Monday, May 26, 2008

JANGAN JADI PEMBUNUH MASA.

Sesaorang itu akan menjadi pembunuh masa jika melakukan empat perkara berikut:

1. Lalai
2. Suka bertangguh
3. Gejala Kecuaian
4. Mengkeji Masa.




1. LALAI.

Kelalaian merupakan suatu wabak yang telah meresapi dan meracuni buah fikiran dan jiwa raga manusia. Orang yang lalai telah luput darinya kebanyakan ingatan. Jika dia melihat apa yang di hadapannya, dia hanya melihat secara maya di bahagian luar dan kulit sahaja. Dia tidak mengerti ma’ana hakikat dan intipati isi kandungan seterusnya.

Quran memberi amaran yang keras terhadap mereka yang leka dan lalai, malah quran meletakan darjat orang yang lalai lebih sesat dari binatang. Firman Allah dalam surah Al A’raf ayat 179:


179. dan Sesungguhnya Kami jadikan isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai.

Kecaman Al-quran juga terhadap golongan yang ingin tahu pada luaran sahaja, tetapi tidak berhasrat dan berusaha untuk tahu apa yang sebenar. Firman Allah dalam surah Al Rum ayat 6 - 7:

6. ... akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).
7. mereka hanya mengetahui perkara zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.


Al quran mengingatkan kita supaya jangan lalai. Firman Allah dalam surah Al A’raf ayat 205:

205. dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu Dalam hatimu, Dengan merendah diri serta Dengan perasaan takut (melanggar perintahNya), dan Dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah Engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

Firman Allah dalam surah Al Kahfi ayat 28 :

28. ...dan janganlah Engkau mematuhi orang Yang Kami lalaikan hatinya daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di Dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.

Kelalaian merupakan satu bala’ yang menimpa keatas umat kita amnya. Lihatlah berapa banyak telah berlaku trajedi-tragedi gempa bumi, thunami, banjir besar dan sebagainya tetapi mereka ini tetap tidak mahu mengambil pengajaran dan perubahan darinya. Jiwaraga mereka beku kaku, tak ubah seperti penonton-penonton yang sedang menyaksikan babak-babak drama VCD di kaca TV.

Sayyidina Abu Bakar berdoa:

“Ya allah! Janganlah biarkan kami di dalam kesesatan, dan janganlah ambil (nyawa) kami di waktu kami lalai, dan jangalah jadikan kami dari golongan yang lalai.”

Sahlun bin Abdullah berpesan: “Awas dari bersahabat dengan tiga jenis manusia:-

a. ‘Ulama’ yang munafik.
b. Golongan tasawwuf yang jahil.
c. Pemimpin kejam yang lalai.



2. SUKA BERTANGGUH.

Sikap tangguh menangguh ini adalah satu penyakit yang merbahaya, yang membantutkan usaha manusia hari ini dan seterusnya. Sahinggalah perkataan “Nanti dulu” sudah menjadi buat mulut – lumrah- manusia. Ada orang mengatakan perkataan “Nanti dulu” adalah anak cucu kepada Iblis.

Sebenarnya pada tiap-tiap hari hendaklah kita membuat pengisian dengan ilmu pengetuan yang berguna dan amal soleh. Jangan kita berlengah dan leka hingga sampai keesokan harinya, kerana hari yang berlalu pergi tidak akan kembali lagi. Bekerjalah hari ini untuk esok, jika peluang ini tidak direbut nascaya akan menyesal.
Penyair Arab mengatakan:

Kenapa leka dari berbakti
Di hari Mahsyar perlu membekali
Berbekalah sebelum mati
Sebelum berkumpul di Mahsyar nanti.

Di masa hidupmu tiada bertani
Waktu menuai menyesal di hati
Kerana cuai leka dan lali
Waktu menyemai nanti-menanti.


Al Imam Al Hasan Al Basri berpesan:

“Awas dari tempoh-menempoh! Hari esok belum tentu! Jika besok harimu, jadilah besok seperti hari ini. Jika esok bukan hari mu, usah menyesal kerana kecuaianmu di hari ini.


3. GEJALA KECUAIAN.

Menagguhkan kerja yang wajib dibuat hari ini kepada hari esok adalah satu gejala yang bahaya . Pertamanya kamu tidak tahu apakah kamu akan terus hidup sampai hari esok. Siapakah gerangan yang boleh memberi jaminan supaya sesaorang itu terus dapat hidup sampai ke hari esok, sedangkan ajal terkadang datang dengan sepontan atau tiba-tiba. Mati tetap mati sekalipun berlainan sebab dan cara.

Kematian yang mengejutkan berlaku pada masa ini lebih banyak jika dibandingkan dengan masa lampau, sekalipun kemajuan perubatan dan keilmuan kian meningkat maju, namun perubatan tidak dapat menghalang sesaorang berpengkit lemah jantung dan sesakan paru-paru dari menemui ajalnya. Kemajuan sains tidak mampu untuk mengelak manusia dari berlakunya kemalangan ngeri yang membawa maut. Hasil dari perkembangan sains dan teknologi, terdapat berbagai-bagai kenderaan samada di daratan, lautan mahupun di angkasa yang dilengkapkan dengan berbagai-bagai sistem elektronik. Akhirnya sains juga menyebabkan kematian beratus malah beribu nyawa manusia. Di mana di zaman sains belum dikenali orang manusia boleh hidup lebih selamat!

Kedua, jika nyawa kamu di lanjutkan ke esok hari, apakah kamu akan terselamat daripenyakit yang datang mendadak, kesibukan yang tiba-tiba atau terselamat dari malang yang tidak berbau!. Dari itu berazamlah untuk menyegerakan kebaikan, melaksanakan kewajiban. Sifat tanguh menangguh hingga habis peluang keemasan adalah sikap yang paling lemah.

Rasulullah berpesan,

Dapatkan saham keuntungan dalam masa lima waktu sebelum lima waktu yang lain.

i. Masa kamu hidup sebelum kamu mati
ii. Masa maku sihat sebelum kamu sakit
iii. Masa kamu lapang sebelum kamu sibuk
iv. Masa kamu muda sebelum kamu tua
v. Masa kamu sengan sebelum kamu papa.

Ketiga, setiap hari dalam setiap waktu ada pekerjaan dan tugas-tugasnya. Tidak terdapat satu waktupun yang kosong dari tugas.

‘Umar bin Abdul Aziz kelihatan terlalu leteh kerana terlalu banyak bertugas, lalu dinasihatkan oleh sesaorang supaya menangguhkan perkerjaannya kepada hari esaok. Beliau mejawab “Satu kerja ini yang meletihkan aku dalam satu hari, bagaimana pula jika kerja-kerjaku ini berkumpul dalam masa dua hari....!”

Ibnu ‘Ata di dalam kitabnya Al Hikam mengatakan: “Tugas-tugas di dalam beberapa waktu yang lalu mungkin dapat digantikan. Hak-hak waktu yang hilang tidak boleh diganti. Setiap detik-detik waktu tiba, pasti tugas baru dari Allah berhadapan denganmu. Bagaimana kamu hendak menggantikan tugas dalam waktu lain, sedangkan kamu tidak menunaikan hak Allah dalam masanya!?.”

Keempat, selalu melewat-lewatkan dari beramal ibadat ada resikonya. Apabila perkara ini dibiasakan ia boleh membawa sesaorang itu lama kelamaan terus tinggal dari beramal. Apabila sifat cuai ini sudah menjadi darah dagingnya, maka sukar pula untuk ditingalkan. Hinggakan apabila dia cuba semua untuk berbuat baik, maka dia rasakan seolah-olah tidak respon lagi untuk kearah itu, malah dia rasakan terlalu berat untuk beramal soleh, kesudahannya dia terus memencilkan diri!.

Sesaorang yang berdosa yang tidak hendak segera bertaubat juga boleh menyebabkan dia berterusan melakukan dosa dan karam di dalam runtunan hawa nafsunya sepanjang masa. Hatta sukar pun baginya untuk meninggalkan maksiat, kerana semakin banyak maksiat yang dilakukannya semakin banyak pula dosanya dan hatinya bertambah gelap, sukar boleh menerima sebarang ajaran dan petunjuk lagi....

Hadith Rasulullah :
“Sesungguhnya sesaorang mukmin itu, apabila dia sekali berdosa, tertitik di hatinya dengan satu titik hitam. Maka apabila dia bertaubat, dia meninggalkan (dari melakukaun maksiat) dan meminta ampun, hatinya kembali bersinar dan bersih. Dan jika dosanya semakin bertambah, titik hitam dihatinya kian bertambah, hatta tertutup semua hatinya. Maka itulah tutupan yang disebut di dalam kitabNya : Tidak, Malahan tertutup semua hati-hati mereka....”

Kelima, bekerja dan beramal adalah peranan yang wajib dimainkan oleh setiap yang hidup. Sesaorang yang tidak mahu bekerja tidak layak terus hidup. Setiap manusia dituntut supaya bekerja selagi tulang emat keratnya boleh bergerak. Berkerjalah untuk agama dan dunia. Suruhan ini bersandarkan kepada hadith Rasulullah :

“Berkerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan bekerjalah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati di esok hari!.”

4. MENGKEJI MASA.

Bahaya negatif yang perlu berwaspada iaitu mengecam atau mengeji masa. Ada orang berfahaman masa-masa itu ada kalanya untung dan ada kalanya rugi. Hinggakan ada di antara manusia apabila berhadapan dengan peredaran masa hati mereka menjadi gusar, resah gelisah, saoleh-olah sedang berada di hadapan seorang raja yang zalim, yang terkadang-kdang menghukum orang yang tidak bersalah dan membebaskan orang yang bersalah. Tindak tanduk orang seperti ini hanyalah mengikut runtunan hawa nafsu. Terkadang apa yang mereka ramalkan itu betul dan terkadang salah!.

Semua pandangan ini adalah muncul dari keadaan yang terdesak, yang bertujuan untuk mengelakkan diri dari bersalah dan melarikan diri dari rasa tanggungjawab, serta membebankan kesalahan pada orang lain, atau kepada masa, takdir dan sebagainya.

Jikapun mereka ini mengalami bala’, mereka wajib membuat penganalisaan dan kajian yang mendalam. Umpamanya kenapa mereka ditimpa bala’ dan tidak diturunkan rahmat?. Jangan membuat tuduhan melulu, tuduhan bersandarkan kepada fikiran yang dangkal!. Semua perkara dikaitkan dengan ada sebab musababnya, mengikut sunah-sunah Allah yang semula jadi. Masa hanyalah merupakan peta rakaman terhadap apa yang berlaku, yang telah ditakdirkan oleh Allah. Sabda Nabi:

“Jangan kamu keji masa kerana masa dialah makhlok Allah”

Di dalam peperangan Uhud, terdapat tujuh puluh orang sahabat telah terkorban syahid, hingga rasa terkilan di hati setengah-setengah sahabat yang masih hidup. Mereka membangkitkan sebab musabab mereka mengalami padah itu. Lalu Allah turunkan ayat Al Quran dalam surah Ali ‘Imran ayat 165:

165. (Patutkah kamu melanggar perintah Rasulullah)? dan (kemudiannya) apabila kamu ditimpa kemalangan (dalam peperangan Uhud), Yang kamu telahpun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda (dengan menimpakan kemalangan kepada musuh Dalam peperangan Badar), kamu berkata: "Dari mana datangnya (kemalangan) ini? "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kemalangan) itu ialah dari kesalahan diri kamu sendiri (melanggar perintah Rasulullah)". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Firman Allah dalam surah Al Anfal ayat 53:

53. (balasan) Yang demikian itu, ialah kerana Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat Yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Dari kenyataan ini maka wajarlah manusia meyalahkan dirinya sendiri dari meletakkan kesalahan pada masa, di samping cuba membetulkan segala penyelewengan dan memperbaiki segala kerosakan.

Kewajipan sebagai orang yang beriman, jika dia ditimpa dengan perkara yang tidak diingini, sewajarnyalah dia sendiri menyemak kembali. Jangan pula masa menjadi mangsa sasaran maki hamunnya. Hendaklah dia kembali kepada Allah, bertaubat serta pohonlah keampunan dariNya. Pintu taubat masih terbuka. Ikutlah contoh tauladan yang dibuat oleh Nabi Adam dan Hawa’ di masa mereka berdua dikeluarkan dari syrga. Firman Allah dalam surah Al ‘Araaf ayat 23:

23. mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, Kami telah menganiaya diri Kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan Kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah Kami dari orang-orang Yang rugi".

Lihatlah bagaimana sikap Nabi Musa ‘alaihissalam di waktu beliau pulang menemui pengikut-pengikutnya setelah selesai dari beribadat kepada Allah. Di waktu kepulangannya dia dapati masyarakatnya telah sesat kerana mereka menyembah patong yang berwajah saekor anak lembu jantan! Nabi Harun saudara kepada Nabi Musa tidak berdaya berbuat apa-apa, kerana kaumnya tidak lagi mahu mendengar kata-kata nasihat darinya. Apabila Nabi Musa tahu keadaan sebenar yang telah berlaku, lalu beliau dengan rasa rendah diri berdoa kepada Allah:

151. Nabi Musa berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah Kami ke Dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari Segala Yang lain Mengasihani". Surah Al –Araaf.

Di saat-saat gugurnya beberapa orang para mujahidin di medan pertemporan, lalu beberapa orang sahabat yang masih hidup di waktu itu berdoa kepada Allah: Surah Ali Imran ayat 147 – 148.

147. dan tidaklah ada Yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa-dosa Kami dan perbuatan Kami Yang melampau Dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian Kami (dalam perjuangan); dan tolonglah Kami mencapai kemenangan terhadap kaum Yang kafir.

148. oleh itu, Allah memberikan mereka pahala dunia (Kemenangan dan nama Yang harum), dan pahala akhirat Yang sebaik-baiknya (Nikmat syurga Yang tidak ada bandingannya). dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang Yang berbuat kebaikan.


Oleh Dr Yusuf Al Qardawi

No comments: