Monday, May 26, 2008

JANGAN JADI PEMBUNUH MASA.

Sesaorang itu akan menjadi pembunuh masa jika melakukan empat perkara berikut:

1. Lalai
2. Suka bertangguh
3. Gejala Kecuaian
4. Mengkeji Masa.




1. LALAI.

Kelalaian merupakan suatu wabak yang telah meresapi dan meracuni buah fikiran dan jiwa raga manusia. Orang yang lalai telah luput darinya kebanyakan ingatan. Jika dia melihat apa yang di hadapannya, dia hanya melihat secara maya di bahagian luar dan kulit sahaja. Dia tidak mengerti ma’ana hakikat dan intipati isi kandungan seterusnya.

Quran memberi amaran yang keras terhadap mereka yang leka dan lalai, malah quran meletakan darjat orang yang lalai lebih sesat dari binatang. Firman Allah dalam surah Al A’raf ayat 179:


179. dan Sesungguhnya Kami jadikan isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai.

Kecaman Al-quran juga terhadap golongan yang ingin tahu pada luaran sahaja, tetapi tidak berhasrat dan berusaha untuk tahu apa yang sebenar. Firman Allah dalam surah Al Rum ayat 6 - 7:

6. ... akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).
7. mereka hanya mengetahui perkara zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.


Al quran mengingatkan kita supaya jangan lalai. Firman Allah dalam surah Al A’raf ayat 205:

205. dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu Dalam hatimu, Dengan merendah diri serta Dengan perasaan takut (melanggar perintahNya), dan Dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah Engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

Firman Allah dalam surah Al Kahfi ayat 28 :

28. ...dan janganlah Engkau mematuhi orang Yang Kami lalaikan hatinya daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di Dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.

Kelalaian merupakan satu bala’ yang menimpa keatas umat kita amnya. Lihatlah berapa banyak telah berlaku trajedi-tragedi gempa bumi, thunami, banjir besar dan sebagainya tetapi mereka ini tetap tidak mahu mengambil pengajaran dan perubahan darinya. Jiwaraga mereka beku kaku, tak ubah seperti penonton-penonton yang sedang menyaksikan babak-babak drama VCD di kaca TV.

Sayyidina Abu Bakar berdoa:

“Ya allah! Janganlah biarkan kami di dalam kesesatan, dan janganlah ambil (nyawa) kami di waktu kami lalai, dan jangalah jadikan kami dari golongan yang lalai.”

Sahlun bin Abdullah berpesan: “Awas dari bersahabat dengan tiga jenis manusia:-

a. ‘Ulama’ yang munafik.
b. Golongan tasawwuf yang jahil.
c. Pemimpin kejam yang lalai.



2. SUKA BERTANGGUH.

Sikap tangguh menangguh ini adalah satu penyakit yang merbahaya, yang membantutkan usaha manusia hari ini dan seterusnya. Sahinggalah perkataan “Nanti dulu” sudah menjadi buat mulut – lumrah- manusia. Ada orang mengatakan perkataan “Nanti dulu” adalah anak cucu kepada Iblis.

Sebenarnya pada tiap-tiap hari hendaklah kita membuat pengisian dengan ilmu pengetuan yang berguna dan amal soleh. Jangan kita berlengah dan leka hingga sampai keesokan harinya, kerana hari yang berlalu pergi tidak akan kembali lagi. Bekerjalah hari ini untuk esok, jika peluang ini tidak direbut nascaya akan menyesal.
Penyair Arab mengatakan:

Kenapa leka dari berbakti
Di hari Mahsyar perlu membekali
Berbekalah sebelum mati
Sebelum berkumpul di Mahsyar nanti.

Di masa hidupmu tiada bertani
Waktu menuai menyesal di hati
Kerana cuai leka dan lali
Waktu menyemai nanti-menanti.


Al Imam Al Hasan Al Basri berpesan:

“Awas dari tempoh-menempoh! Hari esok belum tentu! Jika besok harimu, jadilah besok seperti hari ini. Jika esok bukan hari mu, usah menyesal kerana kecuaianmu di hari ini.


3. GEJALA KECUAIAN.

Menagguhkan kerja yang wajib dibuat hari ini kepada hari esok adalah satu gejala yang bahaya . Pertamanya kamu tidak tahu apakah kamu akan terus hidup sampai hari esok. Siapakah gerangan yang boleh memberi jaminan supaya sesaorang itu terus dapat hidup sampai ke hari esok, sedangkan ajal terkadang datang dengan sepontan atau tiba-tiba. Mati tetap mati sekalipun berlainan sebab dan cara.

Kematian yang mengejutkan berlaku pada masa ini lebih banyak jika dibandingkan dengan masa lampau, sekalipun kemajuan perubatan dan keilmuan kian meningkat maju, namun perubatan tidak dapat menghalang sesaorang berpengkit lemah jantung dan sesakan paru-paru dari menemui ajalnya. Kemajuan sains tidak mampu untuk mengelak manusia dari berlakunya kemalangan ngeri yang membawa maut. Hasil dari perkembangan sains dan teknologi, terdapat berbagai-bagai kenderaan samada di daratan, lautan mahupun di angkasa yang dilengkapkan dengan berbagai-bagai sistem elektronik. Akhirnya sains juga menyebabkan kematian beratus malah beribu nyawa manusia. Di mana di zaman sains belum dikenali orang manusia boleh hidup lebih selamat!

Kedua, jika nyawa kamu di lanjutkan ke esok hari, apakah kamu akan terselamat daripenyakit yang datang mendadak, kesibukan yang tiba-tiba atau terselamat dari malang yang tidak berbau!. Dari itu berazamlah untuk menyegerakan kebaikan, melaksanakan kewajiban. Sifat tanguh menangguh hingga habis peluang keemasan adalah sikap yang paling lemah.

Rasulullah berpesan,

Dapatkan saham keuntungan dalam masa lima waktu sebelum lima waktu yang lain.

i. Masa kamu hidup sebelum kamu mati
ii. Masa maku sihat sebelum kamu sakit
iii. Masa kamu lapang sebelum kamu sibuk
iv. Masa kamu muda sebelum kamu tua
v. Masa kamu sengan sebelum kamu papa.

Ketiga, setiap hari dalam setiap waktu ada pekerjaan dan tugas-tugasnya. Tidak terdapat satu waktupun yang kosong dari tugas.

‘Umar bin Abdul Aziz kelihatan terlalu leteh kerana terlalu banyak bertugas, lalu dinasihatkan oleh sesaorang supaya menangguhkan perkerjaannya kepada hari esaok. Beliau mejawab “Satu kerja ini yang meletihkan aku dalam satu hari, bagaimana pula jika kerja-kerjaku ini berkumpul dalam masa dua hari....!”

Ibnu ‘Ata di dalam kitabnya Al Hikam mengatakan: “Tugas-tugas di dalam beberapa waktu yang lalu mungkin dapat digantikan. Hak-hak waktu yang hilang tidak boleh diganti. Setiap detik-detik waktu tiba, pasti tugas baru dari Allah berhadapan denganmu. Bagaimana kamu hendak menggantikan tugas dalam waktu lain, sedangkan kamu tidak menunaikan hak Allah dalam masanya!?.”

Keempat, selalu melewat-lewatkan dari beramal ibadat ada resikonya. Apabila perkara ini dibiasakan ia boleh membawa sesaorang itu lama kelamaan terus tinggal dari beramal. Apabila sifat cuai ini sudah menjadi darah dagingnya, maka sukar pula untuk ditingalkan. Hinggakan apabila dia cuba semua untuk berbuat baik, maka dia rasakan seolah-olah tidak respon lagi untuk kearah itu, malah dia rasakan terlalu berat untuk beramal soleh, kesudahannya dia terus memencilkan diri!.

Sesaorang yang berdosa yang tidak hendak segera bertaubat juga boleh menyebabkan dia berterusan melakukan dosa dan karam di dalam runtunan hawa nafsunya sepanjang masa. Hatta sukar pun baginya untuk meninggalkan maksiat, kerana semakin banyak maksiat yang dilakukannya semakin banyak pula dosanya dan hatinya bertambah gelap, sukar boleh menerima sebarang ajaran dan petunjuk lagi....

Hadith Rasulullah :
“Sesungguhnya sesaorang mukmin itu, apabila dia sekali berdosa, tertitik di hatinya dengan satu titik hitam. Maka apabila dia bertaubat, dia meninggalkan (dari melakukaun maksiat) dan meminta ampun, hatinya kembali bersinar dan bersih. Dan jika dosanya semakin bertambah, titik hitam dihatinya kian bertambah, hatta tertutup semua hatinya. Maka itulah tutupan yang disebut di dalam kitabNya : Tidak, Malahan tertutup semua hati-hati mereka....”

Kelima, bekerja dan beramal adalah peranan yang wajib dimainkan oleh setiap yang hidup. Sesaorang yang tidak mahu bekerja tidak layak terus hidup. Setiap manusia dituntut supaya bekerja selagi tulang emat keratnya boleh bergerak. Berkerjalah untuk agama dan dunia. Suruhan ini bersandarkan kepada hadith Rasulullah :

“Berkerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan bekerjalah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati di esok hari!.”

4. MENGKEJI MASA.

Bahaya negatif yang perlu berwaspada iaitu mengecam atau mengeji masa. Ada orang berfahaman masa-masa itu ada kalanya untung dan ada kalanya rugi. Hinggakan ada di antara manusia apabila berhadapan dengan peredaran masa hati mereka menjadi gusar, resah gelisah, saoleh-olah sedang berada di hadapan seorang raja yang zalim, yang terkadang-kdang menghukum orang yang tidak bersalah dan membebaskan orang yang bersalah. Tindak tanduk orang seperti ini hanyalah mengikut runtunan hawa nafsu. Terkadang apa yang mereka ramalkan itu betul dan terkadang salah!.

Semua pandangan ini adalah muncul dari keadaan yang terdesak, yang bertujuan untuk mengelakkan diri dari bersalah dan melarikan diri dari rasa tanggungjawab, serta membebankan kesalahan pada orang lain, atau kepada masa, takdir dan sebagainya.

Jikapun mereka ini mengalami bala’, mereka wajib membuat penganalisaan dan kajian yang mendalam. Umpamanya kenapa mereka ditimpa bala’ dan tidak diturunkan rahmat?. Jangan membuat tuduhan melulu, tuduhan bersandarkan kepada fikiran yang dangkal!. Semua perkara dikaitkan dengan ada sebab musababnya, mengikut sunah-sunah Allah yang semula jadi. Masa hanyalah merupakan peta rakaman terhadap apa yang berlaku, yang telah ditakdirkan oleh Allah. Sabda Nabi:

“Jangan kamu keji masa kerana masa dialah makhlok Allah”

Di dalam peperangan Uhud, terdapat tujuh puluh orang sahabat telah terkorban syahid, hingga rasa terkilan di hati setengah-setengah sahabat yang masih hidup. Mereka membangkitkan sebab musabab mereka mengalami padah itu. Lalu Allah turunkan ayat Al Quran dalam surah Ali ‘Imran ayat 165:

165. (Patutkah kamu melanggar perintah Rasulullah)? dan (kemudiannya) apabila kamu ditimpa kemalangan (dalam peperangan Uhud), Yang kamu telahpun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda (dengan menimpakan kemalangan kepada musuh Dalam peperangan Badar), kamu berkata: "Dari mana datangnya (kemalangan) ini? "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kemalangan) itu ialah dari kesalahan diri kamu sendiri (melanggar perintah Rasulullah)". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Firman Allah dalam surah Al Anfal ayat 53:

53. (balasan) Yang demikian itu, ialah kerana Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat Yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Dari kenyataan ini maka wajarlah manusia meyalahkan dirinya sendiri dari meletakkan kesalahan pada masa, di samping cuba membetulkan segala penyelewengan dan memperbaiki segala kerosakan.

Kewajipan sebagai orang yang beriman, jika dia ditimpa dengan perkara yang tidak diingini, sewajarnyalah dia sendiri menyemak kembali. Jangan pula masa menjadi mangsa sasaran maki hamunnya. Hendaklah dia kembali kepada Allah, bertaubat serta pohonlah keampunan dariNya. Pintu taubat masih terbuka. Ikutlah contoh tauladan yang dibuat oleh Nabi Adam dan Hawa’ di masa mereka berdua dikeluarkan dari syrga. Firman Allah dalam surah Al ‘Araaf ayat 23:

23. mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, Kami telah menganiaya diri Kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan Kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah Kami dari orang-orang Yang rugi".

Lihatlah bagaimana sikap Nabi Musa ‘alaihissalam di waktu beliau pulang menemui pengikut-pengikutnya setelah selesai dari beribadat kepada Allah. Di waktu kepulangannya dia dapati masyarakatnya telah sesat kerana mereka menyembah patong yang berwajah saekor anak lembu jantan! Nabi Harun saudara kepada Nabi Musa tidak berdaya berbuat apa-apa, kerana kaumnya tidak lagi mahu mendengar kata-kata nasihat darinya. Apabila Nabi Musa tahu keadaan sebenar yang telah berlaku, lalu beliau dengan rasa rendah diri berdoa kepada Allah:

151. Nabi Musa berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah Kami ke Dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari Segala Yang lain Mengasihani". Surah Al –Araaf.

Di saat-saat gugurnya beberapa orang para mujahidin di medan pertemporan, lalu beberapa orang sahabat yang masih hidup di waktu itu berdoa kepada Allah: Surah Ali Imran ayat 147 – 148.

147. dan tidaklah ada Yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa-dosa Kami dan perbuatan Kami Yang melampau Dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian Kami (dalam perjuangan); dan tolonglah Kami mencapai kemenangan terhadap kaum Yang kafir.

148. oleh itu, Allah memberikan mereka pahala dunia (Kemenangan dan nama Yang harum), dan pahala akhirat Yang sebaik-baiknya (Nikmat syurga Yang tidak ada bandingannya). dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang Yang berbuat kebaikan.


Oleh Dr Yusuf Al Qardawi

[Read more...]

Tuesday, May 20, 2008

PANDANGAN ISLAM TERHADAP MASA.

Setiap ilmu pengetahuan, bahan-bahan sastera dan kebudayaan hasil peninggalan generasi yang lampau, amat wajar jika kita menyelidik dan mengkaji akan semua khazanah peningalan mereka itu. Dan kita ambil apa yang pada firikan kita sesuai masa kini.

Sabda Rasulullah:
Perkataan yang mengandungi hikmah adalah senjata bagi orang-orang Mukmun. Di mana sahaja yang didapatinya, maka berhak ia mengmbilnya.”

Meninggalakan sejarah yang silam kerana menganggap sejarah itu lapok adalah tidak betul. Sebabnya ada terdapat barang yang paling bernilai dan tidak pula boleh ditukar ganti. Umpamanya Al Quran adalah kalam Allah yang tidak siapa pun boleh mereka-rekanya. Alquran tidak lapuk dik masa dan tidak ditelan dek zaman. Kaabah tempat orang-orang Islam pergi mengerjakan haji. Kaabah satu tempat yang mempunyai kelebihan dadi dahulu hinggalah sekarang, akan datang dan seterusnya. Tidak siapapun yang boleh menyangakal hakikat ini.



1. Masa yang lalu.

137. Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah Bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul).

138. (Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

139. dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

140. jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka Sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini Dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkan Dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.


146. dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang Dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.

46. oleh itu, Bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - Dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di Dalam dada.



Golongan era baru atau moden menolak semua sejarah yang silam. Setiap yang moden mereka menerimanya bulat-bulat. Sikap golongan seperti ini adalah keterlaluan kerana ada barang yang lama lebih berguna jika dibandingkan dengan barang yang moden. Sebaliknya tidak kesunyian terdapat di zaman kemajuan ini perkara-perkara yang lebih merbahaya dan merosakkan.

Baru dan lama sesuatu perkara itu adalah relative sifatnya. Berkemungkinan sesuatu yang lama itu masih baru mengikut anggapan sesuatu kaum, biarpun orang lain mengatakan barang itu sudah lapok. Di dalam situasi yang lain berkemungkinan suatu yang baru dianggaplama. Sekali pun baru tidak kemungkinan berterusan baru begitu. Hari ini baru, esok menjadi lama.

Setiap hari silih berganti amat wajar diberi perhatian. Setiap insan perlu menghetong dirinya sendiri. Umpamanya hari ini apakah perkerjaan yang telah dilakukan dan kenapa dilakukan?. Ada pula pekerjaan yang ditinggalkan dan kenapa dia tidak dilakukan?. Perhetongan seumpama ini amat baik jika dapat dibuat setiap hari sebelum tidor di waktu malam.

Nafsu manusia terbahagi kepada tiga bahagian.

i. Nafsu Amarah Bissu’ iaitu nafsu yang sentiasa bergelomang dengan dosa.

ii. Nafsu Lawwamah, iaitu nafsu pada manusia yang terkadang dia melakukan dosa dan terkadan dia bertaubat serta berbuat baik.

iii. Nafsu Mutmainnah, iaitu yang sentiasa beriman dan berbuat baik.

Setiap insan yang selalu bermuhasabah atau menghetong diri sendiri besar kemungkinan dirinya akan bertambah baik dari masa kesemasa, kerana orang ini dapat mengawal diri dari sebarang godaan dan tarikan nafsu-nafsunya yang jahat itu hingga jadilah dia seorang yang benar-benar beriman. Keimanan yang mantap di dalam dirinya itu bagaikan polis dan hakim, kerana dialah yang mengawal diri sendiri dan menghukumnya. Di atas kefahamanan dan proses inilah maka sesaorang itu dapat mengikatkan dirinya sendiri dari nafsu “Amarah” kepada “Lawwamah” dan seterusnya hingga keperingkat iman yang sempurna, iaitu iman yang “Mutmainnah”

Hadith Rasulullah: Maksudnya;

“Sewajar setiap yang berakal, selagi aqal fikirannya tidak hilang, bahawa dia membahagikan masanya kepada empat waktu:

i. Waktu dia bermunajat (zikir) kepada Tuhannya.
ii. Waktu dia bermuhasabat tentang dirinya.
iii. Waktu untuk dia berfikir berhubung dengan barang-barang ciptaan Allah.
iv. Waktu dia menumpukan kepada keperluannya, seperti mencari makanan dan minuman.

Sayyidana Umar Al Khattab berwasiat:

“Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang.” Di setiap malam Sayyidana Umar mumukul kakinya seraya bertanya dirinya sendiri: “Apa yang kamu buat pada hari ini?.”

Maimun bin Mahran, seorang tabi’in pernah berkata: “Seorang yang bertaqwa selalu menghetong dirinya lehih dari seorang raja yang tamak dan kawan yang bakhil!”.

Seorang mu’min sebagai pemimpin ke atas dirinya sendiri. Dir bermuhasabah ke atas dirinya kerana Allah. Golongan yang mengutamakan dunia menganggap perhetongan di akhirat itu ringan. Golongan yang mengutamakan akhirat memandang setiap perhetongan di akhirat itu sukar.

Beginilah cara bermuhasabah sebelum melakukan sesuatu pekerjaan. Jika sesaorang mu’min itu tersalah, maka hendalah dia merasakan di dalam dirinya menyesal dan bertanya dirinya: “Kenapa aku lakukan begitu. Demi Allah tidak sewajarnya aku berbuat begitu. Demi Allah aku tidak akan ulangi lagi angkara seperti itu lagi.” Maka inilah yang dikatakan muhasabah selepas amal.

Siapa yang tidak dapat bermuhasabah ke atas dirinya pada setiap hari, maka hendaklah dia melakukan muhasabah sekurang-kurangnya seminggu sekali. Supaya dengan itu dapat diketahui apakah kebaikan dan kesalah yang telah dilakukan.
Selanjutnya berhubung dengan perhetongan atau muhasabah ini amat perlu juga diadakan pada tiap-tiap bulan, supaya dapat memperbaiki kekurangan yang ada dan mempertikatkan lagi amal kebaikan yang telah dilakukan itu. Perhetongan seumpama ini hendaklah dilakukan sepanjang tahun hinggalah kepenghujung tahun.

Terdapat setengah orang-orang Islam terikut-ikut dengan adat resam yang dilakukan oleh orang-orang barat, seperti mengadakan sambutan hari jadi dengan mengadakan jamuan makan minum secara besar-besaran. Memasang beberapa batang lilin, kemudian mereka memadamnya secara beramai-ramai serta bertukar-tukar ucapan tahniah dan hadiah di dalam majlis tersebut. Sikap golongan seperti ini sangat mendukacitakan.

Dari meniru adat resam orang lain secra membabi buta, lebih baik sebagai seorang Islam yang berfikiran waras mengadakan perayaan hari jadinya dia mengambil peluang untuk merenung sepintas lalu akan segala amalan yang telah dilakukan sepanjang tahun. Umpama seorang penaiga yang bijak mesti menghetong setiap buku catitan pernaigaannya supaya dia dapat mengetahui berapakah untung yang diperolehi dan ada pula barang jualan yang rugi. Dalam pada itu dia selalu berdoa kepada Allah sypaya Allah kurniakan dihari-hari mukanya lebih baik dan hari-hari yang berlalu...

Seorang insan yang berakal waras akan bermuhasabah dirinya di dalam tiap-tiap tahun kerana setahun bukanlah jarak masa yang sadikit. Tiga ratus enam puluh hari kali dua puluh empat jam kali enam puluh minit dan kali enam puluh saat. Semua saat-saat ini merupakan nikmat dan amanah Allah kepadanya.

Sebaik-baik manusia yang berfikiran waras bahawa dia menginsafi dirinya yang mana umurnya kian hari kian meningkat. Suratna amal ibadatnya kian hari kian bertambah. Hari berganti hari, buku catitan amalan semakin menebal.

Hari demi hari berlalu,
Pergi membawa umurku
Hatiku sangat merasa pilu
Demi masa hari tetap berlalu...

Jesteru itu, semua insan wajiblah berfikir, tetapi malang manusia di dunia ini amat sedikit yang berfikir.


2. WAKTU SEMASA.

Masa yang berlalu semuga mendatangkan pengajaran dan pekiraan, di samping menyambut ketibaan hari-hari yang akan mendatangdengan persediaan dan bekalan yang juga disedikan. Setiap mukmin wajar bersikap demikian kerana Allah berfirman:

18. Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan Segala yang kamu kerjakan.

Seterusnya, dalam suasana semasa yang kita hidup ini pun, amat penting diberi perhatian tertentu, supaya masa yang ada dapat kiranya direbut peluang itu sebelum ianya pergi menghilang.

Al Imam Al Ghazali membahagikan masa itu kepada tiga;

i. Masa yang telah berlalu, jangan dikeji, biarpun dalam masa itu dia berada dalam kepayahan atau pun kesenangan.

ii. Masa sekarang. Perlu sesaorang itu berusaha dengan sedaya upaya mengingati Allah kerana jika masa berikutnya tidak lagi kunjung tiba, maka dia tidak lagi merasa kecewa. Jika dia masih berpeluang hidup, dia tetap melaksanakan tugasnya seperti masa-masa yang sudah.

iii. Masa akan datang belum kunjung tiba. Tidak seorang hamba pun tahu apakah iakan terus hidup atau akan mati!? Tidak seorang hamba pun tahu akan qadha’ Allah di masa itu.

Jangan bercita-cita panjang, tetapi keazaman untuk mengingati Allah biarlah berpanjangan. Sebaliknya dia sendiri tidak bahawa belum sampai separuh umur dia telah menghembuskan nafas terakhir! Di ambang ajal menjelma tiba jangan benci menemui mati! Di dalam apa keadaan sekalipun, semua nya terbatas kepada apa yang diceritakan oleh Abu Zar di dalam sebuah Hadith:

“Tidak mudah bagi sesaorang mukmin krcuali tiga perkara. Berbekal untuk akhirat, atau lengkap peralatan rumah sebelum bersara atau bersedap-sedap dengan makanan yang tidak haram.”

Semua masa-masa yang disebutkan ini boleh membantunya untuk menghadapi masa-masa yang seterusnya jika masa-masa tiu di urus dengan betul. Seterusnya ketika tangan menjamah makanan atau minuman, di saat-saat ini perlu dia merenung sejenak akan segala ni’mat Allah yang berada di hadapannya itu dengan renungan dan ingatan sebagai tanda zikirnya kepada Allah pemberi rezki.

Kesempatan masa yang ada hendaklah digunakan dengan betul. Rasulullah sangat –sangat menyuruh kita supaya mengisi ruangan kosong yang ada dengan sepenuh-penuhnya. Sabda Rasulullah:

“Jikapun berlaku kiamat, di tangan kamu di masa itu ada sepohon benih kurma, maka kamu masih lagi berkesempatan untuk menanamnya, maka hendalah kamu menanamnya.”

Maksud hadith ini jelas menunjukkan bahawa Islam sangat-sangat menghormati kepada pihak yang bekerja, biarpun hasil dari keringatnya itu belum sempat dinikmati oleh sesiapa pun. Biar pun di saat hampir Malaikat Israfil meniup sangkala, yang mana semua makhlok akan hancur binasa; dalam keadaan itu pun tidak seharusnya manusia hidup menganggur. Hadith ini membayangkan betapa berharga dan bernilainya setiap saat perjalanan masa. Di samping perhatian yang sama tetap diberikan kepada setiap masa yang lalu dan masa yang akan datang.

3. MASA AKAN DATANG.

Memberi perhatian kepada masa yang akan datang adalah sangat wajar. Secara fitrah manusia amat perlu meninjau akan masa-masa hadapannya. Dia tidak dapat lalai dan lari dari menerima kenyataan ini.

Di masa-masa akan datang tidak siapapun tahu samada baik ataupun buruk. Inilah dia ketentuan yang ada pada hari-hari tersebut. Firman Allah dalam Surah Luqman ayat 34.


“Tidak siapapun tahu apakah yang dia akan perolehi di hari esoknya!”

Setiap yang datang, biarpun ada orang yang menyangka hari yang akan datang itu masih jauh atau masih lambat tetapi hakikat sebenarnya adalah hampir dan dekat. Ada orang berkata: “Selepas hari ini adalah esok, dan esok itu amat dekat!”

Firman Allah dalam surah Al Nahl ayat 77:

“Tidak berlakunya qiamat, melainkan hanya sekelit mata atau lebih hampir!”

Sesaorang yang berfikiran waras akan membuat persiapan lebih awal sebelum tibanya masa yang akan datang. Firman Allah dalam surah Al Hasr ayat 18.


18. Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan Segala yang kamu kerjakan.

Ada orang menyangka bahawa Islam hanyalah mengutmakan masa yang sudah berlalu. Presangka seumpama ini adlah salah mengikut fahaman intipati Islam yang sebenar, kerana peranan ugama Islam yang sbenar ialahmelengkapkan diri manusia supaya dapat hidup aman bahagia, kekal abadi di hari akhirat. Meletakkan pandangan pada hari-hari akan datang merupakan perkara-perkara asasi di dalam Islam.

Hadith Rasulullah :

“Sesungguhnya setiap hamba berada di antara dua perkara yang di takuti. Di antara ajal ayng akan pergi tiada siapa yang ketahui, apakah yang akan Allah lakukan pada ajal itu. Ajal yang masih ada tiada siapa pun tahu apakah Allah menghukumkannya nanti? Maka setiap hamba hendaklah mengambil perhatian tentang diri masing-masing. Perhatiandi dunia untukakhiratnya dandi waktu muda sebelum tua. Maka demi Allah yang nyawaku ini di tanganNya selepas mati tidak ada sebarang ratapan lagi. Selepas dunia in,i tidak ada tempat lagi selain dari surga dan neraka.”

Hadith ini bukanlah bermaksud supaya setiap orang Islam emmentingkan masa hadapan di akhirat sahaja dan tidak perlu mementingkan masa depa di dunia ini. Tidak! Malah Islam telah mengajar umatnya supaya bersedia dan membuat persiapan untuk hari-hari muka mereka. Masing-masing perlu berusaha dan berkerja samada yang berhubung dengan keagamaan mahupun yang berhubung dengan keduniaan.

Rasulullah sebagai contoh tauladan yang utama buat orang-orang Islam. Kita dapat lihat bagaimana Rasulullah sendiri berusaha kearah masa depan da’wahnya. Baginda mengadakan perjanjian taat setia “mubayaah” di antara kaum Al Aus dan Al Khazraj. Di sebalik penghijrahan baginda merancang motif utama ialah untuk melaksanakan syar’iat Islam dan masyarakt Islam. Ekoran dari motif inilah, maka Rasulullah mengadakan perjajian pertama dan kedua dengan penduduk – penduduk Madinah. Seterusnya membuat persiapan untuk berhijrah kesana sebagai rangka kerja yang dinamik untuk masa hadapan Islam.

Berhubung dengan urusan keduniaan, pernah Rasulullah menyimpan barang-barang makanan untuk keluarganya hingga mencukupi setahun. Segala daya usaha ini tidaklah pula bercanggah dengan sifat tawakkal kepada Allah.

Oleh Dr Yusuf Al Qardawi



















Type the rest of the article here (body).

[Read more...]

Friday, May 16, 2008

Berpandu kepada Quran bukan Umatnya.

Islam sebenar tidak boleh diukur dengan apa yang orang Islam hari ini lakukan.

Jika Islam hendak diukar dengan tingkah laku umat Islam hari ini, maka akan rosaklah Islam itu.



Lihatlah pada orang Islam yang melancong ke merata dunia. Apa yang mereka lakukan? Sikap dan pakaian mereka yang tidak melambangkan budaya Islam yang sebenar.

Oleh kerana itu, apa dilakukan di negeri-negeri umat Islam di Timur Tengah, tidak semestinya melambangkan Islam sebenar.

Semua orang tahu sama ada orang Arab atau bukan Arab, tidak boleh menjadi cermin kepada Islam. Kelakuan ramai orang Islam hari ini, kebanyakannya jauh menyimpang daripada tuntutan Islam sebenar.

Demikian juga dengan negara umat Islam sama ada di Timur atau di Barat. Keadaannya sama sahaja. Selagi negara tidak melaksanakan Islam dengan sebaik-baiknya, selama itu negara-negara itu tidak boleh dianggap Negara Islam yang sebenar.

Perlu kita fahami bahawa, negara umat Islam suatu ketika dahulu, semuanya patuh dan tunduk kepada Islam, sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. memerintah Madinah.

Maka berubahlah negara Madinah, Makkah dan seluruh Semenanjung Tanah Arab menjadi Islam sehingga ke hari ini.

Kedudukan negara Arab yang lainnya, sebuah demi sebuah menjadi negara Islam. Maka tertubuhkan kerajaan Islam pada zaman sahabat, tabiin yang digelar Khulafa ur-Raashidin, Daulah Umaiyah, Daulah Abasiyah sehingga kepada kerajaan Islam terakhir Khilafah Uthmaniyah yang tamat pada tahun 1924.

Semuanya kerajaan-kerajaan ini melaksanakan pemerintahan berasaskan hukum-hukum Islam.

Pada 1924, berlaku tragedi di mana musuh-musuh Islam dapat mengatasi dan menguasai kekuasaan Islam, seterusnya menukarkannya kepada pemerintahan sekular.

Dasar sekular tidak memberikan ruang penting kepada agama untuk menjadi asas pemerintahan, undang-undang Islam diketepikan dan undang-undang ciptaan manusia diterima pakai.

Berlaku perang dunia pertama dan kedua, yang berakhir dengan kemenangan pihak Barat yang memusuhi Islam. Umat dan negara Islam dijadikan harta rampasan Barat.

Wilayah umat Islam difaraidkan sesama kuasa Barat, di antara mereka, Indonesia dijajah oleh Belanda, Tanah Melayu dijajah British, demikian juga negara Arab, kebanyakannya jatuh kepada kuasa Barat.

Penjajah yang menguasai negara Islam menukar keseluruhan sistem pemerintahan dan undang-undang kepada sistem mereka.

Sejak daripada itu, meskipun negara umat Islam yang dijajah sudah merdeka kini, termasuk negara-negara Arab, pengaruh penjajahan masih menebal.

Barat tidak akan memerdekakan sebuah negara umat Islam, melainkan dipastikan dahulu, negara tersebut mesti berkiblat dan berundang-undangkan Barat.

Pelbagai tekanan dan ugutan dilakukan ke atas pemerintah baru negara umat Islam, supaya mereka ditabdir dengan kehendak Barat dengan tidak mengembalikan perundangan Islam asal.

Buktinya jelas. Misalnya Algeria yang suatu ketika dimenangi oleh Parti Penyelamat Islam (FIS) pada pilihan raya umum, tetapi dibatalkan oleh pemerintah yang disokong Barat.

Palestin, di mana Hamas yang menang dalam pilihan raya secara bebas dan demokrasi, tetapi dinafikan Barat, khususnya Amerika Syarikat. Kuasa memerintah dan ekonomi disekat.

Justeru umat Islam perlu memahami dan bangun bersatu di bawah perjuangan Islam bagi membolehkan Islam yang syumul dilaksanakan seperti yang dikehendaki Allah SWT.

Kayu ukur sebenar untuk mengukur Islam dilaksanakan atau tidak, adalah menerusi al-Quran dan as-Sunnah. Selagi kehendak kedua-dua ini tidak dilaksanakan, maka selagi itulah Islam yang sebenar belum terlaksana.

Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. menyebut (mafhumnya): "Pada suatu zaman nanti, umat Islam akan berhadapan dengan pelbagai percanggahan yang banyak, ingatlah ketika itu, pemerintah dengan al-Quran akan berpisah dan janganlah kamu berpisah daripada al-Quran."

Ertinya Nabi pernah memberi peringatan bahawa pada suatu zaman selepas baginda, pemerintah tidak lagi berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, hukum al-Quran terpisah dan diketepikan oleh pemerintah.

Nabi mengingatkan kita, jangan sesekali kita terpisah daripada al-Quran, kerana itu maka, perjuangan untuk mendaulatkan Islam menjadi suatu keperluan untuk diperjuangkan sehingga akhirnya. Wallahu a'lam.

Oleh Dr Harun Din.

[Read more...]

Monday, May 12, 2008

MASA BERLALU TIDAK AKAN KEMBALI LAGI.

Masa berlalu kehadapan dengan cepat dan tidak pernah gostand. Di saat seronok, masa dirasakan berlalu dengan pantas sekali, tetapi di waktu kesedihan masa dirasakan terlalu lama.

Hakikatnya kehidupan di dunia amat singkat, biarpun pada orang yang lanjut usianya dan akhirnya meninggal juga. Di waktu ajal datang menjelma, usia yang panjang dirasakan bagai sekelip mata atau selama terpancarnya cahaya kilat di langit.



Firman Allah dalam surah Al-Nazi’at 46.

46. (Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang Yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.

45. dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), Dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang-orang Yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan, dan Yang tidak mendapat petunjuk (ke jalan mencari untung semasa hidup di dunia).

Inilah hakikat masa yang ditentukan Allah tidak akan kembali lagi walau apa saja cara sekalipun. Al Hasan Al Basri mengungkapkan kata-kata yang sangat berharga:

Tidak suatu haripun bila terpancar sahaja fajar, melainkan masa akan menyeru kepada kamu: “Wahai anak Adam! Aku masa yang baru. Hanya pekerjaaan kamu menjadi saksi. Maka ambillah aku untuk bekalanmu. Sesungguhnya selepas aku pergi aku tidak akan kembali lagi hinggalah sampai ke hari kiamat nanti.

Wahai anak Adam! Sesungguhnya kau hidup hanyalah beberapa hari. Setiap hari yang berlalu pergi, hilanglah sebahagian dari umurmu.

Seorang penya’ir Arab mengatakan:

Semua yang hidup bagai dalam bahtera pelayaran,
Setiap hari dan bulan, kian jauh dalam perjalanan
Berhari bermalam semuanya bagai dalam impian
Dunia ditinggalkan , akhirnya kubur jua yang berdekatan.

Masa merupakan harta milik manusia yang paling berharga, bahkan lebih berharga daripada mutu manikam atau intan permata. Kenyataan ini ditegaskan oleh Al-Syahid Hassan Al- Banna:

Dia (masa) hidup! Tidak ertinya hidup manusia, selain dari masa-masa yang dia beramal, semenjak dari lahir hingga ke saat yang terakhir!

Orang yang tidak tahu menghargai masa sekarang, dia akan menyesal yang amat sangat di akhirat nanti setelah dia tahu begitu bernailai masa jika dia beramal di waktu itu, tapi apakan daya lagi masa keemasan untuknya telah hilang.

Al quran menyebut manusia akan menyesal dua kali yang mana penyesalan itu tidak berguna langsung.

Penyesalan pertama:

Di saat ajal hampir padam. Semua manusia yang terbabit bercita-cita dengan penuh harapan agar usianya disambungkan lagi walaupun sekejap untuk membolehkan memperbaiki dirinya dan cuba mendapatkan semula masa keemasan yang telah hlang itu.

Firman Allah dalam surah Al Munafiqun ayat 9-10.

9. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). dan (ingatlah), sesiapa Yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang Yang rugi.

10. dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki Yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadaNya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu Dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa Yang sedikit sahaja lagi, supaya Aku dapat bersedekah dan dapat pula Aku menjadi dari orang-orang Yang soleh ".

Al quran lantas mengyanggah angan-angan kosong tersebut dengan ayat seterusnya;

11. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu Yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai Segala Yang kamu kerjakan.


Penyesalan kedua.

Setelah berada di akhirat kelak. Semua manusia di waktu itu, tiap-tiap orang membawa saham untuk mendapat pembalasan Allah iaitu syurga dan neraka. Dimasa inilah ahli-ahli neraka berangan-angan supaya dapat dikembalikan kedunia semula, semuga dapat berbuat amalan yang soleh. Apa yang mereka harapkan itu adalah suatu yang tidak akan muncul kerana dunia sudah musnah. Di situ hanya masa untuk perhetongan dan pembalasan.

Firman Allah dalam surah Al Fathir ayat 36 – 37;

36. dan orang-orang Yang kafir, bagi mereka neraka Jahannam; mereka tidak dijatuhkan hukuman bunuh supaya mereka mati (dan terlepas dari seksa), dan tidak pula diringankan azab neraka itu dari mereka; dan Demikianlah Kami membalas tiap-tiap orang Yang melampau kufurnya.

37. dan mereka menjerit-jerit di Dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah Kami (dari azab ini); Kami akan mengerjakan amal-amal Yang soleh, Yang lain dari apa Yang Kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa Yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa Yang suka berfikir dan beringat? dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) Yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang Yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun Yang dapat memberikan pertolongan".

Dengan jawapan tersebut, semua permintaan dan hujjah mereka terhenti di situ. Mereka tidak dapat lagi bersoal jawab dengan Allah kerana Allah tidak lagi menerima sebarang rayuan dari mereka.

[Read more...]

Tuesday, May 6, 2008

ALLAH ITU INDAH MENCINTAI KEINDAHAN

Prinsip agong ini telah diajarkan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam kepada kita umatnya yang beliau kasihi. Tidak syak lagi ada sebahagian manusia yang mengira bahawa mencintai keindahan itu boleh mengurangkan keimanan atau memasukkan sesaorang ke ruang lingkup kelalaian dan kesombongan yang dibenci oleh Allah dan oleh manusia.



Ibnu Mas'ud Radhiyallahu 'anhuma meriwayatkan bahawa Rasullullah Shallallahu 'alahi wasallan telah bersabda:



[Read more...]

Friday, May 2, 2008

MASA ADALAH KEHIDUPAN.

MASA ADALAH KEHIDUPAN BAGI MUSLIM.

Firman Allah dalam surah Al Asr : 1 – 3.

“Demi masa sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh dan nasihat menasihati supaya menta’ati kebenaran dan nasihat supaya menetapi kebenaran.”


Ayat ini mestilah menjadi panduan dan pegangan setiap mu’min agar kita memenuhi seluruh waktu hidup kita dengan amalan-amalan kebaikan, iaitu saling ingat mengiangatkan supaya menta’ati kebenaran dan sentiasa berada di dalam kesabaran bila menghadapi ujian-ujian hidup di atas dunia ini.

Peringatan tegas daripada Allah ini, bahawa di antara orang-orang yang rugi adalah mereka yang tidak menggunakan kesempatan hidup untuk menta’ati perintah dan hukum hakamNya tanpa mengira status kedudukan mereka. Walaupun mereka mungkin terdiri dari gulungan VVIP mulia di sisi manusia , namun kelak mereka tetap menjadi orang-orang yang rugi bila berhadapan dengan Allah ‘Azza Wajalla.

Orang-orang mu’min mesti menghargai masa dengan tidak membiarkan lalu dengan sia-sia, atau dihabiskan dengan amalan-amalan yang dilarang lagi dimurkai Allah. Alangkah ruginya kita jika tidak dapat menyelamatkan diri bila berhadapan dengan Allah nanti.

Lantaran kasihnya Nabi Muhammad Sallallah ‘Alaihi Salam kepada kita umatnya agar tidak lalai atau leka tentang menggunakan masa .

Hadith Nabi Muhammad s.a.w.

“Rebutlah (pergunakanlah) lima waktu sebelum tiba lima waktu yang lain:

a. Masa hidup kamu sebelum (datang) kematian.
b. Masa sihat kamu sebelum (kena) penyakit.
c. Masa lapang kamu sebelum (dipenuhi) kesibukan.
d. Masa muda kamu (yang kuat) sebelum tua.
e. Masa kaya kemu sebelum (menjadi) fakir.


Semuga pesanan Rasulullah kita yang mulia itu akan menjadi pegagangan kita selama-lamanya. Insya Allah.






[Read more...]