatkan mereka nescaya mereka akan jemu hidup bersamamu dan mengharapkan kematianmu."
Sepatutnya para ibu bapa memahami kedua-dua kisah ini dan menjadikannya sebagai pengajaran serta teladan untuk berbaik-baik dan berlembut dalam melayan anak-anak. Dengan itu mereka telah mengikuti jalan yang betul dan lurus dalam usaha memberikan tunjuk ajar serta mendidik anak-anak mereka.
G. Menunton Filem-Filem ganas dan Seks,
Anak-anak yang menyeleweng dan merebaknya kejahatan sehingga mereka sukar dikawal dan lerlepas daripada segala ikatan juga berpunca daripada filem yang mereka tonton di panggung-panggung vvayang dan televisyen mengenai cerita-cerita penyiasatan polls dan filem-filem seks yang terbuka dan tidak bermaruah, Dan juga apa yang dibaca dari majalah-majalah bebas dan tidak terkawal dari kisah-kisah yang menimbulkan perasaan syahwat muda mudi serta menggalakkan penyelewengan serta jenayah. la juga merosakkan akhlak orang-orang dewasa, jadi bagaimana pula dengan mereka yang sedang remaja dan kanak-kanak kecil?
Sudah sedia dimaklum baliawa ketika anak itu membesar kelak, gambaran-gambaran itu akan bercap di otaknya dan pandangan-pandangan itu akan mendtituni padu khayalannya, dengan itu ia pasti dengan stenguja akan mencontohinya dan cubu melakukannya, Tidak ada perkara yang Iebih bahaya terhadap anak yang dalam lingkungan umur remaja, dari pemandangan yang menggalakkan jenayah, dan memberi contoh ikutan kejahatan serta kerosakan, Khususnya jika anak itu sudah terlepas dari segala ikatan dan bebas dari segala jagaan .serta pemeliharaan.
Sudah tentu dan jelas bahawa suasana-suasana buruk in! serta pemandangan-pemandangan jenayah ini mempunyai kesan yang amat mendalam pada jiwa kanak-kanak dan remaja, sehingga nasihat para ibu bapa attu tunjuk ajar para pendidik serta guru tidak lagi mempunyai kesan yang jelas. Agama Islam dengan prinsip-prinsip pendidikannya telah meletak kepada para ibu bapa, para pendidik dan orang-orang yang bertanggungjawab metodologi yang betul bagi memberi pertunjuk kepada anak-anak dan pendidikan mereka dan bagi melaksanakan tanggungjawab mereka serta hak-hak mereka.
Antara prinsip-prinsip metodologi ini ialah menjaminkan ketahanan yang menyeluruh kepada diri mereka serta mengelakkan kemurkaan yang Maha Berkuasa (Allah) dan kemasukan ke neraka jahanam.
Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya:Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka.., (al-Tahrim:6)
Antara prinsip metodologi ini ialah perasaan tanggungjawab yang patut dirasai oleh mereka yang bertanggungjawab mengajar serta mendidik bagi melaksanakan tugas dan amanat sepenuhnya, untuk menunaikan ajaran Rasulullah s.a.w. ketika bersabda:
Ertinya: Seorang telaki merupakan pegembala di rumah keluarganya dan ia bertanggungiawab terhadap seluruh anggota di rumahnya.(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Antara prinsip metodologi ini ialah menjauhkan segala kemudaratan yang boleh membawa kepada penyelewengan akidah serta akhlak mereka, mengikut sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya:Tidak memudaratkan dan tidak dimudaratkan.(Riwayat Imam Malik dan Ibnu Majah)
Mengikut prinsip-prinsip Islam ini serta metodologi-metodologi pendidikan, sudah menjadi wajib ke atas setiap bapa, pendidik dan sesiapa yang bertanggungjawab supaya menghalang anak-anak mereka dari menonton filem-filem seks dan filem-filem jenayah yang merosakkan mereka.
Mereka juga perlu dikawal dari membeli majalah-majalah yang terbuka tanpa kesopanan dan menyimpan kisah-kisah seks dan juga menghalang mereka dari membaca buku-buku yang menyalahi agama. Dengan ringkasnya wajib menghalang mereka dari segala apa yang boleh memudaratkan lidah mereka dan menggalakkan mereka ke lembah keburukan serta kejahatan,
Dan, Insya Allah, semasa kita bercakap dari hal "Tanggungjawab pendidikan mengenai iman", dan "Tang-gungjawab pendidikan mengenai akhlak" dalam Bahagian Kedua dari kitab "Pendidikan Anak-anak Menurut Islam", kita akan jelaskan dengan cara terperinci mengenai prinsip-prinsip yang telah diletakkan oleh agama Islam dalam pendidikan anak dari hal akidah dan akhlak. Supaya sesiapa yang ingin mengetahui boleh mengetahui bahawa Islam ialah agama penghidupan, agama fitrah (semula jadi) dan agama tunjuk ajar serta pendidikan.Firman Allah:
Maksudnya: ...padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tiada siapa yang boleh membuat hukum yang Iebih baik daripada Allah. (al-Maidah: 50)
H. Tersebarnya pengangguran dalam masyarakat.
Antara perkara-perkara utama yang membawa kepada penyelewengan anak ialah merebaknya pengangguran di kalangan individu-individu serta lapisan masyarakat. Seseorang bapa yang mempunyai isteri dan anak-anak, sedangkan tidak terbuka baginya peluang-peluang pekerjaan, tidak berjaya memperolehi cara-cara mendapat keuntungan, dan tidak mendapat pendapatan yang men-cukupi bagi menutup keperluan makanannya berserta keluarganya dan anak-anaknya, dan bagi menutup keperluan asasi mereka serta kehendak-kehendak hidup mereka, pasti keluarga itu dengan anggota-anggotanya akan terdedah kepada kehancuran, dan anak-anak akan tergalak menuju ke arah penyelewengan serta kejahatan. Kemungkinan juga ketua keluarga sama dengan keluarganya dan anak-anak akan mencuba mendapatkan duit dengan cara yang haram, dan mengumpulnya dengan usaha-usaha yang tidak baik seperti mencuri, merampas atau mendapat rasuah dengan erti yang lain masyarakat akan dipenuhi dengan huru-hara, kacau bilau dan kehancuran.
Agama Islam dengan meletakkan prinsip-prinsip keadilan dalam masyarakat serta memelihara hak individu dan masyarakat, telah pun dapat mengatasi pengangguran dengan segala jenis-jenisnya sama ada ia pengangguran orang yang terpaksa atau pengangguran orang yang malas.
Dari hal cara mengatasi pengangguran orang yang terpaksa dan tidak mempunyai daya (usaha) mengadakan pekerjaan itu, di samping keinginannya dan keupayaannya, ia terlaksana dalam dua perkara:
A. Menjadi wajib dan tanggungjawab atas negara mengadakan pekerjaan bagi orang semacam itu. B. Menjadi wajib atas anggota masyarakat membantunya sehingga ia mendapat pekerjaan.
Dari hal wajibnya negara mengadakan pekerjaan untuknya ialah apa yang telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Anas r.a. bahawa seorang lelaki dari al-Ansar telah menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta bantuan darinya. Rasulullah bertanya kepadanya "Tidakkah ada apa-apa di rumah kamu?" Jawab lelaki itu: "Ya, satu jenis kain yang kasar, kita pakai sebahagian dan membentang sebahagian, dan juga satu mangkuk kita gunakan sebagai tempat minum air". Kata Rasulullah: "Bawalah kedua-duanya kepadaku". Lelaki itu membawakan kedua-dua mangkuk itu dan Rasulullah mengambilnya dengan tangannya dan berkata: "Siapa ingin membeli kedua-dua mangkuk ini?" Seorang lelaki menjawab: "Saya ambil kedua-duanya dengan harga dua dirham". Rasulullah memberikan dua dirham itu kepada lelaki Ansar itu sambil berkata: "Belilah makanan dengan satu dirham untuk keluarga kamu, dan belilah kapak dengan dirham kedua dan bawakan di sini". Lelaki itu melakukan apa yang disuruh oleh Rasulullah s.a.w. dan ia membawakan kapak kepadanya. Rasulullah mengambil kapak itu dan menggunakannya, menarik dahan kayu di tangannya dan berkata kepadanya: "Pergilah dan carilah kayu api, potonglah ia dan juallah. Saya tidak mahu melihat kamu selama lima belas hari". Lelaki itu berbuat sedemikian, kemudian dia kembali kepada Rasulullah dengan mendapat keuntungan sepuluh dirham, ia membeli dengan sebahagiannya pakaian dan sebahagian yang lain makanan. Rasulullah s.a.w. berkata dengannya: "Ini lebih baik bagi kamu daripada kamu datang pada hari Kiamat kelak dan tanda meminta terlihat pada muka kamu."
Mengenai wajibnya ke atas anggota masyarakat untuk menolongnya sehingga ia mendapat pekerjaan ialah sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya:Sesiapa yang mempunyai kenaikan (unta atau sebahagiannya) yang berlebihan, biarlah dia memberikanya kepada sesiapa yang tidak mempunyai kenaikan. Dan sesiapa yang mempunyai makanan yang berlebihan biarlah dia memberikannya kepada sesiapa yang tidak mempunyai makanan. (Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya:Sesiapa yang tidur nyenyak, sedangkan jirannya tidur dalam keaduan lapar, dan dia mengetahui hal itu, sesungguhnya orang semacam ini tidak beriman dengan saya (Rasulullah s.a.w.). (Riwayat al-Bazar dan al-Tabrani)
Rasulullah telah bersabda:
Ertinya:Mana-mana lelaki mati terbiar lapar, sedangkan ia berada di tengah golongan masyarakat orang (kaya), nescaya Allah dan Rasul-Nya tidak membela mereka lagi (yakni merekalah memikul dosa terhadap kematiannya).
Dan dari kitab al-Ikhtiar li Ta'lil al-Mukhtar yang ber-maksud seperti berikut:"dan sekiranya salah satu dari mereka telah memberikan lelaki itu makan, nescaya semua mereka yang lain akan terlepas dari dosanya".
Tentang cara mengatasi masalah penggangguran orang-orang yang malas dan tidak suka bekerja sedangkan pekerjaan ada, dan ia berupaya melakukannya, mereka hidup dalam jagaan negara. Sekiranya didapati bahawa dia sudah cuai dalam kerjanya dan berhenti dari meneruskannya, hendaklah dinasihati bagi kebaikannya serta manfaatnya. Jika ia enggan juga, dipaksa, di samping mewajibkan atasnya tugas-tugas itu.
Ibn al-Jauzi telah meriwayatkan dari Umar Ibn al-Khattab r.a. bahawa ia telah berjumpa dengan satu kaum yang tidak bekerja. la bertanya kepada mereka: "Siapakah kamu?" Mereka menjawab: "Kita adalah orang-orang yang bertawakkal kepada Allah" Jawab Umar: "Tidak! sesungguhnya seorang yang bertawakkal ialah orang yang mencampakkan (menyemai) biji benih atas tanah, kemudian ia bertawakkal kepada Allah". la terus berkata: "Janganlah sesiapa dari kamu berhenti dari mencari rezeki dan berdoa: "Ya Allah ya tuhan kami, berilah rezeki sedangkan ia sungguh mengetahui bahawa langit tidak pernah menurunkan hujan daripada emas atau perak". Umar juga yang telah melarang orang-orang fakir dari berhenti kerja dengan mengharapkan sedekah-sedekah. Antara kata-katanya kepada mereka: "Wahai orang-orang fakir, berlumba-lumbalah mencari kebaikan dan janganlah menjadi beban ke atas orang-orang Islam". Apa yang kita boleh faham dari kata-kata Umar r.a. serta tunjuk ajarnya; bahawa zakat dalam Islam tidak diberi melainkan bagi menutup keperluan serta menjaminkan adanya pekerjaan supaya jangan ia (zakat) menjadi penggalak kemalasan serta sebab suka duduk tanpa kerja dan bergantung nasib kepada orang lain.
Tetapi jika pengangguran disebabkan oleh kecacatan atau umur yang lanjut (terlalu tua) ataupun penyakit, nescaya menjadi wajib ke atas negara memelihara hak-hak mereka ini semua dan menjaminkan cara hidup yang lebih baik dan mengamalkan sistem takaful yang betul, tanpa mengira sama ada orang yang cacat, tua atau sakit itu Islam atau bukan Islam.
Antara peristiwa yang boleh membuktikan hal itu ialah apa yang telah diriwayatkan oleh Abu Yusuf dalam kitab al-Kharaj bahawa Umar ibn al-Khattab r.a. pernah lalu di tepi pintu satu kaum sedangkan seorang peminta sedekah menunggu pemberian mereka. Orang itu dalam keadaan uzur kerana umurnya sudah lanjut (amat tua) dan juga buta. Umar memegang bahunya dan bertanya kepada-nya: "Dari mana satu ahli al-Kitab kamu ini? la menjawab: "Saya orang Yahudi". Ditanya oloh Umar lagi: "Apakah yang mendesak kamu berbuat apa yang saya sedang lihat?" Dijawab oleh lelaki itu: "Saya meminta jizyah kerana amat memerlukannya, dan juga umur saya sudah tua." Terus Umar membawanya ke rumah dia dan memberikannya sedekah dari rumahnya sendiri. Kemudian iu memerintahkan pegawai tadbir baitulmal dengan berkata: "Jagalah orang ini dan orang-orang yang sepertinya. Demi Allah, kita tidak berlaku adil terhadapnya, Jika kita telah pun mengambil jizyah darinya semasa umur mudanya dan kita sia-siakannya semasa ia tua. Sesungguhnya sedekah-sedekah mesti diberi kepada orang-orang fakir dan miskin, dan ini ialah salah satu dari orang-orang miskin Ahl al-Kitab.
Ada juga antara yang dilakukan oleh Umar r.a. bahawa ia pernah melalui kawasan satu puak Kristian yang berpenyakit sopak. Umar memerintahkan pemberian dari baitulmal untuk mereka bagi melaksanakan takaful, menjaminkan perubatan mereka dan menjaga marwah mereka.
Inilah cara bagaimana Islam telah mengatasi masalah pengangguran, dan ia sebagaimana kamu dapati, ,satu usaha yang penuh dengan belas kasihan serta keadilan. Ini semua merupakan satu petanda yang amat jelas bahawa sesungguhnya Islam ialah agama rahmat (belas kasihan), peri kemanusiaan serta adil. la diturunkan oleh Allah bagi menjadi suluh yang menyinari dan memberi hidayat kepada seluruh manusia. Islam merupakan cahaya yang berkilau-kilauan dalam kegelapan kehidupan. Sudah patut tiap-tiap yang jahil mengenai hakikat-hakikat ini mengetahui apakah dia Islam? Dan kenapakah Allah telah mengutuskan Muhammad bagi memberi hidayat, membawa berita baik, memberi ingatan (menakutkan), pendakwah ke jalan Allah dengan izin-Nya, dan merupakan suluh yang menyinarkan dan memberi cahaya.
I. Kedua-dua ibu bapa mdepaskan diri dari mendidik anak.
Antara perkara-perkara utama yang boleh membawa kepada penyelewengan anak, kerosakan akhlaknya serta kehancuran peribadinya ialah jika kedua ibu bapa melepaskan diri dari memulih jiwanya (anak) dan kesibukan mereka dari memberi tunjuk ajar serta pendidikan.
Janganlah kita lupa peranan ibu dalam memikul tanggungjawab ini dan melaksanakan tanggungan serta kewajipannya terhadap mereka yang di bawah pemeliharaannya, berusaha mendidik mereka dan juga menjaga pemeliharaan serta tunjuk ajar mereka.
Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat ke atas roh penyair yang telah berkata, yang bermaksud:
Ibu itu sebagai sekolah, jika dilengkapkan dengan segala persediaan tentu akan terjamin penyediaan yang baik bagi generasi yang akan datang
Tanggungjawab ibu dan bapa sama berat dari hal pendidikan anak, bahkan tanggungjawab ibu lebih berat dan penting, memandangkan ibulah yang sentiasa berdamping dengan anaknya dari mula dia lahir, sampai membesar remaja, sehingga mencapai umur.yang menjadikan dia seorang yang bertanggungjawab melaksanakan kewajipan. Rasulullah s.a.w. telah memikulkan kepada tiap-tiap ibu tanggung jawab, dengan sabda baginda:
Ertinya:Ibu juga sebagai pengembala (penjaga) di rumah suaminya dan ia bertanggungjawab ke atas tiap-tiap anggota keluarganya (setiap apa yang dijaganya).
Ini semua bertujuan supaya ia boleh merasai suasana kerjasama antaranya dengan bapa bagi menyediakan generasi baharu dan pendidikan anak-anak. Jika seorang ibu mencuaikan kewajipan pendidikan terhadap anak-anaknya kerana kesibukannya dengan kenalan-kenalannya, kawan-kawannya, serta bagi menyambut tetamu-tetamunya, dan juga kerana ia selalu keluar dari rumah (berjalan-jalan). Dan jika seorang bapa mencuaikan tanggung jawab bagi menunjuk ajar dan mendidik anak-anak kerana kesibukannya, menghabiskan masanya yang kosong mencari kesedapan serta kesenangan dengan duduk di kedai-kedai kopi bersama kawan-kawan dan teman-teman. Nescaya sudah pasti anak-anak akan membesar seperti anak-anak yatim dan akan hidup seperti kehidupan anak-anak yang tidak mempunyai tempat perlindungan, bahkan mereka ini akan menjadi sebab kerosakan dan pengusaha jenayah kepada seluruh umat.
Semoga Allah membalas sebaik balasan kepada penyair yang berkata yang bermaksud: Seorang anak yatim bukanlah orang yang telah mati kedua-dua ibu bapanya, meninggalkannya hina, tetapi sesungguhnya anak yatim itu ialah anak yang mempunyai ibu yang telah melepaskan diri dari tanggung jawabnya atau bapa yang sibuk.
Apa lagi yang kita boleh harapkan dari anak-anak yang kedua ibu bapa mereka dalam hal sedemikian mencuaikan mereka? Sudah tentu kita tidak menunggu kecuali penyelewengan dan kita tidak mengharapkan kecuali kelakuan jenayah serta kejahatan, memandangkan kesibukan ibu dari menjaga dan mendidik anaknya dan juga kecuaian bapa itu terhadap kewajipannya menjaga serta mengajar anaknya pula.
Keadaan bertambah buruk jika kedua ibu bapa menghabiskan kebanyakan masa mereka bergelumang dengan dosa dan kesesatan dan tenggelam timbul dalam maksiat memuaskan syahwat serta mencari kesedapan dan keseronokan, dan juga hidup tidak tentu hala dalam keadaan terlepas dari segala ikatan atau maruah. Dalam keadaan begini sudah tentu kemunggkinan penyelewengan anak menjadi lebih bahaya dan lebih mendalam. Dan kemungkinan ia terjerumus dalam jenayah lebih bahaya dan besar.
Semoga Allah merahmati penyair yang pernah berkata yang bermaksud:
Sudah tentu tanam-tanaman yang tumbuh di kebun tidak sama dengan yang tumbuh di padang pasir. Adakah kita boleh harap kesempumaan dari kanak-kanak yang telah disusui oleh perempuan-perem-puan jahat.
Agama Islam dalam usahanya menggalakkan memikul segala tanggung jawab, sudah membebankan para ibu bapa tanggung jawab amat berat dalam bidang pendidikan anak-anak serta menyediakan mereka secara menyeluruh dan lengkap yang membolehkan mereka memikul tanggungan hidup. Agama Islam juga telah menakutkan mereka (ibu bapa) dengan keseksaan azab yang terbesar jika mereka cuai atau melepaskan diri dari tanggungjawab itu ataupun khianat.
Firman Allah S.W.T.
Maksudnya:Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras, kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melaku-kan segala yang diperintahkan,(al-Tahrim: 6)
Rasulullah s.a.w. telah menekankan pentingnya pemeliharaan serta jagaan diberi kepada anak-anak dan wajib menguruskan serta mementingkan pendidikan mereka; Penekanan itu jelas dalam nasihat-nasihat serta sabda-sabda Baginda s.a.w.
Di sini kita bawakan sebahagian hadith-hadith yang terkandung dalamnya banyak nasihat serta tunjuk ajar:
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya:Dan setiap lelaki (bapa) sebagai pengemhala dalam keluarganya, dan ia bertanggungjawab ke atas setiap anggota keluarganya. Ibu juga sebagai pengembala di rumah suaminya dan ia bertanggungjawab ke atas setiap anggota keluarganya, (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya;Ajarlah anak-anak kamu dan didiklah mereka dengan sebaik-baiknya,(Riwayat Ibnu Majah)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya: Ajarlah anak-anak kamu serta keluarga kamu budi bicara yang baik dan didiklah mereka.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya;Perintahlah anak-anak kamu supaya mengikut perintah-perintah dan menjauhkan larangan, kerana itu sebagai pengawalan bagi mereka dari neraka.(Riwayat Ibnu Jarir)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya:Didiklah anak-anak kamu supaya mempunyai tiga sifat (tabiat), Pertama: kasih kepada Nabi kamu, kedua: kasih kepada keluarganya, dan ketiga: membaca al-Quran, Sesungguhnya pembawa (pembaca) al-Quran akan mendapat lindungan singgahsana Allah pada hari yang tidak ada lindungan kecuali lindungan-Nya (Hari Kiamat). (Riwayat al-Tabrani)
Dan kita akan bercakap dengan cara terperinci mengenai tanggungjawab-tanggungjawab para pendidik dalam bahagian kedua dari kitab "Pendidikan Anak-anak Menurut Islam". Para pembaca akan mendapati segala apa yang boleh memuaskan serta memenuhkan jiwa dan fikiran. Insya Allah.
J. Malapetaka menjadi anak yatim.
Antara perkara yang boleh menyebabkan penyelewengan anak ialah malapetaka menjadi anak yatim sedang dalam umur yang masih muda dan dalam masa permulaan hidup. Inilah anak yatim yang telah mati bapanya sedangkan dia masih budak lagi, tidak mendapat sesiapa yang boleh memberikannya kasih sayang atau belas kasihan, dia tidak mendapati dari mereka yang menjaganya layanan yang baik, yang bersimpati dengannya, atau jagaan yang menyeluruh yang boleh meningkatkan keadaannya, ataupun pertolongan yang cukup yang boleh menutup keperluannya. Sudah tentu seseorang seperti anak yatim ini akan terdorong kepada penyelewengan dan akan melangkah selangkah demi selangkah menuju kejahatan serta jenayah. Bahkan mungkin ia akan menjadi dalam hidupnya sebagai alat kehancuran dan kemusnahan kepada seluruh pembangunan umat, ia akan memecahkan perpaduannya, dan menyebarkan huru-hara kerosakan akhlak di kalangan anak-anaknya
Agama Islam dengan syariatnya yang kekal abadi serta tunjuk ajarnya yang bijaksana telah memerintahkan orang-orang yang memelihara anak yatim itu dan sesiapa yang mempunyai hubungan keluarga dengannya supaya melayaninya dengan sebaik-baiknya, menguruskan hal-halnya, dan mendidik serta mengajarnya. Sehingga ia terdidik dalam keadaan baik dan membesar dengan akhlak-akhlak yang mulia dan terpuji. Ia boleh mendapat dari pihak penjaganya segala kasih sayang, belas kasihan serta kelembutan dan keikhlasan.
Kita bawa di sini sekumpulan dari ajaran yang terkandung dalamnya perintah supaya memelihara anak-anak yatim serta memberikannya belas kasihan:
Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya:Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah "memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama).(al-Baqarah: 220)
Firman Allah S.W.T.:

Maksudnya:Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,(al-Dhuha: 9)
Firman Allah S.W.T.:
Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim. (al-Ma'un: 1-2)
Maksudnya:Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala,(al-Nisa':10)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya:Sesiapa yang menyapu dengan tangannya kepala seorqng anak yatim, berpunca dari perasaan belas kasihan (rahmat) nescaya Allah menulis baginya pada setiap helai rambut yang disapu itu satu pahala,(Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)
Sabda baginda lagi:
Ertinya:Sesiapa yang memberi makan dan minum kepada mana-mana anak yatim muslim sehingga Allah, Ta'ala memperkayakannya, nescaya Allah pasti mewajibkan baginya syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampun. (Riwayat al-Tirmizi)
Dan juga sabda Baginda s.a.w.:
Ertinya:Saya dan orang yang menanggung anak yatim seperti ini, dia menunjukkan kedua-dua jariNya (jari telunjuk dan jari hantu), (Riwayat al-Tirmizi)
Dan banyak lagi perintah Allah serta tunjuk ajar nabi-Nya yang membawa erti bahawa memelihara dan menanggung anak yatim merupakan perkara wajib ke atas orang yang mempunyai hubungan keluarga atau hubungan rahim, Jika mereka ini tidak mampu dan tidak berupaya, maka menjadi wajib ke atas negara (Kerajaan) memelihara serta menanggungnya, pendidikan dan perbelanjaannya. Dengan hal sedemikian anak yatim itu akan lebih jauh dari kejahatan, kecuaian, dan keadaan hidup yang tidak tentu hala.
Inilah sebab-sebab yang paling utama yang boleh membawa kepada penyelewengan anak. Sebab-sebab ini amat bahaya dan memberi mudarat. Jika para pendidik tidak cuba mengatasi sebab-sebab ini dan tidak cuba menghapuskannya dari asalnya dan juga tidak berusaha menyelesaikannya mengikut prinsip-prinsip pemulihan dan pendidikan yang telah diletakkan oleh agama Islam, nescaya anak-anak akan membesar dengan kerosakan, dididik dengan kejahatan dan dibiasakan dengan dosa serta sifat-sifat buruk. Bahkan mereka akan menjadi sebagai alat keruntuhan serta kehancuran bagi pembentukan masyarakat dan kesetabilan umat serta kemanusiaan. Sehingga menjadi sukar mengembalikan mereka ke jalan yang lurus, memahamkan mereka hakikat sebenar atau membawa mereka bagi mengesan segala kebaikan, ke hala hidayat serta jalan yang lurus.
Amat patut bagi para ibu bapa dan para pendidik, mengikuti lunas-lunas Islam serta metodologinya yang lurus dalam pendidikan anak-anak bagi mengatasi penyelewengan mereka, membetulkan kelakuan mereka dan membaiki jiwa mereka. Berusaha menguatkan kepercayaan mereka dan mengajarkan kepada mereka prinsip-prinsip kebaiksan, fadilat dan akhlak supaya mereka boleh mendapati anak-anak mereka seperti malaikat dalam kesucian kerohanian mereka, kejernihan jiwa-jiwa mereka, kebersihan batin mereka dan ketaatan kepada Tuhan mereka. Bahkan mereka boleh menjadi contoh teladan kepada orang lain dalam setiap kepujian, fadilat, produktiviti, perjuangan, akhlak dan amalan salih.
Dan akhirnya saya berdoa kepada Allah Azza wa Jalla bagi memberikan orang-orang Islam taufik dan hidayat supaya mencapai kebesaran serta kebahagiaan mereka, mengurniakan mereka iman yang boleh dirasai manisnya dalam hati sanubari mereka, sentiasa mengilhamkan mereka ke jalan yang betul dan benar yang boleh dikesan dalam kata-kata serta perbuatan mereka dan menjadikan mereka umat yang kuat, kukuh, boleh membina tamadun, menyebarkan ilmu, membentukkan kebesaran, menaikkan dengan tangan mereka yang kuat lambang kebesaran dan kemenangan, mengubah perjalanan sejarah dan mengembalikan kepada umat ini kebesarannya yang sudah luput, kemegahannya yang terhapus serta pembentukannya yang besar. Sesungguhnya ini tidak jauh bagi Allah untuk dicapai. Sesungguhnya Dialah Maha Penerima segala doa-doa dan Dialah sebaik-baik yang boleh diminta.
Wa akhiru da'awahum an al-hamdulillahiRabbial-'alamin

No comments: