Tuesday, January 29, 2008

KALIMAH BERHIKMAH

Fikir-fikirkanlah.

1. Menurut Socrates, fator-faktor yang membawa sesaorang itu kejurang kecelakaan dan kesusahan adalah berpunca pada perasaan tamak haloba yang tidak seimbang dengan kebolehan dan tenaga yang ada padanya. Setiap manusia, baik siapa pun, adalah mempunyai tenaga dan kebolahan yang terbatas. Semua orang mahukan berbagai-bagai perkara yang tidak habis-habis, tetapi apabila mereka tampir untuk melaksanakannya, maka barulah mereka bertembung dengan kenyataan yang pahit dan kitaka itu timbulah kecelakaan menimpa dirinya. Tegasnya kecelakaan dan kesusahan itu adalah akibat dari tidak adanya pembatasan kehendak dan cita-cita. Sebaliknya apabila sesaorang itu dapat membataskan kehendak-kehendak dan cita-citanya seimbang dengan kebolehan dan tenaga yang ada padanya, maka sudah tentu dia akan hidup tenang dan bahagia.
DR. ABDUL HALIM MAHMUD





2. Islam membentangkan kepada manusia satu pengertian yang sumpurna terhadap hidup manusia samada berupa orang persaorang atau masyarakat. Di dalam masyarakat yang beriman dangan agama Islam sudah pada tempatnya kehidupan angkatan mudanya nerdasarkan nilai-nilai dan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Islam. Seluruh pejuang reformasi masyarakat , pengarang dan pihak-pihak yang bertanggungjawab telah sepakat menyedari bahawa kebanyakan problem-problem ekonomi, masyarakat dan pentadbiran yang menghalang kemajuan bukan kerana tidak kemasnya peraturan-peraturan, malah yang banyaknya ialah berpunca dari faktor-faktor runtuhnya akhlak dan pincangnya masyarakat. Oleh sebab itu tanamlah kesedaran dan pengetahuan menerusia jentera penerangan umum, persekolahan dan pengajian universiti wajiblah disertakan dengan pendidikan agama Islam.
DR. KAMAL ABU AL-MAJID

3. Kemasyhuran yang dinikmati oleh tokoh-tokoh terkemuka terutama tokoh-tokoh politik khususnya mempunyai ciri-ciri subur dan kurus. Hidup dan mati adalah seperti ciri-ciri badan manusia juga. Andainya badan subur dengan makanan-makanan yang sihat, Kemasyhuran subur dengan jasa-jasa baru, kelakukan-kelakuan dan tindakan-tindakan yang wajar dan bijaksana. Andainya badan mengurus dengan penyakit dan kense, maka Kemasyhuran mengurus dengan penyakit-penyakit angkuh , lupa daratan, rasuah, gila kuasa, diktator dan maksiat-maksiat yagn dikutuki Allah.
Yang menjadi tikik perbezaan ialah kekurusan badan dapat dilihat dengan mata kasar, sedangkan kekurusan Kemasyhuran hanya dapat dilihat dengan matahati dan sering berlaku di luar kesedaran.
Hubungan Kemasyhuran dengan sesaorang tokoh itu hampir-hampir sama dengan perhubungan seorang bapa dengan anaknya. Jika ada yang anaknya mati sebelum bapanya, maka ada Kemasyhuran yang mati sebelum kematian tuannya. Jika ada bapa yang mati sebelum kematian anaknya, maka adalah tokoh-tokoh yang mati sebelum mati Kemasyhuran nya.
Tokoh yang paling malang di dunia adalah tokoh yang kematian Kemasyhuran nya sebelum ia meninggal dunia, sedangkan tokoh yang paling bahagia ialah tokoh yang mati sebelum Kemasyhuran nya meninggal dunia.
DR. YUSUF ZAKI YAAKUB.

4. Di sebalik kemajuan yang begitu pesat di bidang rekaan dan perusahaan, dunia hari ini sedang mengalami kerugian besar di bidang rohani dan moral. Andainya dunia rohaniah dan dunia material sama-sama meningkat maju, sudah tentu pertarongan antara bangsa-bangsa manusia tidak timbul dan tidak berlaku peperangan-peperangan dan tidak ada bom-bom neclear yang mengerikan itu.
DR. AHAMAD AMIN

5. Sebaik-baik benteng pertahanan melawan kritikan ialah akhlak anda sendiri, iaitu anda mesti selalu menunjukkan standard akhlak yang tinggi, berhati nurani yang bersih, berterusterang tanpa berpura-pura dan berdusta.
NORMAN VINCENT PEAL

6. Pengaruh asing yang memerangi Islam dengan menimbulkan keraguan terhadap fikiran Islam, sebenarnya mempunyai perancangan jangka panjang yang teratur. Di saat yang amat genting ini kita perlu mendapatkan faktor-faktor kebebasan dan kekuatan positif dari lembaran sejarah kita, dan berusaha memperteguhkan ikatan persaudaraan sesama umat Islam seluruhnya tanpa menghidupkan pertikian-pertikian yang lama telah berkubur, untuk menghadapi bahaya ancaman kuasa-kuasa luar yang terus menerus cuba menundukkan dunia Islam sejak zaman peperangan Salib dulu lagi.
ANUAR AL-JANDI, Pujangga Islam.

7. Kajian dan penyiasatan menunjuk bahawa daripada orang-orang yang menganggap wang sebagai faktor yang penting kepada kebagiaan. Sebaliknya orang-orang yang menggulungkan mereka berbahagia ialah orang-orang yang menganggap cinta, keluarga dan kebijaksanaan lebih penting daripada perhetongan wang yang banyak. Kebanyakan orang tidak pernah belajar untuk meyelaraskan hidup dengan pendapatannya, walaupun sebanyak mana wang yang mereka dapati. Menguruskan dengan bijaksana wang yang kita perolehi lebih penting kepada ketenangan fikiran kita daripada sebanyak mana wang yang kita perolehi.
JOHN E. GIBSON



No comments: