Oleh Imam Al Ghazali.
Bencana kedua puluh: Pertanyaan yang pelik-pelik
Memang tidak dilarang bagi orang-orang awam untuk memperbanyakkan amalan-amalan saleh dari berbagai-bagai rupa, tetapi sikap suka bertanya yang bukan-bukan itu memanglah mudah terlintas di dalam hati. Adakalanya orang-orang awam ini suka mendalami dalam perkara-perkara atau liku cabang ilmu pengetahuan, sebab syaitan sering menggambarkan kepada mereka, bahwa mereka itu adalah tergolong para alim ulama yang mempunyai keutamaan dalam ilmu pengetahuan. Hasutan syaitan ini akan terus-menerus mempengaruhi jiwa orang-orang ini, sehingga akhirnya mereka berani berkata sesuatu yang merupakan kekufuran atau terkeluarnya mereka dari Agama Islam, sedangkan mereka tidak mengetahui.
Sebab itulah, sesiapa yang suka bertanya ilmu yang pelik-pelik, sedangkan fahamannya masih belum mampu mencapai darjat fahaman itu, maka ia tentu dicela, tambahan pula jika ia seorang awam, yang pengetahuannya masih cetek dalam serba-serbi liku-liku agama.
Dalam sebuah Hadis, Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan:
“Rasulullah s.a.w. telah melarang keras dengan kata-kata qil dan qal,* membelanjakan harta benda dengan boros dan terlampau banyak persoalan.”
[ Qil dan qal dua perkataan istilah yang bermaksud cakap-cakap yang tidak diketahui sumbernya dengan jelas. Dalam bahasa Melayu, bolehlah kita maksudkan dengan ucapan orang ramai: Bukankah katanya begitu! Ataupun: Bukankah kata orang begini! Sedang sumber asalnya tidaklah diketahui, sama ada benar atau tidak. ]
Lalu Nabi Khidir pun berpisah dengan Nabi Musa a.s.*
[ Cerita Nabi Musa dengan Khidhir alaihimas-salam boleh dibaca al-Quran surat al-Kahf ayat 60-68. Ceritanya cukup aneh dan bagus untuk dijadikan tauladan hidup.]
[ Bagi orang yang tidak mengetahui masalah-masalah agama itu, wajib ia bertanya kepada orang yang mengetahui. Hanya ia dilarang untuk mengemukakan masalah-masalah yang berat, yang fikirannya belum dapat menjangkau fahaman serupa itu, ataupun menimbulkan masalah yang pelik-pelik yang belum ada hukumnya dan sebagainya. Tujuannya untuk menghindarkan salah-faham atau kekeliruan dalam memahami hukum-hukumnya, agar tidak tergelincir ke jalan yang salah pula. ]
Kalau begitu nyatalah bahawa pertanyaan orang-orang awam tentang persoalan-persoalan yang pelik-pelik, atau rumit di dalam agama itu, termasuk dalam perkara-perkara besar yang membahayakan, maka seharusnyalah mereka dilarang dari mengemukakan pertanyaan-pertanyaan serupa itu, dan jika mereka melakukan juga, maka haruslah ditegah dengan keras.
Monday, August 4, 2008
Dosa Lidah : Pertanyaan yang pelik - pelik.
-> ABAH & ATUK @ 1:12 PM
1 comment:
Sebenarnya penting menjawab pertanyaan yang pelik2 itu sebab ia dapat mengelakkan orang yang bertanya itu sesat. Janganlah kita merasa bangga diri dalam apa jua permasaalahan kehidupan ini. Ia adalah tanggung jawab bagi orang yang mengetahui. Ilmu tak dapat kita bawa pergi ke alam satu lagi. ianya termasuk dalam perkara2 yang di tinggalkan. Jadi jika ada orang yang bertanya maka jawablah..dan jawablah sebaik mungkin.
Post a Comment